Ramai di antara kita apabila bersara tidak membuat persediaan yang mencukupi kecuali hal-hal kewangan kerana mendapat pencen.Perkara-perkara yang berkaitan dengan proses-proses penuaan atau 'aging' tidak ramai yang tahu.Pertamanya kerana ilmu mengenai proses penuaan adalah sesuatu yang baru di Malaysia manakala di barat ianya sudah bertapak sejak perang dunia kedua.Keduanya masyarakat kita ramai yang tidak gemar membaca seperti masyarakat Jepun atau Korea.Apabila umur meningkat,lagi kurang membaca kecuali membaca surat khabar harian.Maka kita tidak terdedah kepada ilmu tersebut.Proses penuaan ialah suatu proses yang mesti dilalui oleh benda-benda hidup termasuk manusia.Selepas menjalani proses ini (manusia) terdapat kegagalan dalam sistem organ kita seperti buah pinggang,mata,kulit,telinga,rahim dsbnya dan akhirnya jantung kita berhenti menjalankan tugasnya dan kita kembali menemui tuhan yang Maha Esa.
Apa sebab kita mati ? Teori yang diterima sekarang adalah seperti berikut:-
i)Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
ii)Tubuh badan kita mempunyai hayat yang telah ditentukan terlebeh dahulu pada masa kita dilahirkan.
iii)Kegagalan proses oxidasi dalam tubuh badan kita.Apabila kita tua sel-sel kita gagal membentuk sel-sel yang baru bagi menggantikan yang lama.Maka berlakulah kerosakan organ kita.Dalam kes yang ekstrem terdapat sel-sel kanser dalam organ kita dan organ tidak dapat berfungsi.Apabila darah tidak dapat mengalir dalam tubuh badan kita dengan sempurna maka akhirnya jantung kita berhenti menjalankan tugasnya.
Proses penuaan ini jika kita faham perjalanannya kita boleh melambatkan proses aging tersebut.Mithalnya dari segi kesihatan umum untuk memastikan kita sentiasa sihat apabila bersara kita perlu berhati-hati apabila makan.Pertama makanlah makanan yang berkhasiat dan elakkan makanan berminyak dan berlemak.Banyak makan sayur-sayuran dan jenis kekacang.Sebahagian dari makanan kita jika direbus lagi baik.Makanan yang dibuat dari kacang soya seperti tempe dan tauhu amat baik.Ramai di antara kita apabila sudah sampai umur bersara atau bersara (lewat 50han) tidak menjaga makan.Apabila kita pergi khenduri perkahwinan keadaan ini sangat ketara.Maka sebab itulah ramai yang kena darah tinggi dan kencing manis.Akhirnya kena 'stroke' dan akibatnya membawa maut pada ketika umur belum mencapai 60 tahun.Jika kita jaga makan insyallah proses penuaan dapat dilambatkan dan kita tidak mengidap penyakit-penyakit kronik yang dihidapi oleh para pesara.Professor Di Raja Ungku Aziz sangat jaga mengenai makan dan beliau sekarang masih sihat.Bagitu juga Tun Dr Mahathir bekas PM yang kita sayangi.Beliau berhenti makan apabila sudah rasa kenyang.Tun Suffian Hashim bekas Ketua Hakim Negara beliau meninggal dunia ketika berumur 82 tahun.Beliau tidak makan sembarangan dan makannya sadikit sahaja.Kegemarannya makan tengah hari kari ikan bawal hitam dengan bende,sambal belacan dan sejenis sayur lain.Tukang masaknya yang setia bernama Munah berketurunan Jawa tahu apa yang disukai oleh Tun Suffian. Ramai pakar pemakanan menasihatkkan kita supaya makan supplement supaya terdapat imbangan vitamin dan galian dalam tubuh badan kita.Ramai pemimpin negara sama ada di Malaysia atau Indonesia termasuk rakyat biasa makan supplement jenis 'Pharmaton' buatan dari Switzerland dan dicampur dengan Ginseng untuk memberi tenaga kepada kita ketika berusia emas.Walau bagaimana pun mengenai vitamin dan