Saturday, September 14, 2013

Perancangan Satu Aspek Penting Dalam Pengurusan Sekolah

Aspek perancangan adalah amat penting kepada seorang Pengetua atau Guru Besar.Seorang Pengetua/Guru Besar bukan sahaja mesti tahu untuk merancang perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum,kokurikulum,pembangunan staf,fisikal plant dan hubungan luar dengan pihak sekolah.Beliau juga seharusnya tahu mengenai perancangan mengenai perkembangan murid.Tanpa mempunyai pengatahuan dalam bidang tersebut nanti beliau akan menghadapi sekolah yang tepu murid dan tidak dapat mengawal seluruh sistem sekolah termasuk kawalan terhadap guru dan displin murid.Ada sekolah dalam Daerah Klang yang sudah mencapai tahap murid melebehi 4,000 murid.Guru melebehi 230 orang.Ada kalanya Pengetuanya pun sudah lupa nama guru di bawah kawalannya.Dalam tahun 1980han dahulu pihak Persatuan Pendidikan Malaysia telah mengadakan kursus mengenai perancangan sekolah termasuk sistem persekitaran sekolah yang berseh dan teratur.Pihak penceramah terdiri dari pensyarah-pensyarah dari Universiti Malaya.Pada masa itu Persatuan Pendidikan Malaysia Setiausahanya ialah YBhg Dr Ibrahim Bin Bajunid dan sekarang sudah bergelar Dato' dan Professor.Jawatan akhir beliau sebelum bersara ialah Pengarah IAB Genting Highland Pahang/Selangor.
     Apa yang dimaksudkan perancangan sekolah ialah bagaimana kita menyediakan bilik darjah sesuai dengan kemasukan murid pada tahun hadapan.Selalunya seorang Pengetua/Guru Besar bila muridnya bertambah dia pun memohon bilik darjah.Pihak pembangunan tidak mengkaji dari segi jumlah murid dan kemampuan seorang Pengetua/Guru Besar mentadbir sekolahnya.Di Barat telah pun dibuat kajian sebuah sekolah yang ideal tidak melebehi 1200 orang.Kalau lebeh dari angka tersebut susah hendak mentadbir sesebuah sekolah dari segi displin,kemudahan pembelajaran dan kawalan terhadap guru.Maka sebab itulah sekolah asrama penuh kementerian pelajaran tidak melebehi angka tersebut.Bagitu juga Maktab Rendah Sains Mara bagi pelajar-pelajar yang cemerlang keputusan mereka.Aspek perancangan ini amat penting bagi seorang Pengetua/Guru Besar memahirkan diri supaya beliau tahu meancang kemudahan fisikal seperti bilik darjah,makmal sains,bilik komputer dsbnya untuk sekolahnya.
                   


Sunday, September 8, 2013

Lawatan YDP PBPPPM Negeri Selangor Ke PBPPPM DC Kuala Selangor

Pada 21hb Ogos 2013 yang lalu PBPPPM DC Kuala Selangor telah menjemput YDP Cawangan Negeri Selangor untuk hadir di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 dan perasmian bangunan pejabat PBPPPM DC Kuala Selangor.YDP Negeri Selangor Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim telah hadir ke majlis tersebut bersama-sama dengan tiga pegawai kanan Cawangan Selangor dan PBPPPM Kebangsaan.Yang hadir ialah Tn Hj Shaari Bin Abdullah bekas Bend
ahari Cawangan Selangor dan Bendahari Agung ,En Norhamdan Bin
Baharin Setiausaha Cawangan Selangor dan Tn Hj Sukarman bin Sanuri Bendahari Cawangan Selangor. Rombongan dari Selangor disambut dengan penuh kemeriahan khususnya dari Setiausaha Cawangan dan Pengerusi Biro Wanita.Majlis diadakan di bangunan lama bekas asrama anak yatim Kuala Selangor.Kompleks bangunan tersebut telah dibenar penggunaannya oleh Pejabat Daerah Kuala Selangor sebagai pejabat PBPPPM DC Kuala Selangor.Ianya mengandungi sebuah bangunan rumah pegawai kerajaan yang sudah dibaik puleh dan kantin rumah anak yatim.Keadaan bagunan masih baik dan sangat sesuai sebagai 
pejabat.Majlis perasmian telah dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor dan OBD Daerah.
Dalam ucapan YDP Cawangan Selangor Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim beliau mengucapkan setinggi Terima Kasih kepada Cawangan Daerah Kuala Selangor yang telah menjemput beliau dan rombongannya untuk turut hadir di majlis gilang gemilang sambutan hari raya dan perasmian bangunan pejabat.Beliau seterusnya menekankan dengan adanya pejabat dapatlah cawangan tersebut merancang aktiviti cawangan mereka antaranya kursus kesihatan,kom
puter,aktiviti biro wanita,hal ehwal semasa,lawatan dsbya.Persatuan yang sentiasa ada aktiviti untuk ahlinya akan disukai oleh ahli dan mendapat sokongan masyarakat.Baru-baru ini parti yang tidak mengadakan aktiviti dan tidak mesra dengan ahli-ahlinya telah kecundang dalam pilehanraya.Ini seharusnya menjadi iktibar kepada ahli-ahli persatuan pesara guru.Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim seterusnya mengingatkan kepada kaum guru supaya terus aktif dalam kegiatan masyarakat dan sentiasa mengikuti hal ehwal semasa walaupun telah bersara jika ingin terus relevan dengan masyarakat.Baru-baru ini dalam Pilehanraya ke 13 ada tanda-tanda kaum guru sudah mula ditinggalkan.Bagi mengelak kaum guru terus meninggalkan parti BN dan masuk parti lain kaum guru mesti dibawa bersama dalam arus perdana oleh parti pemerintah.Profession perguruan merupakan golongan terbesar dalam Sektor Awam.Ada kira-kira satu perempat jumlah pekerja awam adalah kaum guru dari jumlah 1.2 juta kakitangan awam.Guru juga merupakan penggerak kepada perjuangan semangat kebangsaan dan kemerdekaan tanah air.Ada kaum guru yang telah menjadi ahli-ahli YB,Timbalan Menteri,Menteri Kabinet,Speaker Dewan  Undangan dan ada yang jadi Timbalan Perdana Menteri.Ini menunjukkan kaum guru merupakan golongan yang berkebolehan.
Majlis diakhiri dengan lawatan ke bangunan pejabat baru dan jamuan makan tengah hari yang sukar dilupakan dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.Tahniah diucapkan kepada PBPPPM DC Kuala Selangor.