Sekolah Cemerlang bererti sekolah yang dipilih oleh ibu bapa murid untuk persekolahan anak-anak mereka kerana pencapaiannya yang baik bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga kegiatan gerkonya membanggakan.Selain itu murid-murid juga berbudi pekerti mulia dan berdisplin.Baru-baru ini dalam satu Forum Pengetua Sekolah-Sekolah ASEAN di Brunei Tan Sri Muhyiddin Yassin (2011)selaku Menteri Pelajaran Malaysia telah menyampaikan ucaputamanya.Beliau menekankan kejayaaan sistem pendidikan negara melahirkan modal insan berkualiti dan pelajar berprestasi tinggi sangat bergantung kepada kemampuan kepimpinan di peringkat sekolah terutama pengetuanya dalam menjalankan tugas dengan cemerlang.Menurut Menteri Pelajaran tersebut merangkap TPM Malaysia ibu bapa dan guru bertanggungjawab dalam pembentukan minda pelajar.Pengetua sekolah pula berperanan untuk meningkatkan kemampuan guru bagi menentukan acuan generasi masa depan.
Seterusnya YB Menteri Pelajaran menekankan
" Sebagai ibu bapa,kita sering memilih sekolah yang bukan sahaja kerana kualiti kemudahan untuk anak-anak belajar tetapi juga kepimpinan sekolah itu yang melibatkan guru dan pengetua ". Menurutnya juga ibu bapa percaya sekolah yang mempunyai kemudahan,guru dan pengetua cemerlang akan dapat menyediakan peluang yang lebeh baik untuk anak-anak mereka.Sehubungan itu pengetua sekolah perlu mempunyai keupayaan yang tinggi dalam menjalankan tugas mereka termasuk mampu membawa perubahan positif di kalangan pelajarnya.Pengetua sekolah juga mesti responsif terhadap pertumbuhan yang dinamik dan pembangunan di sekeliling anak-anak dan mampu menyediakan masa depan untuk mereka.Ini menuntut pengetua sekolah mempunyai wawasan untuk pelajarnya bagi menjadi apa dan apa yang dilakukan oleh mereka.Pengetua sekolah yang mempunyai wawasan baru untuk sekolahnya bukan sahaja mampu mencapai aspirasi negara dalan bidang pendidikan tetapi dapat juga mengupayakan kehidupan pelajar selepas sekolah tanpa mengira kaum,status sosial dan jantina.Seterusnya TPM menekankan para pengetua perlu diberi galakan dan sokongan terutama dalam menghadapi cabaran semasa agar mereka mampu menjadi peneraju yang baik.Pengetua perlu mendapatkan idea baru tentang bilik darjah dan pendidikan.Sebagai peneraju perubahan pengetua perlu diberi pendedahan mengenai pemikiran strategik dan kecekapan dalam organisasi.
Apabila seseorang dilantik sebagai pengetua beliau perlu tahu apakah core businessnya.Corebusinessnya ialah mengenai perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran murid.Selain itu beliau mempunyai tanggung jawab kepada murid,guru,ibu bapa,pihak awam dan masyarakat di sekitarnya.Ada Pengetua/Guru Besar yang membuat kesilapan.Tenaganya ditumpukan kepada aktiviti luar dan persekitaran sekolah.Beliau meninggalkan hal-hal kurikulum dan tiada program yang mantap untuk memajukannya.Akhirnya memang hebat mengenai aktiviti sekolahnya tetapi ketinggalan dari segi pencapaian akademik sekolahnya.Ini sungguh mengecewakan.Seorang Pengetua mesti jelas hal-hal mengenai kurikulum,kokurikulum termasuk pengurusan sukan,pengurusan pejabat,sistem pentadbiran sekolah termasuk hal-hal kewangan,fisikal plant,school climate,perhubungan luar,ibu bapa murid,pihak awam termasuk perhubungan dengan jabatan-jabatan lain.Antara tugas-tugas ini yang paling penting ialah perhubungan dengan kakitangan dan pihak luar.Pengetua/Guru Besar yang berjaya ialah mereka yang mempunyai PR yang hebat.Antara personaliti-personaliti yang penting dalam dunia pendidikan termasuk Tan Sri Murad Bin Mohd Nor bekas Ketua Pengarah,Allahyarham Tan Sri Rafae Bin Mahat bekas Ketua Pengarah,Allahyarham Tan Sri Dr Shukor Bin Abdullah bekas Ketua Pengarah,Dato' Dr Isa Bin Ramli bekas Tim Ketua Pengarah,Dato Jumaat Bin Mohd Nor bekas Pengarah Sekolah-Sekolah dan lain-lain lagi yang sukar ditandingi.Apabila kita berjumpa dengan mereka ini terasa reponya dan kita tidak terasa yang kita sedang berhadapan dengan seorang pembesar.Pada hari ini sukar kita berjumpa dengan watak-watak seperti ini.Saya teringat kepada satu watak dalam kepemimpinan dunia iaitu Allahyarham Presiden Sukarno dari Indonesia.Dalam satu majlis di Istana Merdeka di Jakarta beliau ternampak rakannya dari kampong dan terus beliau melulu kepada kawannya itu dan memeluk beliau mengatasi segala protol istana dan pembesar-pembesar yang lain.Alangkah besar hati kawannya itu dan tetamu-tetamu yang hadir.Dalam dunia perundangan negara kita orang yang paling merendah diri dan menghormati tetamu tanpa mengira pangkat ialah Allahyarham Tun Mohd Suffian Bin Hashim bekas Ketua Hakim Negara.Kawan beliau dari seorang tukang kebun hingga ke pihak Istana.Beliau pernah menghadiahkan sebuah kereta terpakai beliau kepada seorang kerani berbangsa India kerana kawannya itu sangat memerlukannya.Apabila beliau meninggal dunia DYMM Sultan Perak menitahkan Allahyarham dikebumikan di Makam Di Raja Bukit Chandan Perak sebagai satu penghormatan terhadap seorang Wira Negara yang datangnya dari Negeri Perak.Makamnya betul-betul bersebelahan Sungai Perak berhampiran mesjid Ubaidiah yang masyur itu kira-kira 3 km dari kampongnya Kota Lama Kiri Kuala Kangsar Perak.Beliau tidak pernah lupa kampongnya itu dan menyebutnya dalam upacara peanugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falasafah Undang-Undang di Unibersiti Singapura.Majlis perkebumian dihadiri oleh YAB Dato Menteri Besar Perak Dato' Seri Tajul Rosli Bin Tan Sri Ghazali rakan sekolah penulis.Inilah semangat yang harus ada pada seorang Pengetua/Guru Besar.Kita harus merendah diri apabila berhadapan dengan tetamu khususnya yang lebeh tua,berpengalaman daripada kita.
Peribahasa Melayu ada mengatakan:
" Jangan ketawa kalau upeh di bawah yang jatuh.Upeh yang di atas akan jatuh juga".
Selamat Berkhidmat.
Gambar 1 di atas menunjukkan Sekolah Menengah La Salle Klang yang sudah mencapai sekolah Cemerlang dalam tahun 1980han dahulu.
Gambar 2 menunjukkan Sekolah Menengah MGS Klang yang telah mencapai sekolah Cemerlang dalam tahun 1990han.
Bacaan Lanjutan: A Man Of His Time The Life Of Lord Presiden Tun Mohd Suffian Bin Hashim. Victor Morrais.