Majlis High Tea Anjuran Biro Wanita PBPPPM Cawangan Selangor dan PBPPPM DC Klang telah dilaksanakan dengan jayanya di Kelab Eksekutif Bandar Baru Klang pada 24hb Mac,2012 pada hari Sabtu jam 2.30 pm hingga 5.30 pm.Seramai 540 orang guru telah turut hadir dari seluruh Negeri Selangor dan terdapat 14 meja VIP yang terdiri dari pemimpin tempatan dan para pendidik kanan yang telah bersara.Gambar 1 menunjukkan para tetamu sedang melayan YB Dato Seri Dr Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Perindustrian Asas Tani semasa ketibaan beliau di Dewan KEC Klang.Gambar 2 kelihatan Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi Perlaksanaan sedang melayan tetamu yang lain sementera YB Menteri sedang berbual dengan para wartawan.Tn Hj Ajidan dalam ucapan aluannya memberitahu bahawa golongan guru merupakan golongan yang amat penting menjana semangat kebangsaan dan seterusnya membawa Negara kita kepada kemerdekaan.Selain itu golongan guru telah berjaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah,kolej dan universiti.Selain itu Bahasa Melayu adalah bahasa resmi negara di samping Bahasa Inggeris dan Bahasa-Bahasa lain tetap penting.YB Dato Seri Dr Noh Bin Omar memberitahu bahawa beberapa kawasan dalam Negeri Selangor telah dijadikan kawasan untuk pertanian bahan makanan yang penting untuk Negara.Usaha seperti ini patut mendapat sokongan semua pihak dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.Beliau seterusnya memuji kaum guru sebagai golongan yang sentiasa membangun negara dan beliau sendiri pernah jadi guru semasa muda dahulu di Pulau Carey yang ketika itu sungguh daif.Sekarang semua sudah membangun di bawah pimpinan kerajaan BN.Tn Hj Ajidan seterusnya menekankan bahawa kaum guru sentiasa mengajar perkara yang hak atau yang benar dan tidak pernah mengajar perkara yang tak benar atau yang batil.Pengaruh media massa yang berbagai bentuk ada yang menyeleweng dan cuba mempengaruhi rakyat jelata supaya menyokong golongan-golongan tertentu yang sebenarnya inginkan kuasa tetapi sebenarnya tak mampu mentadbir.Kaum guru harus membetulkannya dan menjadi petunjuk kepada orang ramai.Lima puluh tahun negara sudah dibina dan janganlah dirosakkan oleh golongan-golongan tertentu yang fanatik dan tidak mementingkan hak orang Melayu,mempertahankan kesucian agama Islam dan mempertabatkan sistem Raja Berpelembagaan.Unsur-unsur inilah yang telah menyatukan kita semua.Para peserta berharap dalam masa-masa yang akan datang majlis seperti ini akan diadakan lagi untuk merapatkan lagi siratulrahim antara guru dengan guru sama ada yang telah bersara dan juga sedang bertugas selain beramah mesra dengan masyarakat umum dan pemimpin-pemimpin tempatan.Semoga berjumpa lagi dari kami PBPPPM Cawangan Negeri Selangor,Biro Wanita Negeri dan PBPPPM DC Klang.
Sunday, March 25, 2012
Saturday, March 17, 2012
Sekolah Adalah Satu Organisasi
Sekolah ialah satu organisasi.Sesuatu organisasi mempunyai matlamat.Matlamat sekolah ialah melaksanakan dasar-dasar pelajaran sesebuah negara yang telah diluluskan Parlimen dan dilaksanakan melalui Kementerian Pelajaran,Jabatan Pendidikan Negeri dan sejak Jun 1982 melalui PPD.Sebagai contoh Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.Hari ini Bahasa Melayu telah dijadikan Bahasa Pengajaran dan Pembelajaran dari sekolah Rendah,Menengah dan hingga ke peringkat Univesiti.Sesebuah organisasi mempunyai kakitangan dan anggotanya.Di sekolah Pengetua/Guru Besar adalahlah Ketuanya diikuti oleh Penolong -Penolong Kanan,Penyelia Petang,Guru Kanan dan guru-guru,staff lain dan pekerja sekolah.Akhir sekali adanya murid-murid.Sekolah ialah tempat menjana tenaga manusia sesebuah negara.Jika sistem persekolahan berjaya maka berjayalah negara tersebut menyediakan tenaga insan yang mencukupi untuk keperluan negara.Penggerak utama ialah Pengetua/Guru Besar.Jika Pengetua/Guru Besar seorang yang berkesan maka wujudlah sekolah cemerlang.
