Wednesday, May 22, 2013

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 22.5.2013

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Universiti Perdana (UPM) Serdang pada hari Rabu 22.5.2012 mulai jam 9.00 pagi.Ianya diadakan di Dewan D,MAEPS,Serdang.Majlis turut dihadiri oleh Tn Pengarah Pelajaran Selangor Tn Hj Mahmud Bin Karim dan diresmikan oleh YB P.Kamalanathan Timbalan Menteri Pelajaran 2 Kementerian Pelajaran Malaysia.Tn Hj Mahmud dalam ucapannya menyebut arah tuju sekolah sekarang bagi mewujudkan guru yang berinovatif dalam berbagai bidang khususnya dalam bidang matema
tik dan sains selain untuk mewujudkan murid yang mahir dalam berbagai bahasa seperti Bahasa Melayu,Inggeris Cina dan Tamil.YB P Kamalanathan dalam ucapannya menyebut bahawa dasar pelajaran kebangsaan adalah dilandasan yang betul dan beliau akan menjalankan tugas sebaik-baiknya dalam melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan.Majlis ini turut dihadiri oleh semua PPD dalam Negeri Selangor,Wakil-wakil Pengetua dan Guru Besar dari seluruh Daerah Negeri Selangor.Selain itu terdapat wakil dari MPSM Negeri Selangor,
MGB Negeri Selangor,PBPPPM Cawangan Selangor,PBPPPM DC Klang,Semua Sekolah Daerah Hulu Langat dan Wakil dari Kolej Swasta dari Hulu Langat.Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negara Ku dan Negeri Selangor.Ianya diikuti dengan Ucapan Pengarah Pelajaran Selangor selepas bacaan doa.YB Encik Kamalanathan merasmikan majlis dengan tepukan gemuruh dari para hadirin sakalian.Majlis yang gilang gemilang ini dikuti dengan bacaan Ikrar dari guru-guru sakalian dengan dipimpin oleh seluruh PPD Negeri Selangor.
Selepas persembahan Choir yang kelihatan bagitu bersemangat sekali diadakan penyampaian hadiah guru inovatif Negeri Selangor.Antaranya termasuk Pn Kristnadevi A/P Sundram dari SK Pulau Indah 2,Klang,Encik Muhammad Zailani Bin Somingan dari SK Parit Baharu Sabak Bernam,Puan Noraidah Bt Nordin dari SMK Rawang.Untuk guru inovatif secara kumpulan dimenangi oleh En Ahmad Sharil Bin Jamaluddin dari SK Taman Bukit Indah Ampang manakala Pn Fauzi Bt Hassan dari SK Taman Bukit Indah Ampang.Kedua-dua guru ini telah 
membekalkan alat bantu mengajar ke PPD Gombak.Selain dari guru inovatif diadakan juga anugerah pemimpin dalam Teknoloji Maklumat.Ianya dimenangi oleh Pn Latifah Bt Mohd Isa dari SMK Jalan Bukit Kajang dan Pn Norliza Bt Jais dari SMK Telok Datok Banting,Selangor.Guru SMK Telok Datok ini mempunyai blogsnya sendiri dengan alamat http;/nolizajais.blog spot.com.Sesiapa yang meminatinya boleh melayari blogs tersebut.
Tokoh Guru pada kali ini ialah Tn Hj Bajuri Bin Abdullah yang dilahirkan di Sungai Air Tawar,Sabak Bernam.Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Klang dan Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor sebelum bersara pada tahun 2011.Tokoh Guru kedua seorang Pengetua ialah Pn Hajah Jamelah Bt Mansor dari Hulu Langat.Tokoh Guru ketiga ialah Pn Sally Jacob dari Kuala Langat dan Tokoh Guru Keempat ialah Tn Hj Suhaimi Bin Hj Dzajuli dari Sabak Bernam Selangor.Tahniah diucapkan kepada keempat empat Tokoh Guru ini.Semoga menjadi contoh kepada guru-guru lain yang sedang berkhidmat supaya menunjukkan bakat masing-masing dalam perkhidmatan mereka.
Gambar 1 Menunjukkan Tn Bendahari PBPPPM DC Klang Tn Hj Muaz Bin Ibrahim
Gambar 2 Menunjukkan Majlis Bacaan Doa sedang dijalankan.
Gambar 3 Menunjukkan YBhg Tn Hj Mahmud Bin Karim sedang berucap
Gambar 4 Menunjukkan Pn Kamariah Bt Zainuddin Ketua Biro Wanita PBPPPM DC Klang dengan rakan-rakan beliau.
Gambar 5 Menunjukkan YB Encik Kamalanathan Timb Ment Pelajaran 2 sedang berucap.
Gambar 6 Menunjukkan Ustadz Saifuddin,Tn Hj Muaz dan Kontraktor pembekal makanan dari Klang dalam majlis tersebut.

