Wednesday, January 26, 2011
Lawatan Ahli Sakit PBPPPM DC Klang Januari 2011
Pada 24hb Februari,2011 Biro Kebajikan dan Sosial PBPPPM DC Klang telah membuat lawatan menziarahi ahli-ahli yang sakit di rumah masing-masing.Tiga buah rumah telah dipilih iaitu rumah Cik Gu Wandi Bin Jayus,Cik Gu Amran dan Cik Gu Mat Nor Bin Munawar.Ketiga-tiga rumah ini terletak di Taman Alam Shah Klang.Rombongan di ketuai oleh Tn Hj Ajidan(Pengerusi),Tn Hj Shaari(Timb Pengerusi),Pn Hjh Maznah(Naib Peng Wanita) dan menantunya,Tn Haji Wahab(Setiausaha),En Norhamdan(Pen Setiausaha),Pn Hajjah Raonah(Pen Setiausaha),Tn Hj Muaz(Bendahari),Cik Gu Anniswal Bt Sabaruddin,Cik Gu Jariah Bt Napiah,Cik Gu Hamidah Bt Rantam dan suami,Tn Hj Usman Soparman,Tn Hj Sukarman Sanuri,Tn Hj Ramli Salleh dan En Hamzah Bin Mat.Lawatan kami dialu-alukan oleh ketiga-tiga rumah yang dilawati.Mereka merasa gembira kerana bertemu dengan kawan-kawan lama dan ahli-ahli PBPPPM DC Klang.Lawatan diiringi dengan bacaan Doa Selamat oleh Tn Hj Usman Bin Soparman.Sakit yang diihidapi oleh ahli-ahli ini adalah yang ada kaitan dengan proses 'penuaan' yang mana kita semua tidak dapat mengelak darinya dan terpulanglah kepada rezeki masing-masing.Kita berdoa supaya kita semua dapat menjalani proses ini dengan baik dan sentiasa di anugerahi oleh Allah SWT kesihatan yang baik dan dapat meneruskan aktiviti sosial dan keagamaan yang mulia ini.Pihak PBPPPM DC Klang akan meneruskan lawatan sebagini dalam masa-masa seterusnya.Gambar 1 menunjukkan kami di rumah Tn Hj Amran dan Gambar 2 menunjukkan Tn Hj Ajidan ,Pn Hajjah Maznah dan menantunya dan ahli lain di rumah Tn Hj Mat Nor Bin Munawar.Wasalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment