Friday, April 29, 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Langkawi 27- 29 Jun,2011

 PBPPPM DC Klang (Biro Kebajikan Dan Sosial) akan mengadakan lawatan ke Langkawi pada 27-29 Jun,2011(Isnin Hingga Rabu) dengan menaiki kapal terbang Air Asia.Sesiapa yang ingin menyertai rombongan ini (Ahli dan Bukan Ahli)boleh menghubungi Tuan Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid di talian 012-3593044 atau 03-31686094 (H) untuk butiran lanjut.Syarat yang dikenakan adalah seperti berikut:
i)Setiap Peserta dikenakan bayaran RM 450.00 (Tidak termasuk Makan dan Minum)
ii)Tempat penginapan disediakan di Motel untuk 2 orang sebilik
iii)Semua pengangkutan darat dari Klang ke KLCC dan Pulau Langkawi dan balik akan disediakan.Antara tempat-tempat lawatan di Pulau Langkawi adalah seperti berikut:

i)Taman Mahsuri
ii)Akuarium
iii)Pulau Dayang Bunting
iv)Muzium Tun Dr Mahathir Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Gambar 1 di atas (2009) menunjukkan peserta sedang berkumpul di Airport dan gambar 2 di Jetty sebelum pergi ke Pulau Dayang Bunting.Lawatan pada bulan Jun 2009 ini sungguh menarik para peserta khususnya bagi mereka yang kali pertama sampai ke Pulau Legenda ini.Antaranya En N Velu seorang ahli setia PBPPPM DC Klang.Turut serta Tn Hj Sukarman Bin Sanuri dan isteri seorang jawatankuasa kanan PBPPPM DC Klang selain dari Tuan Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Haji Hashim.Kaum wanita suka membeli belah antaranya kain batik,cadar,pinggan mangkok(alcoroc) yang harganya murah di Pulau tanpa cukai ini.Selain itu coklat dan ubat-ubatan traditional seperti minyak gamat,air gamat,tongkat Ali dsbnya mejadi tarikan.Tarikan lain ialah makanan laut di sini agak murah jika dibandingkan dengan tanah besar Malaysia Barat.Tambang teksi juga murah jika dibandingkan di tanah besar.Kami ahli jawatankuasa PBPPPM DC Klang mengalu-alukan penyertaan Tuan/Puan.Selamat Bercuti dan sama-samalah kita mengerakkan aktiviti persatuan kita.

Kem Kesihatan PBPPPM DC Klang (Biro Wanita) 7hb Mei 2011(Sabtu) 8 am-12 pm

PBPPPM DC Klang(Biro Wanita) akan mengadakan kem di atas buat kali ketiganya pada pada tarikh,hari dan masa seperti di atas di Dewan Utama PPD Klang.Bayaran dikenakan sebanyak RM 5.00 bagi seorang peserta.Objektif utama majlis ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada ahli-ahli dan bukan ahli cara hidup sihat dengan mengadakan pemeriksaan untuk mengatahui taraf kesihatan masing-masing.Mengesan penyakit lebeh awal bagi mengelakkan ianya lebeh teruk.Selain itu ianya merupakan aktiviti tahunan PBPPPM DC Klang.Tajuk ceramah:
  • Nyanyuk(Dementia)
  • Kemurungan(Depression)
  • Selain itu pemeriksaan dibuat untuk tekanan darah,BMI ,diabetic dan pepsmear.Semua ahli dan kaum keluarga yang berwarga emas digalakkan hadir untuk aktiviti persatuan ini.Kejayaan kita adalah sokongan Tuan/Puan.Aturcara Majlis adalah seperti berikut:
  • 8.30 pagi 9.30 pagi Ketibaan para jemputan
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • 9.30 pagi 10.30 pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Pengerusi Biro Wanita
  • Ucapan Pengerusi PBPPPM DC Klang
  • Ucapan Perasmian (PPD Klang)
  • 10.30 pagi 12.30 tengah hari Ceramah dimulakan dengan diikuti oleh sesi soal jawab.
  • Minum Pagi dan Makan Tengah hari disediakan.
  • Apabila seseorang itu bersara mungkin peringkat awalnya tiada menghadapi masalah kesihatan tetapi apabila sampai umurnya ke tahap tertentu mithalnya 60han akan timbul masalah hasil dari proses penuaan dalam tubuh badan kita.Organ-organ kita tidak dapat berjalan dengan baik lagi seperti masa kita muda dahulu.Masalah timbul seperti masalah darah tinggi,kencing manis,masalah mata,kulit,telinga,prostat dsbnya.Tiada siapa yang boleh mengelak dari penyakit-penyakit ini.Pasti tiap-tiap seseorang ada masalahnya tersendiri.Masalah ini timbul kerana masalah oxidasi dalam tubuh badan kita dan masalah kegagalan organ-organ berfungsi dengan baik.Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
  • Di negara-negara barat yang maju mereka telah mengkaji masalah proses penuaan atau aging ini sejak Perang Dunia ke 2 lagi manakala di Malaysia kesedaran ini mula wujud sejak tahun 2000 dan di Hospital Besar seperti HTAR Klang ada unit warga emas.Pusat Rawatan Kesihatan Bukit Kuda juga mempunyai unit ini. Walau bagaimana pun dari segi kepakaran dan ubat-ubatan masih terhad jika dibandingkan dengan Pusat Rawatan Swasta.Mithalnya ubat sakit lutut tak ada.
  • Ahli Ahli PBPPPM DC Klang yang sakit perlu mendapat rawatan awal bagi mengelakkan ianya menjadi kronik dan mengurangkan kesengsaraan yang dialami.Akhir-akhir ini sakit kanser yang berkaitan dengan perut,prostat,rahim,buah dada sering menyerang warga emas dan perlu mendapat perhatian kita semua.Mereka yang pergi mendapat rawatan awal ramai yang sembuh.
  • Bagi mereka yang mampu boleh mendapat rawatan klinik swasta di Jalan Meru Klang berdekatan dengan Taman Melor Batu 2 Jalan Meru, Klang.Klinik ini boleh merawat sakit lutut,sakit kulit dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan warga emas.Hospital Sri Kota Klang juga memberi rawatan untuk warga emas seperti sakit jantung,mata,kanser pangkal rahim dan prostat.
  • Rasanya sudah sampai masanya bagi mereka yang masih bekerja dalam perkhidmatan kerajaan mengambil insuran hayat untuk di hari tua dan bagi bumiputera membeli saham ASB dengan jumlah yang banyak untuk digunakan di hari tua jika ada masalah kesihatan yang kronik.
  • Di ucapkan Selamat Menghadiri Kem Kesihatan anjuran PBPPPM DC Klang(Biro Wanita) dan sebarang masalah hubungi Tn Setiausaha Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid di talian 03-31686094 atau 012-3593044 hp atau Pn Hamidah Bt Rantam di talian 012-6510074 hp.