Ajidan Bin Hj Hashim  YDP PBPPPM Cawangan Selangor  23/5/2013

Monday, May 13, 2013

Majlis Meraikan Tokoh-Tokoh Guru Dari Klang Bagi Tahun 2011 Dan 2012

Majlis meraikan Tokoh-Tokoh Guru dari Daerah Klang telah diadakan di Hotel Concorde Shah Alam pada hari Ahad 12hb Mei,2013 yang lalu pada pukul 12 tengah hari dalam majlis yang gilang gemilang dan di resmikan oleh Pn Pegawai Pendidikan Daerah Klang Pn Adliyah Bt Ramli bagi pihak Pengarah Pelajaran Selangor.Tetamu Kehormat ialah YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker DUN Selangor.Turut hadir selain Pn PPD ialah Ketua Unit Pengurusan Sekolah Encik Shokimi Bin Saman dan Tn Hj Rosman Bin Warjono bekas Nazir 
mesjid Ar Sharif Meru Klang.Tokoh-Tokoh guru tersebut adalah seperti berikut:-
i)Encik Hairuddin Bin Dahlan bekas Guru Besar SK Sementa Klang dan bekas Pengerusi DTC Negeri Selangor (Tokoh Guru Daerah 2011)
ii)Pn Bahariah Bt Bustaman Bekas Pengetua Cemerlang SMK Convent Klang (Tokoh Guru Daerah Klang 2012)
iii)Pn Kamariah Bt Zainuddin bekas Pengetua SMK Rantau Panjang Klang(Tokoh Guru Negeri Selangor 2012)
iv)Mohd Azman Bin Abd Rashid bekas Guru Besar Sekolah Harapan Negara SK Telok Pulai Klang.(Tokoh Guru Kebangsaan 2012)
Tn Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim dalam ucapannya mengingatkan kita semua untuk menjadi seorang Tokoh Guru bukanlah mudah.Pertamanya jika beliau seorang guru mestilah merupakan seorang guru yang cemerlang dalam bilik darjah dan aktif dalam kegiatan luar sekolah termasuk hubungan dengan pihak luar seperti dalam khidmat sukarela seperti NGO atau kegiatan masyarakat yang lain.Jika beliau se
orang Pengetua atau Guru Besar mestilah merupakan seorang pentadbir yang cemerlang selain atif dalam kegiatan luar sekolah dan pehubungan dengan pihak awam.Beliau mestilah merupakan seorang pentadbir yang serba serbi boleh dan mempunyai sifat-sifat istimewa.
Seterusnya Tn Hj Ajidan memberi tahu majlis profesion perguruan adalah profesion mulia.Ianya sama tua dengan budaya manusia kerana Nabi Adam SAW merupakan guru pertama di dunia.Hari ini menjadi guru adalah sama taraf dengan PTD kerana Skim Gaji adalah sama.Pada
masa sekarang untuk menjadi guru mesti mempunyai keputusan semua A dalam peperiksaan SPM sebelum diterima masuk ke Universiti menjadi guru siswazah.Perjuangan memertabatkan guru mengambil masa yang lama kira-kira 80 tahun dahulu.Mula-mula guru latihan SITC dan MWTC dalam tahun 1920han.Latihan lain termasuk guru normal,lepasan  maktab perguruan harian dsbnya.Untuk mereka yang mendapat gred yang baik di hantar ke luar negeri seperti Brinsford Lodge dan Kirkby College England.Bagi guru Bahasa di hantar ke Maktab Bahasa Lembah 
Pantai Kuala Lumpur dan Bukit Senyum di Johore.Semasa dalam tahun 1960han guru-guru dihantar belajar di UM Kuala Lumpur untuk jadi guru siswazah.Tahun1970han dan 1980han di adakan program pensiswazahan guru sekolah rendah dan menjelang tahun 2020 semua guru di sekolah rendah dan menengah mempunyai ijazah.Semua transformasi dalam profesion perguruan ini adalah hasil usaha kerajaan BN.Oleh itu semua guru harus memahami sejarah dan menghayatinya dan bukan menjadi penentang kepada BN.Seterusnya Pn PPD Klang Pn Adliyah Bt Ramli berterima kasih kepada PBPPPM DC Klang kerana pegawai-pegawainya merupakan bekas-bekas Pengetua dan pegawai PPD yang cemerlang khidmat mereka dan menjadi penunjuk dan mentor kepada beliau semasa menjalankan tugas sebagai PPD.Beliau juga berterima kasih di atas jemputan pada majlis tersebut termasuk pegawai-pegawai beliau.Semoga PBPPPM DC Klang akan terus berjaya lagi.
Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang.