Gambar 1 menunjukkan Sekolah Menengah Dato' Hamzah Pelabuhan Klang iaitu sebuah sekolah cemerlang yang telah berjaya mewujudkan ramai pelajar yang berjaya dalam Gerko sejak tahun 1980han dahulu.Gambar 2 menunjukkan Sekolah Menengah La Salle Klang yang telah berjaya dalam bidang Akademik sejak tahun 80han dahulu khusus untuk pelajar lelaki.
Antara tugas yang menjadi tanggungjawab mutlak pengurus adalah supaya kerja telaksana melalui manusia.Manusia adalah sumber utama organisasi dan seorang Pengetua/Guru Besar mesti memastikan sumber manusia dipergunakan sebaik-baiknya.

Monday, March 5, 2012
Majlis High Tea Anjuran Bersama Biro Wanita PBPPPM Negeri Sel Dan PBPPPM DC Klang KEC Klang 24/3/2012 2.30 pm 5.30 pm
Satu Majlis Amal dan High Tea anjuran bersama Biro Wanita PBPPPM Negeri Selangor dan PBPPPM DC Klang akan diadakan di Kelab Eksekutif Klang pada 24/3/2012 (Sabtu) jam 2.30 pm - 5.30 pm.Majlis tersebut di bawah naungan YB Dato' Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industry Asas Tani Malaysia.Penasihatnya YBhg Tan Sri Dato' Seri Abu Hasan Bin Omar bekas Menteri Besar Selangor,YBhg Tan Sri Dato' Seri Onn Bin Ismail bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor,YBhg Tuan Pengarah Pelajaran Selangor dan YM Tn Hj Manan Bin Noh Presiden PBPPPM merangkap YDP PBPPPM Cawangan Negeri Selangor.Antara matlamat dan tujuannya ialah untuk merapatkan siratulrahim antara ahli dengan ahli di seluruh Negeri Selangor di samping kita beramal untuk mencari kewangan untuk PBPPPM Negeri Selangor,Biro Wanita Negeri dan PBPPPM DC Klang.Pada masa sekarang pihak persatuan tidak mendapat apa-apa bantuan sejak Selangor jatuh ke tangan pembangkang.Adalah lebeh baik pihak kami mencari sumber kewangan dari kalangan ahli sendiri dan pihak-pihak yang ingin membantu persatuan kami termasuk pihak swasta.Di bawah pimpinan para penaung dan penasihat-penasihat yang berpengalaman kami percaya matlamat dan tujuan majlis tersebut akan tecapai.Adalah dijangkakan seramai 600 orang guru dari Selangor akan hadir.Dari Daerah Klang dijangka 200 orang guru akan hadir termasuk guru-guru yang sedang berkhidmat seperti para pegawai pelajaran,pengetua-pengetua dan guru besar selain dari guru biasa dan para pesara guru.Seramai 400 orang lagi dari daerah-daerah lain seperti Daerah Ulu Selangor,Daerah Gombak,Daerah Ulu Langat,Daerah Petaling,Daerah Kuala Langat,Daerah Sepang,Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sabak Bernam.Mana-mana ahli yang berminat untuk turut serta bolehlah menghubungi Setiausaha PBPPPM Daerah Cawangan masing-masing untuk mendapatkan kopon dengan harga RM 50.00 untuk satu kopon atau wakil wanita.Majlis akan diadakan di tempat dan masa seperti di atas.Untuk kemudahan parking pihak peserta boleh berbuat demikian di tepi jalan masuk ke Kelab tersebut yang letaknya bersebelahan dengan JUSCO Bukit Raja Klang.Datanglah awal untuk mengelak kesesakan.Parking juga boleh dibuat di kawasan Parking Jusco Bukit Raja Klang.Peta tempat majlis telah pun di edarkan kepada wakil daerah masing-masing tempoh hari.Selain dari jamuan Teh ada juga disediakan nombor bertuah bagi peserta yang bernasib baik untuk membawa balik cenderahati ke rumah masing-masing.Jawatankuasa perlaksanaan yang terdiri dari Pengerusi dan jawatankuasa Biro Wanita negeri,Pengerusi dan jawatankuasa PBPPPM DC Klang mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepada pihak kami menjayakan majlis tersebut termasuk YBhg Dato' Samad Bin Mahruddin, Tuan Setiausaha Agong Tuan Hj Markom Bin Hj Ghazali dan isteri yang telah bertungkus lumus menjual tiket dan mengurus perkara-perkara lain yang berkaitan dengan majlis tersebut walaupun beliau uzur.Terima Kasih juga ditujukan kepada PPD Klang yang telah turut serta untuk turut hadir.Selamat Datang dan selamat berkenalan dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PBPPPM seluruh Negeri Selangor
Gambar 2.Majlis High Tea Anjuran Biro Wanita PBPPPM Negeri Selangor di Kelab Eksekutif Shah Alam 2006.
