Sunday, July 22, 2012

Apabila Guru Menulis 16-Scenario Persekolahan Tahun 1950han Lenggong

Saya bersekolah dalam tahun 1950 di sekolah lama SK Lenggong Perak.Sekolah tersebut letaknya di Kg Mesjid Lenggong tetapi sekarang sudah tiada lagi kerana diruntuh untuk pembinaan lebuhraya Kuala Kangsar Grik semasa YAB Dato' Seri Tajol Rosli Bin Tan Sri Hj Ghazali menjadi Menteri Besar Perak.Gambar 3 menunjukkan sekolah asal SK Lenggong yang dibina oleh kerajaan British dalam tahun 1890.Pada masa itu dasar Inggeris hanya 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.Kalau tamat darjah 5 pada masa itu bolehlah menjadi guru sama ada di SITC Tanjong Malim,Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun Melaka (perempuan) atau Maktab Perguruan di Kamunting Taiping Perak.Dalam tahun 1920han bagi mereka yang mampu jika hendak melanjutkan pelajaran hingga menengah bolehlah bersekolah Inggeris mengikut Special Malay Class dan seterusnya mengambil Cambridge Junior School Certificate diikuti oleh Cambridge School Certificate.Antara murid yang berjaya dari SK Lenggong ialah Allahyarham Tun Mohd Suffian Bin Hj Hashim yang merupakan Bekas Ketua Hakim Negara.Beliau bersekolah pada tahun 1924 semasa ayahnya Hj Hashim menjadi Kathi Lenggong.Rumah Tuan Kathi pada masa itu ialah rumah kerajaan yang letaknya di Kg Mesjid berhadapan dengan bangunan SK Lenggong lama.Apabila tamat darjah empat beliau berpindah ke Clifford School Kuala Kangsar kerana di Lenggong tidak ada sekolah Inggeris.Sebelum bersara Tun Mohd Suffian Hashim telah berpeluang datang ke Lenggong untuk merasmikan Mahkamah Megistret Lenggong (1982).Letaknya mahkamah tersebut di kawasan pokok Jerai arah ke Telok Batu berhadapan dengan rumah bekas Speaker DUN Negeri Perak Dato' Omar Bin Hj Ismail.Seorang lagi pemimpin negara yang telah bersekolah di SK Lenggong ialah Allahyarham Tan Sri Aziz Bin Yeop.Menteri di JPM YB Dato' Seri Nazri Tan Sri Aziz ialah anak beliau.Bapa Tan Sri Aziz ialah Cik Gu Yeop, bekas Guru Pelawat Daerah Lenggong.Tan Sri Aziz berkelulusan undang-undang dan memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran dan akhirnya Duta Malaysia di London.Tun Suffian,Tan Sri Aziz adalah seangkatan dengan Almarhum Tengku Abd Rahman Putra Al Haj  PM Malaysia Pertama.Dua orang lagi adik lelaki Tun Suffian sebelah ibu tua yang bersekolah di Lenggong ialah Hasan dan Mohd Nor.Hasan tamat School Cetificate tetapi meninggal dunia semasa Perang Dunia Kedua.Beliau bertugas sebagai juru ukur di Pejabat Tanah Kuala Kangsar.Mohd Nor telah melanjutkan pelajaran ke Universiti London dalam bidang 'Social Science' pada tahun 1950han dan balik bertugas sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri Perak di Ipoh.Semasa di London Mohd Nor berkenalan dengan YAB Dato' Patinggi Taib Bin Mahmud Ketua Menteri Sarawak.Tan Sri Taib Mahmud telah pernah memberitahu penulis dalam satu kempen pilehanraya di Kapar Selangor. Mohd Nor seterusnya bertukar ke Selangor sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor semasa Allahyarham Dato' Harun Bin Hj Idris menjadi Menteri Besar Selangor.

Sebagaimana yang diperkatakan saya bersekolah dalam tahun 1950 darjah satu.Ayah saya Tn Hj Hashim Bin Busu Mat Aleh adalah Kathi Lenggong.Beliau yang menghantar saya ke sekolah pada hari pertama persekolahan.Saya dibekalkan dengan sekaki payung berwarna biru.Pada waktu tengah hari beliau bawa saya pulang dengan berjalan kaki ke Kg Jalan Temelong,Lenggong.Tuan Kathi masa dahulu memakai baju kot warna biru,kasut kulit dua warna coklat dan puteh dan memakai kain pelikat.Pada masa itu kain palikat yang digemari ramai ialah Cap Gajah buatan India.Kain ayah berwarna puteh dan jalur-jalur empat segi coklat.Hari besok dan seterusnya saya balik berjalan kaki juga bersama kakak saya Sulha,Salmi dan Salmah.Semasa bersekolah masa yang saya tunggu-tunggu ialah waktu rehat.Kakak saya yang namanya Sulmi menjaga kantin sekolah bagi pihak gurunya yang menjaga kantin.Kantin sekolah di bangunan sendiri seperti sekarang tidak ada.Apa yang ada sebuah bilik dijadikan kantin.Kueh jualan di letak dalam bakul-bakul buluh dan diletak di atas meja.Saya suka makan kueh apam yang berwarna merah dan minum air orange berjenama FN.Botolnya  yang kecil setengah liter.Dalam masa seminggu kami diberi sekali minum susu tepong KLIM namanya.Susu ini tidak seperti susu sekarang kerana melekat dilangit-langit dan susah hendak dibancuh.Pada masa itu barangkali teknoloji membuat susu belum bagitu maju seperti sekarang.Ada pihak yang mengatakan susu tersebut adalah stok tentera Inggeris semasa perang Dunia Kedua.Untuk memasak susu murid-murid diminta membawa kayu api dan ada dapur memasak susu letaknya di sebuah bangunan antara rumah guru  dengan bangunan sekolah.Murid-murid darjah lima lelaki diminta menjalankan tugas ini.

Guru Besar pada ketika itu ialah Cik Gu Abd Rahman Bin Lebai Kemala.Beliau datang ke sekolah dengan menaiki basikal.Guru Besar ini nampak garang dan jarang bercakap.Guru-Guru lain yang saya masih ingat Cik Gu Ahmad Bin Shukor,Cik Gu Mustapha Bin Panjang Baman dan Cik Gu Rolib Bin Buna.Ada dua tiga orang guru perempuan tetapi saya telah lupa nama mereka.Saya difahamkan kesemua guru-guru yang saya sebut telah meninggal dunia.Alfatihah.Kawan-kawan saya di sekolah ini yang saya masih ingat ialah En Zamani bin Tan Sri Aziz,En Ayob(Kubang Jambu),Encik Sabri (Bukit Nangka),En Adnan Bin Abd Rahman (Kg Sekolah Perempuan),Meor Bakri Bin Meor Ahmad(Kubang Jambu) dan En Adnan(Ulu Lenggong).Sesiapa yang pandai bergaul maka ramailah kawan.

Semasa di darjah satu kami belajar menulis dan membaca.Kami juga diajar menulis tulisan rumi dan jawi.Kebanyakan pelajaran diajar dengan latihan tubi.Bahasa Inggeris juga diperkenalkan pada darjah dua.Bukunya keluaran Longman yang ada cerita a man and a pan.Gambarnya tak cantik dan  berwarna hijau tidak seperti buku sekarang berwarna warni..Murid-murid dahulu pandai menulis jawi dan tulisannya sangat cantik.Bagitu juga tulisan rumi tulisan orang dahulu sangat cantik.Tun Suffian tulisan jawinya sangat cantik.Bila menulis surat dengan kawan-kawannya atau abang ipar saya Haji Mahmud Bin Tehat beliau suka menulis dengan tulisan jawi.Masuk darjah dua baru diajar tulisan sambung.Naik darjah tiga kami diajar pelajaran tanaman,ilmu alam dan sejarah.Saya lihat apabila naik darjah lima murid-murid diajar berlakon dan seminggu sekali ada persembahan lakonan.Semua murid diminta hadir di dewan sekolah yang kecil itu sebelum waktu balik pada hari Khamis.Antara cerita-cerita utama pada masa itu ialah cerita Hang Tuah dan rakan-rakan.Selain itu cerita Puteri Gunong Ledang dsbnya.Bukan main lagi seronok murid-murid jika disuruh berlakon terutama watak Hang Tuah berlawan dengan Hang Jebat yang derhaka.Di kalangan murid itu ada yang menjadi hero dan heroin yang dipuja oleh semua murid.Saya masih ingat ada murid yang namanya 'Din Pie' dari Kampong Laha yang pandai berlakon.Pada masa dahulu pada waktu petang bangunan sekolah dijadikan tempat untuk mengajar agama Islam.Apabila murid bertambah kelas tak cukup kami dipindahkan belajar mengaji Koran dan fardu ain di mesjid Kg Mesjid.Mesjid ini dibina sedemikian rupa arah ke jalan besar terdapat sambungan bangunan dua tingkat untuk belajar agama kaum wanita dan kanak-kanak.Guru agama kami namanya Pak Cik Muhamad dan Pak Cik Ramli dari Kg Kota.Saya masih ingat di hari ini bekas Timbalan Menteri Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Dato' Kamsiah Yeop mewakilkan saya menjual kueh untuk murid yang mengaji Koran ini.Beliau pandai mengambil hati kami jadi sekejap saja habis laku kuehnya.Tidak disangka pada tahun 2000 setelah hampir 50 tahun kami bersekolah saya berjumpa dengan Timbalan Menteri ini di Majlis Konvokesyen UiTM di Shah Alam.Seperti biasa wataknya yang mudah mesra menegur saya dan bertanyakan mengapa saya ada di UiTM.Adakah untuk Konvokesyen anak saya seperti beliau?.Saya menjawab untuk diri saya sendiri untuk menambah ilmu dalam bidang Pentadbiran Awam sesuai dengan falasafah 'Pendidikan Seumur Hidup' walau pun sudah bersara.Beliau sekali lagi tersenyum dan berkata "Ajidan rajinnya belajar seperti dahulu juga".Kami pun mengambil gambar secara kumpulan.Malangnya saya tak minta sekeping gambar dari beliau.

