Saturday, February 19, 2011
Lawatan Ke Kuching Sarawak PBPPPM DC Klang 11-14 April 2011
Lawatan Ke Kuching Sarawak pada 11-14 April 2011 mendapat sambutan hangat dari ahli dan bukan ahli PBPPPM DC Klang.Seramai 22 orang telah bersetuju untuk lawatan tersebut.Mereka ialah Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim(Pengerusi) dan Hamzah B Mat,Tn Hj Sukarman Bin Sanuri dan Isteri,Tn Hj Muaz Bin Ibrahim(Ketua Rombongan) dan Bassari Bin Mat Aral,Tn Hj Usman B Soparman dan Isteri,Tn Hj Rosman Bin Warjono(Mantan Nazir Mesjid Al Sharif Kg Meru) dan Pn Jumaia Bt Mohd Sidik,Yahya Bin Yusof dan Isteri,Abd Wahid Bin Jaafar dan Isteri,En Ismail B Mat dan Isteri,Pn Azah Mastura Bt Ismail dan Pn Marani Bt Satiman,En Kasmurin Bin Susuri dan Isteri dan akhir sekali Pn Fatimah Bt Jaafar dan Pn Nor Azlen Bt Kamarul Arifin.Sebagai mana biasa para peserta warga emas diminta membuat pemeriksaan kesihatan sebelum bertolak dan membawa ubat-ubatan yang cukup untuk 4 hari di sana.Para peserta akan berkumpul pada pukul 7 pagi di Stesyen Minyak Petronas bersebelahan dengan mesjid AR Rahimah Klang pada 11hb April,2011 untuk ke LCCT dengan menaiki bas pelancong.Penerbangan ke Sarawak ialah dengan AK5204 Isnin 11/4/2011,09.45 hrs.Penerbangan balik dari Kuching Sarawak dengan AK5211 Khamis 14/4/2011,1600 hrs.Peserta akan dibawa balik dari LCCT dengan bas pelancong ke Klang dan diminta menghubungi kaum keluarga untuk membawa balik ke rumah masing-masing.Peserta pada kali ini paling ramai dari Meru iaitu seramai 12 orang (ahli dan bukan ahli).Adalah diharapkan lawatan ini akan menambah ilmu pengatahuan dan pengalaman kepada para peserta khususnya dari segi pembangunan dan budaya berbilang kaum yang terdapat di Sarawak.Satu perkara yang unik mengenai Sarawak ialah udaranya yang berseh dan kehijauan pemandangannya di mana sahaja kita pergi.Pengangkutan di sungai juga menarik perhatian kita semua dan bagaimana masyarakat berbilang kaum tinggal di bandar Kuching.Hasil laut seperti ikan terubuk,sotong,bilis dan ikan kurau kering selain dari udang (basah atau kering)adalah oleh-oleh yang yang pasti tidak dilupakan oleh para peserta.Bak kata orang sekali ke Kuching pasti akan datang lagi.Kepada yang ada kamera jangan lupa membawanya pasti tidak mengecewakan khususnya untuk menangkap gambar Gunong Sentubung dalam perjalanan ke 'Cultural Village Sarawak'.Pasti ada yang ingin bergambar dengan orang-orang Sarawak dan melihat kelpelbagaian rumah orang-orang Sarawak.Selamat Melawat Ke Sarawak.Selamat pergi dan selamat kembali.Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment