Sunday, December 5, 2010

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali Ke 9 PBPPPM Seremban 2010

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan kali ke 9 PBPPPM telah diadakan  di Seremban kerana pada kali ini Cawangan Negeri Sembilan menjadi Tuan Rumah.Mesyuarat tersebut telah diadakan di Kelana Resort pada 3 dan 4 hb December,2010.Ianya diresmikan oleh YAB Dato' Seri Muhamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan.PBPPPM DC Klang diwakili oleh Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim,Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim,En Norhamdan Bin Baharin dan Encik Hamzah Bin Mat.En N Velu ialah pemerhati.
Mesyuarat pada kali ini menyaksikan pertandingan jawatan Naib Presiden 1 dan Setiausaha Agong.Setiausaha Agong Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali mengekalkan jawatannya.
Dalam gambar 1 menunjukkan En Harun Hasan,Tn Hj Sukarman Bin Sanuri bersama dengan barisan petugas lain menjalankan tugas mereka selaku peyelia-penyelia pemilihan.
Dalam gambar 2 menunjukkan Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim bersama dengan bekas Pengarah Pelajaran Selangor Dr Zahari selaku pemerhati.
Mesyuarat kali ini berjalan dengan baik kerana persediaan yang rapi oleh cawangan Negeri Sembilan.Tahniah dan ucapan Terima Kasih dari semua negeri yang berucap dalam ucapan penangguhan.Perwakilan yang akan datang akan diadakan di Negeri Melaka pada tahun 2012.Kalau umur panjang perwakilan yang hadir akan berjumpa lagi.Selamat pulang ke negeri masing-masing dan pandu dengan selamat.

1 comment:

  1. boleh bagitau untutk saya berhubung dengan encik? untuk kupas satu topi berkenaan dengan stress selepas pencen. harap dapat hubungi ASAP di email saya snafisahmarina@yahoo.com. tq

    ReplyDelete