Wednesday, May 8, 2013

Majlis Bersantai Dan Hal Ehwal Semasa Oleh PBPPPM DC Klang 2012-2013

Bersempena dengan Pilehanraya Umum 2013  PBPPPM DC Klang telah terlibat dengan mengadakan Majlis Penerangan Hal Ehwal Semasa kepada ahli-ahli UMNO Veteran di Kampong Meru dalam kawasan DUN Meru mulai dari bulan December 2012 sehingga berakhir bulan Mac 2013.Pada bulan April kami terlibat pula dengan Majlis Bersantai dengan Warga Emas di Kedai-Kedai Kopi sebanyak 5 kali.Majlis Hal Ehwal Semasa ini melibatkan Pengerusi PBPPPM DC Klang Tn Hj Ajidan Bin Hashim,Naib Pengerusi (L) Tn Hj Shaari Bin Abdullah,Tn Hj
Rosman Bin Warjono bekas Nazir mesjid Ar Sharif Meru Klang dan juga seorang ahli PBPPPM DC Klang.Selain itu ianya juga melibatkan Aluminai SMK Meru Klang.Para penceramah terdiri dari Tn Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hashim,Dato' Salamon Bin Selamat bekas Wakil Rakyat BN dan anak jati Kg Meru,En Norman Bin Toha seorang aktivis masyarakat dan Setiausaha Agung Jati Malaysia.Pengacara ialah Encik Rizalman Pengerusi Aluminai SMK Meru dan Tn Hj Rosman Bin Warjono.Antara kandungan isi yang diterangkan ialah hal-hal  politik 
Negeri Selangor,Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial,Masalah Air dan Kebersehan,Masalah Akidah umat Islam dan Masalah pembangunan fisikal.Adalah menjadi tanggungjawab pribumi Kg Meru dan mereka yang tinggal di sini membetulkan keadaan dan mempertahankan institusi raja,bangsa dan agama.Perjuangan tanpa ideoloji yang jelas dan perpaduan rakyat Malaysia tidak akan membawa kita ke mana-mana.Politik yang bersatu padu dan konsep 1 Malaysia mestilah diamalkan.Pemimpin-pemimpin juga mestilah terdiri dari mereka yang 
berakhlak mulia.Rakan kongsi dalam politik juga mestilah terdiri dari mereka yang menghormati orang Melayu,mematuhi perlembagaan, bersetuju dengan kontrak sosial yang telah dibuat oleh bebagai kaum di Malaysia semasa memperjuangkan kemerdekaan dahulu.Majlis Hal Ehwal Semasa ini telah diadakan sebanyak 9 kali di tempat-tempat seperti berikut:
i) Di Rumah Tn Hj Rosman Bin Warjono No 65,Tmn Berkat Pekan Meru Klang.
ii)Di Rumah Tn Hj Shaari Bin Talib Lot 2667,Jalan Nenas 42200 Meru Klang
iii)Di Rumah Pn Zaharah Bt Dasuki Lot 3052,Batu 21/2 Jln Jambu 42200 Meru Klang
iv)Di Rumah En Mohd Idrus Bin Abd Jamil
Lot 2140,Batu 3 1/2 Persiaran Hamzah Alang 42200 Meru Klang
v)Di Rumah Pn Misnah Bt Mat,Taman Meru 1 Pekan Meru 41050 Klang
vi)Di Rumah Pn Norliza Bt Hj Juraimi,Jln Kenangan 41050 Meru Klang
vii)Di Rumah Tn Hj Ahmad Fauzi Bin Mohd Amin Batu 8 Jln Meru 41050 Meru Klang
viii)Di Rumah En Yunus Bin Abu Hasan Batu 3 1/2 Jalan Tap 42200 Meru Klang
ix)Di Rumah Haji Surani Bin Suyut Batu 2 1/2 Jln Tap 42200 Meru Klang
Pihak ahli UMNO yang hadir di majlis-majlis ini berterima kasih kepada kami yang hadir dan berharap pada masa akan datang mengadakan lagi majlis seumpama itu.Walau pun kami merupakan NGO tetapi sambutan amat menggalakkan.Ramai penduduk tidak tahu apa yang berlaku dalam kerajaan Selangor seperti masalah air dan akidah umat Islam.Masalah lesen minuman keras, judi ,keruntuhan moral juga ditimbulkan.Mereka juga merasakan munculnya hotel-hotel budget yang bagitu banyak tidak perlu seperti di hadapan Sekolah Menengah SMTIS Kapar.Masalah orang Keristian yang bersembahyang di perumahan tanah bumiputera juga ditimbulkan.Adalah diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan seperti mengarah mereka bersembahyang di gereja yang ada di Pekan Meru yang jumlahnya sudah bertambah dua buah sejak pemerintahan pakatan pembangkang.Penduduk Meru seharusnya peka apa yang berlaku dan wujudkan perpaduan yang lebeh erat di kalangan orang Melayu.Mesjid dan surau juga sudah jadi pentas politik.Perkara seperti ini belum pernah berlaku dalam sejarah Meru.

