Dalam artikel yang lalu telah dibincangkan mengenai perhubungan luar seseorang Pengetua/Guru Besar.Pada kali ini kita akan membincangkan peranan seorang Pengetua/Guru Besar dalam mengurus fiskal plant dan keadaan persekitaran sekolah.Fisikal plant ialah segala kemudahan bangunan,makmal,bengkel,kantin,surau dsbnya yang terdapat dalam kawasan sekolah bagi kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran murid.Surau biasanya tidak disediakan kecuali sekolah berasrama penuh dan pihak sekolah kena menguruskannya dengan sumber sendiri saperti pibg,murid tua dan pihak yang ada hubungan dengan sekolah.Jika Pengetua/Guru Besar mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak luar tugas ini dapat dijalankan dengan baik dan cepat.Apabila merancang sebuah surau pastikan peruntukannya adalah mencukupi dan pelan yang disediakan lengkap dan diluluskan oleh yunit pembangunan sekolah.Pastikan di mana ianya akan dibina.Jangan terburu-buru membina surau kerana ingin ada surau dan kemudian didapati tidak mencukupi dan disambung dengan bangunan baru dan akhirnya sekolah didapati seperti kawasan setinggan.Pada tahun 1980han dahulu 'Persatuan Pendidikan Malaysia' ada mengadakan kursus kepada Pengetua/Guru Besar mengenai menjaga persekitaran sekolah dan bagaimana membina bangunan baru di kawasan sekolah.Ianya mesti dibuat supaya terdapat keharmonian dengan bangunan lama dan kelihatan tersusun dan teratur.Jika keadaan di sekolah seperti kawasan setinggan maka ianya akan mempengaruhi minda murid.Kalau kawasan sekolah di sediakan cantik seperti sebuah kampus universiti maka ianya akan membina minda yang sihat dan murid boleh berfikir dengan baik.Segala kemudahan fisikal plant di sekolah Pengetua/Guru Besar mesti memastikan ianya berada dalam keadaan baik dan dibaiki segera jika terdapat kerosakan.Pengetua/Guru Besar mesti membuat 'round up' supaya mengatahui di mana terdapat kerosakan.Kalau sibuk, minta tolong dengan Penolong Kanan untuk membantu.Ada sekolah yang Pengetua/Guru Besar tak ambil tahu kalau pagar sudah rosak dan dicerobohi oleh pihak luar.Sekolah juga mesti ditanam dengan pokok dan tumbuh-tumbuhan yang kelihatan segar bogar dan sentiasa menghijau.Jenis pokok juga mesti dipilih dengan baik.Pihak 'landscaping' Majlis Bandaran boleh membantu.Saya masih teringat seorang Pengarah di Selangor dahulu kalau beliau datang melawat ke sekolah beliau 'round' kawasan sekolah dahulu termasuk tandas.Katanya kalau kawasan sekolah berseh,tandas berseh tentu pengurusan juga baik.Kebersehan adalah lambang kepada kesempurnaan pengurusan.Jika sekolah besar dan murid ramai pastikan dipinggir bangunan tidak terdapat sampah sarap.Pengetua /Guru Besar mesti mengambil langkah supaya di pinggir bangunan sentiasa berseh dari sampah sarap.Ada juga sekolah di atas tempat letak kereta penuh dengan sampah sarap dan tumbuh-tumbuhan kerana pihak pengurusan tak pernah ambil tahu.Tugas-tugas bagini harus diagih-agihkan kepada penolong-penolong kanan untuk membantu sebagai satu team.Kalau tidak ianya tidak akan berseh.Pengetua/Guru Besar juga harus mengambil tahu bagaiman sesebuah sekolah boleh memenangi juara 3K (Daerah Klang).Pada masa