Sunday, February 20, 2011

Apabila Guru Menulis 6

Tugas seorang Pengetua atau Guru Besar ialah bagi melaksanakan kurikulum,kokurikulum,pengurusan pejabat termasuk guru dan kakitangan sekolah,mengurus fisikal plant,school climate,perhubungan luar seperti ibubapa murid,PIBG,Lembaga Pengurus,orang-orang awam yang berkepentingan dengan sekolah dan jabatan-jabatan lain dalam sektor awam seperti pejabat Daerah ,Majlis Perbandaran,Polis,Hospital dan Bomba.Pihak swasta seperti kilang-kilang boleh dihubungi bagi membantu sekolah.Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris akan membantu.Dalam pengurusan kurikulum mesti ada pelan strategik bagi meningkatkan prestasi sekolah.Pelan strategik mesti difahami oleh Penolong-Penolong Kanan,Guru Kanan mata pelajaran dan guru-guru.Ianya dilaksanakan bersama dan setelah dilaksanakan mesti dijalankan pencerapan oleh Pengetua/Guru Besar,Penolong Kanan dan guru-guru kanan.Selain dari pencerapan mesti diadakan ujian dari masa ke masa bagi mengukur kemajuan murid.Kemajuan tidak semestinya mendadak tetapi ada 'progress' yang dicapai.Pelan strategik boleh juga dibuat untuk kegiatan kokurikulum.Tumpu kepada 2 atau 3 aktiviti kokurikulum dan Pengetua/Guru Besar buat pemantauan.Bagi sekolah yang mempunyai ramai murid lelaki mithalnya buat pelan strategik untuk pasokan bola sepak sekolah,Kalau murid terlalu ramai dan ramai pula murid India mithalnya buat pelan strategik untuk merentas desa.Sekolah pasti akan berjaya kalau bersungguh-sungguh mahu memajukan sekolah.Kadangkala pelan strategik baik tetapi Pengetua/Guru Besar sibuk berbual dalam pejabat atau tiada dalam kawasan sekolah.Penolong Kanan juga tidak membuat pemantauan.Satu lagi musuh kepada pengurusan khususnya sekolah yang besar guru tak masuk kelas.Murid terbiar.'Relief'dibuat tetapi guru tak menjalankan tugas.Pengetua/Guru Besar tak mengajar.Bagitu juga Penolong Kanan.Mereka ashik sibuk dalam pejabat atau berbual.Pengetua/Guru Besar yang berkesan pasti dapat mengatasi masalah ini dan ada strategi-strategi tertentu yang boleh dilaksanakan.Gambar 1 menunjukkan SMK Meru Klang sekolah yang dibina dalam tahun 1982 mengikut hasrat kehendak Rakyat di bawah pimpinan YBhg Dato Sanad Bin Hj Said (ADUN Kapar dan Exco Sel)dan penulis.Gambar 2 penulis sedang memberi ucapan dalam tahun 2010 di kursus komputer kali ke 3 anjuran PBPPPM DC Klang dengan kerjasama PPD di Makmal Komputer SK Kg Jawa,Klang ( sekolah lama)setelah 12 tahun bersara wajib.Semoga semua sekolah akan terus maju.

Aktiviti Bergambar PBPPPM DC Klang 2010-2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Jun 2010 (Hotel Gold Course Klang)Kelihatan Setiausaha Tn Hj Wahab dan Bendahari Tn Hj Muaz












Lawatan Ahli Sakit Bukit Kapar KlangJanuari,2011
(Rumah Tn Hj Wirsat).Kelihatan Tn Hj Ajidan Bin Hashim(Pengerusi) dan Tn Hj Wahab Bin Abd Hamid(Setiausaha)














Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Anjuran PBPPPM Cawangan Selangor pada Mei,2010. Sabak Bernam sebagai tuan rumah.Pengerusi Klang Tn Hj Ajidan Bin Hashim dianugerahkan Tokoh Guru PBPPPM Negeri Selangor.

