pengurusan pendidikan dc klang
Monday, October 6, 2014
Saturday, September 14, 2013
Perancangan Satu Aspek Penting Dalam Pengurusan Sekolah
Aspek perancangan adalah amat penting kepada seorang Pengetua atau Guru Besar.Seorang Pengetua/Guru Besar bukan sahaja mesti tahu untuk merancang perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum,kokurikulum,pembangunan staf,fisikal plant dan hubungan luar dengan pihak sekolah.Beliau juga seharusnya tahu mengenai perancangan mengenai perkembangan murid.Tanpa mempunyai pengatahuan dalam bidang tersebut nanti beliau akan menghadapi sekolah yang tepu murid dan tidak dapat mengawal seluruh sistem sekolah termasuk kawalan terhadap guru dan displin murid.Ada sekolah dalam Daerah Klang yang sudah mencapai tahap murid melebehi 4,000 murid.Guru melebehi 230 orang.Ada kalanya Pengetuanya pun sudah lupa nama guru di bawah kawalannya.Dalam tahun 1980han dahulu pihak Persatuan Pendidikan Malaysia telah mengadakan kursus mengenai perancangan sekolah termasuk sistem persekitaran sekolah yang berseh dan teratur.Pihak penceramah terdiri dari pensyarah-pensyarah dari Universiti Malaya.Pada masa itu Persatuan Pendidikan Malaysia Setiausahanya ialah YBhg Dr Ibrahim Bin Bajunid dan sekarang sudah bergelar Dato' dan Professor.Jawatan akhir beliau sebelum bersara ialah Pengarah IAB Genting Highland Pahang/Selangor.
Apa yang dimaksudkan perancangan sekolah ialah bagaimana kita menyediakan bilik darjah sesuai dengan kemasukan murid pada tahun hadapan.Selalunya seorang Pengetua/Guru Besar bila muridnya bertambah dia pun memohon bilik darjah.Pihak pembangunan tidak mengkaji dari segi jumlah murid dan kemampuan seorang Pengetua/Guru Besar mentadbir sekolahnya.Di Barat telah pun dibuat kajian sebuah sekolah yang ideal tidak melebehi 1200 orang.Kalau lebeh dari angka tersebut susah hendak mentadbir sesebuah sekolah dari segi displin,kemudahan pembelajaran dan kawalan terhadap guru.Maka sebab itulah sekolah asrama penuh kementerian pelajaran tidak melebehi angka tersebut.Bagitu juga Maktab Rendah Sains Mara bagi pelajar-pelajar yang cemerlang keputusan mereka.Aspek perancangan ini amat penting bagi seorang Pengetua/Guru Besar memahirkan diri supaya beliau tahu meancang kemudahan fisikal seperti bilik darjah,makmal sains,bilik komputer dsbnya untuk sekolahnya.

Sunday, September 8, 2013
Lawatan YDP PBPPPM Negeri Selangor Ke PBPPPM DC Kuala Selangor
Pada 21hb Ogos 2013 yang lalu PBPPPM DC Kuala Selangor telah menjemput YDP Cawangan Negeri Selangor untuk hadir di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 dan perasmian bangunan pejabat PBPPPM DC Kuala Selangor.YDP Negeri Selangor Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim telah hadir ke majlis tersebut bersama-sama dengan tiga pegawai kanan Cawangan Selangor dan PBPPPM Kebangsaan.Yang hadir ialah Tn Hj Shaari Bin Abdullah bekas Bend
Baharin Setiausaha Cawangan Selangor dan Tn Hj Sukarman bin Sanuri Bendahari Cawangan Selangor. Rombongan dari Selangor disambut dengan penuh kemeriahan khususnya dari Setiausaha Cawangan dan Pengerusi Biro Wanita.Majlis diadakan di bangunan lama bekas asrama anak yatim Kuala Selangor.Kompleks bangunan tersebut telah dibenar penggunaannya oleh Pejabat Daerah Kuala Selangor sebagai pejabat PBPPPM DC Kuala Selangor.Ianya mengandungi sebuah bangunan rumah pegawai kerajaan yang sudah dibaik puleh dan kantin rumah anak yatim.Keadaan bagunan masih baik dan sangat sesuai sebagai
pejabat.Majlis perasmian telah dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor dan OBD Daerah.