sekarang sudah menjadi trend apabila kelas tidak mencukupi mesti dibina kelas baru.Ini satu amalan yang tidak baik dan bertentangan dengan falasah pengurusan.Pihak Pengetua/Guru Besar jika murid mereka diramalkan melebehi 1500 orang buat perancangan untuk dibina sekolah baru.Dengan adanya sekolah baru lebeh ramai guru dapat naik pangkat dan jadi pentadbir.Pihak PIBG boleh membantu bagi mendapatkan sekolah baru.Pengetua/Guru Besar mesti rapat dengan wakil rakyat untuk mendapat sekolah baru.Itu tugas mereka.Malangnya ada Pengetua/Guru Besar yang tak pernah sampai ke rumah wakil rakyat walau pun ada majlis rasmi seperti jamuan Hari Raya atau perkahwinan anggota keluarganya.Sekolah yang ideal ialah jika muridnya kira-kira 1200 orang.Penulis telah melawat ke sekolah cemerlang di luar negara seperti di Kanada,Jepun,Korea,negara-negara Asean jumlah muridnya sekitar 800 orang.Sekolah berasrama penuh pada tahun 80han dahulu jumlah muridnya sekitar 800 orang juga.Kemampuan seorang Pengetua/Guru Besar mentadbir sekolah dengan baik ialah sekitar 1000 orang juga bukan mentadbir sekolah yang muridnya mencecah 3,000 atau 4,000 orang.Kalau ada ini bermakna pihak sekolah dan PIBG tidak membuat perancangan dengan baik.Soal tanah boleh difikirkan.Ada kawasan laut yang boleh ditimbus.Tanah ladang yang boleh diambil dsbnya.Bukankah Putra Jaya dibina kerana Kuala Lumpur telah mencapai optimumnya dan sukar dibuat perubahan khususnya dari segi lalu lintas,perumahan,taman rekreasi dsbnya.Kenapa Pengetua /Guru Besar tidak berfikiran bagitu.Sebenarnya setiap masalah dapat diatasi jika kita berniat membuat perubahan.Sekolah yang besar mempunyai banyak masalah.Masalah pengurusan guru,displin murid,penyusunan jadual waktu,mengenali semua guru dan kakitangan secara mendalam,kekurangan buku teks dsbnya.Perkara yang paling penting ialah pencapaian akademik.Sukar mendapat ranking di bahagian atas dari segi pencapaian akademik sekolah kerana murid yang terlalu ramai hendak diurus.Masalah guru dan kakitangan juga akan timbul jika kakitangan mencapai lebeh 100 orang.Pengetua/Guru Besar mesti pandai merancang masa depan sekolahnya jika beliau ingin mengurus sekolah dengan baik.Pengetua/Guru Besar adalah agen perubahan.Itulah matlamat seorang pentadbir/pengurus yang cemerlang.Sekolah yang baik mesti memberi kepuasan kepada ibubapa murid,dirinya,guru-gurunya dan kepada masyarakat sekitarnya apabila melihat pencapaian sekolah dari segi akademik dan bukan akademik.Gambar satu menunjukkan SMK La Salle Klang yang telah menjadi sesak tetapi berseh dan Gambar 2 SRJK(C) Pin Hwa 2 Setia Alam yang mempunyai pentadbir dan Lembaga Pengurus yang sentiasa memandang ke hadapan.Sekolah SRJK(C) Pin Hwa 2 mempunyai persekitaran sekolah yang berseh dan cantik untuk mengalu-ngalukan siapa sahaja yang melawat sekolah tersebut.Mereka telah berpindah dari Bandar Klang yang sesak dan sempit ke satu bandar baru Setia Alam pada lewat tahun 2000 untuk keselesaan dan masa depan sekolah yang cemerlang,gemilang dan terbilang.Kerja keras Guru Besar En Lee Peng Shin,Lembaga Pengurusnya berserta dengan PIBG telah memberi kejayaan kepada perpindahan dan pembinaan sekolah tersebut.
