Sunday, May 26, 2013

Majlis Sambutan Hari Guru 2013 Anjuran Biro Wanita PBPPPM Negeri Selangor

 Majlis Sambutan Hari Guru 2013 anjuran Biro Wanita PBPPPM Negeri Selangor telah diadakan di pejabat persatuan di Jalan Jambu Bol JPN Shah Alam Selangor.Ianya diadakan pada hari Jumaat jam 10 pagi bersamaan dengan 17hb Mei,2013.Ianya turut dihadiri oleh Tn Hj Ajidan Bin Haji Hashim YDP Negeri Selangor dan En Norhamdan Bin Baharin Setiausaha Negeri Selangor.Selain itu turut hadir Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali bekas Setiausaha Agong PBPPPM dan isteri Pn Anniswal Bt Sabaruddin.Tuan  Bendahari Negeri Selangor Tn Hj 
Sukarman Bin Sanuri dan isteri juga turut hadir.Beberapa orang suami para peserta wanita juga turut hadir.Tetamu khas ialah YBhg Dato' Hj Raof Bin Hussin Presiden PBPPPM.Tn Hj Hashim peserta setia majlis-majlis Biro Wanita telah menjadi pembimbing bacaan Yaasin dan doa selamat sempena dengan majlis tersebut.Pn Khalijah Bt Shamsuddin selaku Ketua Biro Wanita memberi tahu majlis sepatutnya diadakan di dewan besar di luar pejabat persatuan tetapi oleh kerana atas kehendak ahli ianya diadakan di pejabat persatuan tahun demi tahun.Ini adalah disebab
kan ahli merasa selesa di situ dan ianya lebeh merupakan perjumpaan keluarga.Beliau juga di dalam ucapan aluannya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli-ahli wanita yang bagitu ramai turut hadir dan memberi sokongan termasuk dari segi kewangan.Pn Khalijah juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kehadiran Dato' Hj Raof selaku Presiden.Majlis menjadi bagitu gemilang dengan kehadiran Dato' Hj Raof.Dato' Hj Raof dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada
Biro Wanita yang telah berjaya mengadakan majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.Beliau seterusnya memberi tahu bahawa PBPPPM sekarang sedang mencari identiti yang baru supaya pihak kerajaan memberi perhatian mengenai kaum guru.Kadangkala anak guru sendiri susah mendapat biasiswa walau pun yang menjaganya orang Melayu.Setelah bersusah payah barulah berjaya.Beliau juga memberitahu bahawa pihak Ibu Pejabat sekarang sedang menguruskan mendapatkan peruntukan dari kerajaan persekutuan supaya
dapat diagih-agihkan kepada semua negeri di Malaysia yang mempunyai cawangan PBPPPM di negeri masing-masing.Dengan peruntukan tersebut dapatlah PBPPPM di negeri masing-masing menjalankan aktiviti mereka khususnya dalam bidang kebajikan guru-guru bersara.Dalam masa terdekat beliau berharap permohonan itu berjaya.Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim selaku YDP Negeri Selangor dalam ucapannya memberitahu bahawa sambutan hari guru ini telah lama berjalan dan beliau sendiri telah mengalaminya lebeh 40 kali sejak tahun 
1972 semasa beliau mula-mula  bertugas sebagai guru siswazah.Perkhidmatan perguruan juga telah mengalami transformasi dalam masa lebeh 80 tahun lalu.Ianya adalah hasil kerja keras pihak kerajaan BN.Oleh itu kaum guru mestilah menghayati sejarah dan menghargai apa yang kerajaan buat..Dari skim perkhidmatan yang daif dan berpecah belah sebelum merdeka dahulu telah menjadi skim perkhidmatan yang setaraf  dengan skim perkhidmatan PTD dalam Perkhidmatan Awam.Hari ini untuk menjadi guru sudah susah tidak seperti 40 tahun lalu sebagai pilihan karier terakhir.Untuk menjadi guru sekarang mesti dapat semua A dalam semua mata pelajaran dan menjalani temu duga yang ketat sebelum berjaya.Ini adalah disebabkan terlalu ramai yang ingin menjadi guru.Yang memohon seramai 60,000 dan kekosongan hanya 20,000 orang.Amat malang sekali kalau ada kaum guru yang menentang kerajaan yang telah banyak berjasa kepada kaum guru dan perkhidmatan pendidikan.

