Dalam tahun 70han dahulu struktur pengurusan tidaklah sehebat sekarang.Pengetua/Guru Besar dibantu oleh seorang penolong kanan dan penyelia petang jika ada dua sessi.Pengetua/Guru Besar pada ketika itu tidak terlatih seperti sekarang.Mereka mentadbir 'by trial and error'.Kalau pun ada latihan, sekali sekala dalam beberapa tahun.Ianya di anjurkan oleh Mesti(70han) satu badan yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran di bawah unit Bahagian Sekolah-Sekolah.Apabila keperluan mendesak dengan bertambahnya murid dan sekolah Institut Aminuddin Baki (IAB) diwujudkan dalam tahun 80han dan peranannya untuk melatih para pentadbir di sekolah khususnya Pengetua/Guru Besar.Kalau pegawai PTD dilatih oleh INTAN maka Pengetua/Guru Besar dilatih oleh IAB.Selain dari itu pegawai-pegawai juga di hantar oleh Kementerian Pelajaran ke luar negara untuk ijazah di peringkat Sarjana sama ada ke England atau Amerika Syarikat.Unibersiti-Univesiti tempatan juga menyediakan Ijazah Sarjana dalam pendidikan (MEd).Bagi mereka yang mengejar ilmu ramai yang mengikuti kursus tersebut bagi membantu pengurusan masing-masing.
Sebagai seorang Pengetua/Guru Besar pasti beliau akan mengambil keputusan dalam satu-satu isu yang berkaitan dengan pengurusan sekolahnya.Pada masa sekarang struktur organisasi sudah berubah.Sekolah ada yang terlalu besar mencecah murid melebehi 2500 murid dan guru melebehi 130 orang.Dengan keadaan demikian pasti mempunyai banyak masalah ia perlu di atasi oleh Pengetua/Guru Besar.Pengetua dibantu oleh Penolong Kanan 1,Penolong Kanan HEM,Penolong Kanan Ko Kurikulum dan Penyelia Petang.Selain itu di bawah seliaan Penolong Kanan 1 termasuk guru kanan mata pelajaran bahasa,Sains dan Matematik dan Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional.Penolong Kanan Kokurikulum mempunyai tanggungjawab menyelia guru-guru sukan,permainan dan guru-guru yang menjaga kelab dan persatuan.Guru kanan Mata pelajaran Bahasa mempunyai tanggungjawab menjaga guru mata pelajaran tersebut khususnya pada masa sekarang polisi kerajaan ialah memperkayakan penggunan Bahasa Inggeris dan mempertabatkan Bahasa Melayu.
Sebagai pentadbir Pengetua/Guru Besar mesti mengambil keputusan mengenai perkara-perkara yang ditadbirnya seperti hal-hal kurikulum,kokurikulum,hal ehwal murid,pentadbiran di pejabat,guru-guru dan kakitangan,kewangan,pembangunan fisikal,hubungan hal ehwal luar dsbnya.Apabila seseorang Pengetua/Guru Besar mengambil keputusan pastikan terdapat banyak alternatif-alternatif yang ada di hadapannya.Pilih yang terbaik dan yang akan memberi kesan positif kepadanya.Lebeh baik lagi jika berbincang terlebeh dahulu dengan Penolong Kanan beliau atau guru kanan yang berpengalaman.Antara mengambil keputusan yang agak sukar ialah jika berkaitan dengan displin guru/kakitangan.Jangan sekali-kali menengking atau mengherdik guru/kakitangan.Setiap guru ada masalahnya khususnya ibu-ibu muda yang mempunyai anak dan menjadi guru di samping mendidik anak kecil di rumah. Pada masa sekarang sukar mendapat orang gaji yang serba sempurna.Ada Pengetua/Guru Besar yang menggunakan perkataan-perkataan yang akan diingat oleh guru atau kakitangan seumur hidupnya.Jangan sekali-kali berbuat demikian.Setiap sekolah pasti mempunyai guru atau kakitangan yang mempunyai masalah.Seorang Pengetua /Guru Besar mesti pandai menyusun kehidupannya di sekolah dengan harmoni dengan guru-guru dan kakitangan di bawah pentadbirannya.Seorang Pengetua mesti tegas dan adil dalam mengurus sekolah.Guru muda perlu dididik supaya menjadi pekerja yang baik.Mereka perlu bimbingan dan tunjuk ajar.Pengetua/Guru Besar yang berkesan ialah mereka yang tidak banyak mempunyai masalah dengan guru-guru dan kakitangannya.Pengetua/Guru Besar mesti pandai bekerja sebagai satu team dengan mengembeling tenaga guru dan kakitangan di bawahnya.Beliau mesti mempunyai perhubungan awam yang hebat.Jika tidak jika kita bersara kelak ramai dari kawan-kawan dan kakitangan kita akan lari dari kita.Kehidupan yang baik ialah hidup sebagai satu komuniti dan banyak membantu orang.
