






iii)Pengurusan Pejabat:Pengurusan pejabat meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan penggajian guru-guru dan kakitangan termasuk perlaksanaan skim perkhidmatan mereka.Seorang Pengetua/Guru Besar dibantu oleh pegawai kerani yang terlatih termasuk pelayan pejabat.Jumlahnya bergantung kepada saiz sekolah.Pada masa dahulu tugas menyelia pekerja-pekerja sekolah seperti tukang kebun dan tukang sapu adalah di bawah kelolaan Pengetua/Guru Besar.Beliau dibantu oleh Penolong Kanan dan seorang guru pembantu.Dengan adanya penswastaan tugas ini diurus oleh pihak kontraktor.Apa yang penting pihak sekolah sentiasa berkomunikasi dengan pihak kontraktor supaya keadaan sekolah sentiasa berseh termasuk kawasan padang sekolah.Tugas ini boleh dilantik seorang guru untuk menyeliakannya.Seorang Pengetua/Guru Besar yang cekap sentiasa memastikan gaji dibayar mengikut jadual dan sebarang kenaikan gaji guru dan kakitangannya dibayar mengikut masa yang telah ditentukan.Bagitu juga tunggakan-tunggakan gaji jika ada.Jangan sekali-kali lepas seratus peratus kepada kerani.Pengetua/Guru Besar mesti ambil tahu.Rekod-rekod perkhidmatan masing-masing disimpan dengan rapi dan sebarang cuti direkodkan.Pengetua/Guru Besar mesti beri galakan kepada guru atau kakitangan yang ingin maju dalam 'career path' mereka.Ada guru yang sesuai untuk naik pangkat dalam pentadbiran dan ada guru yang sesuai untuk jadi guru cemerlang.Selain itu ada yang suka melanjutkan pelajaran.Beri peluang kepada mereka dan galakan dari masa ke semasa.Kalau boleh adakan perkembangan staff supaya guru tidak jadi kayu mati atau burnout.Kalau mampu bawa mereka bercuti keluar dan adakan perkembangan staff oleh penceramah yang hebat.PIBG sekolah boleh membantu.Selain dari tugas di atas tugas pejabat juga membuat pembayaran bil-bil perbelanjaan dan menerima grant pembayaran dari Jabatan Pendidikan Negeri.Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab di atas segala pembayaran yang dibuat oleh sekolah.Bagitu juga sebarang pesanan barang oleh sekolah.Pastikan tiada penyelewengan berlaku dan tiada orang yang mengambil kesempatan.Penulis masih ingat terdapat seorang Pengetua yang tidak sedar seorang pegawai kerani beliau telah membuat pembayaran dari masa ke semasa sehingga mencecah RM40,0000.Akhirnya apabila diodit dapat dikesan dan kerani tersebut dibuang kerja.Kepada saya Pengetua/Guru Gesar tersebut sepatutnya juga dihukum.Selain membuat pembayaran pejabat Pengetua/Guru Besar melayan orang ramai termasuk panggilan telefon.Kakitangan yang melayan telefon patut dilatih cara-cara melayan orang ramai dengan budi pekerti yang tinggi.Bagitu juga guru yang membantu dalam hal ini.Pengetua/Guru Besar mesti menjadi contoh kakitangan di bawah jagaannya.Saya masih teringat terdapat seorang Pengetua yang dihantar bertugas ke sebuah pulau tetapi pulau tersebut sudah mudah untuk dihubungi kerana telah dibina jambatan untuk menghubungi pulau tersebut dengan tanah besar.Pihak Jabatan telah membuat beberapa projek yang berkaitan dengan sekolah termasuk bilik darjah tambahan.Rombongan kami termasuk Tuan Pengarah.Apabila kami sampai beliau nampak kami tetapi tidak menyambut sebalik terus berbual dengan telefon.Ada kira-kira lima belas minit dan Pengarah pun memberi teguran secara berhemah.Sepatutnya beliau faham yang datang itu Pengarah Ketua No 1 beliau.Beliau seharusnya berhenti bercakap dengan telfon dan terus melayan kami.Perkara seperti ini sering berlaku di sekolah.Kita seharusnya memberi keutamaan kepada tetamu yang datang.