Setelah lulus peperiksaan khas ketika saya di darjah empat saya pun masuk ke sekolah Inggeris pada tahun 1954.Nama sekolah tersebut ialah Govt English School Lenggong.Letaknya bersebelahan dengan padang bola Majlis Daerah Lenggong di sebelah kanan jalan arah dari Lenggong ke Kuala Kangsar.Pada masa sekarang sekolah tersebut sudah tiada lagi kerana dibina kompleks rumah guru.

Govt English School Lenggong dindingnya diperbuat daripada buluh yang disapu dengan varnish.Lantai sekolah ialah simin.Bangunan sekolah mengandungi dua blok untuk kelas SMC 1,SMC 2 ,STD VI,bilik guru dan bilik tambahan.Sekolah kelihatan cantik kerana ditanam dengan pokok bunga pisang.Untuk menjaga bunga dan membersehkan sekolah terdapat seorang tukang kebun Samy namanya dan kuat makan sireh.Apabila kami naik Form 1 kami pun dipindahkan ke bangunan baru di Kg Sira Lenggong (1957).
Murid-murid yang belajar satu kelas dengan saya di SMC 1 datangnya dari sekitar Lenggong dan Grik.Murid yang jauh dari sekolah mereka ditempatkan di asrama yang letaknya di sebuah kedai bersebelahan dengan Maybank sekarang di Pekan Lenggong.Mereka ini datang dari Beng,Luat,Chepor dan Grik.Antara yang saya masih ingat namanya Abd Halim (Luat),Azrae (Beng)Ainon (Banggul Belimbing),Zaiton Yang (Bukit Nangka),Zulkifli Bin Mahmud (Gelok),Aziz Debok (Gelok),Zulkifli Bin Abu(Grik),Hj Ahmad(Grik),Noroyon bt Hamzah (Lenggong),Tarmizi(Kuak) dan Hendon (Lenggong) anak seorang Guru Besar.Hendon ini pandai bersekolah dan sering bersaing dengan saya untuk tempat pertama dalam kelas.Kedatangan mereka tidak lain dan tidak bukan kerana inginkan masa depan  yang lebeh cerah.Berita mengenai kejayaan Tun Suffian dan Tan Sri Aziz Yeop melanjutkan pelajaran ke England dan balik ke Tanah Melayu dengan berjawatan tinggi telah diketahui oleh ibubapa mereka.Kebanyakan daripada ibubapa mereka adalah pemilik kebun getah yang luas dan dalam tahun 1950han harga getah mahal kerana peperangan Korea.Oleh itu ibubapa mereka mampu menyara anaknya bersekolah Inggeris dan tinggal di asrama.Bagi yang tak dapat tinggal di asrama kerana penuh mereka meletakkan anak mereka di rumah sanak saudara di Pekan Lenggong.Penduduk dari Chepor meletakkan anak mereka di rumah abang ipar saya Tuan Hj Mahmud Bin Tehat di kampong sekolah pokok Jerai Lenggong.Tiap-tiap dua minggu baru mereka balik ke kampong masing-masing.Saya dapati kebanyakan orang Chepor  yang tinggal di rumah Tuan Hj Mahmud ini adalah saudara mara beliau.Apabila tamat persekolahan semuanya mendapat pekerjaan dalam kerajaan dalam berbagai bidang.Ada yang menjadi guru,perkhidmatan kereta api,perkhidmatan telekom,askar dsbnya.Sebenarnya pada tahun 50han kesedaran orang Lenggong mengenai pelajaran menengah sudah mantap di sanubari masing-masing.Sebelum Lenggong ada sekolah Inggeris ramai juga ibubapa yang menghantar anak mereka belajar di Kuala Kangsar dan Taiping.Dengan cara yang sama mereka meletakkan anak mereka di asrama atau di rumah sanak saudara.Salah seorang daripada mereka ialah General Tan Sri Ghazali Bin Cek Mat bekas Ketua Angkatan Tentera Malaysia.Beliau bersekolah di King Edward 7th School,Taiping.Semasa saya dalam SMC 2 dan bermain-main di halaman sekolah kami diberitahu terdapat seorang askar berpangkat 2nd Lieutenant orang Lenggong yang baru balik dari England telah merentas gunong di belakang sekolah dari Taiping.Orang tersebut ialah 2nd Lieutenant Ghazali Bin Cek Mat.Beliau ada seorang adik bersekolah di Std VI Govt English School Lenggong Manaf namanya.Manaf ini seorang ahli sukan dan ramai peminat.Beliau juga berkawan baik dengan Abu Hasan anak Guru Besar Abd Rahman Bin Lebai Kemala.Khabarnya Abu Hasan ini menjadi pemandu kereta api yang cekap dan berkahwin dengan orang Siam.

Di sekolah Inggeris kami belajar Mental Arithmatic,Arithmatic,Bahasa Inggeris,Reading and Spelling,Bahasa Melayu,Lukisan dan Pendidkan Jasmani.Satu yang sangat istimewa saya dapati dari segi kaedah mengajar ialah cara Guru Besar mengajar Bahasa Inggeris.Beliau menempatkan kami semua berbaris panjang dalam kelas.Selepas itu beliau menguji present tense dengan past tense dalam Bahasa Inggeris.Sesiapa yang tak dapat jawab tepat pergi ke belakang.Mithalnya perkatan 'stand' past tensenya 'stood'.Tak dapat jawab pergi ke belakang.Dapat jawab kekal di tempat yang sama.Buku panduan ialah 'First Aid in English'.Dengan cara demikian semua murid perlu menghafal kala 'verb' dari A sampai Z.Bagitulah kami dilatih setiap hari sehingga mahir bukan sahaja untuk present tense dan past tense tetapi tense tense yang lain seperti present perfect tense,future tense dsbnya.Sistem peperiksaan kerajaan pertama bermula apabila dalam darjah Std Six.Naik Std Six setelah SMC 2.Di akhir Std 6 kami mengambil peperiksaan khas ini untuk naik ke Tingkatan 1.Masalah yang dihadapi murid ialah penguasaan Bahasa Inggeris.Jika tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris maka ketinggalan dalam mata pelajaran lain.Saya dapati ramai murid yang gagal dalam peperiksaan ini.Jika gagal maka mereka kena meninggalkan sekolah.Orang kampong mengatakan mereka ini kena buang sekolah. Murid yang lulus akan naik ke Tingkatan 1  dan kami diajar mata pelajaran Sejarah , Ilmu Alam, General Mathematics dan General Science.Selain itu kami juga diajar mata pelajaran asas seperti Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Senaman dan Seni Lukis.Bezanya dengan sekarang pelajaran sejarah kami diajar mengenai sejarah dunia dahulu seperti Sejarah di Eropah, Amerika Syarikat,Australia dan New Zealand.Setelah lulus Tingkatan 1 naik ke Tingkatan 2.Apabila tamat Tingkatan 2 saya naik ke Tingkatan 3 dan dipindahkan ke Sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar atas permintaan abang saya di Kuala Lumpur untuk ke sekolah menengah yang lebeh baik.