Ajidan Bin Hj Hashim YDP PBPPPM Negeri Selangor

Wednesday, May 22, 2013

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 22.5.2013

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Universiti Perdana (UPM) Serdang pada hari Rabu 22.5.2012 mulai jam 9.00 pagi.Ianya diadakan di Dewan D,MAEPS,Serdang.Majlis turut dihadiri oleh Tn Pengarah Pelajaran Selangor Tn Hj Mahmud Bin Karim dan diresmikan oleh YB P.Kamalanathan Timbalan Menteri Pelajaran 2 Kementerian Pelajaran Malaysia.Tn Hj Mahmud dalam ucapannya menyebut arah tuju sekolah sekarang bagi mewujudkan guru yang berinovatif dalam berbagai bidang khususnya dalam bidang matema
tik dan sains selain untuk mewujudkan murid yang mahir dalam berbagai bahasa seperti Bahasa Melayu,Inggeris Cina dan Tamil.YB P Kamalanathan dalam ucapannya menyebut bahawa dasar pelajaran kebangsaan adalah dilandasan yang betul dan beliau akan menjalankan tugas sebaik-baiknya dalam melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan.Majlis ini turut dihadiri oleh semua PPD dalam Negeri Selangor,Wakil-wakil Pengetua dan Guru Besar dari seluruh Daerah Negeri Selangor.Selain itu terdapat wakil dari MPSM Negeri Selangor,
MGB Negeri Selangor,PBPPPM Cawangan Selangor,PBPPPM DC Klang,Semua Sekolah Daerah Hulu Langat dan Wakil dari Kolej Swasta dari Hulu Langat.Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negara Ku dan Negeri Selangor.Ianya diikuti dengan Ucapan Pengarah Pelajaran Selangor selepas bacaan doa.YB Encik Kamalanathan merasmikan majlis dengan tepukan gemuruh dari para hadirin sakalian.Majlis yang gilang gemilang ini dikuti dengan bacaan Ikrar dari guru-guru sakalian dengan dipimpin oleh seluruh PPD Negeri Selangor.
Selepas persembahan Choir yang kelihatan bagitu bersemangat sekali diadakan penyampaian hadiah guru inovatif Negeri Selangor.Antaranya termasuk Pn Kristnadevi A/P Sundram dari SK Pulau Indah 2,Klang,Encik Muhammad Zailani Bin Somingan dari SK Parit Baharu Sabak Bernam,Puan Noraidah Bt Nordin dari SMK Rawang.Untuk guru inovatif secara kumpulan dimenangi oleh En Ahmad Sharil Bin Jamaluddin dari SK Taman Bukit Indah Ampang manakala Pn Fauzi Bt Hassan dari SK Taman Bukit Indah Ampang.Kedua-dua guru ini telah 
membekalkan alat bantu mengajar ke PPD Gombak.Selain dari guru inovatif diadakan juga anugerah pemimpin dalam Teknoloji Maklumat.Ianya dimenangi oleh Pn Latifah Bt Mohd Isa dari SMK Jalan Bukit Kajang dan Pn Norliza Bt Jais dari SMK Telok Datok Banting,Selangor.Guru SMK Telok Datok ini mempunyai blogsnya sendiri dengan alamat http;/nolizajais.blog spot.com.Sesiapa yang meminatinya boleh melayari blogs tersebut.
Tokoh Guru pada kali ini ialah Tn Hj Bajuri Bin Abdullah yang dilahirkan di Sungai Air Tawar,Sabak Bernam.Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Klang dan Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor sebelum bersara pada tahun 2011.Tokoh Guru kedua seorang Pengetua ialah Pn Hajah Jamelah Bt Mansor dari Hulu Langat.Tokoh Guru ketiga ialah Pn Sally Jacob dari Kuala Langat dan Tokoh Guru Keempat ialah Tn Hj Suhaimi Bin Hj Dzajuli dari Sabak Bernam Selangor.Tahniah diucapkan kepada keempat empat Tokoh Guru ini.Semoga menjadi contoh kepada guru-guru lain yang sedang berkhidmat supaya menunjukkan bakat masing-masing dalam perkhidmatan mereka.
Gambar 1 Menunjukkan Tn Bendahari PBPPPM DC Klang Tn Hj Muaz Bin Ibrahim
Gambar 2 Menunjukkan Majlis Bacaan Doa sedang dijalankan.
Gambar 3 Menunjukkan YBhg Tn Hj Mahmud Bin Karim sedang berucap
Gambar 4 Menunjukkan Pn Kamariah Bt Zainuddin Ketua Biro Wanita PBPPPM DC Klang dengan rakan-rakan beliau.
Gambar 5 Menunjukkan YB Encik Kamalanathan Timb Ment Pelajaran 2 sedang berucap.
Gambar 6 Menunjukkan Ustadz Saifuddin,Tn Hj Muaz dan Kontraktor pembekal makanan dari Klang dalam majlis tersebut.