Pada masa sekarang sekolah-sekolah adalah besar belaka.Dalam satu majlis di Negeri Selangor YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin rasa terkejut apabila mengetahui ada sekolah yang muridnya melebehi 4,000 orang.Ini sebenarnya pihak sekolah,PIBG dan wakil rakyat tidak peka terhadap perkembangan murid.Seharusnya sudah lama mereka memohon sebuah sekolah baru apabila melihat murid bertambah dengan pesat.Sebagai pentadbir kita dapat membuat projection jumlah murid untuk lima tahun yang akan datang di sekolah kita.Jika didapati tepu perlulah disediakan satu kertas kerja yang lengkap untuk dihantar kepada pihak berwajib.Tugas mencari tanah dan kewangan adalah tugas kerajaan bukan tugas Pengetua/Guru Besar.Kita lihat sahaja bagaimana perkembangan SRJK(C) di Setia Alam Klang.Mereka bertindak cepat dan lahirlah dua buah sekolah SRJK (C)di bandar tersebut walaupun belum ramai ibubapa berpindah ke bandar tersebut.Sekolah lama mereka tetap kekal di tempat lama di bandar Klang.Pejabat Pelajaran Daerah,Pengetua/Guru Besar mesti memandang ke hadapan.Lebeh banyak sekolah lebeh banyaklah Pengetua/Guru Besar dan para pentadbir yang akan dilantik untuk mentadbir sekolah tersebut.
Dalam organisasi yang besar seorang Pengetua/Guru Besar tidak dapat melaksanakan segala-galanya sendiri.Ini mesti di agihkan kepada kakitangan di bawahnya.Dengan kata lain penurunan kuasa atau delegasi kerja.Konsep ini mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran dalam tahun 1980han oleh Pengarah Sekolah-Sekolah ketika itu Dato' Jumaat Bin Mohd Nor.Sejak itu carta organisasi sekolah berubah.Tugas-tugas menyelia akademik dibuat oelh Penolong Kanan 1 dan Penyelia Petang bagi sessi petang.Tugas lain juga mula diagih seperti hal ehwal murid,displin dan sebagainya.Perkara yang amat penting di sini para Pengetua/Guru Besar tidak boleh melepaskan seratus peratus.Beliau mesti membuat pemantauan dari masa ke semasa.Ada perkara yang beliau mesti membuatnya sendiri mithalnya membincangkan masalah displin di sekolah dengan PPD.Jika beliau tidak buat sendiri beliau akan hanyut dan tak tahu apa yang berlaku di sekolah.Bagitu juga jika ingin berjumpa dengan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran mengenai hal sekolah beliau kena jumpa sendiri dan tidak mengdelegasikan kerja tersebut kepada orang yang junior.Pertamanya beliau dapat berkenalan dengan lebeh dekat dengan pegawai berkenaanKedua dari segi protokol kalau kita hendak berjumpa dengan pegawai kanan kerajaan mestilah pegawai kanan juga yang berjumpa.Ramai di antara Pengetua/Guru Besar tidak tahu dalam sesuatu Daerah dari segi protokolnya kita kena ikut perintah Pegawai Daerah dalam hal-hal yang tertentu seperti keselamatan,kesihatan,bencana alam dsbnya.Ini terdapat dalam surat pekeliling JPA.Prinsipnya lebeh ramai kita kenal Ketua-Ketua Jabatan lebeh mudahlah kita mentadbir.Kalau kita hanya duduk dalam pejabat dan mengetahui hal-hal mengenai guru-guru dan kakitangan kita sahaja, dunia kita akan menjadi kecil.
Gambar 2 Menunjukkan sebuah sekolah yang besar SM Meru Klang yang melaksanakan prinsip delegasi dalam pengurusan.
Gambar 2 Penulis sedang memberi penerangan dalam satu Majlis Kurusu Komputer untuk pesara guru di Makmal Komputer SK Kg Jawa Klang.2010.
Selamat Bertugas.