Sebagaimana yang dinyatakan murid Govt English School Lenggong datang dari sekitar Lenggong dan Grik.Mereka yang datang dari jauh tinggal di asrama manakala yang tinggal kira-kira 5 batu dari sekolah datang ke sekolah menaiki basikal waktu pagi.Maka berduyun-duyunlah murid ini datang ke sekolah pada waktu pagi kira-kira pukul 6.30 pagi bagi yang jauh seperti dari Kg Sumpitan.Mereka yang tinggal di Gelok,Temelong,Gua Badak datang pada pukul 7 pagi.Bagitu juga para pelajar dari Labit,Kg Telok Batu,Kg Laha,Kg Mesjid,Kubang Jambu dan Ulu Lenggong  datang pada pukul 7 pagi.Bagi murid yang tinggal di Kg Kuak,Changkat Berangan,Kota Tampan,Banggul Belimbing mereka datang menaiki bas sekolah.Kadangkala bas tiba lewat kerana waktu pagi jalan agak sibuk kerana banyak lori balak.Pada masa itu Ulu Perak banyak mengeluarkan kayu balak dan di Kota Tampan terdapat kilang papan.Waktu persekolahan bermula pada pukul 8 pagi.Pada waktu itu zaman dharurat(1954) dan di Pekan Lenggong sebelah utara mengarah ke Grik terdapat pos pengawal lalu lintas yang di awasi oleh SC dan Home Guard selain dari polis.Saya masih ingat antara penjaga pos yang paling ditakuti oleh orang ramai Mat Lazim namanya.Beliau ini menantu kepada Pn Rasimah.Pn Rasimah ini adik Tok Jalit taukeh kedai runcit di Kg Bukit Nangka.Mat Lazim ditakuti kerana belaiu 'strict' dalam menjalankan tugasnya.Semuanya diperiksa dengan teliti oleh Mat Lazim tanpa mengira siapa khususnya orang Cina dari Pekan Lenggong yang bekerja menanam sayur dan Tembakau di Kg Temelong dan Labit.Pada masa itu ada laporan orang Cina memberi makanan kepada pihak Kominis dengan mengisi beras dalam kotak mancis.Tiap-tiap seorang membawa satu atau dua kotak mancis yang berisi beras dan jika ramai yang keluar bekerja maka jadi banyaklah beras tersebut.Mereka terpaksa membantu kerana takut dan untuk keselamatan diri semasa bekerja.Sekarang ini Mat Lazim sudah tiada lagi dan tinggallah kenangan kepada orang-orang yang mengenalinya (Alfatihah).Walau bagaimana pun kami murid sekolah tidak diperiksa bagitu dan bebas melalui pos kawalan.

Bagitu juga di pos kawalan sebelah selatan menghala ke Kuala Kangsar berdekatan dengan rumah rehat sekarang.Semua yang lalu di situ diperiksa dengan teliti kecuali murid sekolah.Bagitulah keadaannya di zaman dharurat.

Pada masa saya bersekolah dahulu saya dapati orang Melayu miskin belaka.Ini dapat dilihat dari segi pakaian dan apa yang dimakan oleh murid-murid waktu rehat.Mereka yang mampu, membeli kueh mueh atau nasi lemak di kantin sekolah.Yang miskin membawa bekalan sendiri dan kebanyakannya membawa nasi berlaukkan ikan kering dan berbekalkan air teh atau kopi.Minuman milo saya lihat tidak ada yang membawanya ke sekolah sebagai bekalan untuk diminum waktu rehat.Rumah mereka juga rumah papan yang berbumbongkan atap rumbia dan sangat sadikit yang rumahnya beratapkan zinc.Rumah batu tidak ada kecuali rumah kakitangan kerajaan.Rumah yang cantik sadikit rumah papan beratapkan zink milik guru,kerani atau orang kaya yang luas kebun dan sawahnya.Saya bernasib baik kerana dapat biasiswa Federal Minor scholarship dari SMC 1 hingga tingkatan V  iaitu selama 8 tahun.Nilainya RM45.00 sebulan dan pada tahun 50han agak besar juga dan mencukupi keperluan harian.Jika tidak cukup abang saya yang sulong mengirimnya dari Kuala Lumpur mengikut apa yang diperlukan.Saya perlu menulis surat padanya.

Semasa baru merdeka dahulu dan sebelumnya orang Melayu  sangat miskin khususnya di luar bandar.Infrastruktur seperti jalan raya,bekalan air paip dan telefon tidak ada. Apabila merdeka kerajaan Perikatan sekarang BN mula membina kemudahan tersebut termasuk jalan-jalan raya baru.Selain itu dibina dewan orang ramai dan dewan yang lebeh baik di bandar-bandar seperti di Pekan Lenggong untuk kegunaan orang ramai.Sekolah-sekolah juga mula di bina termasuk di Lenggong bagi menggantikan Govt English School Lenggong.Dua sekolah menengah dibina bagi menampung pertambahan murid iaitu Sekolah Menengah Dato' Ahmad Said dan sebuah lagi Sekolah Menengah Tan Sr Aziz.Dato' Ahmad Said ialah bekas Menteri Besar Perak dan Tan Sri Aziz bekas KSU Kementerian Pendidikan.Kedua ini adalah anak jati Lenggong.Sekolah Kebangsaan Lenggong juga mula dibina di tempat yang baru dengan kemudahan untuk asrama bukan sahaja dari Lenggong tetapi juga dari Grik.Menjelang Rancangan Malaysia ke 5 hingga ke 9 lebeh banyak kemudahan lagi dibina oleh kerajaan termasuk lebuhraya Kuala Kangsar - Grik,lebuhraya Jeli - Grik,jambatan khas di Raban,empangan Temenggor,sekolah Menengah Teknik,Maktab Rendah Sains Mara dan tak lama lagi Kolej perubatan.Sebagai murid yang terlibat dengan kemiskinan orang Melayu sejak tahun 50han lagi saya bersyukur atas apa yang dibuat oleh kerajaan terhadap orang Melayu.Saya juga bersyukur saya dibesarkan di Lenggong dan mendapat pendidikan tinggi di Kuala Lumpur di bawah Dasar Ekonomi Baru.Kita tidak mahu generasi baru orang Melayu yang tidur di tepi jalan dan menghalang lalulintas Sultan yang ingin menjalankan tugasnya demi masa depan orang Melayu.Adakah mereka ini semua tahu apa yang diperjuangkan oleh pemimpin mereka dan bagaimanakah keadaan ibu bapa mereka yang mungkin sezaman dengan saya.Adakan ibubapa mereka mendapat peluang pelajaran seperti yang saya nikmati.Kalau pun tidak, tentu ibubapa mereka telah lebeh senang dari dahulu hasil perkembangan ekonomi negara kerana kita sudah merdeka.Mereka harus sedar bahawa sesuatu perjuangan mesti ada matlamat dan ideolojinya! Bukan taksub kepada pemimpin atau individu tertentu.

Gambar 1 Menunjukkan murid SK Lenggong sedang menduduki Peperiksaan Khas anjuran sekolah.2012.
Gambar 2 Menunjukkan bangunan baru SK Lenggong di kawasan yang selesa bekas sawah padi yang tanahnya subur berhampiran dengan Pekan Lenggong arah ke sebelah kanan dari Utara Grik - Lenggong.
Gambar 3 Bangunan lama SK Lenggong yang sudah tiada lagi.Atapnya genting dan keadaan bilik darjah sesuai untuk pembelajaran dan pengajaran.
Gambar 4. Peta kawasan Lenggong - Kuala Kangsar.Kawasan ini dibangunkan oleh YB Dato' Seri Nazri Bin Tan Sri Aziz Menteri di JPM dengan wakil-wakil rakyat tempatan yang lain sebagai kawasan "Eco Tourism' dan terdapat banyak tempat bercuti milik Majlis Daerah Lenggong dan persendirian.
Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang dan Naib Pengerusi  PBPPPM Negeri Selangor