Sunday, March 4, 2012
Apabila Guru Menulis 12 - Persediaan Sebelum Bersara
14 tahun yang lalu umur bersara dalam Sektor Awam ialah 55 tahun.Setahun kemudian pada tahun 1999 meningkat kepada 56 tahun.Beberapa tahun kemudian semasa Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi menjadi PM umur bersara dinaikkan ke 58 tahun.Pada tahun ini 2012 dinaikkan kepada 60 tahun.Pertambahan umur bersara ini ialah kerana tahap kesihatan penduduk Malaysia telah meningkat.Secara purata penduduk Malaysia tahap hidupnya ialah 67 tahun.Negara jiran seperti Singapura telah menaikkan umur bersara kepada 60 tahun kira-kira 15 tahun yang lalu.Dalam Sektor Swasta mereka sedang berjuang untuk bersara pada umur 62 tahun.Apabila kita bersara persediaan berikut harus kita ikuti kalau ingin hidup selesa dan sentiasa sihat:-
Persediaan Kewangan-Perkara yang paling penting ialah kita mempunyai wang yang cukup untuk perbelanjaan harian dan ketika sakit.Wang pencen bulanan cukup untuk perbelanjaan harian dan setiap kali ada skim gaji baru terdapat kenaikan dengan kadar kira-kira 8 %.Mithalnya dari Skim Kabinet kepada SMM dan baru-baru ini dari SMM kepada SBPA.Jika kita berpencen dan lambat mendapat wang gratuiti dan pencen hubungilah Bahagian Pasca Perkhidmatan Bahagian Pencen JPA.Bahagian Pencen mempunyai Portal Pencen yang senang dihubungi.Insyallah bahagian tersebut akan membantu dengan segera.Pengarahnya sekarang Dato' Yeoh sangat mesra kepada pengguna.Pengalaman penulis beliau dapat menyelesaikan satu-satu masalah pada hari yang sama atau besoknya.Penulis kenal dengan beliau pada tahun 1993 semasa menjadi Presiden NUTP Semenanjong Malaysia.Wang gratuiti kita mesti berhati-hati menggunakannya kalau sudah habis susahlah kita mendapat pertolongan ketika kita sakit kecuali mereka yang ada sumber lain.Bagi bumiputera simpan sahaja dalam ASB dan bukan bumiputera dalam Simpanan Tetap bank komersial.Yang paling baik Simpanan Tetap Bank Rakyat dengan kadar pulangaan yang tinggi.Bagi mereka yang suka menggunakan kad kredit elok ditamatkan sahaja perkhidmatannya dan guna debit kad sahaja samaada bank komersial atau BSN.Debit kad BSN boleh digunakan untuk membeli minyak atau membayar bil hotel.Selain itu ianya juga boleh digunakan untuk membeli belah di Pasar Raya tertentu seperti Tesco.Ada di kalangan kita yang tak dapat menyelesaikan bayaran kad kredit dan terpaksa membayarnya sepanjang masa tak habis-habis hinggalah ke akhir hayat.Hidupnya merana berpindah dari satu tempat ke satu tempat kerana sering dihubungi oleh pihak bank.Unit AKPK Bank Negara Malaysia dapat membantu kita merancang menggunakan kewangan kita.Senarai tarikh pembayaran pencen dapat kita dapati dari Portal Pencen JPA.
