Thursday, December 16, 2010
Apabila Guru Menulis 5
Apa yang sering dilakukan oleh Pengetua atau Guru Besar dalan tugas harian ialah mengadakan perjumpaan,mesyuarat,tugas pejabat,rondaan,urusan melalui telefon,mengajar dan mencerap.Dalam satu kajian yang dijalankan hampir separuh daripada masa mereka digunakan untuk perjumpaan seperti perjumpaan dengan guru,staff sokongan,pelajar dan pelawat.Perkara yang paling rendah dilakukan ialah mengajar dan mencerap.Perjumpaan yang dimaksudkan itu ialah perjumpaan yang tidak dirancang.Ianya berlaku di pejabat pengetua,ruang pejabat,kantin,bilik darjah dan padang sekolah.Perjumpaan dengan pelajar lebeh merupakan motivasi,menegur dan menasihati pelajar selain mewujudkan suasana hubungan antara pengetua/guru besar pelajar.Perjumpaan dengan ibu bapa lebeh merupakan mendengar masalah dan memberi nasihat kepada ibu bapa.Perjumpaan dengan pelawat lebeh merupakan penerangan dan taklimat mengenai hal-hal sekolah seperti displin murid-murid,hal-hal peperiksaan,kes kecurian kepada pihak polis.Ada kalanya Pengetua atau Guru Besar diminta mengesahkan sijil sekolah,sijil peperiksaan awam dan sebagainya.Perjumpaan dengan guru-guru lebeh merupakan hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.Perjumpaan dengan staff sokongan membincangkan maklumat mengenai pekhidmatan guru,pengurusan sumber kewangan bagi menentukan hala tuju sekolah.Pengetua/Guru Besar juga sering menghadiri mesyuarat di luar sekolah seperti dengan PPD,JPN,KPM dan pihak awam yang lain termasuk pihak swasta dan orang persendirian yang ada kaitan dengan sekolah.Tugas pejabat termasuk membaca surat dan membalasnya.Surat keluar masuk disemak setiap hari dan ditanda tangani mana yang perlu.Pengetua/Guru Besar meronda seperti memerhati kawasan sekolah,murid keluar masuk dan guru yang sedang menjalankan tugas.Panggilan telefon ialah berbincang dan berbual mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sekolah.Mengajar dan mencerap bererti Pengetua/Guru Besar melihat perkembangan pengajaran guru mithalnya yang ada kaitan dengan projek peningkatan akademik sekolah atau pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Kesimpulannya semua Pengetua/Guru Besar lebeh mengutamakan aktiviti perjumpaan dan bermesyuarat diikuti dengan tugas pejabat,rondaan dan sangat sadikit tugas mengajar dan mencerap guru.Tugas mengajar ini perlu ditingkatkan dan jangan diabaikan jika mahu sekolah mencapai kecemerlangan.Semua aktiviti pengurusan mesti dirancang terlebeh dahulu dan sadikit sahaja yang dibuat secara 'ad hoc'.