Friday, July 20, 2012

Majlis Bacaan Yaasin Dan Tahlil Anjuran PBPPPM DC Klang 19hb Julai,2012

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil anjuran PBPPPM DC Klang bagi tahun ini telah di adakan pada 19hb Julai,2012 bersamaan dengan hari Khamis mulai jam 3.45 ptg hingga 6.00 ptg di surau Ubudiah Taman Klang Jaya Taman Sri Andalas Klang.Ianya diadakan di bawah pimpinan Ustadz Saifuddin Bin Ahmad Ketua Biro Agama.Kira-kira 30 orang ahli dan bukan ahli lelaki dan perempuan telah turut hadir.Diharapkan dalam masa yang akan datang   dengan perancangan yang lebeh teliti lebeh ramai ahli PBPPPM DC Klang akan turut hadir.
Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil ini merupakan aktiviti tahunan PBPPPM DC Klang.Selain itu ianya merupakan ingatan kami kepada rakan sejawat yang telah pergi terlebeh dahulu khususnya Setiausaha kami Allahyarham Tn Hj Abd Wahab Bin Abd Hamid.Majlis tahlil ini diadakan untuk mengingatkan kita semua tentang mati.Sebagaimana yang diperkatakan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail orang yang berjaya dalam hidupnya ialah orang yang sentiasa mengingati tentang mati.Maka dengan itu kita akan menjadi lebeh baik dan tidak kedekut unuk bersedekah sempena dengan bulan
Ramadan.Rezeki yang kita dapat setiap hari sebahagiannya Allah telah tentukan untuk orang lain.Jika kita bersedekah tentu Allah akan menambahkan lagi rezeki kita.Kita sedia maklum bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat baik jika kita dapat membantu orang lain khususnya orang yang tidak berkemampuan.Biro Wanita dengan kerjasama PBPPPM DC Klang (induk) akan mengadakan majlis penyampaian barang-barang keperluan Hari Raya dan saguhati kepada ahli yang kurang mampu seperti pembantu pejabat atau tukang kebun.
Sempena dengan bulan puasa ini mari kita renungkan fadilat-fadilatya untuk kita semua.Selama mana Allah memanjangkan umur kita maka selama itulah kita akan bertemu dengan Ramadan.Cuba kita renungkan Ramadan pada tahun yang lalu.Pada tahun ini adakah kita akan menjadikan bulan Ramadan pada tahun ini lebeh baik dari tahun lalu? Marilah kita muhasabah diri agar pada tahun ini Ramadan akan menjadi lebeh baik dari tahun-tahun lalu.Antara persiapan yang kita patut lakukan adalah seperti berikut:-
1. Persiapan Iman: Iman adalah tenaga dan kekuatan dalaman yang menjadi motivasi untuk menggerakkan ibadah di bulan Ramadan.Oleh itu sebelum masuk bulan Ramadan usaha untuk meningkatkan iman perlu dilakukan seperti banyak membaca Al Quran ,beristighfar,berzikir mengingati Allah,Qiamullai dan berpuasa sunat  pada bulan-bulan sebelum Ramadan.Persiapan awal membantu kita untuk menghadapi Ramadan dengan lebeh baik.

2.Persiapan Ilmu.  Kita perlu mengulangkaji dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ibadah puasa dan amalan sunat di bulan Ramadan.Melalui persiapan ilmu ini akan menambahkan lagi kekuatan kita melakukan ibadah kepada Allah.Di samping itu ibadah yang kita akan lakukan lebeh sempurna.

3.Persiapan Fisikal. Pastikan badan kita sihat.Kawal nafsu makan kerana makan yang terlalu banyak akan melemahkan kita untuk beribadat.

4.Persiapan Rohani. Berusahalah daripada melakukan perkara-perkara munkar seperti mata melihat perkara-perkara maksiat,mulut mengupat,mencela,mengeji,mencaci dsbnya.Bagitu juga dengan anggota yang lain.Puasa bukan sekadar menahan makan dan minum sahaja.Sabda Rasul SAW :

"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji,maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkan"
                                                                                         Hadis Riwayat Al Buhari
5. Persiapan Kewangan: Peruntukkan sebahagian harta kita untuk bersedekah pada bulan ini kerana ganjaran kepada orang yang bersedekah amat besar.

Muda-mudahan dengan persiapan yang lebeh baik kita semua melalui Ramadan pada kali ini lebeh daripada tahun-tahun sebelumnya.Insyallah. 

Gambar 1 menunjukkan peserta wanita yang berada di Surau Ubudiah untuk majlis bacaan Yaasin.
Gambar 2 Ahli setia Cik Gu Mahmud Hitam dan J/K Tn Hj Mahali Bin Ramlan berada di surau Ubudiah.
Gambar 3 Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim sedang berucap berterima kasih kepada pihak surau yang telah menyediakan tempat dan tujuan majlis diadakan.
Gambar 4 Tn Hj Ramli Bin Saleh,En Hamzah Bin Mat dan Tn Hj Bustamin sedang bersiap sedia untuk bacaan Yaasin.

Wednesday, July 18, 2012

Apabila Guru Menulis 15 - Kehidupan Sebelum Merdeka

Saya bersekolah kira-kira 7 tahun sebelum merdeka iaitu pada tahun 1950.Ditakdirkan ayah saya meninggal dunia pada tahun 1952.Sebelum meninggal beliau berpesan pada ibu supaya saya disekolahkan sekolah Inggeris supaya masa depan saya cerah.Abang saya yang sulong di sebelah ibu tua telah bersetuju menanggung saya bersekolah.Setelah berada 4 tahun di Sekolah Melayu Lenggong Perak saya bersekolah di Govt English School Lenggong apabila lulus peperiksaan khas yang diadakan oleh kerajaan untuk masuk ke sekolah Inggeris pada masa itu.Tidak ramai yang lulus hanya kira-kira 4 orang dari Sekolah Melayu Lenggong.Apabila sampai ke sekolah Inggeris kami telah berjumpa ramai lagi pelajar luar bandar yang sama dengan kelas saya.Ada yang datang dari Kg Bukit Nangka,Banggul Belimbing,Kota Tampan,Changkat Berangan,Kuak,Luat dan Gerik.Mereka yang jauh ditempatkan tinggal di asrama yang letaknya di Pekan Lenggong bersebelahan dengan May Bank sekarang.Kami datang ke sekolah dengan menaiki basikal.Pada masa itu waktu bersekolah pukul lapan pagi.Guru Besar kami datangnya dari Kuala Kangsar dan beliau berulang setiap hari.Beliau tiba di sekolah pukul lapan pagi sebelum sekolah bermula.Jarak dari sekolah ke Kuala Kangsar kira-kira 30 batu.Nama beliau ialah Mr A Muthiah.Saya sangat minat melihat kereta beliau jenis Rover dan tayar 'spare' terletak di bonet depan kereta sebelah kanan.Warnanya hitam.Pada masa itu sebuah kereta lagi yang saya minati ialah kereta milik ADO Lenggong yang berwarna biru muda.Keretanya jenis Borgward buatan German.Pada masa sekarang kereta jenis itu tiada lagi kelihatan di Malaysia.Mungkin kilangnya sudah ditutup atau diambil alih oleh syarikat lain.Mengenai Tuan Guru Besar tadi oleh kerana beliau kenal dengan keluarga saya beliau sangat baik. Apabila bercakap dengan saya beliau bercakap dalam bahasa Inggeris.Pada hari ini baru saya sedar beliau berbuat demikian supaya kami muridnya mahir berbahasa Inggeris.Saya rasa Tuan Guru Besar ini berbangsa Ceylonese.Kulitnya puteh.
Saya dapati pada masa itu orang Melayu miskin belaka.Ini dapat dikesan dengan apa yang dipakai oleh murid seperti baju,kasut,bag sekolah,basikal dan makanan yang dimakan waktu rehat.Baju jenis kain puteh biasa,kasut jenis tiger shoes,bag jenis rotan,basikal ialah basikal buruk dan makanan yang dimakan waktu rehat ialah nasi berlaukkan ikan kering.Mereka yang mampu makan nasi lemak.Rumah mereka juga sudah usang dan ada yang tinggal rumah seperti pondok beratapkan daun rumbia.Bapa mereka bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah padi.Pada masa itu ramai dari penduduk Lenggong menanam padi.Ayernya masih banyak dan tanahnya subur.Termasuk juga datuk saya menoreh getah dan menanam padi.Saya bernasib baik kerana murid cerdas dan dianugerahkan 'Federal Minor Scholarship' dengan pertolongan Guru Besar.Nilainya RM45.00 sebulan dan pada masa itu nilainya besar dan dengan wang tersebut dapatlah memenuhi keperluan sekolah seharian seperti makan dikantin sekolah,beli baju jenis baik sadikit dan pakai kasut jenama 'Bata'.Bantuan tersebut saya dapat sehinggalah tamat School Certificate.Abang saya yang namanya Mohd Nor bekerja sebagai pegawai kebajikan masyarakat.Beliau lulusan Universiti London dan berkahwin dengan orang Cina dari Ipoh.Pada awal tahun beliau kirim wang kepada Guru Besar untuk keperluan persekolahan saya.Mohd Nor seangkatan dengan Tan Sri Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak sekarang.Pada masa itu sangat sadikit orang Melayu berpeluang pergi belajar ke England kerana masih di bawah pemerintahan kerajaan British.Biasiswanya sangat terhad.Di Maktab Perguruan saya dapat bantuan bulanan untuk belanja harian sebanyak RM150.00 sehinggalah tamat pengajian.Di kolej saya menempa nama lagi dan dapat gelaran pelajar terbaik Akademik.Semasa di Universiti Malaya saya dapat bantuan Federal Teaching Bursary.Masa itu sudah merdeka (1968).Bagitu juga pelajar-pelajar lain semuanya dapat bantuan dari Kerajaan Persekutuan pimpinan BN.Kalau tidak tentu kami semua menoreh getah di kampong atau bekerja sawah atau memungut durian di dusun seperti kawan-kawan kami yang lain yang tak dapat peluang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.Walau bagaimana pun orang kampong mempunyai kelebihan, setiap keluarga mempunyai kebun getah,dusun durian atau sawah padi.Sebagai harta pustaka dapatlah saya memiliki seekar tanah sawah milik ibu di Kg Temelong Lenggong.Tanah tersebut saya perturunkan kepada salah seorang anak lelaki saya dan ditanam dengan kelapa.Barangkali beliau dapat balik ke kampong setahun sekali untuk menemui kaum keluarga saya yang ada di sana.

