Thursday, August 29, 2013

Majlis Amal Dan Sambutan Aidilfitri Anjuran PBPPPM DC Klang Bagi Tahun 2013

PBPPPM DC Klang telah merancang mengadakan majlis Amal dan Sambutan Aidil Fitri bagi tahun 2013M/1434H dalam usahanya merapatkan siratulrahim dan mencari sadikit dana untuk menjalankan aktiviti bagi tahun 2013-2014.Majlis tersebut telah dilaksanakan pada 27hb Ogos,2013 bersamaaan dengan hari Sabtu mulai jam 2.30 pm hingga 5 pm.Majlis tersebut telah di adakan di HotelGold Course Jalan Nenas Klang dan diresmikan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker DUN Negeri Selangor.Antara tetamu lain yang hadir selain dari Puan Sri isteri YBhg Tan Sri Onn ialah Tuan Pengar
ah Pelajaran Selangor Tuan Hj Mahmud Bin Karim dan isteri,Dato' Raof Bin Hussein dan Datin Presiden PBPPPM dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Wakil PPD,Pengetua dan Guru Besar Sekolah dalam Daerah Klang antaranya termasuk Pengetua SMK Convent Klang,Penolong Kanan beliau dan beberapa orang guru kanan SMK Convent Klang.Wakil NGO yang hadir ialah lima orang pegawai kanan dari PPP/WI Daerah Klang selain dari wakil dari Puteri Islam Klang.Pengerusi PBPPPM DC Klang melahirkan rasa gembira kerana Majlis pada hari tersebut bukan sahaja dihadiri
oleh guru-guru yang bersara tetapi juga guru yang sedang bertugas di sekolah sekolah menengah dan rendah dalam Daerah Klang.Jumlah mereka yang berdaftar untuk hadir ialah seramai 220 orang.Seterusnya beliau menekankan Majlis tersebut selain dari bertujuan untuk merapatkan siratul rahim dan mencarai sadikit dana untuk aktiviti persatuan ialah supaya kaum guru dapat bertanya khabar hal masing-masing seperti anak-anak,keluarga dan hal ehwal semasa.Selain itu ia bertujuan untuk merapatkan barisan selepas Pilehan Raya Umum ke 13 dan kerajaan BN kekal memerintah walau
bagaimana pun kalah di Pulau Pinang,Kelantan dan Selangor.Insyallah dalam masa yang akan datang kita dapat melakukannya.
Beliau seterusnya mengingatkan kaum guru adalah merupakan komponen penting dalam masyarakat yang telah berjaya mendidik tenaga insan untuk negara yang jumlahnya berjuta-juta orang sejak merdeka lagi.Kejayaan mereka adalah kejayaan kita semua.Oleh itu kaum guru perlu peka apa yang berlaku di sekeliling mereka walau pun telah bersara.Aktiviti masyarakat kita menyertainya kalau tidak mahu dilupakan.Pada pilehanraya yang lalu ada tanda tanda kaum guru telah mula dilupakan dan ramai guru muda mengikuti Pakatan Pembangkang.Adalah menjadi tanggung jawab kita semua mempastikan ianya tidak terus berlaku kerana adalah terlalu banyak yang telah dibuat oleh kerajaan persekutuan untuk guru terutama dari segi penggajian dan skim perkhidmatan.Anak-anak kita ramai yang telah berjaya khususnya dari segi pengajian tinggi sama ada berbentuk biasiswa atau pinjaman wang belajar.Anak-anak bumiputera yang pandai dalam pelajaran telah dihantar ke luar negeri ke Universiti Universiti ternama untuk melanjutkan pengajian yang diminati mereka dalam bidang sains,teknoloji,kedoktoran,farmasi,arkitek dsbnya.Kerajaan BN telah membuktikan ianya banyak membantu bumiputera untuk berjaya termasuk di Sabah dan Sarawak.Golongan muda yang ada sekarang tidak merasa pahit maungnya orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian mereka walau pun mereka merupakan murid yang pandai.Kaum guru pada masa dahulu untuk melanjutkan pengajian di Universiti kena menangguhkan perkhidmatan dan tidak ada bergaji penuh.Apa yang ada hanya dermasiswa bernilai RM150.00 sebulan.Ianya hanya mencukupi untuk yuran sahaja dan tidak ada wang saku yang lebeh kecuali dari sumber lain seperti ditanggung oleh keluarga atau pinjaman dari sanak saudara.Sekarang dengan bergaji penuh dan bantuan yuran boleh menangung isteri dan anak-anak yang masih kecil.