iii)Fisikal Plant: Fisikal plant membawa pengertian segala kemudahan fisikal yang ada di sekolah seperti bilik darjah,makmal sains,dewan,bilik sukan,bengkel,jalan raya,parit dsbnya yang ada di sekolah untuk kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran murid.Semua ini di bawah jagaan seorang Pengetua/Guru Besar.Kalau rosak,tidak cukup mesti dipohon oleh pihak sekolah dan yang baik pada awal tahun.Cara kita memohon mesti kena caranya.Yang baik Pengetua/Guru Besar sendiri menguruskannya.Kalau Pengetua/Guru Besar ada 'rapport' dengan pegawai-pegawai di PPD atau di Jabatan kenal dengan kita maka senang sahaja kita mendapatkannya.Ada Pengetua/Guru Besar suka mewakil kepada guru-guru yang menguruskannya.Guru tersebut pula guru junior.Soalnya tugas Pengetua/Guru Besar apa.Bukan hanya duduk di pejabat dan melayan telefon.Ada sebuah sekolah yang sudah wujud 30 tahun masih memiliki pagar sekolah jenis lama.Pihak sekolah atau Pengetua tidak mengambil kisah tentang hal ini sedangkan orang lain sudah berpagar batu bertahun-tahun lamanya dan mempunyai gate otomatik.Di lembah Klang ini setiap tahun muridnya bertambah lebeh dari 5% setahun.Ini disebabkan migrasi dalaman dan pertambahan projek perumahan.Pengetua/Guru Besar mesti bijak membuat perancangan masa depan sekolah.Janganlah setiap kali bertambah murid diminta tambahan bilik darjah.Pada akhirnya murid mececah 3,000 atau 4,000 murid.Sekolah sebenarnya ada kapasiti optimum.Jika murid lebeh dari jumlah-jumlah tertentu maka prestasi murid akan menurun.Kajian di barat seperti di Britain dan Kanada menunujukkan jumlah murid yang baik untuk ditadbir ialah sekitar 1,200 orang.Pengetua/Guru Besar mesti membuat projection murid yang akan datang pada kadar 5 tahun berdasarkan pertambahan dalam 5 tahun yang lalu.Jika murid dijangka melebehi 1,200 murid memohon sekolah yang baru bukan sekolah yang besar.Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa membina sekolah yang baru dengan apa cara sekali pun.Kalau kita memohon sekarang ianya mengambil masa 5 tahun akan datang untuk ianya menjadi kenyataan.Pengetua/Guru Besar mesti pandai merancang dan tidak serah bulat-bulat kepada PPD.Kadangkala pegawai-pegawai di PPD merupakan pegawai yang kurang berpengalaman.Sebagai Pengetua/Guru Besar kita boleh meminta bantuan PPD atau orang lain yang berminat dengan isu-isu pendidikan.Sekarang ini masyarakat banyak yang terpelajar dan berpengatahuan dalam berbagai bidang.Sekolah tidak boleh wujud dalam 'vacuum' jika ingin maju.Pengetua/Guru Besar mesti berinovatif dan menjadi agen kepada perubahan seperti yang berlaku di Barat negara seperti Amerika Syarikat atau Eropah.
iv)School Climate dan Persekitaran Sekolah:School climate membawa pengertian kepada keadaan suasana sekolah berdasarkan persekitaran fisikal sekolah dan keadaan murid berasaskan displin dan tingkah laku mereka.Pada tahun 80han dahulu satu seminar pendidikan telah diadakan di UiTM Shah Alam mengenai school climate yang sesuai untuk sekolah-sekolah di Malaysia.Rumusan dari seminar tersebut mengemukakan bangunan sekolah mestilah dibina kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid.Selain itu susun atur bilik darjah juga mesti sesuai.Hasilnya Kementerian Pelajaran telah menyediakan plan sekolah seperti keadaan bangunan-bangunan baru sekarang.Kedudukan bilik darjah juga mesti sesuai iaitu dimulakan dari Tingkatan Peralihan hingga tingkatan lima atu enam bagi sekolah yang ada tingkatan enam.Cara murid bergerak dari satu kelas ke satu kelas juga diambil kira.Murid bergerak mengikut satu arah dan tidak boleh lintang pukang kerana ini akan mewujudkan suasana kelam kabut.Pengetua/Guru Besar apabila menyediakan jadual waktu mesti mengambil kira hal ini.Displin murid juga mesti dijaga dengan rapi.Jika sekolah mempunyai masalah displin dan murid sering bergaduh maka ini akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.Seorang bekas Pengarah Pelajaran Selangor pernah menyatakan jika beliau melawat sekolah dan melihat 'school climate' ini baik maka ianya bermakna sekolah ditadbir dengan baik.Jika keadaan sekolah berseh,tandas berseh itu adalah salah satu 'indicator' yang Pengetua/Guru Besar telah menjalankan tugasnya.Seorang Pengetua/Guru Besar mestilah menjaga persekitaran sekolah.Pokok-pokok ditanam di sekeliling sekolah dan tempat-tempat yang sesuai.Sekolah-sekolah yang mempunyai suasana seperti sebuah kampus akan menjadikannya kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.Jika bangunan ingin dibesarkan mithalnya kantin sekolah mesti dirancang terlebeh dahulu supaya ianya kelihatan cantik.Jika ingin dibangunkan tempat rehat murid mithalnya berkelompok mesti dibina berbentuk hexagonal dan murid bergerak secara 'clockwise'.Jika ianya dibina sesuka hati maka jadinya tidak elok mata memandang.Rancanglah terlebeh dahulu dengan guru-guru dan setiap orang ada kebolehannya.