Tuesday, May 7, 2013

Kursus Komputer Anjuran PBPPPM DC Klang May,2013

PBPPPM DC Klang telah merancang akan mengadakan Kursus Komputer untuk ahli-ahlinya yang berminat dalam bulan May 2013 ini.Walaubagaimana pun ianya telah ditunda ke bulan Jun kerana bulan Mei ialah Pilehanraya Umum ke 13.Antara tujuannya ialah supaya semua ahli PBPPPM DC Klang celek komputer.Ada ahli-ahlinya yang sudah bersara lebeh 20 tahun tetapi masih sihat kurang mahir mengenai cara-cara menggunakan komputer kerana semasa mereka bertugas dahulu komputer belum lagi banyak di sekolah-sekolah kecuali di beberapa   
buah sekolah menengah yang tersohor dan mampu memilikinya.Bagi ahli-ahli yang sudah mahir mereka mahu mendalami lagi seperti cara-cara melayari internet dan membuat blogs masing-masing.Selain itu mereka juga berminat untuk belajar 'Power Point' untuk persembahan bila berceramah.Kursus tersebut akan di adakan di SK Kg Jawa Klang dengan kerjasama Unit Pengurusan Sekolah PPD Klang.Kursus tersebut akan dikendalikan oleh Biro Wanita.Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Pn Kamariah Bt Zainuddin di talian 012-2361164 atau Pn 
Jariah Bt Napiah di talian 012-2810053.Kursus akan di adakan selama tiga hari terbuka kepada ahli dan bukan ahli bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 12.30 pm.Kursus adalah percuma untuk semua ahli-ahli PBPPPM DC Klang samada guru atau bukan guru.
Dalam usaha untuk memahirkan lagi penggunaan komputer di kalangan Pegawai Pegawai PBPPPM DC Klang Pengerusi telah memohon 3 unit komputer 1 Malaysia pada YB Dato' Seri Utama Dr Rais Bin Yatim Menteri Komunikasi Dan Penerangan Malaysia pada 15hb Januari,2013
dan telah berjaya di terima pada 7hb Mei,2013.Gambar 1 hingga 6 menunjukkan bagaimana meriahnya majlis tersebut di Kementerian Komunikasi dan Penerangan Kuala Lumpur.Pihak kami telah di sambut dengan penuh mesra oleh pegawai dan kakitangan di Kementerian tersebut.Mereka ini telah di tanam dengan budaya tinggi oleh YB Menteri Komunikasi dan Penerangan Dato' Seri Dr Rais Yatim dengan Adat Resam Menyambut Tetamu Budaya orang Malaysia.Terima Kasih dan Tahniah kepada YB Dato' Seri Dr Rais Yatim yang saya kenal sejak 
tahun 70 han lagi.Tenaga YB masih diperlukan oleh Negara.
Adalah diharapkan para Pengetua,Guru Besar dan guru-guru dapat melatih murid masing-masing supaya menghormati para tetamu yang datang ke sekolah atau rumah masing-masing.Inilah budaya kerajaan pimpinan Barisan Nasional
yang menanamkan budaya Malaysia ke dalam diri anak-anak kita yang akan mewarisi kepimpinan masa hadapan.Kita tidak mahu generasi yang akan datang menjadi liar dan mudah di pengaruhi oleh budaya asing seperti 'Arab Spring' dsbnya.Budaya Melayu dan budaya orang Malaysia
adalah lemah lembut dan sentiasa menghormati orang lain.Bukankah kita sebagai orang Melayu beragama Islam di ajar supaya mesra alam dan mesra dengan manusia lain.Hablum minallah dan Hablumminas.Para guru tidak pernah mengajar perkara yang tidak benar sejak Nabi Adam SAW yang merupakan guru pertama di dunia hinggalah para guru yang ada sekarang.Sekolah tetap merupakan Institusi Asas untuk melatih manusia berkelakuan baik.
Akhir kata pantun Melayu ada mengatakan:-

Pulau Pandan Jauh Ketengah 
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Di Kandung Tanah
Budi Yang Baik Di Kenang Juga
 
Itulah jasa-jasa baik yang ditinggalkan oleh YB Dato' Seri Dr Rais Bin Yatim Mantan Menteri Komunikasi dan Penerangan Malaysia dan salah seorang Menteri Malaysia yang paling petah bercakap dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

Ajidan Bin Hashim.YDP PBPPPM Cawangan Negeri Selangor dan Pengerusi PBPPPM DC Klang