Sunday, March 27, 2011
Thursday, March 17, 2011
Lawatan Biro Wanita Ke Sg Klah Hot Springs Park Sungkai Perak
Biro Wanita PBPPPM DC Klang akan membuat lawatan ke Sg Klah Hot Springs Park Sungkai Perak dalam masa terdekat.Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Setiausaha Pn Hamidah Bt Rantam ditalian 012-6510074 h/p.(Ahli dan bukan ahli) untuk butiran lanjut.Taman ini telah dibina dengan kos RM6 juta dan dibuka pada bulan December,2003.Ianya adalah taman air panas yang terbaik pengurusannya di Malaysia.Letaknya di ketinggian 200 kaki dari paras laut iaitu di kaki Banjaran Gunong Titiwangsa.Bila masuk ke kawasan ini kita akan terpesona dengan pemandangan yang sungguh indah,anak-anak sungai,tumbuhan yang menghijau,bukit bukau dan kawasan pergunongan.Kolam air panas ada untuk kegunaan umum dan ada untuk persendirian.Yang menarik ada kolam untuk aktiviti merebus telor dan suhu air boleh meningkat hingga ke 100 darjah Celcius.Penyukat suhu air boleh dilihat dan diletakkan dalam kolam air tersebut.Bagi mereka yang mengidapi penyakit sakit tapak kaki bolehlah berjalan dalam air panas di atas batu yang telah disusun untuk reflexoloji tapak kaki.Untuk kemudahan orang ramai disediakan 'Cafetaria' untuk snek dan mendapatkan minuman.Bagi mereka yang suka berurut secara 'traditional' boleh juga mendapat kemudahan tersebut di hujung minggu.
Sesiapa yang ingin bermalam di sana boleh mendapat tempahan villa.Jumlah villa semuanya 5 buah.Villa bilik dua (jenis A)dengan kos RM600 untuk hari biasa dan RM800 untuk hari minggu,cuti sekolah dan cuti umum. Villa bilik satu (jenis B) boleh didapati dengan harga RM 450 pada hari biasa dan RM600 di hujung minggu,cuti sekolah dan cuti am.Masuk ke Taman.Dewasa RM10.00 Kanak-Kanak RM8.00.Waktu operasi 8 pagi 10 malam.Alamat:
Sungai Klah Hot Springs Park,36000 Sungkai Perak.
Tel:05-4388801 atau 03-26979772
Gambar 1 menunjukkan villa.Gambar 2 kolam air panas persendirian dan gambar 3 kolam air panas untuk umum.
Semua ahli-ahli PBPPPM DC Klang digalakkan menyertai rombongan ini kerana di samping pakej bercuti ianya mengandungi pakej kesihatan seperti berjalan dalam air panas dan mengurut secara traditional.Ahli-ahli PBPPPM DC Klang telah mendapat banyak faedah dengan menyertai lawatan ke Sabah dahulu dalam bulan April tahun lalu(2010) dan telah pergi ke kolam air panas di Taman Negara negeri Sabah.Selain dari Setiausaha Wanita ahli-ahli PBPPPM DC Klang boleh menghubungi Pengerusi Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim ditalian 010-2636414 untuk keterangan lanjut.Ahli juga boleh menghubungi Pengerusi Biro Wanita Pn Hajjah Maznah Bt Bahari di talian 017-2952258.Selamat Menyertai Percutian Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang.
Saturday, March 12, 2011
Aktiviti Bergambar Biro Wanita PBPPPM Daerah Cawangan Klang
Gambar 1 kiri menunjukkan Setiausaha Biro Wanita Puan Hamidah Bt Rantam mengalu-ngalukan para peserta kursus kesihatan pada kursus tersebut di Dewan Utama PPD Klang pada tahun 2010.Gambar 2 kiri pada akhir tahun 2010 Biro Wanita telah membuat lawatan ke HTAR Klang ke Wad Kanak-Kanak.Gambar 3 kiri Puan Hajjah Maznah (Ketua Biro Wanita)sedang menyampaikan sesuatu kepada seorang kanak-kanak di HTAR Klang.Gambar 4 kanan Pn Hajjah Maznah dan Setiausahanya sedang mempelajari komputer di Makmal Komputer SK Klang Utama.Gambar 5 kanan ahli-ahli baru siswazah di satu majlis perjumpaan High Tea di Hotel Crystal Crown Pelabuhan Klang (2011).Gambar 6 kanan Puan Hajjah Maznah Bt Bahari dengan menantunya di majlis lawatan ahli yang sakit di rumah Tuan Hj Mat Noh Bin Munawar di Taman Alam Shah Klang.