Persediaan Kesihatan.Satu perkara yang amat penting semua pesara mesti tahu bahawa kandungan chlorostorol dalam darah kita mesti dikawal apabila kita bersara.Sukatan chlorostorol yang baik ialah 5.2 hingga 5.5.Jika lebeh tinggi ianya akan menimbulkan masalah kesihatan seperti darah tinggi,sakit jantung,stroke dsbnya.Untuk mengawalnya apabila bersara elok memakan 'Quaker Oat' setiap kali sarapan pagi.Kalau ianya tidak turun elok berjumpa doktor dan makan ubat yang boleh menurunkan paras chlorostorol ini.Makan juga mesti dijaga dan elakkan memakan makanan yang berlemak dan digoreng.Banyak makan sayur-sayuran,buah-buahan dan kekacang seperti tempe dan tauhu.Di negara barat mereka sudah tahu khasiat memakan tauhu dan tempe.Ianya boleh didapati di pasaraya besar di Amerika Syarikat dan Kanada.Di Mekah juga terdapat tempe yang dibungkus dalam plastik.Kalau sudah kena darah tinggi sukar hendak dipuleh dan mesti makan ubat sepanjang hidup.Lagi mudarat kalau kena darah tinggi dan kencing manis.Makan gula harus dikurangkan apabila umur meningkat.Untuk mengetahui tahap kesihatan kita elok kalau dibuat 'full blood test' dengan pihak swasta.Ianya bukan mahal sangat dan sangat berfaedah.Pihak hospital kerajaan hanya akan membuat full blood test kalau kita sakit.Itu pun laporannya tidak diberi cara bertulis dan terperinci.Dari 'full blood test' kita akan mengetahui jumlah darah merah kita dan jumlah darah puteh.Kita juga akan mengetahui kandungan gula,kebersehan air kencing,chlorostorol termasuk yang baik dan yang jahat.Penyakit seperti hepatites A dan juga B akan diketahui.Ujian Aid juga boleh dibuat.Terdapat berbagai laporan lagi yang kita boleh buat seperti mengesan kuman kanser untuk kebaikan kesihatan kita.Jika ditanya dengan rakan-rakan kita yang bersara berapa ramaikah dari mereka yang sudah membuat ujian ini !
Senaman-Apabila kita bersara tidak bererti kita terus berehat.Jika itu kita amalkan lambat laun penyakit akan menyerang kita.Kita mesti membuat senaman selalu mengikut kemampuan masing-masing.Senaman seperti berjogging atau sekurang-kurangnya berjalan kaki sudah memadai.Ada di kalangan kita mengambil hobby baru seperti berkebun,menanam bunga dsbnya.Ini amat baik supaya perjalanan darah dapat berjalan lancar dalam sistem tubuh badan kita.Mereka yang bersenam Insyallah kesihatan sentiasa baik.