Dalam ucapan YDP Cawangan Selangor Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim beliau mengucapkan setinggi Terima Kasih kepada Cawangan Daerah Kuala Selangor yang telah menjemput beliau dan rombongannya untuk turut hadir di majlis gilang gemilang sambutan hari raya dan perasmian bangunan pejabat.Beliau seterusnya menekankan dengan adanya pejabat dapatlah cawangan tersebut merancang aktiviti cawangan mereka antaranya kursus kesihatan,kom
puter,aktiviti biro wanita,hal ehwal semasa,lawatan dsbya.Persatuan yang sentiasa ada aktiviti untuk ahlinya akan disukai oleh ahli dan mendapat sokongan masyarakat.Baru-baru ini parti yang tidak mengadakan aktiviti dan tidak mesra dengan ahli-ahlinya telah kecundang dalam pilehanraya.Ini seharusnya menjadi iktibar kepada ahli-ahli persatuan pesara guru.Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim seterusnya mengingatkan kepada kaum guru supaya terus aktif dalam kegiatan masyarakat dan sentiasa mengikuti hal ehwal semasa walaupun telah bersara jika ingin terus relevan dengan masyarakat.Baru-baru ini dalam Pilehanraya ke 13 ada tanda-tanda kaum guru sudah mula ditinggalkan.Bagi mengelak kaum guru terus meninggalkan parti BN dan masuk parti lain kaum guru mesti dibawa bersama dalam arus perdana oleh parti pemerintah.Profession perguruan merupakan golongan terbesar dalam Sektor Awam.Ada kira-kira satu perempat jumlah pekerja awam adalah kaum guru dari jumlah 1.2 juta kakitangan awam.Guru juga merupakan penggerak kepada perjuangan semangat kebangsaan dan kemerdekaan tanah air.Ada kaum guru yang telah menjadi ahli-ahli YB,Timbalan Menteri,Menteri Kabinet,Speaker Dewan Undangan dan ada yang jadi Timbalan Perdana Menteri.Ini menunjukkan kaum guru merupakan golongan yang berkebolehan.
Majlis diakhiri dengan lawatan ke bangunan pejabat baru dan jamuan makan tengah hari yang sukar dilupakan dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.Tahniah diucapkan kepada PBPPPM DC Kuala Selangor.
Thursday, August 29, 2013
Majlis Amal Dan Sambutan Aidilfitri Anjuran PBPPPM DC Klang Bagi Tahun 2013
PBPPPM DC Klang telah merancang mengadakan majlis Amal dan Sambutan Aidil Fitri bagi tahun 2013M/1434H dalam usahanya merapatkan siratulrahim dan mencari sadikit dana untuk menjalankan aktiviti bagi tahun 2013-2014.Majlis tersebut telah dilaksanakan pada 27hb Ogos,2013 bersamaaan dengan hari Sabtu mulai jam 2.30 pm hingga 5 pm.Majlis tersebut telah di adakan di HotelGold Course Jalan Nenas Klang dan diresmikan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker DUN Negeri Selangor.Antara tetamu lain yang hadir selain dari Puan Sri isteri YBhg Tan Sri Onn ialah Tuan Pengar
ah Pelajaran Selangor Tuan Hj Mahmud Bin Karim dan isteri,Dato' Raof Bin Hussein dan Datin Presiden PBPPPM dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Wakil PPD,Pengetua dan Guru Besar Sekolah dalam Daerah Klang antaranya termasuk Pengetua SMK Convent Klang,Penolong Kanan beliau dan beberapa orang guru kanan SMK Convent Klang.Wakil NGO yang hadir ialah lima orang pegawai kanan dari PPP/WI Daerah Klang selain dari wakil dari Puteri Islam Klang.Pengerusi PBPPPM DC Klang melahirkan rasa gembira kerana Majlis pada hari tersebut bukan sahaja dihadiri
oleh guru-guru yang bersara tetapi juga guru yang sedang bertugas di sekolah sekolah menengah dan rendah dalam Daerah Klang.Jumlah mereka yang berdaftar untuk hadir ialah seramai 220 orang.Seterusnya beliau menekankan Majlis tersebut selain dari bertujuan untuk merapatkan siratul rahim dan mencarai sadikit dana untuk aktiviti persatuan ialah supaya kaum guru dapat bertanya khabar hal masing-masing seperti anak-anak,keluarga dan hal ehwal semasa.Selain itu ia bertujuan untuk merapatkan barisan selepas Pilehan Raya Umum ke 13 dan kerajaan BN kekal memerintah walau
bagaimana pun kalah di Pulau Pinang,Kelantan dan Selangor.Insyallah dalam masa yang akan datang kita dapat melakukannya.