Sunday, December 12, 2010
Apabila Guru Menulis 4
Pengetua atau Guru Besar ialah seorang Pentadbir dan Pengurus Profesional.Pentadbir kerana beliau mengurus pejabat yang berkaitan dengan guru dan kakitangannya seperti penggajian,kekurangan kakitangan,perkembangan staff dsbnya.Pengurus profesional kerana beliau mengurus hal-hal kurikulum dan kokurikulum yang berkaitan dengan sekolahnya.Adalah didapati kadangkala Pengetua dan Guru Besar ini kurang menumpukan kepada hal-hal kurikulum dan kokurikulum sekolahnya.Masa mereka dihabiskan dengan berbual dengan telefon atau melayani 'saleman' yang datang ke pejabat yang ingin menjual barangan mereka.Untuk mengurus masa dengan baik boleh ditentukan hari-hari tertentu untuk melayani 'salesman' ini.Perbualan mesti rengkas dan tepat kepada matlamatnya.Satu kajian telah dibuat mengenai masa yang digunakan oleh seseorang Pengetua untuk mentadbir dan mengurus sekolahnya.Perkara-perkara tersebut ialah perjumpaan,mesyuarat,tugas pejabat,rondaan,urusan melalui telefon,mengajar dan mencerap.Seorang Pengetua atau Guru Besar yang berkesan mesti pandai mengurus masa antara perkara-perkara yang disebutkan tadi.Seharusnya perjumpaan mesti mengatasi yang lain dalam hal hariannya dan mengajar dan mencerap jangan dilupakan.Sikap guru terhadap Pengetua atau Guru Besar akan mempengaruhi pencapaian sekolah.Guru akan memandang tinggi terhadap Pengetua atau Guru Besar yang mengambil berat terhadap akademik dan hal kokurikulum sekolah.Jika Pengetua atau Guru Besar sering meninggalkan sekolah maka harapan sekolah untuk meningkat pencapaian prestasinya akan berkecai.Itulah hakikatnya.Bagitu juga jika Pengetua atau Guru Besar tak pernah mengajar maka beliau sendiri tidak dapat mengenali murid dan mengatahui apa yang dibuat oleh guru-gurunya semasa mengajar.Pengetua atau Guru Besar adalah agen perubahan di sekolah.Pengetua atau Guru Besar juga mesti pandai bergaul dengan masyarakat di sekitar sekolahnya dan tidak terkongkong dalam pejabat sekolah.Hari ini perkara ini perlu mendapat perhatian semua pihak.Kepekaan terhadap perkara tersebut akan menentukan kejayaan sekolah.Bagitu juga hubungan sekolah dengan sekolah-sekolah yang lain di sekitar sekolahnya khususnya sekolah menengah yang mempunyai 'feeder schools'.
Friday, December 10, 2010
Biro Kebajikan Dan Sosial PBPPPM DC Klang 2002-2010
Di antara Biro-Biro yang paling aktif dalam PBPPPM DC Klang ialah Biro Kebajikan Dan Sosial.Ianya ditubuhkan pada tahun 2002.Pengerusinya ialah Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim dan Setiausaha pertama Tn Hj Sukarman Bin Sanuri.Selepas itu Setiausahanya Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid.Bagi sessi 2010-2012 Setiausaha barunya Tn Hj Muner Bin Suandi dan Bendahari ialah Bendahari induk Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim.Biro Kebajikan dan Sosial mempunyai tiga entiti.Entiti kedua ialah Badan Khairat Kematian dan ketiga Biro Lawatan.Setakat ini Badan Khairat Kematian telah memberi khairat kematian sebanyak 19 orang sejak penubuhannya bernilai RM 9,410.00.Wang tabung masih berbaki RM12,000.00 dan Badan ini sedang berusaha menambah ahli selain dari memungut yuran yang tertunggak.
Biro Lawatan telah membuat lawatan dalam negeri seperti Langkawi,Sabah dan luar negeri seperti Indonesia . Aktiviti lain yang dijalankan ialah melawat ahli yang sakit,melawat ahli yang meninggal dunia,mengadakan lawatan ke Hospital bersama dengan Biro Wanita, mengadakan majlis Hari Raya dan Deepavali dan bekerjasama dengan Biro-Biro lain yang menjalankan aktivitinya.Gambar 1 menunujukkan Tn Hj Sukarman Bin Sanuri dan rombonganya melawat ahli yang sakit Pn Noriati Bt Hormin(Allayarhamah) di Meru dan gambar 2 menunjukkan Tn Hj Shaari Bin Hj Abdullah sedang menyampaikan 'hamper' kepada seorang peserta bertuah Pn Khatijah Bt Jidon, seorang ahli yang aktif dalam kegiatan persatuan.Pada tahun 2011 Biro ini bercadang akan mengadakan "Malam Sekalung Budi 2' yang telah tertunda kerana kegawatan ekonomi dan suasana ekonomi negara yang belum mantap.Insyallah.