Pengekalan Minda-Apabila kita meningkat umur ingatan kita akan berkurang.Proses pelupaan akan berlaku dan kadangkala mengambil masa untuk mengingat sesuatu.Di mana kita letak kunci kereta kita lupa.Untuk mengurangkan pelupaan kita mesti membaca.Membaca boleh bahan yang rengan atau yang berat sadikit seperti novel atau jurnal.Membaca surat khabar setiap hari samaada pada internet atau surat khabar sebenar sangat baik.Ianya akan menyambong semula neuron-neuron dalam otak kita untuk berfungsi.Kalau baca yang berat lagi baik.Tempoh hari heboh mengenai novel Interlok.Saya mencari naskah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sangat baik untuk melatih ingatan saya.Kata orang tua-tua sebagai orang Islam membaca Al Quran lagi baik.Ianya bukan sahaja menguatkan minda kita tetapi wajah kita kelihatan berseri-seri kalau kita selalu membaca Al Quran.Satu atau dua muka sehari sudah mencukupi.Satu perkara lagi kalau kita mampu membaca buku mengenai Agama Islam lagi baik.Di samping mendalami lagi apa yang kita tidak dapat baca semasa kita bekerja dahulu dapat kita lakukan sekarang.Saya teringat seorang guru pelawat yang menjadi mentor saya dalam bidang kepimpinan.Beliau rajin membaca dan sempat menulis dengan tangan terjemahan Al Quran dalam Bahasa Melayu.Beliau hidup lama dan banyak berbakti ketika berusia emas.Beliau meninggal dunia hampir umur 80 tahun.Kalau kita mampu sediakan sebuah bilik bacaan semasa kita telah bersara dan di zaman ini sediakan sebuah komputer meja untuk kita menulis.Menulis segala pengalaman kita yang silam yang berguna kepada masyarakat adalah satu amalan baik.Warga emas selalunya waktu malam tidak boleh tidur.Setelah sembahyang Tahajud pergi ke meja komputer boleh membaca atau menaip sesuatu yang akan menjadi kenangan.
Hobi Baru-Kehidupan selepas bersara adalah satu fasa kehidupan baru bagi semua pesara.Kalau kita pandai menggunakan masa ia satu kehidupan yang sangat indah.Banyak perkara yang dapat kita lakukan.Kalau dahulu kita tak dapat lakukan sekarang kita boleh.Ceburilah beberapa aktiviti yang kita boleh lakukan.Ada yang menceburi bidang perniagaan,masuk semula ke universiti untuk mengejar ilmu pengatahuan sama ada untuk mendapatkan diploma./ijazah atau kursus tanpa peperiksaan anjuran UPM.Kalau kesihatan baik boleh mengikuti kursus Phd di UPM.Terdapat seorang guru berbangsa Sikh yang sudah berumur 70 tahun mengikuti kursus tersebut.Ada kursus fotografi,journalism,agama,pertanian dsbnya dianjurkan oleh Universiti tersebut.Ada kawan kita yang mengikuti kursus Bahasa Arab di Universiti Malaya dan telah tamat Bahasa syurga ini.Penulis sendiri telah mengikuti kursus sambilan dalam bidang Pentadbiran Awam di UiTM Shah Alam dan berjaya mendapat Diploma ketika telah bersara berumur 58 tahun.Selain itu penulis telah mempelajarai selok belok menjadi seorang kontraktor dan berjaya membaiki rumah di Seksyen 3 Shah Alam.Rumah tersebut telah naik nilainya 3 kali ganda setelah dibaiki dan menunggu dibeli orang.Ini satu pengalaman yang amat berfaedah.Penulis juga telah berjaya menjadi kaunselor kepada beberapa orang sahabat yang mengidapi penyakit prostet.Sekarang mereka telah berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Sri Kota Klang dan sangat gembira kerana penyakitnya sudah reda.Mereka boleh hidup selesa seperti orang lain.Selain itu penulis banyak membaca nota-nota mengenai kesihatan warga emas di samping memimpin PBPPPM DC Klang.Sekarang sudah mahir mengenai kesihatan warga emas kerana mengikuti juga kursus anjuran Biro Wanita dengan kerjasama pejabat Kesihatan Klang.Menulis Blog ini juga penulis pelajari dari guru komputer dari Unit Komputer PPD Klang.Alahamdulillah sekarang sudah menjadi pengarang apa yang mampu,menulis sejarah-sejarah silam,menulis surat kepada kawan-kawan dan menceburi bidang penulisan seperti essei dan sajak.Kawan-kawan yang rapat memahaminya.Itulah sebahagian dari hidup kita kalau kita menefaatkan masa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
Gambar 1 menunjukkan ahli-ahli PBPPPM DC Klang yang telah mengikuti rombongan ke Sabah pada tahun 2010.
Gambar 2 menunjukkan Sambutan Hari Guru 2006 di Klang yang di hadiri oleh pemimpin-pemimpin PBPPPM DC Klang.