Friday, March 11, 2011
Aktiviti Biro Wanita PBPPPM DC Klang 2011
Biro Wanita PBPPPM DC Klang dipimpin oleh Pn Hajjah Maznah Bt Bahari dan Setiausahanya Pn Hajjah Hamidah Bt Rantam selain dari beberapa orang jawatankuasa yang aktif termasuk Pn Anniswal Bt Sabaruddin dan Hajjah Juriah bt Toha.Biro ini merupakan biro yang paling aktif menjalankan aktiviti dalam Daerah Klang dan merupakan cawangan wanita Daerah yang paling aktif dalam negeri Selangor.Aktiviti yang dijalankan termasuk kursus kesihatan,lawatan ke hospital,majlis upacara agama,lawatan,sambutan hari guru,hari ibu dan menyertai semua acara induk DC Klang.Pada tahun ini ianya akan mengadakan kursus kesihatan pada 7hb Mei,2011 di Dewan Utama PPD Klang.Selain itu ianya akan mengadakan majlis upacara agama seperti Israj Mekhraj,penghayatan Ramadan dan sambutan awal Muharam apabila tiba masanya nanti.Satu lawatan akan dibuat untuk bercuti ke Hot Spring Sungkai Perak dalam masa terdekat.Sesiapa yang beminat boleh menghubungi Puan Setiausaha Puan Hamidah Bt Rantam di talian 012-6510074.Lawatan ini terbuka juga kepada kaum lelaki yang berminat yang ingin membawa keluarga mereka.Hot Spring Sungkai ini sudah menjadi tersohor dan diurus oleh pihak FELDA dan mempunyai taraf Antarbangsa dan calet-calet untuk penginapan.Ianya sangat baik bagi mereka yang sakit dalam tulang dan ingin berendam dalam kolam air panas seperti di Sabah dahulu.
Aktiviti Bergambar Lawatan PBPPPM DC Klang Ke Bukit Tinggi Sumatra Indonesia April 2005
Satu lawatan yang terdiri dari 20 peserta ahli dan bukan ahli telah dibuat oleh PBPPPM DC Klang ke Bukit Tinggi Indonesia pada bulan April 2005.Gambar 1 kiri menunjukkan Istana Minangkabau yang dibina dalam tahun 1800han di Bukit Tinggi.Istana ini dibina dengan menggunakan kayu tempatan dan tukang traditional.Peserta-peserta berpeluang melawatnya termasuk Balairong Seri.Sayangnya ia telah terbakar pada tahun 2006 dan kini tinggal kenangan.Gambar 2 kiri menunjukkan 5 orang peserta ahli dan bukan ahli di hadapan Hotel Pusako di Bukit Tinggi.Dalam gambar termasuk Tn Hj Rosman Bin Warjono bekas Nazir mesjid Al Sharif Meru.Gambar 3 kiri kelihatan En Selamat Bin Abd Rashid (Meru)dan isteri sedang membeli belah di sebuah kedai milik seorang pengusaha yang bukan sahaja menjual barang-barang yang dikait tetapi juga merupakan sekolah jahitan.Gambar 4 kanan En N Velu ahli setia PBPPPM DC Klang di hadapan istana Minangkabau.Sekarang tinggallah kenangan.Semua peserta menikmati lawatan ini dengan seribu kenangan dan menyatakan jika ada lagi lawatan sebegini mereka akan menyertainya lagi.PBPPPM DC Klang sedang merancang akan membuat lawatan ke Jawa Tengah dan Timur dalam tahun terdekat.Semoga lebeh rami ahli akan menyertainya dan hubungilah Setiausaha Cawangan Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid di talian 012-3593044 hp.Atau Pengerusi Ajidan Bin Hj Hashim di talian 010-2636414.