Ajidan Bin Hj Hashim  YDP PBPPPM Cawangan Selangor  23/5/2013

Monday, May 13, 2013

Majlis Meraikan Tokoh-Tokoh Guru Dari Klang Bagi Tahun 2011 Dan 2012

Majlis meraikan Tokoh-Tokoh Guru dari Daerah Klang telah diadakan di Hotel Concorde Shah Alam pada hari Ahad 12hb Mei,2013 yang lalu pada pukul 12 tengah hari dalam majlis yang gilang gemilang dan di resmikan oleh Pn Pegawai Pendidikan Daerah Klang Pn Adliyah Bt Ramli bagi pihak Pengarah Pelajaran Selangor.Tetamu Kehormat ialah YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker DUN Selangor.Turut hadir selain Pn PPD ialah Ketua Unit Pengurusan Sekolah Encik Shokimi Bin Saman dan Tn Hj Rosman Bin Warjono bekas Nazir 
mesjid Ar Sharif Meru Klang.Tokoh-Tokoh guru tersebut adalah seperti berikut:-
i)Encik Hairuddin Bin Dahlan bekas Guru Besar SK Sementa Klang dan bekas Pengerusi DTC Negeri Selangor (Tokoh Guru Daerah 2011)
ii)Pn Bahariah Bt Bustaman Bekas Pengetua Cemerlang SMK Convent Klang (Tokoh Guru Daerah Klang 2012)
iii)Pn Kamariah Bt Zainuddin bekas Pengetua SMK Rantau Panjang Klang(Tokoh Guru Negeri Selangor 2012)
iv)Mohd Azman Bin Abd Rashid bekas Guru Besar Sekolah Harapan Negara SK Telok Pulai Klang.(Tokoh Guru Kebangsaan 2012)
Tn Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim dalam ucapannya mengingatkan kita semua untuk menjadi seorang Tokoh Guru bukanlah mudah.Pertamanya jika beliau seorang guru mestilah merupakan seorang guru yang cemerlang dalam bilik darjah dan aktif dalam kegiatan luar sekolah termasuk hubungan dengan pihak luar seperti dalam khidmat sukarela seperti NGO atau kegiatan masyarakat yang lain.Jika beliau se
orang Pengetua atau Guru Besar mestilah merupakan seorang pentadbir yang cemerlang selain atif dalam kegiatan luar sekolah dan pehubungan dengan pihak awam.Beliau mestilah merupakan seorang pentadbir yang serba serbi boleh dan mempunyai sifat-sifat istimewa.
Seterusnya Tn Hj Ajidan memberi tahu majlis profesion perguruan adalah profesion mulia.Ianya sama tua dengan budaya manusia kerana Nabi Adam SAW merupakan guru pertama di dunia.Hari ini menjadi guru adalah sama taraf dengan PTD kerana Skim Gaji adalah sama.Pada
masa sekarang untuk menjadi guru mesti mempunyai keputusan semua A dalam peperiksaan SPM sebelum diterima masuk ke Universiti menjadi guru siswazah.Perjuangan memertabatkan guru mengambil masa yang lama kira-kira 80 tahun dahulu.Mula-mula guru latihan SITC dan MWTC dalam tahun 1920han.Latihan lain termasuk guru normal,lepasan  maktab perguruan harian dsbnya.Untuk mereka yang mendapat gred yang baik di hantar ke luar negeri seperti Brinsford Lodge dan Kirkby College England.Bagi guru Bahasa di hantar ke Maktab Bahasa Lembah 
Pantai Kuala Lumpur dan Bukit Senyum di Johore.Semasa dalam tahun 1960han guru-guru dihantar belajar di UM Kuala Lumpur untuk jadi guru siswazah.Tahun1970han dan 1980han di adakan program pensiswazahan guru sekolah rendah dan menjelang tahun 2020 semua guru di sekolah rendah dan menengah mempunyai ijazah.Semua transformasi dalam profesion perguruan ini adalah hasil usaha kerajaan BN.Oleh itu semua guru harus memahami sejarah dan menghayatinya dan bukan menjadi penentang kepada BN.Seterusnya Pn PPD Klang Pn Adliyah Bt Ramli berterima kasih kepada PBPPPM DC Klang kerana pegawai-pegawainya merupakan bekas-bekas Pengetua dan pegawai PPD yang cemerlang khidmat mereka dan menjadi penunjuk dan mentor kepada beliau semasa menjalankan tugas sebagai PPD.Beliau juga berterima kasih di atas jemputan pada majlis tersebut termasuk pegawai-pegawai beliau.Semoga PBPPPM DC Klang akan terus berjaya lagi.
Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang.