Pada hari ini ramai dari kawan saya di sekolah telah berjaya.Ada yang menjadi pengarah pelajaran,askar,guru,pemandu kereta api,kontraktor,askar,pegawai PTD,professor universiti dsbnya.Mereka yang memasuki politik berjaya menjadi Menteri Besar dan Timbalan Menteri.Menteri Besar ialah Dato' Seri Tajol Rosli Bin Tan Sri Ghazali Jawi.Beliau ini tidak pernah lupa kawan.Datoknya Cik Gu Hj Jawi tinggal di belakang rumah kakak saya di Kg Bukit Nangka Lenggong.Di satu majlis di Ipoh semasa mesyuarat Agong PBPPPM pada tahun 2006 beliau pada masa itu masih Menteri Besar Perak.Nampak saja saya beliau terus bertegur sapa dan panggil nama saya 'Dan' sahaja.Nama saya ketika di sekolah dahulu.Seterusnya beliau terus memperkenalkan saya kepada daif-daif yang lain.Saya rasa bagitu bangga dengan sahabat saya ini dan harap orang lain yang berjawatan tinggi jangan lupa kepada kawan-kawan.Di majlis yang sama saya jumpa seorang Timbalan Menteri lagi.Beliau dari sekolah yang sama dengan saya juga dan sifatnya seperti dahulu.Beliau terus berbual mesra dengan saya tentang kisah-kisah lama.Beliau ialah YB Dato' Kamsiah Bt Yeop Timbalan Menteri Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

Di hari ini saya rasa bersyukur kepada kerajaan BN.BN telah banyak membantu orang Melayu khususnya dasarnya mengenai pelajaran.Dahulu anak seorang pencuci parit dibawa belajar ke Ipoh.Selepas itu memasuki universiti dan apabila tamat menjawat jawatan sebagai Pengetua yang pada masa dahulu sangat jarang orang Melayu memegangnya.Hari ini beliau dan keluarganya hidupnya senang.Salah seorang adiknya pegawai PTD.Kaum keluarga saya juga semuanya sudah senang belaka sama ada di sebelah ibu tua atau ibu muda.Sebelah ibu tua ada 3 orang yang masih hidup dan sebelah ibu muda kekal 7 orang.Salah seorang adik saya maju dalam perniagaan.Beliau adalah bekas pegawai tinggi Penjara Malaysia menjadi pembantu kepada Dato' Zaman Khan dahulu.Isteri beliau ialah anak wakil rakyat Lenggong YB Dato' Mat Nor Dahan.Kami keluarga ibu muda bersatu padu.Bagitu juga anak keluarga ibu tua yang dipimpin oleh seorang abang kami bergelar Tan Sri bekas seorang jurutera. Bila difikirkan pada masa dahulu kami bagitu susah tak sangka di hari ini keluarga kami sudah memiliki dusun durian yang luas lebeh dari mencukupi untuk kegunaan keluarga.Kami juga telah memiliki resort sendiri di sebelah Tasik Raban tidak jauh dari jambatan baru Tasik Raban.Di samping itu beberapa unit 'Home Stay' sedang dibina di sebelah pusat Pekasam Negara Tasik Raban.Namanya 'De Impiana' dan telah pun mula beroperasi.Tanpa pembangunan pesat dalam bidang 'Agro Tourism' yang diperkenalkan oleh YB Dato' Seri Nazri Bin Tan Sri Aziz Yeop Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di JPM bersama-sama dengan wakil-wakil rakyat tempatan kawasan ini tidak mungkin membangun.Semua ini tidak akan terjadi tanpa buah fikiran beliau untuk memajukan Lenggong.Kami anak-anak Lenggong berasa bangga dengan beliau.Pada masa sekarang keluarga kami sedang terlibat dalam bidang pembangunan ladang kelapa sawit yang dipercayai mempunyai prospek yang baik dari segi ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk-penduduk Lenggong.Insyallah. 

Gambar 1 menunjukkan satu pemandangan indah dari arah ladang gaharu yang sedang membesar di Tasik Raban,Lenggong.
Gambar 2 menunjukkan penulis dan seorang sahabat En N Velu di ladang gaharu.
Gambar 3 menunjukkan penulis dengan kaum keluarga di sebelah resort sendiri di Tasik Raban.
Gambar 4 Encik N Velu yang baru lepas melawat kolam memelihara ikan di Tasik Raban.

Monday, July 16, 2012

Peristiwa Bergambar Mesyuarat Agong PBPPPM DC Klang Kali Ke 15


     Mesyuarat Agong PBPPPM DC Klang kali ke 15 telah diadakan pada 16hb Jun,2012 di Dewan Utama PPD Klang bersamaan dengan hari Sabtu mulai jam 8.30 pagi-12.30 tengah hari.Mesyuarat pada kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya diresmikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Onn Bin Hj Ismail  bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.Beliau dalam ucapannya menghargai jasa-jasa kaum guru dalam perjuangan kemerdekaan dahulu.Kaum guru adalah tenaga utama menggerakkan semangat kebangsaan.Beliau berharap pada kali ini, pilehan raya kali ke 13 kaum guru akan terus menyokong kerajaan Persekutuan.Pihak kerajaan juga telah banyak mengubah taraf hidup kaum guru dan pada masa sekarang ramai yang ingin menjadi guru.Dari kekosongan 20,000 orang yang memohon ialah seramai 80,000 orang.Memang sukar memilih yang terbaik dari yang baik.
Mesyuarat kali ini jawatan yang penting telah disandang oleh orang yang sama kerana kemampuan mereka.Mereka juga telah berjasa kepada PBPPPM DC Klang dan ada yang merupakan ahli pengasas persatuan.Ketua Wanita telah disandang oleh Pn Kamariah Bt Zainuddin bekas Pengetua Cemerlang SMK Rantau Panjang.Pada sesi yang lalu beliau ialah seorang jawatankuasa.Ketua Wanita lama Pn Hjh Maznah Bt Bahari yang telah banyak berjasa telah menarik diri daripada bertanding kerana umur sudah meningkat.Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan berharap beliau akan terus bersama dengan perjuangan PBPPPM DC Klang.Seorang muka baru yang dipileh ialah Pn Hjh Patimah Bt Mustapa bekas seorang kakitangan di Jabatan Pendidikan Selangor.
     Pada sesi ini PBPPPM DC Klang akan meneruskan aktivitinya seperti dalam tahun-tahun yang lalu.Antara aktiviti penting yang dijalankan termasuk lawatan ahli yang sakit,menziarahi mereka yang meninggal dunia dan sambutan hari perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri,Deepavali dsbnya.Dalam usaha mencari kewangan persatuan akan terus mengadakan majlis amal seperti 'Majlis High Tea' dan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.Usaha mencari ahli akan diteruskan oleh Biro Keahlian dan kumpulan sasaran ialah guru-guru siswazah.Guru siswazah merupakan golongan yang mampu membantu PBPPPM DC Klang jika mereka mahu khususnya untuk projek bangunan persatuan.Di salah satu cawangan dalam Negeri Selangor kumpulan ini telah banyak membantu persatuan dalam usaha mencari kewangan.
Antara aktiviti yang paling popular di kalangan ahli-ahli ialah lawatan.Pada sesi ini persatuan akan mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi sebagai aktiviti bersantai dan membeli belah bagi mereka yang berminat.Lawatan ke luar negeri ialah ke Vietnam.Pengerusi Biro Lawatan di bawah pimpinan Pn Kamariah Bt Zainuddin yang mempunyai banyak  pengalaman mengenai urusan lawatan.Jika ahli kurang berminat untuk ke Vietnam destinasi pilehan kedua ialah Bukit Tinggi Sumatra Indonesia.Bagi wanita Bukit Tinggi merupakan tempat membeli belah khususnya barang-barang buatan jahitan seperti telekung,tutup meja, baju,dsbnya.Selain membeli belah Bukit Tinggi mempunyai pandangan yang indah dan udaranya nyaman.Wanita juga mempunyai rancangan untuk mengadakan kursus kesihatan untuk ahli.Pilehan jenis penyakit mereka akan berbincang dengan pihak Pusat Kesihatan Bukit Kuda Klang.
     Menghadiri mesyuarat agong adalah penting bagi ahli-ahli PBPPPM DC Klang.Di sinilah mereka dapat bertemu dengan kawan-kawan lama bertanya khabar hal anak-anak,kesihatan dsbnya.Majlis lain mereka boleh bertemu ialah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.Di Mesyuarat Agong juga mereka boleh mengemukakan usul atau apa-apa cadangan yang baik mengenai perjalanan persatuan.Di majlis kursus kesihatan adalah satu venue mereka boleh berjumpa dengan kawan-kawan.Kursus kesihatan diadakan sekali setahun.Pihak PBPPPM DC Klang mendapat kerjasama dari PPD Klang untuk menggunakan Dewan Utama PPD.Bilik tersebut selesa untuk kegunaan ahli-ahli di samping mempunyai kemudahan tayang LCD projector dan sistem suara yang baik.Terima Kasih diucapkan kepada PPD Klang.
     Selepas mesyuarat agong cawangan mesyuarat agong negeri akan diadakan dalam bulan Ogos setiap tahun.Mesyuarat Agong Kebangsaan akan diadakan dalam bulan December,2012.PBPPPM DC Klang seringkali menghantar perwakilannya ke Negeri Selangor dan ke peringkat Kebangsaan.Pada sesi ini mesyuarat kebangsaan akan diadakan di Negeri Melaka.Insyallah ramai perwakilan dari Daerah Klang dan Negeri Selangor akan turut hadir.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Tuan Setiausaha En Norhamdan Bin Baharin.

Thursday, July 12, 2012

Apabila Guru Menulis 14-Personaliti Mempengaruhi Tingkahlaku

Personaliti seseorang dan bagaimana beliau response terhadap alam sekelilingnya  dan orang ramai adalah penting bagi seseorang pentadbir.Mudah bergaul dan pandai bebual akan mempunyai rakan dan sahabat yang ramai.Dengan mempunyai rakan dan sahabat yang ramai segala perkara yang ingin dilakukan mudah dilaksanakan.Seorang Pengetua/Guru Besar perlu mempunyai sifat-sifat ini.Tanggungjawab seorang Pengetua/Guru Besar selain melaksanakan kurikulum sebagaimana yang dikehendaki Kementerian Pelajaran ialah perlaksanaan kokurikulum seperti sukan,pendidikan jasmani dan perjalanan kelab-kelab di sekolah.Semua ini adalah ke arah pembentukan personaliti yang baik dan penanaman nilai-nilai  murni seperti pandai bergaul,kasih sayang,simpati dsbnya.Orang Melayu memang terkenal dengan sifat lemah lembut,sentiasa bertolak ansur,suka menolong dan bersimpati dengan orang lain apabila kaum keluarga,sahabat handai atau rakan sejawatnya menghadapi musibah atau ujian-ujian dari Allah.Walau bagaimana keadaan ini sudah beransur berubah dengan proses modenisasi,pendidikan yang lebeh baik,peningkatan taraf ekonomi dan proses sosialisasi yang berbeza dengan masyarakat traditional Melayu.Kata orang kalau hidup senang, susah hendak bersimpati dengan orang yang hidupnya susah.Kalau hidupnya biasa mengalami kesusahan akan faham apa ertinya kemiskinan.Sekarang ini terdapat  perubahan sikap jika berhadapan dengan keadaan di sekelilingnya.Tun Dr Mahathir bekas PM Malaysia sangat sensitif terhadap hal ini dan menyampaikan kerisauannya tentang hal orang Melayu ini.Sajaknya Melayu Mudah lupa mengingatkan kita bangsanya dipijak,dulu bangsanya retak,dulu bangsanya teriak,dulu bangsanya haprak,dulu bangsanya kelas dua dan berbagai-bagai kesusahan lagi.Seterusnya Tun mengingatkan wahai bangsaku jangan mudah lupa kerana perjuangan belum selesai.
     Tanggung jawab seorang Pengetua/Guru Besar selain perlaksanaan kurikulum, kokurikulum,pengurusan pejabat termasuk kewangan,guru dan kakitangan termasuk pembangunan insan,pembangunan fisikal sekolah dan hubungan dengan pihak luar.Hubungan luar ini amat penting jika kita ingin berjaya dalam pengurusan.Nama-nama besar seperti Tan Sri Murad,Tan Sri Abd Rahman Arshad,Dato' Jumaat Bin Mat Nor,Dato' Dr Isa Bin Ramli,Tan Sri Rafae Mahat,Dr Shukor Abdullah dll lagi semuanya hebat dari segi perhubungan awam.Nama mereka akan sentiasa dikenangi oleh guru-guru,kakitangan dan staf di bawah mereka termasuk orang-orang yang kenal dengan mereka secara pribadi.Hubungan luar selain dari pihak PIBG dan Lembaga Pengurus termasuk personaliti-personaliti penting dari jabatan lain,wakil rakyat tempatan dsbnya.Pada hari ini sangat sadikit Pengetua/Guru Besar yang kenal dengan DO,YDP Majlis Perbandaran/Tempatan,OCPD,Tuan Kathi dsbnya dibandingkan dengan Pengetua/Guru Besar 30 tahun dahulu.Ini harus ditingkatkan.
     Bila membincangkan mengenai personaliti, teori dari barat menekankan kepada proses sosialisasi dan bagaimana seseorang bertindak dengan keadaan sekelilingnya.Proses sosialisasi adalah proses penanaman nilai-nilai di dalam diri seseorang.Ianya berlaku bermula dari  seseorang dilahirkan sehingga ianya mencapai dewasa.Penanaman nilai-nilai ini adalah secara formal dan tidak formal.Secara formal melalui pendidikan di sekolah dan tidak formal melalui didikan ibu bapa di rumah termasuk perhubungan dengan rakan sebaya.Professor Dr Marimuthu dari UM menekankan betapa pentingnya didikan dari ibubapa ini.Dalam masyarakat Melayu berbeza dengan masyarakat orang India dsbnya.Inilah berbedanya antara orang Melayu,orang India dan orang Cina.Masing-masing semasa kecilnya ditanam dengan nilai-nilai mengikut budaya dan keturunan masing-masing termasuk sistem kepercayaan,agama dsbya.Dalam kajian keciciran oleh Kementerian Pelajaran dalam tahun 60han dahulu telah ditekankan mengenai masalah kemiskinan dan masalah 'child rearing' semasa zaman kanak-kanak ini.Masalah nutrisi dan kekurangan barang-barang yang berunsurkan pendidikan diatasi dari masa ke semasa.Maka timbullah bantuan buku teks dan bantuan minum susu di sekolah rendah di seluruh negara.
     Islam menekankan soal hati apabila membincangkan mengenai personaliti dan bagaimana hati boleh mempengaruhi tindakan seseorang terhadap keadaan sekelilingnya.Jika berseh hatinya maka segala tindakannya adalah perkara yang baik.Jika hatinya busuk maka segala tindakannya akan membawa kepada perkara-perkara yang tidak baik.Mereka yang sentiasa mengingati Allah, membaca kalimat-kalimat Allah hatinya akan menjadi berseh dan tindakannya perkara-perkara yang baik.Jika tidak pernah mengingati Allah dan menyebut ayat-ayat Al Quran maka jiwanya akan menjadi kosong dan bila bertindak akan dipengaruhi oleh emosi dan lebeh merupakan hasutan dari syaitan.Imam Al Ghazali seorang ulama besar dan ahli falasafah dari Khurasan (Iraq Utara) ini yang hidup dalam kurun ke 12 dahulu mengemukakan pendapat seperti berikut:-
Manusia mempunyai dua sifat iaitu sifat Mahmudah dan sifat Mazumah.Sifat Mahmudah ialah sifat-sifat yang mulia seperti berbudi pekerti mulia,baik,suka menolong orang,bersimpathi,pemurah dsbnya.Sifat sifat Mazumah ialah sifat-sifat yang dipengaruhi oleh emosi seperti tidak suka kepada ramai orang,mudah marah,dengki dan tidak suka mengambil tahu hal orang lain.Cara bertindak seseorang yang mempunyai sifat Mazumah ini dipengaruhi oleh nilai-nilai pribadi dan bukan merupakan nilai kumpulan atau nilai-nilai sesuatu masyarakat.Orang seperti ini susah mendapat kawan dan susah bergaul dengan orang lain.Jika menjadi pentadbir mudah marah dan bertindak lain dari orang yang lain.
     Seorang Pengetua/Guru Besar selaku pentadbir dan pengurus harus membuat muhasabah diri mereka sendiri.Ketahuilah di mana kita berada dan dalam pengurusan bagaimana kita bertindak terhadap guru-guru kakitangan dan pihak luar yang ada hubungan dengan kita dan sekolah.Dalam bertindak adakah kita berlaku adil terhadap diri kita sendiri dan terhadap orang lain.Sebenarnya guru-guru dan kakitangan adalah aset yang sangat penting kepada seorang Pengetua/Guru Besar.Bagitu juga pihak luar yang ada hubungan dengan sekolah.Tanpa kerjasama mereka matlamat dan objektif sekolah tidak akan tercapai.Persepsi yang positif daripada guru-guru,kakitangan dan pihak luar terhadap Pengetua/Guru Besar adalah penting.Persepsi yang negatif akan membawa kepada kehancuran.Akhir-akhir ini kita ada mendengar ada Pengetua meminta guru-guru dan kakitangan membuat 'appointment' jika ingin berjumpa dengan beliau.Sistem seperti ini tidak ada dalam teori pengurusan sekolah.Ianya berlaku di zaman penjajahan dahulu.Menyentuh mengenai teori personaliti yang dibawa oleh barat dan teori Islam semuanya mempunyai kebenaran.Teori barat mempunyai bukti-bukti yang sah secara 'empirical' manakala teori Islam itulah sistem kepercayaan orang Islam.Islam menekankan kepada perkara-perkara fisikal dan perkara spiritual.Manusia terjadi dari unsur fisikal dan juga unsur spiritual seperti roh.Teori sosialisasi kita tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku semasa kita kecil dahulu kerana itu di luar kawalan.Apa yang kita boleh buat setelah diketahui di mana kita berada dalam kontinum baik dan burok kita boleh mengubahnya dari segi cara kita berfikir dan bertindak.Mungkin kita rasa kita betul semasa kita bertindak tetapi sebenarnya tidak.Jangan sekali-kali bertindak atas nilai-nilai pribadi kerana dalam pengurusan yang diperlukan nilai bersama.Dari segi teori Islam ianya menekankan ketakwaan kita kepada Allah SWT.Semakin dekat kita dengan Allah maka cara kita bertindak lebeh kepada bersifat Mahmudah daripada sifat Mazumah.Dalam Islam sesuatu kaum itu boleh mengubah nasibnya sendiri jika kaum itu mahu mengubahnya.Pihak pengurusan tertinggi juga mestilah mampu untuk  mengesan mereka yang mempunyai sifat-sifat Mahmudah ini daripada mereka yang mempunyai sifat Mazumah dalam usaha untuk meningkatkan mobiliti staf dan kakitangan ke atas.Jika tersalah pilih maka meranalah orang-orang yang ditadbir oleh mereka khususnya di dalam struktur organisasi yang melibatkan orang ramai.Sama ada teori barat atau teori Islam mengemukakan manusia itu boleh berubah jika ianya mahu berubah.Dalam pengurusan mesti ada transformasi dari masa ke semasa kerana persekitaran itu sentiasa berubah.Insyallah kita semua boleh berubah seperti mana yang telah berlaku dalam budaya manusia sejak dahulu hingga sekarang.Sebenarnya pentadbiran dan pengurusan itu adalah satu seni.Seni bagaimana mengurus manusia ke arah pencapaian objektif organisasi yang telah kita rancang bersama sesuai dengan keperluan Negara.Lihat apa kata Ketua Setiausaha Negara yang baru Datuk Seri Dr Ali Hamsa "My door is open to everyone".