Thursday, March 10, 2011
Lawatan Bergambar Jawa Tengah,Bromo Dan Jogjakarta March 2007
Pada 22hb Februari 2007 satu lawatan ke Jawa Tengah dan Jawa Timor telah dibuat oleh PBPPPM Daerah Cawangan Klang.Seramai 25 orang ahli dan bukan ahli telah menyertainya tidak termasuk penganjur suami isteri.Internari lawatan ialah selama 6 hari 5 malam.Hari pertama sampai ke bandar Solo dan setelah selesai bagasi dibawa melawat ke Kraton Sutan Haemongko Bowono dan pasar Klewer.Gambar 1 kiri menunjukkan Tuan Hj Ajidan(Pengerusi) bersama En N Velu di istana tersebut.Pada waktu tengah hari bertolak ke Jogjakarta dan menginap di Hotel Saphir.Waktu petang kami melawat Borobodor.Gambar 2 kiri di Pesentren Munawwir.Gambar 3 kiri Tn Hj Markom bersama En N Velu di Borobodor.Hari ke 2 melawat Pesentren Munawwir di Bantul dan sebelah tengah hari ke kedai membuat kasut keluaran Indonesia.Pada hari ketiga bertolak ke Bromo pusat Peranginan berhawa sejuk.Kami sempat membeli muffler dan bermalam di situ.Pada hari ke 4 bertolak ke Surubaya dan sempat melawat makam Wali Songo di Mesjid Sunan Ampel.Hari ke 5 melawat Sunan Grisek dan museum Kapal Selam.Pada malamnya kami makan di restoren Minang.Hari terakhir hari ke 6 bertolak balik melalui Pelabuhan Udara Surubaya yang baru dibina dan serba moden.Kami sempat bersarapan pagi bersama YBhg Dato' Samad Bin Mahrudin (Bekas ADUN Morib) dan Datin yang turut serta dalam rombongan ini.Pengajaran yang amat penting di Indonesia mereka pandai mengurus air dan di mana-mana terdapat air untuk urusan sawah dan kegunaan manusia.Pemandu-pemandu kereta masih bersopan santun dan kurang berlaku kemalangan.Walau bagaimana pun di bandar-bandar besar sudah mulai wujud masalah pencemaran.Bandar Surubaya mempunyai penduduk seramai 8.5 juta orang.Di Surubaya ramai terdapat penduduk miskin.Kami telah meninggalkan bumi bertuah ini dengan seribu kenangan dan mendapat pengalaman tentang Manusia dan Alam.Bumi yang menghijau terdapat di mana-mana kerana kesuburan tanahnya kerana lahar dari gunong berapi.Semoga Allah sentiasa melindungi bumi bertuah ini dari bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami.Syaratnya manusia mesti mengurus bumi ini dengan baik dan sentiasa mengingati keagongan Allah SWT.Gambar 4 kanan Tn Hj Hasan dan isteri,Gambar 5 Kanan En N Velu di Bromo dan Gambar 6 kanan Tn Hj Wahab(Setiausaha),Tn Hj Markom(Setiausaha Agong) dan En N Velu di Bromo.