v)Perhubungan dengan Ibubapa murid: Adalah menjadi tugas seorang Pengetua/Guru Besar untuk mewujudkan suasana yang akrab antara sekolah dengan ibu bapa murid.Puan Hamidah Wok dan Puan Normah Teh dua orang Pengetua cemerlang dari Pahang ini berkata dalam buku mereka "Sinergi dalam Pengurusan Sekolah" seperti berikut:
" Ke gunung sama didaki
Ke lurah sama dituruni,
Hati gajah sama dilapah,
Hati kuman sama dicecah'
Alangkah indahnya jika kerjasama sebegitu akrab antara ibubapa murid dengan sekolah termasuk guru-guru diwujudkan oleh Pengetua/Guru Besar.Cara yang paling berkesan apabila seseorang Pengetua/Guru Besar ditempatkan di tempat yang baru khususnya di luar bandar cari jalan bagaimana Pengetua/Guru Besar dapat bertemu dengan pemimpin tempatan seperti ketua kampong,Pengerusi JKK dsbnya.Bagi sekolah 'feeder school' Pengetua turun padang dengan melawat Guru Besar yang menjadi 'feeder school' kepada sekolah kita.Insyallah mereka akan merasa bangga dengan lawatan kita.Bagi sekolah di bandar segera panggil mesyuarat PIBG atau Lembaga Pengurus dan berkenalan dengan mereka.Setiap Pengetua/Guru Besar mesti ada mempunyai rancangannya sendiri untuk pembangunan sekolah.Mereka telah terlatih dan dapat memikirkannya sendiri rancangan yang hendak dilaksanakan.Ingin diingatkan menjadi Pengetua/Guru Besar bukan hanya sekadar duduk di pejabat,melayan telefon,melayan juru jual dan menunggu bila masa waktu balik jika ingin sekolah maju.Apabila ditanya ibubapa apakah tujuan mereka menghantar anak mereka ke sekolah maka jawapannya untuk mendapat pendidikan sempurna.Dari jawapan tersebut nyata mereka mempunyai kepercayaan dan harapan tinggi kepada sekolah khususnya guru.Sebenarnya tugas sekolah memberi pendidikan secara formal dan ibu bapa secara informal.Murid akan berada di sekolah selama 8 jam dan selainnya di bawah jagaan ibu bapa selama 16 jam.Di sekolah selain dari guru mengajar mata pelajaran akademik guru juga membantu menanam nilai-nilai murni seperti berkelakuan baik,menghormati orang lain,beragama dsbnya.Ibubapa juga masih merupakan pemilik kekal anak-anak mereka dan bertanggungjawab terhadap mereka.Konsep perkongsian membentuk manusia berilmu dan berakhlak mulia ini harus dihormati oleh semua pihak.Adalah wajar sekolah dan ibu bapa menjalin hubungan baik dan harmonis serta memberi kerjasama dan sokongan kepada pihak sekolah.Kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah ini menyumbang kepada kecermerlangan sekolah.Walaubagaimana pun sebaik mana kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah tetapi jangan sampai kepada aspek-aspek campur tangan dalam hal-hal pentadbiran sekolah.Aspek pentadbiran sekolah menjadi tanggungjawab Pengetua/Guru Besar sekolah.