Friday, April 29, 2011

Kem Kesihatan PBPPPM DC Klang (Biro Wanita) 7hb Mei 2011(Sabtu) 8 am-12 pm

PBPPPM DC Klang(Biro Wanita) akan mengadakan kem di atas buat kali ketiganya pada pada tarikh,hari dan masa seperti di atas di Dewan Utama PPD Klang.Bayaran dikenakan sebanyak RM 5.00 bagi seorang peserta.Objektif utama majlis ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada ahli-ahli dan bukan ahli cara hidup sihat dengan mengadakan pemeriksaan untuk mengatahui taraf kesihatan masing-masing.Mengesan penyakit lebeh awal bagi mengelakkan ianya lebeh teruk.Selain itu ianya merupakan aktiviti tahunan PBPPPM DC Klang.Tajuk ceramah:
  • Nyanyuk(Dementia)
  • Kemurungan(Depression)
  • Selain itu pemeriksaan dibuat untuk tekanan darah,BMI ,diabetic dan pepsmear.Semua ahli dan kaum keluarga yang berwarga emas digalakkan hadir untuk aktiviti persatuan ini.Kejayaan kita adalah sokongan Tuan/Puan.Aturcara Majlis adalah seperti berikut:
  • 8.30 pagi 9.30 pagi Ketibaan para jemputan
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • 9.30 pagi 10.30 pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Pengerusi Biro Wanita
  • Ucapan Pengerusi PBPPPM DC Klang
  • Ucapan Perasmian (PPD Klang)
  • 10.30 pagi 12.30 tengah hari Ceramah dimulakan dengan diikuti oleh sesi soal jawab.
  • Minum Pagi dan Makan Tengah hari disediakan.
  • Apabila seseorang itu bersara mungkin peringkat awalnya tiada menghadapi masalah kesihatan tetapi apabila sampai umurnya ke tahap tertentu mithalnya 60han akan timbul masalah hasil dari proses penuaan dalam tubuh badan kita.Organ-organ kita tidak dapat berjalan dengan baik lagi seperti masa kita muda dahulu.Masalah timbul seperti masalah darah tinggi,kencing manis,masalah mata,kulit,telinga,prostat dsbnya.Tiada siapa yang boleh mengelak dari penyakit-penyakit ini.Pasti tiap-tiap seseorang ada masalahnya tersendiri.Masalah ini timbul kerana masalah oxidasi dalam tubuh badan kita dan masalah kegagalan organ-organ berfungsi dengan baik.Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
  • Di negara-negara barat yang maju mereka telah mengkaji masalah proses penuaan atau aging ini sejak Perang Dunia ke 2 lagi manakala di Malaysia kesedaran ini mula wujud sejak tahun 2000 dan di Hospital Besar seperti HTAR Klang ada unit warga emas.Pusat Rawatan Kesihatan Bukit Kuda juga mempunyai unit ini. Walau bagaimana pun dari segi kepakaran dan ubat-ubatan masih terhad jika dibandingkan dengan Pusat Rawatan Swasta.Mithalnya ubat sakit lutut tak ada.
  • Ahli Ahli PBPPPM DC Klang yang sakit perlu mendapat rawatan awal bagi mengelakkan ianya menjadi kronik dan mengurangkan kesengsaraan yang dialami.Akhir-akhir ini sakit kanser yang berkaitan dengan perut,prostat,rahim,buah dada sering menyerang warga emas dan perlu mendapat perhatian kita semua.Mereka yang pergi mendapat rawatan awal ramai yang sembuh.
  • Bagi mereka yang mampu boleh mendapat rawatan klinik swasta di Jalan Meru Klang berdekatan dengan Taman Melor Batu 2 Jalan Meru, Klang.Klinik ini boleh merawat sakit lutut,sakit kulit dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan warga emas.Hospital Sri Kota Klang juga memberi rawatan untuk warga emas seperti sakit jantung,mata,kanser pangkal rahim dan prostat.
  • Rasanya sudah sampai masanya bagi mereka yang masih bekerja dalam perkhidmatan kerajaan mengambil insuran hayat untuk di hari tua dan bagi bumiputera membeli saham ASB dengan jumlah yang banyak untuk digunakan di hari tua jika ada masalah kesihatan yang kronik.
  • Di ucapkan Selamat Menghadiri Kem Kesihatan anjuran PBPPPM DC Klang(Biro Wanita) dan sebarang masalah hubungi Tn Setiausaha Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid di talian 03-31686094 atau 012-3593044 hp atau Pn Hamidah Bt Rantam di talian 012-6510074 hp.

No comments:

Post a Comment