Gambar 1 menunjukkan seorang guru yang pandai menyanyi.Guru ini personalitinya mudah bergaul dan beliau ingin berubah.Sekarang ini beliau merupakan seorang pegawai PTD yang berjaya dan tidak lagi menjadi guru.Syabas diucapkan.Ini merupakan satu kejayaan buat kaum guru.

Gambar 2 menunjukkan ahli-ahli Perkumpulan Perempuan Meru atau WI sedang menyanyi lagu-lagu kebanggan mereka.Orang yang suka bergaul seperti ini senang membawa transformasi atau perubahan kepada masyarakat.

Gambar 3 menunjukkan bekas seorang Wakil Rakyat YBhg Dato' Nawawi Bin M Zain yang juga seorang Exco sedang menjalankan tugasnya di satu majlis amal "Malam Sekalong Budi" anjuran PBPPPM DC Klang pada tahun 2007.Wakil Rakyat sering membawa perubahan kepada masyarakat untuk bergerak maju ke hadapan.

Friday, July 6, 2012

Perancangan Aktiviti PBPPPM DC Klang Sesi 2012-2014

Bagi mengerakkan perjalanan Persatuan struktur organisasi PBPPPM DC Klang dibahagikan kepada Biro-Biro.Biro Utama iaitu Biro Kebajikan dan Sosial.Ianya diketuai oleh Pengerusi dan merangkumi tiga entiti iaitu Kebajikan dan Sosial,Badan Khairat Kematian dan Biro Lawatan.Kedua ialah Biro Wanita,Ketiga Biro Keahlian,Keempat Biro Ekonomi ,Kelima Biro Agama, Ke Enam Biro Pendidikan dan Ketujuh Projek Khas.Projek khas khususnya untuk mencari dana untuk satu-satu projek.Mithalnya pada tahun 2007 telah diadakan 'Malam Sekalung Budi' untuk Tabung Bangunan PBPPPM DC Klang.Sejak tahun tersebut ianya terus  berjalan dan adakalanya terpaksa ditangguhkan seperti pada tahun 2008 kerana kemelesetan ekonomi dan kejatuhan kerajaan BN di Negeri Selangor.Setiap Biro ini ada mempunyai rancangannya tersendiri dan diketuai oleh seorang jawatankuasa dan mempunyai seorang setiausaha,bendahari dan beberapa jawatankuasa yang dilantik dari jawatankuasa atau ahli-ahli yang mampu menjalankan tugasnya oleh Ketua Biro.
Gambar 1 menunjukkan seorang ahli En N.Velu bersama-sama dengan En Hamzah Bin Mat seorang Jawatankuasa berada di Istana Haemongku Buwono di Surubaya Jawa Tengah pada tahun 2008.Gambar 2  Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hashim bersama-sama dengan beberapa Jawatankuasa dan ahli-ahli PBPPPM DC Klang di satu Majlis ceramah Agama di Surau Insaniah Jalan Banting Sri Andalas Klang pada awal tahun 2012.Gambar 3 menunjukkan rombongan PBPPPM DC Klang berada di Taman Orang Utan Kucing Sarawak pada bulan April,2011.
Bagi sesi 2012-2014 Biro-Biro ini sebagaimana yang telah dinyatakan mempunyai rancangan masing-masing.Pada sesi ini Biro Kebajikan dan Sosial mempunyai rancangan untuk melawat pesakit,menziarahi ahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli yang kurang mampu menyambut Hari Raya Aidil Fitri.Bersempena dengan bulan Puasa nanti  akan diadakan lawatan ke rumah mereka dengan kerjasama Biro Wanita seperti yang dijalankan pada tahun lalu 2011.Selain dari aktiviti tersebut Biro Kebajikan dan Sosial akan mengadakan Majlis Amal dan Sambutan Aidilfitri 2012.Ianya bukan sahaja untuk ahli tetapi juga untuk kaum guru yang sedang bertugas dan orang-orang individu yang berminat membantu PBPPPM DC Klang.Ianya dijangka akan diadakan di sebuah Hotel di Klang atau di Shah Alam.Biro Pendidikan yang dijangka akan di Ketuai oleh seorang Wanita akan meneruskan aktivitinya Peningkatan Akademik di SK Jln Paip Meru,Klang mulai tahun ini hingga tahun hadapan 2013.Selain dari itu Kursus Komputer akan diteruskan bagi mereka yang berminat.Tiga kali untuk tahun ini dan tiga kali untuk tahun hadapan(2013).Badan Khairat Kematian akan meneruskan aktivitinya untuk meramaikan keahlian bagi tahun 2012 dan 2013.Selain dari itu ianya akan meneruskan mencari jalan bagaimana mendapatkan kewangan untuk Badan Khairat Kematian seperti membuat Simpanan Tetap di bank yang akan dapat memberi sumbangan yang lebeh dari segi dividen.Contohnya dalam akaun Bank Rakyat Pelaburan Am-i Qiradh Bank Rakyat.Biro Lawatan akan mengadakan aktivitinya membuat lawatan dalam negeri dan luar negeri bagi tahun 2012/2013.Dalam negeri lawatan ke Pulau Langkawi dan luar negeri ke Bukit Tinggi Indonesia atau Vietnam.Biro Wanita yang merupakan sayap kanan persatuan akan meneruskan aktiviti mereka dengan lawatan ke Wad Kanak-Kanak HTAR Klang di samping membuat lawatan dengan Biro Kebajikan dan Sosial sempena bulan puasa ini.Bagitu juga jika ada lawatan ahli yang sakit atau menziarahi rakan-rakan kita yang meninggal dunia.Sambutan Hari Ibu/Hari Bapa juga dalam perancangan mereka.Di samping itu Biro Wanita sentiasa memainkan peranan aktif dengan Biro Wanita di peringkat Negeri Selangor.Biro keahlian akan meneruskan aktiviti mereka meramaikan ahli-ahli khususnya guru-guru siswazah.Satu majlis sedang dirancang untuk mereka supaya dapat membantu persatuan kita khususnya untuk Tabung Bangunan.Di samping itu Biro Keahlian diminta menyediakan satu buku keahlian yang lengkap berserta dengan nama ahli-ahli yang telah meninggalkan kita semua.Dengan kerja keras Biro ini kita akan dapat terus bertahan menjadi cawangan yang paling ramai ahli dan paling aktif di Negeri Selangor.Biro Ekonomi pula akan meneruskan mencari jalan bagaimana dapat menyertai aktiviti Ekonomi dan membantu persatuan mendapatkan dana untuk Tabung Bangunan.Biro Agama akan meneruskan aktiviti mereka dengan upacara agama seperti ceramah dan menghadiri acara keagamaaan anjuran TV 3.Di samping itu Biro ini ada perancangan untuk mengadakan Majlis Korban dan Majlis Tahlil di surau yang boleh dihadiri oleh ramai ahli-ahli khususnya di Sri Andalas Klang.Biro Pendidikan akan meneruskan Projek Peningkatan Akademik di SK Jln Paip Meru Klang.Ianya akan dibantu oleh pakar tempatan Dr Turiman Bin Suandi dan bekas pegawai tinggi persatuan yang berminat dengan aktiviti tersebut.Selain itu bekas Guru Besar berpengalaman akan dilantik menyertai Biro ini.
Projek Khas sedang dirancang oleh Pengerusi untuk mengadakan Majlis High Tea/Dinner dengan kerjasama Biro Wanita Negeri Selangor yang pakar dalam bidang ini.Perkara ini dapat dilakukan selepas Pilehanraya Umum yang akan datang.Pengerusi juga bersama Setiausaha sedang memikirkan cara-cara untuk mendapatkan dana untuk kursus generasi muda yang akan datang seperti 'kem motivasi satu malam' di sebuah pusat pelancongan di Selangor dan dapat dihadiri oleh jawatankuasa induk persatuan.
Pengerusi dan semua Jawatankuasa PBPPPM DC Klang sesi 2010-2012 mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada semua ahli dan orang-orang individu yang sentiasa menyokong kami mengadakan aktiviti di sesi yang lalu.Tanpa mereka kita tidak akan berada di tempat seperti di hari ini.