Gambar 3.Pengerusi (Tn Hj Ajidan) dan Setiausaha (Tn Hj Wahab) PBPPPM DC Klang menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Di Dewan Putra SMK Tinggi Klang pada tahun 2006.

Friday, March 2, 2012
Guru Menulis 11 - Apabila Kita Bersara
Ramai di antara kita apabila bersara tidak membuat persediaan yang mencukupi kecuali hal-hal kewangan kerana mendapat pencen.Perkara-perkara yang berkaitan dengan proses-proses penuaan atau 'aging' tidak ramai yang tahu.Pertamanya kerana ilmu mengenai proses penuaan adalah sesuatu yang baru di Malaysia manakala di barat ianya sudah bertapak sejak perang dunia kedua.Keduanya masyarakat kita ramai yang tidak gemar membaca seperti masyarakat Jepun atau Korea.Apabila umur meningkat,lagi kurang membaca kecuali membaca surat khabar harian.Maka kita tidak terdedah kepada ilmu tersebut.Proses penuaan ialah suatu proses yang mesti dilalui oleh benda-benda hidup termasuk manusia.Selepas menjalani proses ini (manusia) terdapat kegagalan dalam sistem organ kita seperti buah pinggang,mata,kulit,telinga,rahim dsbnya dan akhirnya jantung kita berhenti menjalankan tugasnya dan kita kembali menemui tuhan yang Maha Esa.
Apa sebab kita mati ? Teori yang diterima sekarang adalah seperti berikut:-
i)Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
ii)Tubuh badan kita mempunyai hayat yang telah ditentukan terlebeh dahulu pada masa kita dilahirkan.
iii)Kegagalan proses oxidasi dalam tubuh badan kita.Apabila kita tua sel-sel kita gagal membentuk sel-sel yang baru bagi menggantikan yang lama.Maka berlakulah kerosakan organ kita.Dalam kes yang ekstrem terdapat sel-sel kanser dalam organ kita dan organ tidak dapat berfungsi.Apabila darah tidak dapat mengalir dalam tubuh badan kita dengan sempurna maka akhirnya jantung kita berhenti menjalankan tugasnya.
Proses penuaan ini jika kita faham perjalanannya kita boleh melambatkan proses aging tersebut.Mithalnya dari segi kesihatan umum untuk memastikan kita sentiasa sihat apabila bersara kita perlu berhati-hati apabila makan.Pertama makanlah makanan yang berkhasiat dan elakkan makanan berminyak dan berlemak.Banyak makan sayur-sayuran dan jenis kekacang.Sebahagian dari makanan kita jika direbus lagi baik.Makanan yang dibuat dari kacang soya seperti tempe dan tauhu amat baik.Ramai di antara kita apabila sudah sampai umur bersara atau bersara (lewat 50han) tidak menjaga makan.Apabila kita pergi khenduri perkahwinan keadaan ini sangat ketara.Maka sebab itulah ramai yang kena darah tinggi dan kencing manis.Akhirnya kena 'stroke' dan akibatnya membawa maut pada ketika umur belum mencapai 60 tahun.Jika kita jaga makan insyallah proses penuaan dapat dilambatkan dan kita tidak mengidap penyakit-penyakit kronik yang dihidapi oleh para pesara.Professor Di Raja Ungku Aziz sangat jaga mengenai makan dan beliau sekarang masih sihat.Bagitu juga Tun Dr Mahathir bekas PM yang kita sayangi.Beliau berhenti makan apabila sudah rasa kenyang.Tun Suffian Hashim bekas Ketua Hakim Negara beliau meninggal dunia ketika berumur 82 tahun.Beliau tidak makan sembarangan dan makannya sadikit sahaja.Kegemarannya makan tengah hari kari ikan bawal hitam dengan bende,sambal belacan dan sejenis sayur lain.Tukang masaknya yang setia bernama Munah berketurunan Jawa tahu apa yang disukai oleh Tun Suffian. Ramai pakar pemakanan menasihatkkan kita supaya makan supplement supaya terdapat imbangan vitamin dan galian dalam tubuh badan kita.Ramai pemimpin negara sama ada di Malaysia atau Indonesia termasuk rakyat biasa makan supplement jenis 'Pharmaton' buatan dari Switzerland