Sunday, December 12, 2010

Apabila Guru Menulis 4

Pengetua atau Guru Besar ialah seorang Pentadbir dan Pengurus Profesional.Pentadbir kerana beliau mengurus pejabat yang berkaitan dengan guru dan kakitangannya seperti penggajian,kekurangan kakitangan,perkembangan staff dsbnya.Pengurus profesional kerana beliau mengurus hal-hal kurikulum dan kokurikulum yang berkaitan dengan sekolahnya.Adalah didapati kadangkala Pengetua dan Guru Besar ini kurang menumpukan kepada hal-hal kurikulum dan kokurikulum sekolahnya.Masa mereka dihabiskan dengan berbual dengan telefon atau melayani 'saleman' yang datang ke pejabat yang ingin menjual barangan mereka.Untuk mengurus masa dengan baik boleh ditentukan hari-hari tertentu untuk melayani 'salesman' ini.Perbualan mesti rengkas dan tepat kepada matlamatnya.Satu kajian telah dibuat mengenai masa yang digunakan oleh seseorang Pengetua untuk mentadbir dan mengurus sekolahnya.Perkara-perkara tersebut ialah perjumpaan,mesyuarat,tugas pejabat,rondaan,urusan melalui telefon,mengajar dan mencerap.Seorang Pengetua atau Guru Besar yang berkesan mesti pandai mengurus masa antara perkara-perkara yang disebutkan tadi.Seharusnya perjumpaan mesti mengatasi yang lain dalam hal hariannya dan mengajar dan mencerap jangan dilupakan.Sikap guru terhadap Pengetua atau Guru Besar akan mempengaruhi pencapaian sekolah.Guru akan memandang tinggi terhadap Pengetua atau Guru Besar yang mengambil berat terhadap akademik dan hal kokurikulum sekolah.Jika Pengetua atau Guru Besar sering meninggalkan sekolah maka harapan sekolah untuk meningkat pencapaian prestasinya akan berkecai.Itulah hakikatnya.Bagitu juga jika Pengetua atau Guru Besar tak pernah mengajar maka beliau sendiri tidak dapat mengenali murid dan mengatahui apa yang dibuat oleh guru-gurunya semasa mengajar.Pengetua atau Guru Besar adalah agen perubahan di sekolah.Pengetua atau Guru Besar juga mesti pandai bergaul dengan masyarakat di sekitar sekolahnya dan tidak terkongkong dalam pejabat sekolah.Hari ini perkara ini perlu mendapat perhatian semua pihak.Kepekaan terhadap perkara tersebut akan menentukan kejayaan sekolah.Bagitu juga hubungan sekolah dengan sekolah-sekolah yang lain di sekitar sekolahnya khususnya sekolah menengah yang mempunyai 'feeder schools'.

No comments:

Post a Comment