Wednesday, April 27, 2011

Program Santai Mesra Di Hot Spring Sungkai Perak 30 dan 31 May,2011 Cuti Sekolah

PBPPPM DC Klang (Biro Wanita) akan mengadakan Program Bersantai Mesra Di Hot Spring Sungkai Perak pada tarikh seperti di atas bersempena dengan Cuti Sekolah.Butiran lanjut seperti berikut:
Bayaran: RM 170.00 seorang.Pakage ini termasuk
  • Penginapan 2 orang sebilik(Boleh bawa suamai/isteri.
  •  Pengangkutan pergi dan balik dengan Bas Persiaran dari Klang (Mesjid Ar Rahimiah Klang) ke Resort dan Balik ke Klang tempat yang sama.
  • Sarapan Pagi (Satu kali ) 31hb Mei ,2011
  • Makan Tengah Hari (Satu kali) 31Mei,2011
  • Makan Malam (Satu Kali)30 Mei,2011
  • Bayaran Tiket masuk ke resort
Bayaran: Sekiranya confirm sila bayar pendahuluan sebanyak RM100.00 seorang pada Pn Khatijah Jidon MBB A/C 112110039762 atau bayar tunai.Bayaran sepenuhnya boleh dibuat pada atau sebelum 10 Mei,2011.Tel Hjh Khatijah Jidon 019-3036094 atau e mail jjidon44@gmail .com
Butiran mengenai intenari akan diberi kepada peserta setelah dibuat pembayaran.Butiran lanjut boleh didapati dari Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim 010-2636414 h/p atau Pn Hamidah Bt Rantam 012-6510074 h/p atau Pn Maznah Bt Bahari (Pengerusi Wanita) 017-2952258 h/p
Bagi ahli-ahli/bukan ahli yang sakit lutut atau kaki elok mengikuti rombongan ini supaya dibuat rawatan dengan berndam dalam air panas.Bagi ahli lelaki dan bukan ahli yang ingin berurut secara traditional boleh juga berurut dengan bayaran sendiri.Ahli-ahli PBPPPM DC Klang yang telah membuat Lawatan Ke Sabah pada bulan April 2010 telah mendapat rawatan berendam dalam air panas(Hor Spring) ini dan mendapat faedah rawatan yang sukar dilupakan.
Lanjutan kepada ini satu kursus kesihatan akan diadakan di PPD Klang pada bulan Mei ini dan hubungilah Pn Hamidah Bt Rantam (Setiausaha) untuk maklumat lanjut.Butirannya ada pada beliau .Semua Ahli/Bukan Ahli PBPPPM DC Klang semoga sihat walafiat dan menyertai semua program kami yang telah kami rancangkan.Bukan ahli pun boleh mengikuti program kami dan jika ada bayaran yang dikenakan sama-sama membayarnya  tanda sokongan.(Sangat minima).Butiran lain mengenai PBPPPM DC Klang boleh juga menghubungi Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid(Setiausaha) pada talian 012-3593044 atau 03-31686094.Selamat Bersantai.

Friday, April 15, 2011

Aktiviti Bergambar PBPPPM DC Klang Lawatan Ke Kucing Sarawak 11-14 April 2011

Gambar 1 kiri di Pintu Masuk Pusat Penyelidikan Orang Utan Sarawak            
Gambar 2 kiri Dalam Perjalanan Ke Pusat Penyelidikan Orang Utan
Gambar 4 Kanan Bergambar Ramai Dengan Kakitangan Kingwood Inn Kucing
Gambar 5 Kanan Rumah Melanau Yang Terdapat Di cultural Village Sarawak

Gambar 6 Kanan Taman Pemeliharaan Buaya di Kucing Sarawak
No 3 Kiri Bergambar Ramai Di Hadapan Pejabat Dewan Bandaraya Kucing Selatan