14 tahun yang lalu umur bersara dalam Sektor Awam ialah 55 tahun.Setahun kemudian pada tahun 1999 meningkat kepada 56 tahun.Beberapa tahun kemudian semasa Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi menjadi PM umur bersara dinaikkan ke 58 tahun.Pada tahun ini 2012 dinaikkan kepada 60 tahun.Pertambahan umur bersara ini ialah kerana tahap kesihatan penduduk Malaysia telah meningkat.Secara purata penduduk Malaysia tahap hidupnya ialah 67 tahun.Negara jiran seperti Singapura telah menaikkan umur bersara kepada 60 tahun kira-kira 15 tahun yang lalu.Dalam Sektor Swasta mereka sedang berjuang untuk bersara pada umur 62 tahun.Apabila kita bersara persediaan berikut harus kita ikuti kalau ingin hidup selesa dan sentiasa sihat:-
Persediaan Kewangan-Perkara yang paling penting ialah kita mempunyai wang yang cukup untuk perbelanjaan harian dan ketika sakit.Wang pencen bulanan cukup untuk perbelanjaan harian dan setiap kali ada skim gaji baru terdapat kenaikan dengan kadar kira-kira 8 %.Mithalnya dari Skim Kabinet kepada SMM dan baru-baru ini dari SMM kepada SBPA.Jika kita berpencen dan lambat mendapat wang gratuiti dan pencen hubungilah Bahagian Pasca Perkhidmatan Bahagian Pencen JPA.Bahagian Pencen mempunyai Portal Pencen yang senang dihubungi.Insyallah bahagian tersebut akan membantu dengan segera.Pengarahnya sekarang Dato' Yeoh sangat mesra kepada pengguna.Pengalaman penulis beliau dapat menyelesaikan satu-satu masalah pada hari yang sama atau besoknya.Penulis kenal dengan beliau pada tahun 1993 semasa menjadi Presiden NUTP Semenanjong Malaysia.Wang gratuiti kita mesti berhati-hati menggunakannya kalau sudah habis susahlah kita mendapat pertolongan ketika kita sakit kecuali mereka yang ada sumber lain.Bagi bumiputera simpan sahaja dalam ASB dan bukan bumiputera dalam Simpanan Tetap bank komersial.Yang paling baik Simpanan Tetap Bank Rakyat dengan kadar pulangaan yang tinggi.Bagi mereka yang suka menggunakan kad kredit elok ditamatkan sahaja perkhidmatannya dan guna debit kad sahaja samaada bank komersial atau BSN.Debit kad BSN boleh digunakan untuk membeli minyak atau membayar bil hotel.Selain itu ianya juga boleh digunakan untuk membeli belah di Pasar Raya tertentu seperti Tesco.Ada di kalangan kita yang tak dapat menyelesaikan bayaran kad kredit dan terpaksa membayarnya sepanjang masa tak habis-habis hinggalah ke akhir hayat.Hidupnya merana berpindah dari satu tempat ke satu tempat kerana sering dihubungi oleh pihak bank.Unit AKPK Bank Negara Malaysia dapat membantu kita merancang menggunakan kewangan kita.Senarai tarikh pembayaran pencen dapat kita dapati dari Portal Pencen JPA.
Persediaan Kesihatan.Satu perkara yang amat penting semua pesara mesti tahu bahawa kandungan chlorostorol dalam darah kita mesti dikawal apabila kita bersara.Sukatan chlorostorol yang baik ialah 5.2 hingga 5.5.Jika lebeh tinggi ianya akan menimbulkan masalah kesihatan seperti darah tinggi,sakit jantung,stroke dsbnya.Untuk mengawalnya apabila bersara elok memakan 'Quaker Oat' setiap kali sarapan pagi.Kalau ianya tidak turun elok berjumpa doktor dan makan ubat yang boleh menurunkan paras chlorostorol ini.Makan juga mesti dijaga dan elakkan memakan makanan yang berlemak dan digoreng.Banyak makan sayur-sayuran,buah-buahan dan kekacang seperti tempe dan tauhu.Di negara barat mereka sudah tahu khasiat memakan tauhu dan tempe.Ianya boleh didapati di pasaraya besar di Amerika Syarikat dan Kanada.Di Mekah juga terdapat tempe yang dibungkus dalam plastik.Kalau sudah kena darah tinggi sukar hendak dipuleh dan mesti makan ubat sepanjang hidup.Lagi mudarat kalau kena darah tinggi dan kencing manis.Makan gula harus dikurangkan apabila umur meningkat.Untuk mengetahui tahap kesihatan kita elok kalau dibuat 'full blood test' dengan pihak swasta.Ianya bukan mahal sangat dan sangat berfaedah.Pihak hospital kerajaan hanya akan membuat full blood test kalau kita sakit.Itu pun laporannya tidak diberi cara bertulis dan terperinci.Dari 'full blood test' kita akan mengetahui jumlah darah merah kita dan jumlah darah puteh.Kita juga akan mengetahui kandungan gula,kebersehan air kencing,chlorostorol termasuk yang baik dan yang jahat.Penyakit seperti hepatites A dan juga B akan diketahui.Ujian Aid juga boleh dibuat.Terdapat berbagai laporan lagi yang kita boleh buat seperti mengesan kuman kanser untuk kebaikan kesihatan kita.Jika ditanya dengan rakan-rakan kita yang bersara berapa ramaikah dari mereka yang sudah membuat ujian ini !