Apabila Guru Menulis 13 -Masa Bersara Dan Apa yang Boleh Dilakukan

Apabila kita bersara bermakna kita akan menjalani kehidupan yang baru, satu fasa yang menyeronokkan jika kita mempunyai ilmu dan perhubungan persahabatan yang luas dengan kawan-kawan dan anggota masyarakat.Ilmu yang paling penting ialah 'proses penuaan' dan bagaimana mekanisma ini mempengaruhi kehidupan kita.Yang kedua ialah ilmu mengenai kesihatan dan bagaimana ilmu ini boleh membantu kita.Ketiga ialah ilmu pergaulan bagaimana kita boleh 'get along' dengan orang lain.Jika kita berseorangan kita akan berasa kesunyian
Keempat ialah ilmu keagamaan di mana ianya memberi ketenangan terhadap jiwa kita jika kita menghadapi masalah dalam kehidupan.Di peringkat umur kita meningkat kita akan menghadapi masalah berikut:

1.Perasaan keseorangan dan Kesunyian.Antara sebab-sebabnya seperti berikut:
i)Kerana hidup membujang atau tiada kahwin
ii)Kehilangan pasangan hidup
iii)Kehilangan teman-teman kerana kita tidak pandai berkawan
iv)Berjauhan dengan anak-anak
v)Kekurangan keupayaaan untuk bergerak

2.Kesempitan kewangan kerana:
i)Bersara
ii)Peningkatan perbelanjaan untuk rawatan perubatan

3.Perubahan Pada Tubuh Badan
i)Segala pergerakan dan tindakbalas menjadi lembap
ii)Kurang daya ingatan
iii)Lemah sendi dan otot
iv)Kurang daya penglihatan dan pendengaran
v)Masalah tidur

4.Tanda-Tanda Awal Anda Tidak Dapat Menyesuaikan Diri Di Usia Tua:
i)Cepat Marah
ii)Sentiasa Berasa Leteh Dan Lesu
iii)Mudah Risau
iv)Kesedihan Yang Berlarutan
v)Sukar Menjalankan Kehidupan Seharian
vi)Mudah Lupa
vii)Gangguan Tidor
viii)Kurang Selera Makan

5.Petua Ke Arah Kesihatan Mental Yang Baik
Luahkan Masalah Anda Dengan Orang Lain
i)Kongsi Masalah Dengan Orang Lain Dapat Membantu Anda
6.Luaskan Pergaulan
i)Cari jalan Bertemu Semula Kawan-Kawan Lama
ii)Libatkan Diri Dalam Aktiviti -Aktiviti Persatuan Atau Kelab

7.Penuhi Waktu Sebaik-Baiknya
i)Dengan Membaca
ii)Berkongsi Hobi Atau Kegemaran Dengan Keluarga,Sanak Saudara,Jiran Dan Kawan-Kawan

8.Jaga Kesihatan Diri
i)Bersenam Selalu
ii)Makan Makanan Seimbang
iii)Minum Air Yang Banyak

9.Lakukan Aktiviti Bersama Keluarga
i) Bersiar-Siar Menonton Wayang Atau Makan Di Luar
ii)Berkongsi Hobi
iii)Berbincang Mengenai Masalah Keluarga /Isu-Isu Semasa
iv)Bersembahyang Jemaah Ke Surau/Mesjid Bersama Keluarga/Mendengar Ceramah Agama

10.Bersikap Realistik Mengenai Perubahan Dalam Aspek:
i)Kekuatan Fisikal
ii)Daya Ingatan
iii)Daya Tumpuan Mithalnya Memandu Kereta

11.Ketahui Hak-Hak Anda
i)Diskaun Untuk Warga Emas Mithalnya Tambang Kereta Api Dan Kapal Terbang
ii)Kemudahan Kesihatan.Ada Unit Warga Emas Di Pusat Kesihatan/Hospital Kerajaan,Ada Subsidi Alat Pendengaran,Kanta Mata,Ganti Lutut Dan Ubat-Ubat Istimewa Mithalnya Pesakit Kanser Bagi Kakitangan Kerajaan.
iii)Sentiasa Bertanya Dengan JPA Bagi Kakitangan Pesara Kerajaan.
iv)Sentiasa Membuka Website JPA Bahagian Pasca Perkhidmatan Untuk Maklumat-Maklumat Lanjut Mengenai Kemudahan Pesara-Pesara.
Gambar Satu Menunjukkan 4 Orang Tokoh Guru Daerah Klang 2011.Mereka ini semua aktif dalam Persatuan dan kegiatan masyarakat.
Gambar 2 menunjukkan Tokoh Guru Daerah Klang 2011 Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim yang merupakan seorang Komissioner Pengakap Dan Bendahari PBPPPM sejak 2006.
Gambar 3 Menunjukkan beberapa orang Pegawai Utama PBPPPM DC Klang sedang bertugas mengadakan Majlis High Tea untuk Tabung Pesara Guru-Guru Negeri Selangor.Majlis diresmikan Oleh YB Dato' Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Perusahaan Asas Tani Malaysia.Mac 2012.

Rujukan:
1.Website JPA Pasca Perkhidmatan-Bahagian Kesihatan
2.Kementerian Kesihatan Malaysia-Risalah Menyesuaikan Diri Anda Di Usia Tua.