Saturday, February 19, 2011

Lawatan Ke Kuching Sarawak PBPPPM DC Klang 11-14 April 2011

Lawatan Ke Kuching Sarawak pada 11-14 April 2011 mendapat sambutan hangat dari ahli dan bukan ahli PBPPPM DC Klang.Seramai 22 orang telah bersetuju untuk lawatan tersebut.Mereka ialah Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim(Pengerusi) dan Hamzah B Mat,Tn Hj Sukarman Bin Sanuri dan Isteri,Tn Hj Muaz Bin Ibrahim(Ketua Rombongan) dan Bassari Bin Mat Aral,Tn Hj Usman B Soparman dan Isteri,Tn Hj Rosman Bin Warjono(Mantan Nazir Mesjid Al Sharif Kg Meru) dan Pn Jumaia Bt Mohd Sidik,Yahya Bin Yusof dan Isteri,Abd Wahid Bin Jaafar dan Isteri,En Ismail B Mat dan Isteri,Pn Azah Mastura Bt Ismail dan Pn Marani Bt Satiman,En Kasmurin Bin Susuri dan Isteri dan akhir sekali Pn Fatimah Bt Jaafar dan Pn Nor Azlen Bt Kamarul Arifin.Sebagai mana biasa para peserta warga emas diminta membuat pemeriksaan kesihatan sebelum bertolak dan membawa ubat-ubatan yang cukup untuk 4 hari di sana.Para peserta akan berkumpul pada pukul 7 pagi di Stesyen Minyak Petronas bersebelahan dengan mesjid AR Rahimah Klang pada 11hb April,2011 untuk ke LCCT dengan menaiki bas pelancong.Penerbangan ke Sarawak ialah dengan AK5204 Isnin 11/4/2011,09.45 hrs.Penerbangan balik dari Kuching Sarawak dengan AK5211 Khamis 14/4/2011,1600 hrs.Peserta akan dibawa balik dari LCCT dengan bas pelancong ke Klang dan diminta menghubungi kaum keluarga untuk membawa balik ke rumah masing-masing.Peserta pada kali ini paling ramai dari Meru iaitu seramai 12 orang (ahli dan bukan ahli).Adalah diharapkan lawatan ini akan menambah ilmu pengatahuan dan pengalaman kepada para peserta khususnya dari segi pembangunan dan budaya berbilang kaum yang terdapat di Sarawak.Satu perkara yang unik mengenai Sarawak ialah udaranya yang berseh dan kehijauan pemandangannya di mana sahaja kita pergi.Pengangkutan di sungai juga menarik perhatian kita semua dan bagaimana masyarakat berbilang kaum tinggal di bandar Kuching.Hasil laut seperti ikan terubuk,sotong,bilis dan ikan kurau kering selain dari udang (basah atau kering)adalah oleh-oleh yang yang pasti tidak dilupakan oleh para peserta.Bak kata orang sekali ke Kuching pasti akan datang lagi.Kepada yang ada kamera jangan lupa membawanya pasti tidak mengecewakan khususnya untuk menangkap gambar Gunong Sentubung dalam perjalanan ke 'Cultural Village Sarawak'.Pasti ada yang ingin bergambar dengan orang-orang Sarawak dan melihat kelpelbagaian rumah orang-orang Sarawak.Selamat Melawat Ke Sarawak.Selamat pergi dan selamat kembali.Amin.

Saturday, February 5, 2011

Aktiviti-Aktiviti PBPPPM Daerah Cawangan Klang 2011

Pada 12hb Januari,2011 PBPPPM DC Klang telah bermesyuarat bagi membincangkan aktiviti persatuan bagi tahun 2011.Antara aktiviti yang diputuskan termasuk perjumpaan bekas-bekas Pengetua dan PPD di Crystal Crown Pelabuhan Klang.Di Majlis tersebut seramai 11 orang Pengetua telah menjadi ahli.Selain itu lawatan sambil belajar akan dibuat ke Sarawak pada 11-14hb April 2011.Lawatan juga akan dibuat ke Langkawi pada bulan Julai dan ke Vietnam dalam bulan Oktober,2011.Pakage ke Langkawi berharga RM 1080 dan ke Vietnam RM 1700.Pakage termasuk penerbangan (Air Asia),penginapan,makan minum,lawatan dan perjalanan dari Klang ke LCCT dan sebaliknya.Kursus komputer juga akan diadakan dalan bulan Mei/Jun 2011.Biro Agama akan mengadakan Majlis Tahlil dalam masa terdekat di sebuah surau di Sri Andalas.Selain itu Biro Agama akan menyelaras majlis Korban sempena 'Aidul Adha' dengan surau/mesjid yang dipileh.Biro Wanita pula telah pun membuat lawatan ke Wad Kanak-Kanak di HTAR Klang .Pada bulan November (2011)mereka akan mengadakan kursus kesihatan.Sukatannya mengikut format JPA.Pihak kepimpinan persatuan telah juga menziarahi ahli yang meninggal dunia dan yang sakit.Lawatan ke rumah ahli yang sakit telah dibuat ke 3 buah rumah di Taman Alam Shah Klang dan disambut dengan penuh kegembiraan dari ahli yang sakit.Pihak persatuan mendoakan supaya mereka cepat sembuh dan dapat sama-sama mengikuti aktiviti persatuan.Aktiviti lawatan ini akan disambung lagi.Kami juga menyeru mana-mana ahli yang belum menjadi ahli Badan Khairat Kematian PBPPPM DC Klang supaya berbuat demikian dengan segera.Butir-butir mengenai kegiatan persatuan boleh didapati dari Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid (Setiausaha) 012-3593044 h/p.Bayaran menjadi ahli Khairat Kematian ialah sebanyak RM30.00.Yuran tahunan pula ialah sebanyak RM 30.00.Setiausaha Badan Khairat Kematian ialah En Norhamdan Bin Baharin.No tel 012-6755805 h/p.Dengan sokongan ahli-ahli sakalian persatuan kita akan terus maju.Sekarang ahlinya telah mencecah 500 orang iaitu satu angka yang tertinggi keahliannya bagi Negeri Selangor.Gambar 1 menunjukkan bekas-bekas Pengetua di perjumpaan di Crystal Crown Pelabuhan Klang dan gambar 2 kursus komputer bagi tahun 2010 sedang berjalan di Makmal Komputer SK Kampong Jawa Klang.(sekolah lama).Kelihatan Tn Hj Khairuddin Bin Dahlan dan Encik Hamzah Bin Mat sedang leka mengikuti kelas komputer tersebut.Kelas dianjurkan bersama dengan PPD Klang.Sesiapa yang berminat dengan kelas ini hubungi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim (Pengerusi) 010-2636414 h/p.Modul pembelajaran ialah Blog,Facebook dan Power Point.Syabas Klang.