Wednesday, May 8, 2013

Majlis Bersantai Dan Hal Ehwal Semasa Oleh PBPPPM DC Klang 2012-2013

Bersempena dengan Pilehanraya Umum 2013  PBPPPM DC Klang telah terlibat dengan mengadakan Majlis Penerangan Hal Ehwal Semasa kepada ahli-ahli UMNO Veteran di Kampong Meru dalam kawasan DUN Meru mulai dari bulan December 2012 sehingga berakhir bulan Mac 2013.Pada bulan April kami terlibat pula dengan Majlis Bersantai dengan Warga Emas di Kedai-Kedai Kopi sebanyak 5 kali.Majlis Hal Ehwal Semasa ini melibatkan Pengerusi PBPPPM DC Klang Tn Hj Ajidan Bin Hashim,Naib Pengerusi (L) Tn Hj Shaari Bin Abdullah,Tn Hj
Rosman Bin Warjono bekas Nazir mesjid Ar Sharif Meru Klang dan juga seorang ahli PBPPPM DC Klang.Selain itu ianya juga melibatkan Aluminai SMK Meru Klang.Para penceramah terdiri dari Tn Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hashim,Dato' Salamon Bin Selamat bekas Wakil Rakyat BN dan anak jati Kg Meru,En Norman Bin Toha seorang aktivis masyarakat dan Setiausaha Agung Jati Malaysia.Pengacara ialah Encik Rizalman Pengerusi Aluminai SMK Meru dan Tn Hj Rosman Bin Warjono.Antara kandungan isi yang diterangkan ialah hal-hal  politik 
Negeri Selangor,Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial,Masalah Air dan Kebersehan,Masalah Akidah umat Islam dan Masalah pembangunan fisikal.Adalah menjadi tanggungjawab pribumi Kg Meru dan mereka yang tinggal di sini membetulkan keadaan dan mempertahankan institusi raja,bangsa dan agama.Perjuangan tanpa ideoloji yang jelas dan perpaduan rakyat Malaysia tidak akan membawa kita ke mana-mana.Politik yang bersatu padu dan konsep 1 Malaysia mestilah diamalkan.Pemimpin-pemimpin juga mestilah terdiri dari mereka yang 
berakhlak mulia.Rakan kongsi dalam politik juga mestilah terdiri dari mereka yang menghormati orang Melayu,mematuhi perlembagaan, bersetuju dengan kontrak sosial yang telah dibuat oleh bebagai kaum di Malaysia semasa memperjuangkan kemerdekaan dahulu.Majlis Hal Ehwal Semasa ini telah diadakan sebanyak 9 kali di tempat-tempat seperti berikut:
