Thursday, June 30, 2011

Aktiviti Bergambar Hari Guru Daerah Klang 16hb June,2011

Hari Guru Daerah Klang telah diadakan dengan meriah sekali pada 16hb June 2011.Ianya dimulakan dengan sambutan ketibaan Dato' Dr Teh Kim Poo Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang dan Pengerusi BN Parlimen Klang pada pukul 9.00 pagi.Gambar 3 kiri.Ianya diikuti dengan kemasukan Tokoh-Tokoh Guru bagi tahun 2011 yang terdiri dari dua orang Melayu dan seorang Cina dan seorang India.Gambar 4 kanan dan 5 kanan menunjukkan kemasukan Tokoh-Tokoh Guru tersebut ke Dewan Putra Sekolah Tinggi Klang.Gambar 6 kanan menunjukkan Sambutan Silat untuk Tetamu Kehormat Dato' Dr Teh Kim Poh.Gambar 1 kiri dan 2 kiri menunjukkan guru-guru yang menjalankan tugas selaku juru hebah dan tetamu-tetamu yang sedang ashik mendengar ucapan-ucapan oleh Puan PPD Puan Noraini Bt Hj Tahir dan ucapan perasmian oleh Dato' Dr Teh Kim Poh.Antara para jemputan yang hadir termasuk Tuan Hj Mahmud Bin Karim Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor,Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali S/U Agong PBPPPM dan isteri Puan Anniswal Bt Sabaruddin,Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang,En Norhamdan Bin Baharin (Penolong S/U),Pn Hjh Raonah Bt Hj Abdullah(Pen S/U Wanita),En Sukarman Bin Sanuri dan beberapa orang ahli PBPPPM DC Klang yang lain.Sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah satu kejayaan besar kepada PPD Klang yang bersempena dengan persaraan Puan PPD pada 21hb Julai yang akan datang ini.Kejayaannya kerana sokongan semua pihak khususnya Pengetua,Guru Besar dan guru-guru dalam Daerah Klang.Selain itu badan-badan seperti MPSM,MGB sekolah Kebangsaan,MGB SRJK(C) dan MGB SRJK(T) telah memberi sokongan penuh.PBPPPM DC Klang juga turut serta sebagai anggota J/K perlaksanaan.Badan-badan ini bukan sahaja memberi sokongan dari segi tenaga manusia tetapi juga dari segi kewangan mengikut kemampuan masing-masing.Pada 21hb Julai, 2011 pukul 3 petang satu majlis lagi akan diadakan untuk persaraan Puan Noraini Bt Hj Tahir.Hari tersebut ialah hari terakhir beliau bertugas sebagai guru dan PPD.Adalah dijangkakan Tuan Pengarah Pelajaran Selangor akan turut hadir berserta semua Pengetua,Guru Besar dalam Daerah Klang.Semua badan-badan seperti yang dinyatakan di atas telah menyatakan 'commitment ' masing-masing untuk turut serta.Kepada Puan Noraini diucapkan 'Selamat Bersara' dan sangat-sangat dialu-alukan untuk menjadi ahli PBPPPM DC Klang untuk sama-sama mengerakkan Persatuan kita ini.Setakat ini PBPPPM DC Klang merupakan Cawangan Daerah yang paling aktif dalam Negeri Selangor dan mungkin juga di Malaysia.