Friday, December 14, 2012

Mesyuarat Agung Kebangsaan PBPPPM Di Melaka 1hb Dec - 2hb December 2012

Mesyuarat Agong Kebangsaan PBPPPM  pada kali ini telah diadakan di Negeri Melaka pada 1hb December,2012 hingga 2hb December,2012.Ianya bersamaan dengan hari Sabtu dan Ahad.Negeri Melaka telah terpileh 2 tahun yang lalu (2010) semasa Negeri Sembilan menjadi tuan rumah di Seremban.Negeri Melaka telah terpileh kerana ianya dipimpin oleh seorang Ketua Menteri yang cekap dan cemerlang termasuk sebagai sebuah bandarraya yang bersejarah yang mempunyai banyak keistimewaan. Tempat penginapan dan mesyuarat disediakan di Hotel Hang Tuah World Heritage yang selesa untuk kegunaan semua perwakilan dan pemerhati. Majlis peresmian dijadualkan dilakukan oleh YAB Dato' Seri Ali Bin Rustam Ketua Menteri Melaka tetapi digantikan dengan seorang Exco Kanan kerana Dato' Seri Ali masih berada di Kuala Lumpur menghadiri Perwakilan Perhimpunan Agong UMNO Malaysia.Majlis gilang gemilang ini disambut dengan meriah dengan berbagai persembahan Tarian Kebudayaan semua kaum di Melaka termasuk orang-orang keturunan Portugis dan jamuan makan malam yang sukar dilupakan.
Exco Kanan mengalu-ngalukan kedatangan semua perwakilan dan mengucapkan setinggi penghargaan terhadap jasa guru kepada  perjuangan kemerdekaan dan kepada negara.Tanpa guru pasti tenaga insan tidak dapat dijana dan negara akan menghadapi kesulitan.Perwakilan dari Sabah adalah antara perwakilan yang ramai yang menghantar peserta.Memang ini sudah menjadi amalan-amalan PBPPPM Cawangan Negeri Sabah.PBPPPM Cawangan Negeri Selangor menghantar 52 orang perwakilan termasuk 15 orang wakil PBPPPM Cawangan Negeri Selangor,ahli Majlis Kebangsaan yang terdiri dari ahli-ahli dari cawangan Negeri Selangor dan yang lain para pemerhati dan isteri masing-masing.PBPPPM DC Klang menghantar 2 orang perwakilan dan 11 orang pemerhati.Ramai yang berminat ke Melaka kerana tarikan pelancongannya.Pada kali ini di bawah pimpinan baru Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim selaku YDP Cawangan Negeri Selangor telah berjaya menyediakan tempat penginapan sebanyak 26 bilik yang dibiyai oleh cawangan Selangor dan cawangan daerah masing-masing.Antara pemimpin utama yang hadir termasuk Tn Hj Markum Bin Hj Ghazali dan isteri,Tn Hj Shaari Bin Abdullah dan isteri,Tn Hj Sukarman bin Sanuri dan isteri,Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim dan Tn Hj Hamzah Bin Mat seorang jawatankuasa cawangan Daerah Klang,En Norhamdan Bin Baharin dan Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim,Pn Hjh Kamariah Bt Zainuddin dan Pn Bahariah Bt Bustaman,Pn Hjh Noraini Bt Hj Tahir  dan Pn Rosnah Bt Ali,Tn Hj Ranom Bin Abd Hamid dan Pn Hjh Kamidah Bt Rantam,Tn Hj Mokhtar Bin Kassim dan isteri,Tn Hj Usman Bin Soparman dan Tn Hj Saari Bin Mahmuddin,YBhg Dato' Mohd Yusof Bin Abd Latif  dan Datin,Wakil-wakil dari Wanita Negeri Selangor,Tn Hj Raof Bin Husin dan Datin,Tn Hj Harun Bin Hasan dan isteri,Tn Hj Aris Bin Hj Abd Moen dan isteri,Tn Hj Ishak Bin Talha dan Tn Hj Shahruddin Bin Ahmad,Tn Hj Nordin Bin Hj Arshad dan Tn Hj Mohd Yusof Bin Mohd Salleh,Pn Hjh Khalijah Bt Shamsuddin dan Pn Hjh Zaharah Bt Abd Samad,Cik Hjh Zakiah Bt Mohd dan Pn Hjh Sabariah Bt Arsat,Encik GS Maniam,En Aziz Bin Abu dan isteri,Tn Hj Halim Bin Md Zaid dan isteri,Tn Hj Ismail Bin Ahmad dan isteri,Tn Hj Misrat Bin Hj Kasdi dan isteri,Encik Mahathir Bin Hj Ismail dan isteri.Pada kali ini wakil wanita dari Hulu Langat tidak dapat hadir.