i) Di Rumah Tn Hj Rosman Bin Warjono No 65,Tmn Berkat Pekan Meru Klang.
ii)Di Rumah Tn Hj Shaari Bin Talib Lot 2667,Jalan Nenas 42200 Meru Klang
iii)Di Rumah Pn Zaharah Bt Dasuki Lot 3052,Batu 21/2 Jln Jambu 42200 Meru Klang
iv)Di Rumah En Mohd Idrus Bin Abd Jamil
Lot 2140,Batu 3 1/2 Persiaran Hamzah Alang 42200 Meru Klang
v)Di Rumah Pn Misnah Bt Mat,Taman Meru 1 Pekan Meru 41050 Klang
vi)Di Rumah Pn Norliza Bt Hj Juraimi,Jln Kenangan 41050 Meru Klang
vii)Di Rumah Tn Hj Ahmad Fauzi Bin Mohd Amin Batu 8 Jln Meru 41050 Meru Klang
viii)Di Rumah En Yunus Bin Abu Hasan Batu 3 1/2 Jalan Tap 42200 Meru Klang
ix)Di Rumah Haji Surani Bin Suyut Batu 2 1/2 Jln Tap 42200 Meru Klang
Pihak ahli UMNO yang hadir di majlis-majlis ini berterima kasih kepada kami yang hadir dan berharap pada masa akan datang mengadakan lagi majlis seumpama itu.Walau pun kami merupakan NGO tetapi sambutan amat menggalakkan.Ramai penduduk tidak tahu apa yang berlaku dalam kerajaan Selangor seperti masalah air dan akidah umat Islam.Masalah lesen minuman keras, judi ,keruntuhan moral juga ditimbulkan.Mereka juga merasakan munculnya hotel-hotel budget yang bagitu banyak tidak perlu seperti di hadapan Sekolah Menengah SMTIS Kapar.Masalah orang Keristian yang bersembahyang di perumahan tanah bumiputera juga ditimbulkan.Adalah diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan seperti mengarah mereka bersembahyang di gereja yang ada di Pekan Meru yang jumlahnya sudah bertambah dua buah sejak pemerintahan pakatan pembangkang.Penduduk Meru seharusnya peka apa yang berlaku dan wujudkan perpaduan yang lebeh erat di kalangan orang Melayu.Mesjid dan surau juga sudah jadi pentas politik.Perkara seperti ini belum pernah berlaku dalam sejarah Meru.