Senaman-Apabila kita bersara tidak bererti kita terus berehat.Jika itu kita amalkan lambat laun penyakit akan menyerang kita.Kita mesti membuat senaman selalu mengikut kemampuan masing-masing.Senaman seperti berjogging atau sekurang-kurangnya berjalan kaki sudah memadai.Ada di kalangan kita mengambil hobby baru seperti berkebun,menanam bunga dsbnya.Ini amat baik supaya perjalanan darah dapat berjalan lancar dalam sistem tubuh badan kita.Mereka yang bersenam Insyallah kesihatan sentiasa baik.
Pengekalan Minda-Apabila kita meningkat umur ingatan kita akan berkurang.Proses pelupaan akan berlaku dan kadangkala mengambil masa untuk mengingat sesuatu.Di mana kita letak kunci kereta kita lupa.Untuk mengurangkan pelupaan kita mesti membaca.Membaca boleh bahan yang rengan atau yang berat sadikit seperti novel atau jurnal.Membaca surat khabar setiap hari samaada pada internet atau surat khabar sebenar sangat baik.Ianya akan menyambong semula neuron-neuron dalam otak kita untuk berfungsi.Kalau baca yang berat lagi baik.Tempoh hari heboh mengenai novel Interlok.Saya mencari naskah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sangat baik untuk melatih ingatan saya.Kata orang tua-tua sebagai orang Islam membaca Al Quran lagi baik.Ianya bukan sahaja menguatkan minda kita tetapi wajah kita kelihatan berseri-seri kalau kita selalu membaca Al Quran.Satu atau dua muka sehari sudah mencukupi.Satu perkara lagi kalau kita mampu membaca buku mengenai Agama Islam lagi baik.Di samping mendalami lagi apa yang kita tidak dapat baca semasa kita bekerja dahulu dapat kita lakukan sekarang.Saya teringat seorang guru pelawat yang menjadi mentor saya dalam bidang kepimpinan.Beliau rajin membaca dan sempat menulis dengan tangan terjemahan Al Quran dalam Bahasa Melayu.Beliau hidup lama dan banyak berbakti ketika berusia emas.Beliau meninggal dunia hampir umur 80 tahun.Kalau kita mampu sediakan sebuah bilik bacaan semasa kita telah bersara dan di zaman ini sediakan sebuah komputer meja untuk kita menulis.Menulis segala pengalaman kita yang silam yang berguna kepada masyarakat adalah satu amalan baik.Warga emas selalunya waktu malam tidak boleh tidur.Setelah sembahyang Tahajud pergi ke meja komputer boleh membaca atau menaip sesuatu yang akan menjadi kenangan.
Hobi Baru-Kehidupan selepas bersara adalah satu fasa kehidupan baru bagi semua pesara.Kalau kita pandai menggunakan masa ia satu kehidupan yang sangat indah.Banyak perkara yang dapat kita lakukan.Kalau dahulu kita tak dapat lakukan sekarang kita boleh.Ceburilah beberapa aktiviti yang kita boleh lakukan.Ada yang menceburi bidang perniagaan,masuk semula ke universiti untuk mengejar ilmu pengatahuan sama ada untuk mendapatkan diploma./ijazah atau kursus tanpa peperiksaan anjuran UPM.Kalau kesihatan baik boleh mengikuti kursus Phd di UPM.Terdapat seorang guru berbangsa Sikh yang sudah berumur 70 tahun mengikuti kursus tersebut.Ada kursus fotografi,journalism,agama,pertanian dsbnya dianjurkan oleh Universiti tersebut.Ada kawan kita yang mengikuti kursus Bahasa Arab di Universiti Malaya dan telah tamat Bahasa syurga ini.Penulis sendiri telah mengikuti kursus sambilan dalam bidang Pentadbiran Awam di UiTM Shah Alam dan berjaya mendapat Diploma ketika telah bersara berumur 58 tahun.Selain itu penulis telah mempelajarai selok belok menjadi seorang kontraktor dan berjaya membaiki rumah di Seksyen 3 Shah Alam.Rumah tersebut telah naik nilainya 3 kali ganda setelah dibaiki dan menunggu dibeli orang.Ini satu pengalaman yang amat berfaedah.Penulis juga telah berjaya menjadi kaunselor kepada beberapa orang sahabat yang mengidapi penyakit prostet.Sekarang mereka telah berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Sri Kota Klang dan sangat gembira kerana penyakitnya sudah reda.Mereka boleh hidup selesa seperti orang lain.Selain itu penulis banyak membaca nota-nota mengenai kesihatan warga emas di samping memimpin PBPPPM DC Klang.Sekarang sudah mahir mengenai kesihatan warga emas kerana mengikuti juga kursus anjuran Biro Wanita dengan kerjasama pejabat Kesihatan Klang.Menulis Blog ini juga penulis pelajari dari guru komputer dari Unit Komputer PPD Klang.Alahamdulillah sekarang sudah menjadi pengarang apa yang mampu,menulis sejarah-sejarah silam,menulis surat kepada kawan-kawan dan menceburi bidang penulisan seperti essei dan sajak.Kawan-kawan yang rapat memahaminya.Itulah sebahagian dari hidup kita kalau kita menefaatkan masa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
Gambar 1 menunjukkan ahli-ahli PBPPPM DC Klang yang telah mengikuti rombongan ke Sabah pada tahun 2010.
Gambar 2 menunjukkan Sambutan Hari Guru 2006 di Klang yang di hadiri oleh pemimpin-pemimpin PBPPPM DC Klang.
Gambar 3.Pengerusi (Tn Hj Ajidan) dan Setiausaha (Tn Hj Wahab) PBPPPM DC Klang menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Di Dewan Putra SMK Tinggi Klang pada tahun 2006.

No comments:
Post a Comment