Wednesday, June 29, 2011

Hari Guru Daerah Klang Anjuran PPD Klang 16.6.2011

PPD Klang di bawah pimpinan Pn Noraini Bt Hj Tahir telah mengadakan Hari Guru 2011 untuk kaum guru dalam Daerah Klang.Majlis tersebut diadakan di Dewan Putra Sekolah Tinggi Klang pada 16hb Jun,2011 bersamaan dengan hari Khamis bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.Majlis diadakan dengan kerjasama semua sekolah Menengah dan Rendah dalam Daerah Klang dengan kerjasama badan-badan seperti MPSM,MGB sekolah rendah,MGB SRJK(C) dan MGB SRJK(T).Selain itu PBPPPM DC Klang telah turut serta dalam majlis tesebut.YBhg Dato' Dr Teh Kim Poo Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang yang juga Pengerusi BN Parlimen Klang telah merasmikannya dengan upacara yang gilang gemilang.Antara VIP yang hadir termasuk Tn Hj Mahmud Bin Karim Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor.Di majlis tersebut 4 orang guru telah mendapat gelaran Tokoh Guru Daerah Klang 2011.Guru tersebut ialah dua orang guru Melayu dan seorang guru Cina dan seorang guru India.Antara kriteria pemilehan tokoh guru ialah guru yang telah memberi khidmat cemerlang selain merupakan guru yang aktif dalam kegiatan luar sekolah.Kegiatan mereka mestilah berterusan iaitu termasuk selepas bersara.Dua orang ahli kami telah mendapat gelaran tersebut iaitu Puan Kamariah Bt Zainuddin bekas Pengetua Cemerlang SMK Rantau Panjang dan seorang guru yang aktif dalam Puteri Islam dan PBPPPM DC Klang.Gambar 2 menunujukkan Pn Kamariah bt Zainuddin sedang menerima Sijil Tokoh Guru 2011 dari Dato' Dr Teh Kim Poo Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang merangkap Pengerusi BN Parlimen Klang.Seorang lagi ahli kami yang mendapat Tokoh Guru ialah Tn Hj Muaz Bin Ibrahim seorang Guru Besar Cemerlang dan Komissioner Pengakap yang aktif hingga sekarang.Beliau juga merupakan Bendahari PBPPPM DC Klang.Selain menjadi Guru Besar beliau juga bekas Penyelia KBSR Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran,JPN dan PPD Klang.Dalam gambar 1 kelihatan Tuan Hj Muaz Bin Ibrahim sedang menerima Sijil Tokoh Guru Daerah Klang 2011 dari Dato' Dr Teh Kim Poo.Beliau bersara pada tahun 1997.Tuan Hj Muaz juga pernah bertugas selaku Setiausaha Mesjid Al Rahimiah Jalan Banting Klang.Hari guru seharusnya menjadi kebanggaan kepada semua kaum guru kerana ianya satu pengiktirafan terhadap profession perguruan hasil rekomendasi dari Laporan Gaji Aziz pada tahun 1970 semasa Allahyarham Tun Abd Razak menjadi Menteri Pelajaran.Hari Guru mula diadakan pada tahun 1972 dan sudah diadakan sebanyak 39 kali.Pada masa dahulu guru dikatogerikan lebeh kepada 250 katogeri mengikut tempat mengajar dan jenis latihan.Laporan Aziz membahagikannya kepada 2 katogeri sahaja guru siswazah dan bukan siswazah dengan gaji permulaan yang lebeh menarik.Pada masa itu gaji permulaan guru bukan siswazah ialah RM 310.00 (untuk semua guru)dan siswazah RM 800.00 sebulan.Semoga perkhidmatan perguruan akan menjadi satu profession yang diminati ramai khususnya dengan ada sistem gaji SSM dan lebeh ramai guru diberi peluang kenaikan pangkat ke DG 54 dan JUSA C.Pada tahun 2012 sebanyak 30 jawatan JUSA C akan diberi kepada Pengetua di sekolah menengah.Pada masa sekarang ada 15 jawatan.Peluang kenaikan pangkat untuk guru bukan siswazah juga ditambah selain memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan ijazah lebeh terbuka dan mudah dibandingkan 40 tahun lalu semasa Laporan Aziz dilaksanakan.Pada masa itu guru bukan kerajaan(UTS) terpaksa menangguhkan perkhidmatan jika masuk universiti dan memohon bursari untuk perbelanjaan di universiti.Penangguhan perkhidmatan memberi kesan kepada pencen kerana masa di Universiti tidak dikira sebagai berkhidmat dalam faktor pencen.Dengan ini bermakna tiada gaji.Guru kerajaan mendapat separuh gaji dan memohon pinjaman MARA untuk membiyai perbelanjaan di universiti.Kesimpulannya sangat susah jika masuk universiti khususnya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak dengan tanpa gaji dan bergantung kepada bursari.Masalah-masalah ini sudah pun diatasi oleh Kementerian Pelajaran atas desakan oleh Kesatuan-Kesatuan Guru seperti NUTP/KPPK dan sebagainya.
Tahniah kepada PPD Klang khususnya kepada Puan Noraini yang telah berjaya mengadakan Hari Guru 2011 dengan jayanya.Diucapkan juga selamat bersara kepada Puan Noraini Bt Hj Tahir selaku PPD dan guru pada 21hb Julai ini(Khamis).Insyaallah ramai yang akan hadir di majlis persaraan Puan.