dan dicampur dengan Ginseng untuk memberi tenaga kepada kita ketika berusia emas.Walau bagaimana pun mengenai vitamin dan galian ini sumber asli lebeh baik dari sumber buatan dari kilang.Ada satu bahan galian yang melambatkan proses penuaan terdapat di pergunongan Alps di Eropah dan pergunongan Himalayas di Utara India dan Pakistan.Namanya Selenium.Supplement 'Pharmaton' memasukkan selenium sebagai salah satu galian yang ada dalamnya.Satu lagi brand supplement buatan tempatan yang sama kualitinnya dengan 'Pharmaton' ialah 'Proviton'. Harganya pun lebeh murah.Proviton juga ada yang mencampuri Selenium dalam ramuannya. Jika kita ingin tahu sumber asli yang banyak mengandungi vitamin dan galian tanyalah kepada doktor.Salah satu daripadanya ialah bunga kubis hijau.Buah korma juga lengkap segala vitamin dan galian yang diperlukan manusia.Sebab itulah orang Arab jarang mengidapi penyakit dalam perut.Korma membantu penghadzaman dalam perut kita.Minyak yang terbaik untuk masakan ialah minyak zaiton atau olive oil.Tetapi harganya lebeh mahal.Yang bermutu tinggi namanya Virgin Olive Oil.Jika kita mempunyai penyakit dalam perut atau kulit elok kita makan minyak zaiton.Minyak yang terkedua tinggi mutunya ialah minyak jagong.Ianya terdapat banyak di pasaran.Selain dari pemakanan para pesara perlu membuat senaman ringan supaya perjalanan darah dalam tubuh badan dapat berjalan dengan baik.Jogging adalah salah satu latihan yang baik untuk kesihatan kita.Kalau tak mampu jogging berjalan kaki sudah memadai.
Apabila kita telah bersara ini tidak bermakna segala kegiatan kita diberhentikan dan kita duduk di rumah dan berehat.Ini satu konsep yang salah.Jika kita buat bagitu penyakit pun akan datang menyerang kita.Sebenarnya apabila kita bersara kita perlu menjalani hidup kita seperti biasa cuma intensitinya dikurangkan.Ada banyak bidang yang kita boleh ceburi seperti bekerja secara sambilan,menceburi hobi baru seperti belajar secara sambilan dalam bidang kemahiran seperti komputer atau mengikuti kursus di universiti dalam bidang-bidang yang kita minati.Sebagai orang Melayu dan Islam mendalami pengajian dalam agama Islam adalah amat digalakkan sama ada Pengajian Al Quran,Syariah dan bidang-bidang yang lain yang berkaitan dengannya.Di Australia ramai pesara menceburi dalam bidang perniagaan dan mereka telah berjaya.Kita juga boleh mengikuti jejak langkah tersebut kalau mampu.Bidang-bidang seperti berkebun,menangkap ikan dan teknoloji pertanian boleh juga kita ceburi.Sekarang ini Universiti Putra Malaysia menyediakan berbagai kursus untuk pesara tanpa peperiksaan dan yuran yang sangat minima boleh kita ceburi.Menyertai pertubuhan sukarela juga satu bidang yang boleh kita ceburi supaya minda kita terus berfungsi dan melambatkan proses pelupaan.Ramai di kalangan pemimpin NGO yang bergerak cergas selepas bersara didapati hidup lebeh lama dan menefaatkan masa sebelum mereka meninggalkan kita semua.Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita pandai mentadbir masa dan sentiasa hidup dalam komuniti dan bantu membantu antara satu sama lain.
Gambar 1 menunjukkan Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali selaku Setiausaha Agung PBPPPM menjadi juruacara dalam satu Majlis Sambutan Hari Raya Di Hotel Gold Course Klang (2006).Umur beliau lewat 70han
Gambar 2 menunjukkan Cik Gu Yusof bekas Guru Besar SK Sg Binjai Meru Klang dan En Hamzah Bin Mat (J/K) sedang ashik mengikuti Kursus Kesihatan anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang di Dewan Utama PPD Klang,2011.

Subscribe to:
Posts (Atom)