Tuesday, December 7, 2010
Penubuhan PBPPPM Daerah Cawangan Klang 1994
PBPPPM DC Klang telah didaftarkan penubuhannya pada 30/11/1994.Ahlinya pada waktu itu itu terdiri dari 21 orang.Mereka ialah:- i)Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali,ii)Hj Abd Wahab Bin Abd Hamid,iii)Hj Abd Samad Bin Hj Harun(Allahyarham),iv)Hj Hashim Bin Mohd Jalal(Allahyarham)v)Hj Agus Bin Bait@Taib,vi)Hj Ismail Bin Mohd Yatim,vii)Hj Husain Bin Omar,viii)Hj Bassari Bin Mat Aral,ix)Dato' Hj Jamali Bin Sadat,x)Hajjah Anniswal Bt Sabaruddin,xi)Hj Bakhtiar Bin Sutan Marzuki(Allahyarham),xii)Hajjah Hendon Bt Abu(Allahyarhamah),xiii)Hj Mohd Tahir Bin Mohd Jali,xiv)Hj Wandi Bin Jayus,xv)Hjh Siti Khatijah Bt@Jamik,xvi)Hj ZainalBin Abd Samad,xvii)Hj Shahid Bin Hj Abdullah,xviii)Hj
Ahmad Rafae Bin Hj Alias,xix)Hj Mahidin Bin Sasi,xx)Hjh Kamariah Bt Bahari,xxi)Hj Yahya Bin Abd Rashid.
Gambar 1 menunjukkan ahli lama Hj Mahali Bin Ramlan dan Tn Hj Shaari Bin Hj Abdullah (Bendahari Agong) dan gambar 2 menunjukkan Tn Hj Abdul Wahab Bin Hj Abd Hamid(Setiausaha Cawangan),Hj Markom Bin Hj Ghazali (Setiausaha Agong) dan En N Velu ahli tahun 1998.Pada asalnya cawangan Klang mempunyai 21 orang ahli dan ahlinya bertambah dari tahun ke tahun dengan kerja keras Pengerusi Biro Keahlian Pn Anniswal Bt Sabaruddin.Sekarang tahun 2010 keahliannya teramai dalam Negeri Selangor dan mencecah 450 orang ahli.Syabas Cawangan Klang.

Sunday, December 5, 2010
Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali Ke 9 PBPPPM Seremban 2010
Mesyuarat Agong Dwi Tahunan kali ke 9 PBPPPM telah diadakan di Seremban kerana pada kali ini Cawangan Negeri Sembilan menjadi Tuan Rumah.Mesyuarat tersebut telah diadakan di Kelana Resort pada 3 dan 4 hb December,2010.Ianya diresmikan oleh YAB Dato' Seri Muhamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan.PBPPPM DC Klang diwakili oleh Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim,Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim,En Norhamdan Bin Baharin dan Encik Hamzah Bin Mat.En N Velu ialah pemerhati.
Mesyuarat pada kali ini menyaksikan pertandingan jawatan Naib Presiden 1 dan Setiausaha Agong.Setiausaha Agong Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali mengekalkan jawatannya.
Dalam gambar 1 menunjukkan En Harun Hasan,Tn Hj Sukarman Bin Sanuri bersama dengan barisan petugas lain menjalankan tugas mereka selaku peyelia-penyelia pemilihan.
Dalam gambar 2 menunjukkan Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim bersama dengan bekas Pengarah Pelajaran Selangor Dr Zahari selaku pemerhati.
Mesyuarat kali ini berjalan dengan baik kerana persediaan yang rapi oleh cawangan Negeri Sembilan.Tahniah dan ucapan Terima Kasih dari semua negeri yang berucap dalam ucapan penangguhan.Perwakilan yang akan datang akan diadakan di Negeri Melaka pada tahun 2012.Kalau umur panjang perwakilan yang hadir akan berjumpa lagi.Selamat pulang ke negeri masing-masing dan pandu dengan selamat.