Tuesday, May 7, 2013

Kursus Komputer Anjuran PBPPPM DC Klang May,2013

PBPPPM DC Klang telah merancang akan mengadakan Kursus Komputer untuk ahli-ahlinya yang berminat dalam bulan May 2013 ini.Walaubagaimana pun ianya telah ditunda kepada 24,25 dan 26 Jun kerana bulan Mei ialah Pilehanraya Umum ke 13.Antara tujuannya ialah supaya semua ahli PBPPPM DC Klang celek komputer.Ada ahli-ahlinya yang sudah bersara lebeh 20 tahun tetapi masih sihat kurang mahir mengenai cara-cara menggunakan komputer kerana semasa mereka bertugas dahulu komputer belum lagi banyak di sekolah-sekolah kecuali di beberapa   
buah sekolah menengah yang tersohor dan mampu memilikinya.Bagi ahli-ahli yang sudah mahir mereka mahu mendalami lagi seperti cara-cara melayari internet dan membuat blogs masing-masing.Selain itu mereka juga berminat untuk belajar 'Power Point' untuk persembahan bila berceramah.Kursus tersebut akan di adakan di SK Kg Jawa Klang dengan kerjasama Unit Pengurusan Sekolah PPD Klang.Kursus tersebut akan dikendalikan oleh Biro Wanita.Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Pn Kamariah Bt Zainuddin di talian 012-2361164 atau Pn 
Jariah Bt Napiah di talian 012-2810053.Kursus akan di adakan selama tiga hari terbuka kepada ahli dan bukan ahli bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 12.30 pm.Kursus adalah percuma untuk semua ahli-ahli PBPPPM DC Klang samada guru atau bukan guru.
Dalam usaha untuk memahirkan lagi penggunaan komputer di kalangan Pegawai Pegawai PBPPPM DC Klang Pengerusi telah memohon 3 unit komputer 1 Malaysia pada YB Dato' Seri Utama Dr Rais Bin Yatim Menteri Komunikasi Dan Penerangan Malaysia pada 15hb Januari,2013
dan telah berjaya di terima pada 7hb Mei,2013.Gambar 1 hingga 6 menunjukkan bagaimana meriahnya majlis tersebut di Kementerian Komunikasi dan Penerangan Kuala Lumpur.Pihak kami telah di sambut dengan penuh mesra oleh pegawai dan kakitangan di Kementerian tersebut.Mereka ini telah di tanam dengan budaya tinggi oleh YB Menteri Komunikasi dan Penerangan Dato' Seri Dr Rais Yatim dengan Adat Resam Menyambut Tetamu Budaya orang Malaysia.Terima Kasih dan Tahniah kepada YB Dato' Seri Dr Rais Yatim yang saya kenal sejak 
tahun 70 han lagi.Tenaga YB masih diperlukan oleh Negara.
Adalah diharapkan para Pengetua,Guru Besar dan guru-guru dapat melatih murid masing-masing supaya menghormati para tetamu yang datang ke sekolah atau rumah masing-masing.Inilah budaya kerajaan pimpinan Barisan Nasional
yang menanamkan budaya Malaysia ke dalam diri anak-anak kita yang akan mewarisi kepimpinan masa hadapan.Kita tidak mahu generasi yang akan datang menjadi liar dan mudah di pengaruhi oleh budaya asing seperti 'Arab Spring' dsbnya.Budaya Melayu dan budaya orang Malaysia
adalah lemah lembut dan sentiasa menghormati orang lain.Bukankah kita sebagai orang Melayu beragama Islam di ajar supaya mesra alam dan mesra dengan manusia lain.Hablum minallah dan Hablumminas.Para guru tidak pernah mengajar perkara yang tidak benar sejak Nabi Adam SAW yang merupakan guru pertama di dunia hinggalah para guru yang ada sekarang.Sekolah tetap merupakan Institusi Asas untuk melatih manusia berkelakuan baik.
Akhir kata pantun Melayu ada mengatakan:-

Pulau Pandan Jauh Ketengah 
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Di Kandung Tanah
Budi Yang Baik Di Kenang Juga
Itulah jasa-jasa baik yang ditinggalkan oleh YB Dato' Seri Dr Rais Bin Yatim Mantan Menteri Komunikasi dan Penerangan Malaysia dan salah seorang Menteri Malaysia yang paling petah bercakap dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

Ajidan Bin Hashim.YDP PBPPPM Cawangan Negeri Selangor dan Pengerusi PBPPPM DC Klang