Bagi mengerakkan perjalanan Persatuan struktur organisasi PBPPPM DC Klang dibahagikan kepada Biro-Biro.Biro Utama iaitu Biro Kebajikan dan Sosial.Ianya diketuai oleh Pengerusi dan merangkumi tiga entiti iaitu Kebajikan dan Sosial,Badan Khairat Kematian dan Biro Lawatan.Kedua ialah Biro Wanita,Ketiga Biro Keahlian,Keempat Biro Ekonomi ,Kelima Biro Agama, Ke Enam Biro Pendidikan dan Ketujuh Projek Khas.Projek khas khususnya untuk mencari dana untuk satu-satu projek.Mithalnya pada tahun 2007 telah diadakan 'Malam Sekalung Budi' untuk Tabung Bangunan PBPPPM DC Klang.Sejak tahun tersebut ianya terus berjalan dan adakalanya terpaksa ditangguhkan seperti pada tahun 2008 kerana kemelesetan ekonomi dan kejatuhan kerajaan BN di Negeri Selangor.Setiap Biro ini ada mempunyai rancangannya tersendiri dan diketuai oleh seorang jawatankuasa dan mempunyai seorang setiausaha,bendahari dan beberapa jawatankuasa yang dilantik dari jawatankuasa atau ahli-ahli yang mampu menjalankan tugasnya oleh Ketua Biro.
Gambar 1 menunjukkan seorang ahli En N.Velu bersama-sama dengan En Hamzah Bin Mat seorang Jawatankuasa berada di Istana Haemongku Buwono di Surubaya Jawa Tengah pada tahun 2008.Gambar 2 Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hashim bersama-sama dengan beberapa Jawatankuasa dan ahli-ahli PBPPPM DC Klang di satu Majlis ceramah Agama di Surau Insaniah Jalan Banting Sri Andalas Klang pada awal tahun 2012.Gambar 3 menunjukkan rombongan PBPPPM DC Klang berada di Taman Orang Utan Kucing Sarawak pada bulan April,2011.
Bagi sesi 2012-2014 Biro-Biro ini sebagaimana yang telah dinyatakan mempunyai rancangan masing-masing.Pada sesi ini Biro Kebajikan dan Sosial mempunyai rancangan untuk melawat pesakit,menziarahi ahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli yang kurang mampu menyambut Hari Raya Aidil Fitri.Bersempena dengan bulan Puasa nanti akan diadakan lawatan ke rumah mereka dengan kerjasama Biro Wanita seperti yang dijalankan pada tahun lalu 2011.Selain dari aktiviti tersebut Biro Kebajikan dan Sosial akan mengadakan Majlis Amal dan Sambutan Aidilfitri 2012.Ianya bukan sahaja untuk ahli tetapi juga untuk kaum guru yang sedang bertugas dan orang-orang individu yang berminat membantu PBPPPM DC Klang.Ianya dijangka akan diadakan di sebuah Hotel di Klang atau di Shah Alam.Biro Pendidikan yang dijangka akan di Ketuai oleh seorang Wanita akan meneruskan aktivitinya Peningkatan Akademik di SK Jln Paip Meru,Klang mulai tahun ini hingga tahun hadapan 2013.Selain dari itu Kursus Komputer akan diteruskan bagi mereka yang berminat.Tiga kali untuk tahun ini dan tiga kali untuk tahun hadapan(2013).Badan Khairat Kematian akan meneruskan aktivitinya untuk meramaikan keahlian bagi tahun 2012 dan 2013.Selain dari itu ianya akan meneruskan mencari jalan bagaimana mendapatkan kewangan untuk Badan Khairat Kematian seperti membuat Simpanan Tetap di bank yang akan dapat memberi sumbangan yang lebeh dari segi dividen.Contohnya dalam akaun Bank Rakyat Pelaburan Am-i Qiradh Bank Rakyat.Biro Lawatan akan mengadakan aktivitinya membuat lawatan dalam negeri dan luar negeri bagi tahun 2012/2013.Dalam negeri lawatan ke Pulau Langkawi dan luar negeri ke Bukit Tinggi Indonesia atau Vietnam.Biro Wanita yang merupakan sayap kanan persatuan akan meneruskan aktiviti mereka dengan lawatan ke Wad Kanak-Kanak HTAR Klang di samping membuat lawatan dengan Biro Kebajikan dan Sosial sempena bulan puasa ini.Bagitu juga jika ada lawatan ahli yang sakit atau menziarahi rakan-rakan kita yang meninggal dunia.Sambutan Hari Ibu/Hari Bapa juga dalam perancangan mereka.Di samping itu Biro Wanita sentiasa memainkan peranan aktif dengan Biro Wanita di peringkat Negeri Selangor.Biro keahlian akan meneruskan aktiviti mereka meramaikan ahli-ahli khususnya guru-guru siswazah.Satu majlis sedang dirancang untuk mereka supaya dapat membantu persatuan kita khususnya untuk Tabung Bangunan.Di samping itu Biro Keahlian diminta menyediakan satu buku keahlian yang lengkap berserta dengan nama ahli-ahli yang telah meninggalkan kita semua.Dengan kerja keras Biro ini kita akan dapat terus bertahan menjadi cawangan yang paling ramai ahli dan paling aktif di Negeri Selangor.Biro Ekonomi pula akan meneruskan mencari jalan bagaimana dapat menyertai aktiviti Ekonomi dan membantu persatuan mendapatkan dana untuk Tabung Bangunan.Biro Agama akan meneruskan aktiviti mereka dengan upacara agama seperti ceramah dan menghadiri acara keagamaaan anjuran TV 3.Di samping itu Biro ini ada perancangan untuk mengadakan Majlis Korban dan Majlis Tahlil di surau yang boleh dihadiri oleh ramai ahli-ahli khususnya di Sri Andalas Klang.Biro Pendidikan akan meneruskan Projek Peningkatan Akademik di SK Jln Paip Meru Klang.Ianya akan dibantu oleh pakar tempatan Dr Turiman Bin Suandi dan bekas pegawai tinggi persatuan yang berminat dengan aktiviti tersebut.Selain itu bekas Guru Besar berpengalaman akan dilantik menyertai Biro ini.
Projek Khas sedang dirancang oleh Pengerusi untuk mengadakan Majlis High Tea/Dinner dengan kerjasama Biro Wanita Negeri Selangor yang pakar dalam bidang ini.Perkara ini dapat dilakukan selepas Pilehanraya Umum yang akan datang.Pengerusi juga bersama Setiausaha sedang memikirkan cara-cara untuk mendapatkan dana untuk kursus generasi muda yang akan datang seperti 'kem motivasi satu malam' di sebuah pusat pelancongan di Selangor dan dapat dihadiri oleh jawatankuasa induk persatuan.
Pengerusi dan semua Jawatankuasa PBPPPM DC Klang sesi 2010-2012 mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada semua ahli dan orang-orang individu yang sentiasa menyokong kami mengadakan aktiviti di sesi yang lalu.Tanpa mereka kita tidak akan berada di tempat seperti di hari ini.

No comments:
Post a Comment