Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil anjuran PBPPPM DC Klang bagi tahun ini telah di adakan pada 19hb Julai,2012 bersamaan dengan hari Khamis mulai jam 3.45 ptg hingga 6.00 ptg di surau Ubudiah Taman Klang Jaya Taman Sri Andalas Klang.Ianya diadakan di bawah pimpinan Ustadz Saifuddin Bin Ahmad Ketua Biro Agama.Kira-kira 30 orang ahli dan bukan ahli lelaki dan perempuan telah turut hadir.Diharapkan dalam masa yang akan datang dengan perancangan yang lebeh teliti lebeh ramai ahli PBPPPM DC Klang akan turut hadir.
Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil ini merupakan aktiviti tahunan PBPPPM DC Klang.Selain itu ianya merupakan ingatan kami kepada rakan sejawat yang telah pergi terlebeh dahulu khususnya Setiausaha kami Allahyarham Tn Hj Abd Wahab Bin Abd Hamid.Majlis tahlil ini diadakan untuk mengingatkan kita semua tentang mati.Sebagaimana yang diperkatakan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail orang yang berjaya dalam hidupnya ialah orang yang sentiasa mengingati tentang mati.Maka dengan itu kita akan menjadi lebeh baik dan tidak kedekut unuk bersedekah sempena dengan bulan
Ramadan.Rezeki yang kita dapat setiap hari sebahagiannya Allah telah tentukan untuk orang lain.Jika kita bersedekah tentu Allah akan menambahkan lagi rezeki kita.Kita sedia maklum bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat baik jika kita dapat membantu orang lain khususnya orang yang tidak berkemampuan.Biro Wanita dengan kerjasama PBPPPM DC Klang (induk) akan mengadakan majlis penyampaian barang-barang keperluan Hari Raya dan saguhati kepada ahli yang kurang mampu seperti pembantu pejabat atau tukang kebun.
Sempena dengan bulan puasa ini mari kita renungkan fadilat-fadilatya untuk kita semua.Selama mana Allah memanjangkan umur kita maka selama itulah kita akan bertemu dengan Ramadan.Cuba kita renungkan Ramadan pada tahun yang lalu.Pada tahun ini adakah kita akan menjadikan bulan Ramadan pada tahun ini lebeh baik dari tahun lalu? Marilah kita muhasabah diri agar pada tahun ini Ramadan akan menjadi lebeh baik dari tahun-tahun lalu.Antara persiapan yang kita patut lakukan adalah seperti berikut:-
1. Persiapan Iman: Iman adalah tenaga dan kekuatan dalaman yang menjadi motivasi untuk menggerakkan ibadah di bulan Ramadan.Oleh itu sebelum masuk bulan Ramadan usaha untuk meningkatkan iman perlu dilakukan seperti banyak membaca Al Quran ,beristighfar,berzikir mengingati Allah,Qiamullai dan berpuasa sunat pada bulan-bulan sebelum Ramadan.Persiapan awal membantu kita untuk menghadapi Ramadan dengan lebeh baik.
2.Persiapan Ilmu. Kita perlu mengulangkaji dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ibadah puasa dan amalan sunat di bulan Ramadan.Melalui persiapan ilmu ini akan menambahkan lagi kekuatan kita melakukan ibadah kepada Allah.Di samping itu ibadah yang kita akan lakukan lebeh sempurna.
3.Persiapan Fisikal. Pastikan badan kita sihat.Kawal nafsu makan kerana makan yang terlalu banyak akan melemahkan kita untuk beribadat.
4.Persiapan Rohani. Berusahalah daripada melakukan perkara-perkara munkar seperti mata melihat perkara-perkara maksiat,mulut mengupat,mencela,mengeji,mencaci dsbnya.Bagitu juga dengan anggota yang lain.Puasa bukan sekadar menahan makan dan minum sahaja.Sabda Rasul SAW :
"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji,maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkan"
Hadis Riwayat Al Buhari
5. Persiapan Kewangan: Peruntukkan sebahagian harta kita untuk bersedekah pada bulan ini kerana ganjaran kepada orang yang bersedekah amat besar.
Muda-mudahan dengan persiapan yang lebeh baik kita semua melalui Ramadan pada kali ini lebeh daripada tahun-tahun sebelumnya.Insyallah.

Gambar 1 menunjukkan peserta wanita yang berada di Surau Ubudiah untuk majlis bacaan Yaasin.
Gambar 2 Ahli setia Cik Gu Mahmud Hitam dan J/K Tn Hj Mahali Bin Ramlan berada di surau Ubudiah.
Gambar 3 Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim sedang berucap berterima kasih kepada pihak surau yang telah menyediakan tempat dan tujuan majlis diadakan.
Gambar 4 Tn Hj Ramli Bin Saleh,En Hamzah Bin Mat dan Tn Hj Bustamin sedang bersiap sedia untuk bacaan Yaasin.
No comments:
Post a Comment