Beliau seterusnya mengingatkan kaum guru adalah merupakan komponen penting dalam masyarakat yang telah berjaya mendidik tenaga insan untuk negara yang jumlahnya berjuta-juta orang sejak merdeka lagi.Kejayaan mereka adalah kejayaan kita semua.Oleh itu kaum guru perlu peka apa yang berlaku di sekeliling mereka walau pun telah bersara.Aktiviti masyarakat kita menyertainya kalau tidak mahu dilupakan.Pada pilehanraya yang lalu ada tanda tanda kaum guru telah mula dilupakan dan ramai guru muda mengikuti Pakatan Pembangkang.Adalah menjadi tanggung jawab kita semua mempastikan ianya tidak terus berlaku kerana adalah terlalu banyak yang telah dibuat oleh kerajaan persekutuan untuk guru terutama dari segi penggajian dan skim perkhidmatan.Anak-anak kita ramai yang telah berjaya khususnya dari segi pengajian tinggi sama ada berbentuk biasiswa atau pinjaman wang belajar.Anak-anak bumiputera yang pandai dalam pelajaran telah dihantar ke luar negeri ke Universiti Universiti ternama untuk melanjutkan pengajian yang diminati mereka dalam bidang sains,teknoloji,kedoktoran,farmasi,arkitek dsbnya.Kerajaan BN telah membuktikan ianya banyak membantu bumiputera untuk berjaya termasuk di Sabah dan Sarawak.Golongan muda yang ada sekarang tidak merasa pahit maungnya orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian mereka walau pun mereka merupakan murid yang pandai.Kaum guru pada masa dahulu untuk melanjutkan pengajian di Universiti kena menangguhkan perkhidmatan dan tidak ada bergaji penuh.Apa yang ada hanya dermasiswa bernilai RM150.00 sebulan.Ianya hanya mencukupi untuk yuran sahaja dan tidak ada wang saku yang lebeh kecuali dari sumber lain seperti ditanggung oleh keluarga atau pinjaman dari sanak saudara.Sekarang dengan bergaji penuh dan bantuan yuran boleh menangung isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sunday, July 7, 2013
Kursus Kesihatan Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang 6hb Julai,2013 Dewan Utama PPD Klang
Satu Majlis Kursus Kesihatan Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang telah diadakan di Dewan Utama PPD Klang pada 6hb Julai,2013 mulai jam 8.30 pagi bersamaan dengan hari Sabtu.Ianya diresmikan oleh Pengerusi kami Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim merangkap YDP PBPPPM Cawangan Negeri Selangor.Pada mulanya ianya dijadualkan diresmikan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker DUN Negeri Selangor tetapi terpaksa diganti oleh Tn Hj Ajidan kerana YBhg Tan Sri Onn ada komitment lain di majlis yang tak dapat dielakkan.
Antara tujuan majlis ini diadakan adalah seperti berikut:
i)Untuk mendedahkan kepada ahli-ahli jenis-jenis penyakit yang sering menyerang warga emas.
ii)Supaya ahli-ahli dapat merancang kehidupan mereka yang baru dengan ilmu pengatahuan yang didapati.Cara hidup kita atau 'lifestyle' hidup kita dapat membantu kehidupan yang lebeh sihat dan lebeh bermakna di fasa akhir kehidupan.
iii)Ilmu 'process of aging' ialah satu ilmu baru di negara kita.Ianya mula
muncul di hospital-hospital kita dalam tahun 1990han manakala di barat sejak perang dunia kedua lagi.iv)Sebagai aktiviti tahunan persatuan dan untuk merapatkan siratulrahim antara ahli dengan ahli dan kaum guru amnya.