Aktiviti Bergambar Lawatan Ke Langkawi Jun 2009
Pada bulan Jun 2009 PBPPPM Daerah Cawangan Klang telah mengadakan lawatan Ke Pulau Langkawi yang diurus oleh Pn Anniswal Bt Sabaruddin Jawatankuasa Kanan PBPPPM DC Klang.Pada hari pertama lawatan (petang)kami melawat Pekan Kuah dan membeli belah seperti biasa seperti kain,cadar,pinggan mangkuk,coklat selain dari ikan bilis dan biji gajus.Hari kedua lawatan kami dibawa melawat 'island hopping' dan melawat Pulau Dayang Bunting,tempat burong helang mencari makan dan sebuah pulau untuk 'island boating' yang menjadi popular untuk pelawat dari luar negeri.Pada waktu petangnya kami pergi melawat cable car dan 'Makam Mahsuri' selain dari shopping di kawasan tersebut.Peserta wanita amat suka membeli kain batik dan kueh mueh traditional seperti 'buah ulu' dan kueh 'denderam'.Pada sebelah malamnya kami melawat pasar malam di samping makan 'sea food'.Di sini agak murah makanan laut dibandingkan di Semenanjong Malaysia.Pada hari ketiga besok paginya kami shopping lagi dan pada waktu tengah hari berangkat pulang.Lawatan ini sungguh tidak menjemukan dan pada tahun 2011 kami bercadang membuat lawatan lagi (July).Pada tahun 2010 kami bercadang ke Sabah dan awal 2011(April) ke Sarawak.Antara aktiviti-aktiviti yang paling disukai oleh ahli ialah lawatan.Lawatan yang agak jauh seperti ke Vietnam akan diuruskan pada bulan November,2011.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Tn Setiausaha Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid di talian 03-31686094 atau Tuan Pengerusi Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim 010-2636414 hp.Selamat Bertemu Lagi.
Tuesday, March 8, 2011
Aktiviti Bergambar PBPPPM DC Klang-Lawatan Ke Sabah March,2010
Gambar 1 kiri Tn Hj Markom (Setiausaha Agong)dan Isteri,Gambar 2 Kiri En Hamzah dan En N Velu Di Hadapan Museum Sabah,Gambar 3 Kiri Anggota Rombongan Di Pintu Masuk Museum Sabah,Gambar 4 Kanan Tn Hj Ajidan (Pengerusi),Tn Hj Ramli dan En N Velu Bersebelahan Dengan Mesjid Di Kawasan Pergunongan,Gambar 5 Kanan Anggota Rombongan Di Kaki Gunong Kinabalu dan Gambar 6 Kanan Anggota Rombongan Di Taman Yayasan Sabah.
Semoga lawatan ke Sarawak yang akan diadakan pada bulan April 2011 nanti membawa kenangan abadi kepada anggota rombongan.Negeri Sarawak kaya dengan kebudayaan tempatan dan mempunyai kumpulan etnik yang ramai,hidup bersatu padu dan sedang membangun.Ini adalah hasil penubuhan negara Malaysia (1963)dan sistem pemerintahan yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional.
Semoga lawatan ke Sarawak yang akan diadakan pada bulan April 2011 nanti membawa kenangan abadi kepada anggota rombongan.Negeri Sarawak kaya dengan kebudayaan tempatan dan mempunyai kumpulan etnik yang ramai,hidup bersatu padu dan sedang membangun.Ini adalah hasil penubuhan negara Malaysia (1963)dan sistem pemerintahan yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional.