Pada hari kedua pada 2hb Dec,2012 mesyuarat dimulakan dengan pemilehan jawatankuasa baru bagi tahun 2013-2014.Presiden 2010-2012 Tn Hj Abd Manan Bin Mohd Noh tidak dapat hadir kerana kesihatan dan beliau tidak bertanding pada kali ini.Tuan Setiausaha Agung Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali juga tidak bertanding kerana kesihatan tidak mengizinkan.Para perwakilan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada kedua-dua pemimpin ini yang telah banyak berjasa kepada persatuan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1993 hingga sekarang(2012).Selepas pembentangan penyata tahunan oleh Tuan Setiausaha Agong dan perbincangan mengenainya ianya diluluskan.Bagitu juga Penyata Kewangan ianya diluluskan.Antara syur penting oleh para perwakilan supaya penyata kewangan dibuat mengikut perlembagaan persatuan untuk mengurangkan kos.Perwakilan mengemukakan samaada ianya perlu diodit  oleh juruodit berdaftar atau tidak.Pihak pengurusan meminta para perwakilan merujuk kepada perlembagaan.Rumusan perbincangan usul meminta supaya nama persatuan diubah kepada 'Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia'  dan ditinggalkan perkataan 'Bekas'.Ini adalah disebabkan dari segi bahasa lokal Negeri Sabah maknanya kurang sedap didengar.Perkara ini sudah pun diluluskan 2 tahun yang lalu di Seremban Negeri Sembilan tetapi masih belum diambil tindakan.Jawatankuasa yang baru diminta menyelesaikannya dengan seberapa segera.Setelah diumumkan keputusan pemilehan Presiden yang baru ialah Dato' Hj Raof Bin Hussin dan Setiausaha Agong ialah Tn Hj Harun Bin Hassan.Keputusan yang lain ialah muka-muka lama dengan satu peningkatan ke atas.Pn Hjh Khalijah Bt Shamsuddin menang tanpa tanding sebagai Ketua Wanita dan Pn Hjh Zaharah Bt Samad sebagai Setiausahanya.Diucapkan tahniah kepada semua yang berjaya.Pada dua tahun ke hadapan (2014) Mesyuarat Agong Kebangsaan dijadualkan akan diadakan di Negeri Pahang.Semua para perwakilan mengalu-ngalukan Negeri Pahang sebagai Tuan rumah.Persediaan yang lebeh awal akan memeriahkan lagi majlis tersebut.
Gambar 1 menunjukkan Jawatankuasa Agong sedang meneliti Buku Penyata Tahunan.
Gambar 2 menunjukkan ahli-ahli sedang mengundi pemimpin mereka.
Gambar 3 menunjukkan Tn Bendahari PBPPPM DC Klang Tn Hj Muaz Bin Ibrahim sedang masuk ke tempat mengundi.
Gambar 4 Beberapa orang pemimpin dari Selangor sedang bersantai termasuk Pengerusi PBPPPM DC Sabak Bernam Dato' Mohd Yusof Bin Abd Latif dan Timbalannya Tn Hj Saari Bin Mahmuddin.
Gambar 5 Tn Hj Shaari Bin Abdullah Bendahari Agong sedang berkata sesuatu kepada beberapa orang para perwakilan.

Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang Dec,2012

Thursday, November 8, 2012

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PBPPPM Cawangan Negeri Selangor 2012

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan PBPPPM Cawangan Negeri Selangor bagi sessi 2010-2012 telah diadakan di Sabak Bernam pada 3hb November,2012 bersamaan dengan hari Sabtu mulai jam 10 pagi hingga 1.30 tengah hari.Ianya diadakan di Dewan Mini Konvesyen Pekan Sabak Bernam.Majlis telah diresmikan oleh Pegawai Khas YB Dato' Noriah Bt Kasnon DIMP,SMS,PJK Timbalan Menteri Tenaga,Teknoloji Hijau dan Air Malaysia.Dalam ucapannya YB Timbalan Menteri mengingatkan tentang jasa guru  dalam sejarah negara selain memperjuangkan kemedekaan guru juga turut berjuang untuk skim perkhidmatan kaum guru.Apa yang dinikmati sekarang adalah perjuangan orang terdahulu dan beliau berharap guru terus berjuang demi kepentingan agama bangsa dan tanah air.Jasa guru tidak boleh dilupakan.Dato' Yusof Bin Latif selaku Pengerusi PBPPPM DC Sabak Bernam mengingatkan hal yang sama mengenai guru.Guru juga berjuang mempertabatkan Bahasa Melayu untuk sistem pendidikan negara hingga ke tingkat setinggi-tingginya iaitu universiti.Perjuangan yang sama harus diteruskan demi kesinambungan bangsa dan orang Melayu.Majlis yang gilang gemilang ini berhenti rehat untuk minum pagi dan diteruskan selepas selesai minum pagi.Sebelum ketibaan daif kehormat Dato' Hj Raof Bin Hussin selaku Timbalan Pengerusi telah memberi taklimat mengenai hal ehwal semasa dunia pendidikan termasuk pihak-pihak tertentu yang menuntut supaya bahasa mereka di ajar di sekolah dan di peringkat yang lebeh tinggi.Dato' Hj Raof menegaskan orang Melayu perlu bersatu jika kita ingin terus menegakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa resmi negara dan bahasa pengantar di Pengajian Tinggi  sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.Bahasa Melayu telah terbukti sebagai bahasa perpaduan di negara ini sejak lebeh 50 tahun dahulu kita mencapai kemerdekaan.PBPPPM seharusnya menjadi penyokong yang kuat kepada kerajaan dan sentiasa mengikuti hal-hal semasa jika ianya mahu terus unggul dan releven sebagai penyokong kerajaan persekutuan.Jika kita kuat suara kita akan didengar oleh kerajaan.Oleh kerana Tuan YDP Tn Hj Manan Bin Mohd Noh tidak hadir kerana uzur majlis melantik Dato' Hj Raof Bin Hussin selaku Pengerusi mesyuarat.Keputusan pemilihan mesyuarat Agong adalah seperti berikut: i) YDP Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim  ii)Timbalan YDP Dato' Hj Yusof Bin Latif  iii)Naib YDP (L) Tn Hj Kamaruddin Bin Mansor iv)Naib YDP(W) Pn Khalijah Bt Shamsuddin (v)Setiausaha En Norhamdan Bin Baharin (vi)Penolong Setiausaha (L)Tn Hj Aris Bin Hj Moen(vii)Penolong Setiausaha (W)Pn Hjh Zaharah Bt Abdul Samad (viii)Bendahari Tn Hj Sukarman Bin Sanuri. Pemeriksa Kira-Kira (i)Tn Hj Mahali Bin Ramlan ii)Tn Hj Shaari Bin Abdullah.Usul-usul dari Cawangan Selangor dibincangkan.Antara usul yang akan dibawa ke Mesyuarat Agong Kebangsaan ialah berkaitan dengan cadangan supaya Presiden/YDP/Pengerusi cawangan Daerah melantik Setiausaha dan Bendahari di peringkat masing-masing.Tujuannya supaya senang mengurus persatuan dari segi tempat tinggal dan kesesuaian masing-masing antara pegawai-pegawai yang dilantik dan ketua.Usul lain telah diterima tanpa bahas dan akan dirujuk kepada pihak yang berkenaan.Mesyuarat Agong pada kali ini akan diadakan di Melaka selaku Tuan rumah.PBPPPM Cawangan Negeri Selangor layak menghantar 15 orang perwakilan selain dari mereka yang memegang jawatan di peringkat kebangsaan iaitu seramai 8 orang yang di ketuai oleh Tn Hj Manan Bin Mohd Noh.Mesyuarat Agong tersebut pada 1hb Dec hingga 2hb December,2012.Jawatankuasa yang baru bagi Negeri Selangor akan membincangkan cara-cara perwakilan Selangor akan pergi ke sana dan akan mengemukakan calon-calon yang akan bertanding di Peringkat Kebangsaan.Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali selaku Setiausaha Agong akan membantu YDP Selangor menyelesaikan perkara ini.Sebelum majlis berakhir YDP yang baru Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada para perwakilan yang menyokong beliau dan memohon mereka membantu beliau membawa perubahan kepada cawangan Selangor ke arah lebeh maju lagi.Terima Kasih juga ditujukan kepada bekas YDP Tn Hj Manan Bin Mohd Noh yang telah membawa kemajuan kepada cawangan Selangor dan meletakkannya di tapak yang kukuh.Semoga beliau diberi kesihatan yang baik bagi menempuh sisa-sisa hidup untuk masa-masa yang akan datang.Terima Kasih juga ditujukan kepada PBPPPM DC Sabak Bernam yang telah menjadi Tuan Rumah dan memberi layanan istimewa kepada para perwakilan sakalian.Majlis berakhir pada pukul 1.30 pm.
Gambar 1 menunjukkan Tn Setiausaha Cawangan Selangor Tn Hj Harun Bin Hasan mengalualukan para perwakilan sakalian.
Gambar 2 menunjukkan perwakilan dari PBPPPM DC Klang Tn Hj Usman Bin Soparman dan Tn Hj Mahali Bin Ramlan sedang asyik membaca buku penyata yang diedarkan.
Gambar 3 menunjukkan para perwakilan wanita dari seluruh Negeri Selangor membanjiri Dewan mesyuarat  Pusat Konvensyen Mini Sabak Bernam.
Gambar 4 menunjukkan Dato' Hj Raof Bin Hussin Timbalan Pengerusi PBPPPM Cawangan Selangor sedang memberi taklimat mengenai perkembangan semasa dalam dunia pendidikan.
Gambar 5 menunjukkan Tn Hj Sukarman Bin Sanuri sedang berbincang sesuatu dengan Pengerusi PBPPPM DC Ulu Selangor Tn Hj Kamaruddin Bin Mansur.
Gambar 6 menunjukkan Tn Hj Ramle Bin Salleh dan beberapa para perwakilan dari PBPPPM DC Klang sedang membincang mengenai penyata tahunan.
Gambar 7 menunjukkan Tn Hj Shahar Bin Jailani perwakilan dari PBPPPM DC Kuala Langat sedang asyik membaca penyata.Bagitu juga para perwakilan yang lain.