Pengerusi Majlis ini ialah Puan Kamariah Bt Zainuddin bekas Pengetua Cemerlang SMK Rantau Panjang dan Setiausahanya Pn Hamidah Bt Rantam seorang aktivis sosial yang sangat aktif sejak tahun 1970han lagi
bersama-sama dengan Pengerusi Tn Hj Ajidan.Bin Hj Hashim.Beliau juga bekas seorang Guru Besar.Jawatankuasa ini dibantu oleh Pn Bahariah Bt Bustaman,Puan Noraini Bt Hj Tahir,Pn Jariah Bt Napiah,Puan Rosnah Bt Mohd Ali,Pn Anniswal Bt Sabaruddin,Pn Raonah Bt Abdullah dan beberapa jawatankuasa wanita lagi.Tn Setiausaha En Norhamdan Bin Baharin dan Penolong Setiausaha En Usman Bin Soparman,En Hamzah Bin Mat,En Sukarman Bin Sanuri dan beberapa orang ahli jawatankuasa Induk lelaki turut membantu.
Perjalanan majlis ini diuruskan oleh dua orang doktor dari Pusat Kesihatan Bukit Kuda,seorang ahli Farmasi dan lebeh dari enam orang jururawat.
Antara isi ceramah termasuk cara-cara menggunakan ubat.Proses pengesahan ubat yang selamat,mengenalpasti ubat dan cara hidup sihat menggunakan ubat.
Ceramah kedua menyentuh mengenai cara-cara hidup bagi mengelakkan sakit lutut dan sakit saraf.Yang paling penting ialah apa yang kita makan
menentukan kesihatan kita.Ketika usia emas perlu banyak makan makanan yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuaran selain dari bijirin-bijirin.Elakkan banyak makan daging sama ada ayam atau lembu.Banyak makan ikan adalah baik sebagai sumber Omega 3 untuk tubuh badan kita.Makan madu asli juga adalah baik.Sentiasa bersenam juga adalah penting.Senaman yang dimaksudkan memadai dengan senaman rengan seperti berjalan kaki atau berjogging.
Ceramah pada kali ini dikatakan amat berjaya dan para peserta yang terdiri lebeh dari 50 orang peserta yang mendengar dengan teliti dan mengemukakan soalan-soalan untuk mengetahui dengan lebeh mendalam lagi.Doktor yang memberi ceramah menekankan cara hidup kita lepas bersara amat penting.Jika cara hidup kita betul mungkin kita berumur 80 tahun tetapi kita kelihatan seperti berumur 20 tahun.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para penceramah oleh Pengerusi Biro Wanita Pn Hjh Kamariah Bt Zainuddin dan Tn Pengerusi PBPPPM DC Klang Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim.
Gambar 1 menunjukkan para peserta yang terdiri dari para pengetua-pengetua Daerah Klang yang telah bersara.
Gambar 2 menunjukkan Pn Hamidah Bt Rantam sedang berucap mengurus majlis diperhatikan oleh Ustadz Saifuddin dan En Mokhtar bekas PPD Sepang.
Gambar 3 menunjukkan Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim menerima cenderahati dari Pn Kamariah Bt Zainuddin selepas merasmikan majlis tersebut.
Gambar 4 menunjukkan penceramah sedang menerima cenderahati dari Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim.
Gambar 5 menunjukkan Pn Anniswal Bt Sabaruddin sedang bersiap sedia mendengar ceramah.
Gambar 6 menunjukkan para jururawat sedang menjalankan tugas mereka mengurus majlis.
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi.
Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang
Wednesday, June 19, 2013
Majlis Sambutan Hari Guru 2013 Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang
Sambutan Hari Guru Daerah Klang bagi tahun 2013 telah di adakan dalam majlis yang gilang gemilang pada hari Rabu 19hb Jun,2013 di Dewan Merak SMK Meru Klang bermula pada pukul 11 pagi.Tema pada tahun ini ialah ' Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda'.Majlis ini telah diresmikan oleh YB P Kamalanathan KMN,PJK,APR,MIPR Tmbalan Menteri Pelajaran 11 Kementerian Pelajaran Malaysia.Beliau dalam ucapannya mengucapkan bersyukur kepada Tuhan kerana diberi keizinan untuk bersama para guru yang budiman pada sambutan Hari Gu
ru untuk tahun 2013.Hari Guru disambut di seluruh dunia dan merupakan satu hari yang istimewa khusus bagi maksud menghargai jasa dan pengorbanan guru.Peranan guru dalam pembangunan insan telah mengukir sejarah unik dan tersendiri.Kejayaaan pembinaan tamadun manusia,bangsa dan negara pasti tidak dapat mengenepikan peranan guru.Guru bukan insan biasa dan dia adalah insan mulia dan berjasa,mengasuh dan mendidik anak bangsa.Di sekolah dialah guru,dialah pendidik bahkan dialah berperanan sebagai ibu atau bapa mereka dan orang
yang membela,mengasihi dan menjaga setiap anak didiknya tanpa prejudis,tanpa mengira agama,bangsa dan darjat.YB juga terasa terharu kerana diberi penghormatan untuk merasmikan sebuah majlis yang cukup mulia.Seterusnya YB mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik dan setinggi-tinggi Tahniah buat penerima Tokoh Guru Bagi Tahun ini 2013.Semoga kejayaan yang kita miliki akan melonjakkan lagi pencapaian kita dalam masa hadapan.Semoga kita akan terus bertekad untuk menyumbangkan bakti sepenuhnya demi ke
makmuran agama,bangsa dan negara.
Mereka yang hadir dalam majlis ini termasuk semua pengetua dan guru besar dalam Daerah Klang,wakil-wakil sekolah,Majlis Pengetua dan Guru Besar,wakil-wakil persatuan seperti PBPPPM DC Klang,KPPK dan wakil-wakil Guru Besar sekolah Cina dan Tamil dalam Daerah Klang.Antara pemimpin pbpppm dc klang yang hadir termasuk Pengerusi pbpppm dc klang Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim,Tn Hj Shaari Bin Abdullah Naib Pengerusi,Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali dan isteri P
uan Anniswal Bt Sabaruddin bekas Setiausaha Agong,En Norhamdan Bin Baharin Setiausaha PBPPPM DC Klang,Puan Kamariah Bt Zainuddin Ketua Biro Wanita,Pn Bahariah Bt Bustaman,Pn Noraini Bt Hj Tahir,Pn Rosnah dan beberapa orang ahli lagi termasuk En Usman Bin Soparman..
Antara merka yang diistiharkan Tokoh Guru kali ini termasuklah Pn Siti Fatimah Bt Tamin bekas Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Manusia negeri Selangor,Tn Hj Shahrudin Bin Abd Majid bekas Pengerusi MGB Darah Klang dan Guru Besar SK Rantau Panjang,Pn Tan Gee Shim Bekas Ketua Wanita KPPK Selangor dan Guru Besar,Encik Supramaniam a/l Muthusamy bekas Guru Besar SKJK(T) Methodist Kapar dan Pn Sumiah Bt Sudar bekas Guru Besar SK(P) Bukit Kuda Klang Selangor.
Gambar 1 Menunjukkan Tarian Sireh Junjung dipersembahkan oleh pasukan tarian dari Klang
Gambar 2 Menunjukkan YB Timbalan Menteri Pelajaran 11 sedang menyampaikan Sijil Tokoh Guru kepada Puan Fatimah Bt Tamin.
Gambar 3 menunjukkan Pasukan Choir Guru-Guru Dari Daerah Klang sedang menyampaikan persembahan mereka.