galian ini sumber asli lebeh baik dari sumber buatan dari kilang.Ada satu bahan galian yang melambatkan proses penuaan terdapat di pergunongan Alps di Eropah dan pergunongan Himalayas di Utara India dan Pakistan.Namanya Selenium.Supplement 'Pharmaton' memasukkan selenium sebagai salah satu galian yang ada dalamnya.Satu lagi brand supplement buatan tempatan yang sama kualitinnya dengan 'Pharmaton' ialah 'Proviton'. Harganya pun lebeh murah.Proviton juga ada yang mencampuri Selenium dalam ramuannya. Jika kita ingin tahu sumber asli yang banyak mengandungi vitamin dan galian tanyalah kepada doktor.Salah satu daripadanya ialah bunga kubis hijau.Buah korma juga lengkap segala vitamin dan galian yang diperlukan manusia.Sebab itulah orang Arab jarang mengidapi penyakit dalam perut.Korma membantu penghadzaman dalam perut kita.Minyak yang terbaik untuk masakan ialah minyak zaiton atau olive oil.Tetapi harganya lebeh mahal.Yang bermutu tinggi namanya Virgin Olive Oil.Jika kita mempunyai penyakit dalam perut atau kulit elok kita makan minyak zaiton.Minyak yang terkedua tinggi mutunya ialah minyak jagong.Ianya terdapat banyak di pasaran.Selain dari pemakanan para pesara perlu membuat senaman ringan supaya perjalanan darah dalam tubuh badan dapat berjalan dengan baik.Jogging adalah salah satu latihan yang baik untuk kesihatan kita.Kalau tak mampu jogging berjalan kaki sudah memadai.
Apabila kita telah bersara ini tidak bermakna segala kegiatan kita diberhentikan dan kita duduk di rumah dan berehat.Ini satu konsep yang salah.Jika kita buat bagitu penyakit pun akan datang menyerang kita.Sebenarnya apabila kita bersara kita perlu menjalani hidup kita seperti biasa cuma intensitinya dikurangkan.Ada banyak bidang yang kita boleh ceburi seperti bekerja secara sambilan,menceburi hobi baru seperti belajar secara sambilan dalam bidang kemahiran seperti komputer atau mengikuti kursus di universiti dalam bidang-bidang yang kita minati.Sebagai orang Melayu dan Islam mendalami pengajian dalam agama Islam adalah amat digalakkan sama ada Pengajian Al Quran,Syariah dan bidang-bidang yang lain yang berkaitan dengannya.Di Australia ramai pesara menceburi dalam bidang perniagaan dan mereka telah berjaya.Kita juga boleh mengikuti jejak langkah tersebut kalau mampu.Bidang-bidang seperti berkebun,menangkap ikan dan teknoloji pertanian boleh juga kita ceburi.Sekarang ini Universiti Putra Malaysia menyediakan berbagai kursus untuk pesara tanpa peperiksaan dan yuran yang sangat minima boleh kita ceburi.Menyertai pertubuhan sukarela juga satu bidang yang boleh kita ceburi supaya minda kita terus berfungsi dan melambatkan proses pelupaan.Ramai di kalangan pemimpin NGO yang bergerak cergas selepas bersara didapati hidup lebeh lama dan menefaatkan masa sebelum mereka meninggalkan kita semua.Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita pandai mentadbir masa dan sentiasa hidup dalam komuniti dan bantu membantu antara satu sama lain.
Gambar 1 menunjukkan Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali selaku Setiausaha Agung PBPPPM menjadi juruacara dalam satu Majlis Sambutan Hari Raya Di Hotel Gold Course Klang (2006).Umur beliau lewat 70han
Gambar 2 menunjukkan Cik Gu Yusof bekas Guru Besar SK Sg Binjai Meru Klang dan En Hamzah Bin Mat (J/K) sedang ashik mengikuti Kursus Kesihatan anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang di Dewan Utama PPD Klang,2011.

No comments:
Post a Comment