Mesyuarat Agong Kebangsaan PBPPPM pada kali ini telah diadakan di Negeri Melaka pada 1hb December,2012 hingga 2hb December,2012.Ianya bersamaan dengan hari Sabtu dan Ahad.Negeri Melaka telah terpileh 2 tahun yang lalu (2010) semasa Negeri Sembilan menjadi tuan rumah di Seremban.Negeri Melaka telah terpileh kerana ianya dipimpin oleh seorang Ketua Menteri yang cekap dan cemerlang termasuk sebagai sebuah bandarraya yang bersejarah yang mempunyai banyak keistimewaan.
Tempat penginapan dan mesyuarat disediakan di Hotel Hang Tuah World Heritage yang selesa untuk kegunaan semua perwakilan dan pemerhati. Majlis peresmian dijadualkan dilakukan oleh YAB Dato' Seri Ali Bin Rustam Ketua Menteri Melaka tetapi digantikan dengan seorang Exco Kanan kerana Dato' Seri Ali masih berada di Kuala Lumpur menghadiri Perwakilan Perhimpunan Agong UMNO Malaysia.Majlis gilang gemilang ini disambut dengan meriah dengan berbagai persembahan Tarian Kebudayaan semua kaum di Melaka termasuk orang-orang keturunan Portugis dan jamuan makan malam yang sukar dilupakan.




Pada hari kedua pada 2hb Dec,2012 mesyuarat dimulakan dengan pemilehan jawatankuasa baru bagi tahun 2013-2014.Presiden 2010-2012 Tn Hj Abd Manan Bin Mohd Noh tidak dapat hadir kerana kesihatan dan beliau tidak bertanding pada kali ini.Tuan Setiausaha Agung Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali juga tidak bertanding kerana kesihatan tidak mengizinkan.Para perwakilan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada kedua-dua pemimpin ini yang telah banyak berjasa kepada persatuan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1993 hingga sekarang(2012).Selepas pembentangan penyata tahunan oleh Tuan Setiausaha Agong dan perbincangan mengenainya ianya diluluskan.Bagitu juga Penyata Kewangan ianya diluluskan.Antara syur penting oleh para perwakilan supaya penyata kewangan dibuat mengikut perlembagaan persatuan untuk mengurangkan kos.Perwakilan mengemukakan samaada ianya perlu diodit oleh juruodit berdaftar atau tidak.Pihak pengurusan meminta para perwakilan merujuk kepada perlembagaan.Rumusan perbincangan usul meminta supaya nama persatuan diubah kepada 'Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia' dan ditinggalkan perkataan 'Bekas'.Ini adalah disebabkan dari segi bahasa lokal Negeri Sabah maknanya kurang sedap didengar.Perkara ini sudah pun diluluskan 2 tahun yang lalu di Seremban Negeri Sembilan tetapi masih belum diambil tindakan.Jawatankuasa yang baru diminta menyelesaikannya dengan seberapa segera.Setelah diumumkan keputusan pemilehan Presiden yang baru ialah Dato' Hj Raof Bin Hussin dan Setiausaha Agong ialah Tn Hj Harun Bin Hassan.Keputusan yang lain ialah muka-muka lama dengan satu peningkatan ke atas.Pn Hjh Khalijah Bt Shamsuddin menang tanpa tanding sebagai Ketua Wanita dan Pn Hjh Zaharah Bt Samad sebagai Setiausahanya.Diucapkan tahniah kepada semua yang berjaya.Pada dua tahun ke hadapan (2014) Mesyuarat Agong Kebangsaan dijadualkan akan diadakan di Negeri Pahang.Semua para perwakilan mengalu-ngalukan Negeri Pahang sebagai Tuan rumah.Persediaan yang lebeh awal akan memeriahkan lagi majlis tersebut.
Gambar 1 menunjukkan Jawatankuasa Agong sedang meneliti Buku Penyata Tahunan.
Gambar 2 menunjukkan ahli-ahli sedang mengundi pemimpin mereka.
Gambar 3 menunjukkan Tn Bendahari PBPPPM DC Klang Tn Hj Muaz Bin Ibrahim sedang masuk ke tempat mengundi.
Gambar 4 Beberapa orang pemimpin dari Selangor sedang bersantai termasuk Pengerusi PBPPPM DC Sabak Bernam Dato' Mohd Yusof Bin Abd Latif dan Timbalannya Tn Hj Saari Bin Mahmuddin.
Gambar 5 Tn Hj Shaari Bin Abdullah Bendahari Agong sedang berkata sesuatu kepada beberapa orang para perwakilan.
Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang Dec,2012