Thursday, December 2, 2010
Mesyuarat Agong PBPPPM Cawangan Negeri Selangor 2008
Mesyuarat Agong PBPPPM Cawangan Negeri Selangor bagi tahun 2008 telah diadakan di 'Dewan Syarahan' Mesjid Negeri Shah Alam dalam bulan November,2008.YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia Senator Tan Sri Muhamad Bin Muhamad Taib telah merasmikannya.Dalam gambar 1 kelihatan beliau sedang memberi ucapan. Antara perkara penting yang diucapkankannya ialah betapa pentingnya kaum guru memimpin organisasi politik Melayu.Hadirin diingatkan supaya menghormati pemimpin masa lalu dan tanggung jawab guru mempertahankan perpaduan,hak-hak bumiputera,bangsa dan agama.Dalam mesyuarat ini tedapat pertandingan untuk jawatan Pengerusi dan Naib Pengeusi.Pengerusi dimenangi oleh Tuan Hj Abd Manan Bin Mohd Noh dan Naib Pengerusi Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim
Pengerusi Cawangan Daerah Klang.
Dalam gambar 2 kelihatan Pengerusi Selangor sedang berucap sambil diperhatikan oleh pegawai lain bagi sesi 2006-2008.Tahun 2008 merupakan tahun mencabar kerana kegawatan ekonomi.PBPPPM Cawangan Negeri Selangor mesti mencari sumber-sumber lain bagi mendapatkan dana untuk aktiviti persatuan.Salah satu sumber ialah Pusat Zakat Selangor untuk aktiviti keagamaan.Di mesyuarat tersebut semua wakil cawangan dalam Negeri Selangor telah turut hadir.Pihak PBPPPM Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada pihak Mesjid Negeri yang telah membenarkan 'Dewan Syarahan' digunakan oleh persatuan.Majlis berakhir dengan jamuan makan tengah hari dan diucapkan setinggi Terima Kasih kepada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Senator Tan Sri Muhamad Bin Hj Muhd Taib di atas peruntukan yang diberikan.

Wednesday, December 1, 2010
Ahli Setia PBPPPM DC Klang Encik Harikrishnan
Salah seorang lagi ahli setia PBPPPM DC Klang ialah Encik Harikrishnan.Beliau adalah bekas seorang Guru Besar SRJK(T) dalam Daerah Klang dan menjadi ahli sebaik sahaja beliau bersara.Beliau tinggal di 55,Jalan Turi Taman Palm Grove, 41200 Klang.Encik Harikrishnan memegang jawatan sebagai jawatankuasa Daerah dan merupakan seorang ahli yang aktif.Setiap kali diadakan sambutan Majlis hari Raya dan Deepavali beliau pasti mendapatkan peserta lebeh dari satu meja.Beliau juga merupakan pemimpin koperasi sekolah rendah Tamil yang aktif sehingga sekarang.Pada tahun 2008 beliau telah diistiharkan sebagai Tokoh Guru Daerah Klang sempena dengan sambutan Hari Guru Daerah anjuran PPD.
Dalam gambar 1 kelihatan beliau sedang menunggu giliran sebelum naik ke pentas sempena Hari Guru 2008 dengan ditemani oleh isteri beliau.
Dalam gambar 2 kelihatan Encik Harikrishnan bergambar dengan Tokoh Guru lain Tn Hj Tahir dan Puan Sutimah Bt Hormin.Gambar duduk ialah Penolong PPD Klang En Jajuli Bin Naim.Tahniah diucapkan kepada Encik Harikrishan dan Puan Sutimah Bt Hormin dari PBPPPM DC Klang dan Tuan Hj Tahir (Bekas Ketua Unit Kurikulum) PPD Klang.

Subscribe to:
Posts (Atom)