Hari Guru Daerah Klang telah diadakan dengan meriah sekali pada 16hb June 2011.Ianya dimulakan dengan sambutan ketibaan Dato' Dr Teh Kim Poo Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang dan Pengerusi BN Parlimen Klang pada pukul 9.00 pagi.Gambar 3 kiri.Ianya diikuti dengan kemasukan Tokoh-Tokoh Guru bagi tahun 2011 yang terdiri dari dua orang Melayu dan seorang Cina dan seorang India.Gambar 4 kanan dan 5 kanan menunjukkan kemasukan Tokoh-Tokoh Guru tersebut ke Dewan Putra Sekolah Tinggi Klang.Gambar 6 kanan menunjukkan Sambutan Silat untuk Tetamu Kehormat Dato' Dr Teh Kim Poh.Gambar 1 kiri dan 2 kiri menunjukkan guru-guru yang menjalankan tugas selaku juru hebah dan tetamu-tetamu yang sedang ashik mendengar ucapan-ucapan oleh Puan PPD Puan Noraini Bt Hj Tahir dan ucapan perasmian oleh Dato' Dr Teh Kim Poh.Antara para jemputan yang hadir termasuk Tuan Hj Mahmud Bin Karim Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor,Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali S/U Agong PBPPPM dan isteri Puan Anniswal Bt Sabaruddin,Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang,En Norhamdan Bin Baharin (Penolong S/U),Pn Hjh Raonah Bt Hj Abdullah(Pen S/U Wanita),En Sukarman Bin Sanuri dan beberapa orang ahli PBPPPM DC Klang yang lain.Sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah satu kejayaan besar kepada PPD Klang yang bersempena dengan persaraan Puan PPD pada 21hb Julai yang akan datang ini.Kejayaannya kerana sokongan semua pihak khususnya Pengetua,Guru Besar dan guru-guru dalam Daerah Klang.Selain itu badan-badan seperti MPSM,MGB sekolah Kebangsaan,MGB SRJK(C) dan MGB SRJK(T) telah memberi sokongan penuh.PBPPPM DC Klang juga turut serta sebagai anggota J/K perlaksanaan.Badan-badan ini bukan sahaja memberi sokongan dari segi tenaga manusia tetapi juga dari segi kewangan mengikut kemampuan masing-masing.Pada 21hb Julai, 2011 pukul 3 petang satu majlis lagi akan diadakan untuk persaraan Puan Noraini Bt Hj Tahir.Hari tersebut ialah hari terakhir beliau bertugas sebagai guru dan PPD.Adalah dijangkakan Tuan Pengarah Pelajaran Selangor akan turut hadir berserta semua Pengetua,Guru Besar dalam Daerah Klang.Semua badan-badan seperti yang dinyatakan di atas telah menyatakan 'commitment ' masing-masing untuk turut serta.Kepada Puan Noraini diucapkan 'Selamat Bersara' dan sangat-sangat dialu-alukan untuk menjadi ahli PBPPPM DC Klang untuk sama-sama mengerakkan Persatuan kita ini.Setakat ini PBPPPM DC Klang merupakan Cawangan Daerah yang paling aktif dalam Negeri Selangor dan mungkin juga di Malaysia.
No comments:
Post a Comment