Monday, March 7, 2011
Apabila Guru Menulis 7
Dalam artikel yang lalu 'Apabila Guru Menulis 6' telah dibincangkan tugas seorang Pengetua/Guru Besar.Salah satu tugas yang penting ialah perhubungan luar seperti dengan ibu bapa murid,PIBG,Lembaga Pengurus,Jabatan-Jabatan lain dalam sektor awam seperti Pejabat Daerah,Majlis Daerah,Majlis Perbandaran dsbnya.Selain itu perhubungan dengan pihak swasta yang boleh membantu sekolah juga penting.Seorang Pengetua/Guru Besar yang baru ditukarkan ke sekolah baru perlu mencari peluang untuk mewujudkan hubungan ini.Pada masa sekarang sangat sadikit pihak Pengetua/Guru Besar yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak luar sekolah.Jika kita hendak rapat dengan orang kampong apabila kita sampai sahaja di sekolah baru cari peluang untuk berkunjung ke rumah Ketua Kampong,Pemimpin Tempatan,Pak Imam dsbya.Jika ada majlis perkahwinan dan kematian kita hadir dan dapatlah kita bergaul dengan mereka dan mengatahui sosial budaya sesuatu komuniti.Saya teringat sebuah sekolah berasrama harian yang letaknya di sebuah bandar kecil dan murid-murid perempuan di sekolah tersebut diserang 'histeria'.Pada mulanya ramailah pakar-pakar saikoloji dari Kementerian Pelajaran yang dihubungi hadir ke sekolah termasuk dari unit kaunseling.Bagitu juga doktor tempatan yang bertugas di bandar tersebut.Penyakit tersebut tidak juga reda.Atas nasihat seorang guru seorang bomoh tempatan yang memang diketahui mempunyai kemahiran dalam bidang ilmu ghaib telah dijemput.Dengan izin Allah penyakit tersebut telah reda dan murid-murid beransur-ansur puleh.Ianya ada kaitan dengan sosio budaya tempatan dan sejarah sekolah tersebut.Hubungan dengan Pejabat Daerah juga penting dan dalam surat pekeliling JPA ada dinyatakan bahawa DO adalah ketua kepada jabatan-jabatan lain dalam Daerah.Kalau ada banjir atau bencana alam DOlah Pengerusinya.Saya teringat ketika bertugas di Daerah Kuala Langat Selangor seorang DO yang amat aktif telah mempelawa saya ke pejabatnya kerana kenalan keluarga.Untuk memastikan guru juga turut terlibat dalam permainan 'golf' beliau menawarkan kepada saya 1 set kayu golf dan belajar bermain dengan team beliau.Pada masa itu tahun 1970han dan ada projek AMP dan beliau menjadikan sekolah saya pusat AMP.Banyaklah faedah yang saya dapat dan Timbalan Menteri Pelajaran dijemput merasmikan majlis AMP.Di samping itu saya kenal dengan jurutera daerah (JKR) dan kalau ada kerosakan di sekolah cepat-cepat kakitangan beliau datang.Pada masa itu belum ada unit selenggaraan di bawah jabatan pendidikan.DO tersebut bukan siswazah tetapi kerana aktifnya selepas bersara beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perlesenan untuk Negara.Satu jawatan yang setaraf dengan Superscale A.Saya juga dianugerahkan pingat PJK oleh Pejabat Daerah ketika usia masih muda 30han.Gambar 1 menunjukkan SMK Dato Hamzah Pelabuhan Klang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak luar dan dapat banyak faedah pembangunan.Antaranya sebuah pondok murid berehat dan jalan diturap dengan wang pihak awam.Gambar 2 menunjukkan SMK MGS Klang yang mempunyai hubungan baik dengan pihak luar.Pengetua sekolah tersebut Pn Maznah Bt Abd Hamid telah menjemput bekas Ketua Pengarah JKR Malaysia Tan Sri Talha Bin Hj Mohd Hashim bersarapan pagi di sekolah beliau.Hasilnya beliau mendapat sumbangan pagar otomatik,tempat perhimpunan dan menaik taraf bilik guru yang kosnya ditanggung oleh keluarga Tan Sri.Satu kenangan abadi yang tak boleh dilupakan.Sayugia dinyatakan sekolah tersebut ialah sebuah sekolah bantuan modal dan terpaksa mencari wang sendiri untuk kerja-kerja pembangunan di sekolah tersebut.Tak lama kemudian pengetuanya naik pangkat di Kementerian Pelajaran.Banyak sekolah lain di daerah Klang yang mempunyai hubungan awam yang baik dan sekolah mereka sentiasa bergerak ke hadapan.Semoga sekolah sekolah lain menjejak langkah yang sama untuk maju ke hadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)