Gambar 4 menunjukkan Pn Sumiah Bt Sudar sedang menerima sijil Tokoh Guru dari YB Timbalan Menteri Pelajaran 11
Gambar 5 menunujukkan Cik Gu Shahrudin sedang menerima plag cek Tokoh Guru dari YB Timbalan Menteri Pelajaran 11
Sunday, May 26, 2013
Majlis Sambutan Hari Guru 2013 Anjuran Biro Wanita PBPPPM Negeri Selangor
Majlis Sambutan Hari Guru 2013 anjuran Biro Wanita PBPPPM Negeri Selangor telah diadakan di pejabat persatuan di Jalan Jambu Bol JPN Shah Alam Selangor.Ianya diadakan pada hari Jumaat jam 10 pagi bersamaan dengan 17hb Mei,2013.Ianya turut dihadiri oleh Tn Hj Ajidan Bin Haji Hashim YDP Negeri Selangor dan En Norhamdan Bin Baharin Setiausaha Negeri Selangor.Selain itu turut hadir Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali bekas Setiausaha Agong PBPPPM dan isteri Pn Anniswal Bt Sabaruddin.Tuan Bendahari Negeri Selangor Tn Hj
Sukarman Bin Sanuri dan isteri juga turut hadir.Beberapa orang suami para peserta wanita juga turut hadir.Tetamu khas ialah YBhg Dato' Hj Raof Bin Hussin Presiden PBPPPM.Tn Hj Hashim peserta setia majlis-majlis Biro Wanita telah menjadi pembimbing bacaan Yaasin dan doa selamat sempena dengan majlis tersebut.Pn Khalijah Bt Shamsuddin selaku Ketua Biro Wanita memberi tahu majlis sepatutnya diadakan di dewan besar di luar pejabat persatuan tetapi oleh kerana atas kehendak ahli ianya diadakan di pejabat persatuan tahun demi tahun.Ini adalah disebab
kan ahli merasa selesa di situ dan ianya lebeh merupakan perjumpaan keluarga.Beliau juga di dalam ucapan aluannya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli-ahli wanita yang bagitu ramai turut hadir dan memberi sokongan termasuk dari segi kewangan.Pn Khalijah juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kehadiran Dato' Hj Raof selaku Presiden.Majlis menjadi bagitu gemilang dengan kehadiran Dato' Hj Raof.Dato' Hj Raof dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada
Biro Wanita yang telah berjaya mengadakan majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.Beliau seterusnya memberi tahu bahawa PBPPPM sekarang sedang mencari identiti yang baru supaya pihak kerajaan memberi perhatian mengenai kaum guru.Kadangkala anak guru sendiri susah mendapat biasiswa walau pun yang menjaganya orang Melayu.Setelah bersusah payah barulah berjaya.Beliau juga memberitahu bahawa pihak Ibu Pejabat sekarang sedang menguruskan mendapatkan peruntukan dari kerajaan persekutuan supaya
dapat diagih-agihkan kepada semua negeri di Malaysia yang mempunyai cawangan PBPPPM di negeri masing-masing.Dengan peruntukan tersebut dapatlah PBPPPM di negeri masing-masing menjalankan aktiviti mereka khususnya dalam bidang kebajikan guru-guru bersara.Dalam masa terdekat beliau berharap permohonan itu berjaya.Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim selaku YDP Negeri Selangor dalam ucapannya memberitahu bahawa sambutan hari guru ini telah lama berjalan dan beliau sendiri telah mengalaminya lebeh 40 kali sejak tahun
1972 semasa beliau mula-mula bertugas sebagai guru siswazah.Perkhidmatan perguruan juga telah mengalami transformasi dalam masa lebeh 80 tahun lalu.Ianya adalah hasil kerja keras pihak kerajaan BN.Oleh itu kaum guru mestilah menghayati sejarah dan menghargai apa yang kerajaan buat..Dari skim perkhidmatan yang daif dan berpecah belah sebelum merdeka dahulu telah menjadi skim perkhidmatan yang setaraf dengan skim perkhidmatan PTD dalam Perkhidmatan Awam.Hari ini untuk menjadi guru sudah susah tidak seperti 40 tahun lalu sebagai pilihan karier terakhir.Untuk menjadi guru sekarang mesti dapat semua A dalam semua mata pelajaran dan menjalani temu duga yang ketat sebelum berjaya.Ini adalah disebabkan terlalu ramai yang ingin menjadi guru.Yang memohon seramai 60,000 dan kekosongan hanya 20,000 orang.Amat malang sekali kalau ada kaum guru yang menentang kerajaan yang telah banyak berjasa kepada kaum guru dan perkhidmatan pendidikan.
Ajidan Bin Hj Hashim YDP PBPPPM Negeri Selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)