Ajidan Bin Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang 4hb November,2012.

Wednesday, November 7, 2012

Majlis Lawatan Biro Wanita PBPPPM DC Klang Ke HTAR Klang 7hb November,2012

Majlis Lawatan Biro Wanita PBPPPM DC Klang ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang/HTAR Klang bagi tahun 2012 telah diadakan pada 7hb November,2012 mulai pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Ianya merupakan aktiviti tahunan Biro Wanita dengan kerjasama PBPPPM DC Klang.Antara tujuan dan matlamatnya ialah sebagai aktiviti sosial untuk berkhidmat kepada masyarakat dan mendekatkan persatuan ini dengan orang ramai.Pada kali ini ianya diketuai oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker DUN Selangor dan bekas ADUN Sementa.Selain dari itu turut hadir ialah Pengerusi kami Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim dan Naib Pengerusi Tn Hj Shaari Bin Hj Abdullah.Tn Setiausaha En Norhamdan Bin Baharin membantu menyelaraskan majlis tersebut termasuk menyediakan minuman rengan selepas majlis berakhir.
Majlis ini telah disusun dengan rapi oleh Biro Wanita dengan sokongan kuat Penaung kami YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail.Setiausaha Wanita yang bekerja keras bagi menjayakan majlis ini ialah Puan Hamidah Bt Rantam bekas Guru Besar SK Bukit Tinggi Klang dan seorang pejuang masyarakat yang gigih dan kental dari Kg Batu Belah Klang.Walaupun umur terus menjangkau usia beliau tetapi beliau tetap gigih seperti dahulu.Majlis juga turut dihadiri oleh bekas Ketua Biro Wanita Pn Maznah Bt Bahari.Seorang ahli veteran dan juga isteri kepada Tuan Setiausaha Agung PBPPPM juga turut hadir iaitu Puan Anniswal Bt Sabaruddin seorang jawatankuasa yang paling lama menjadi ahli dan terus bergerak aktif.Beliau juga adalah Pengerusi keahlian PBPPPM DC Klang.Dengan kerja keras beliau dan jawatankuasanya PBPPPM DC Klang merupakan Cawangan Daerah yang paling ramai ahli dan paling aktif di Negeri Selangor dan mungkin juga di Malaysia.Ahli Cawangan Daerah ini telah mencecah melebehi 505 orang ahli.Pada kali ini majlis juga turut dihadiri oleh jawatankuasa baru Puan Bahariah Bt Bustaman bekas Pengetua Cemerlang SMK Convent Klang.Selain itu turut hadir ialah Puan Noraini Bt Hj Tahir bekas Pegawai Pelajaran Daerah Klang.Antara ahli baru yang lain yang hadir ialah Pn Rosnah Bt Ali bekas Pengetua Cemerlang SMK Methodist Klang.Pengerusi dalam bualannya dengan mereka berharap dalam masa yang akan datang lebeh ramai bekas guru siswazah akan turut hadir dan menjadi ahli.Majlis bermula pada pukul 10.15 pagi dengan ketibaan YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail dengan disambut oleh Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim, Naib Pengerusi Tn Hj Shaari Bin Abdullah,Naib Pengerusi Wanita Pn Kamariah Bt Zainuddin,Bekas Pengerusi Wanita Pn Maznah Bt Bahari,Setiausaha Cawangan En Norhamdan Bin Baharin dan Pegawai Perhubungan HTAR Klang.Selepas berkumpul di bilik menunggu pejabat HTAR Klang majlis terus beratur untuk bergambar beramai-ramai dikelolakan oleh juru gambar PBPPPM DC Klang Tn Hj Ramlee Bin Salleh.Selepas bergambar rombongan menuju ke lift untuk ke tingkat 3 melawat wad-wad yang telah disediakan.Wad yang disediakan ialah wad kemalangan lelaki dan wad pembedahan wanita.Tan Sri Onn mengetuai rombongan ke wad lelaki dengan diikuti oleh Pengerusi,Naib Pengerusi dan Setiausaha cawangan.Setiap pesakit disediakan sebuah cendermata yang terdiri dari bahan makanan berkhasiat dan sehelai tuala untuk kegunaan pesakit.Selepas Tan Sri Onn siap menyampaikan cenderamata kepada pesakit bersama-sama dengan Pengerusi,Naib Pengerusi,Setiausaha dan ahli rombongan lain terus ke wad wanita untuk membuat lawatan sambil lalu dan memerhati Biro Wanita dengan diketuai oleh Puan Kamariah Bt Zainuddin menjalankan tugasnya.Setelah selesai rombongan turun ke kantin hospital untuk minum pagi dengan diikuti oleh Pegawai Perhubungan Awam HTAR Klang dan ahli rombongan yang lain.Majlis pada hari ini sungguh berjaya dan mencapai matlamatnya.Pengerusi Biro Wanita Pn Kamariah Bt Zainuddin mengucapkan setinggi-tinggi Teima Kasih kepada semua yang hadir khususnya Tan Sri Onn Bin Hj Ismail dan AJK lelaki yang lain.Terima Kasih juga ditujukan kepada HTAR Klang yang telah melayan kami dengan cemerlang dan membenarkan lawatan tersebut dibuat.Insyallah jika ada rezeki dan umur panjang pada tahun hadapan kami akan adakan majlis seperti ini lagi.Diucapkan Tahniah dari Pengerusi PBPPPM DC Klang dan semua ahli jawatankuasa Cawangan Daerah Klang kepada Biro Wanita.Syabas.

Gambar 1 menununjukkan Tan Sri Onn Bin Hj Ismail sedang menyampaikan cenderamata sambil diperhatikan oleh isteri pesakit dengan ucapan Terima Kasih dan penuh kesyukuran.
Gambar 2 Tan Sri Onn Bin Hj Ismail dan seorang jururawat hospital yang bertugas sedang beraksi di hadapan juru gambar PBPPPM DC Klang Tn Hj Ramlee Bin Salleh.
Gambar 3 Tan Sri Onn sedang menyampaikan cenderamata kepada pesakit sambil diperhatikan Pengerusi kami Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim.
Gambar 4 menunjukkan Tan Sri Onn,Tn Hj Ajidan,Tn Hj Shaari dan seorang ahli kami sedang berbual di dalam bilik menunggu HTAR Klang.
Gambar 5 menunjukkan Pengerusi kami Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim sedang menyampaikan cendermata kepada seorang pesaki sambil bebual-bual.
Gambar 6 menunjukkan Tn Hj Shaari Bin Hj Abdullah selaku Naib Pengerusi sedang menyampaikan cendermata kepada seorang pesakit di HTAR Klang Wad lelaki.
Gambar 7 menunjukkan Puan Pegawai Perhubungan Awam HTAR Klang sedang menyampaikan taklimatnya mengenai lawatan tersebut dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kedatangan kami.Pn Kamariah Bt Zainuddin sedang asyek mendengar taklimat tersebut.
 
Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang.