Monday, November 29, 2010
Apabila Guru Menulis 2 PBPPPM DC Klang
Lawatan merupakan satu aktiviti PBPPPM DC Klang yang sangat diminati oleh ahli-ahli.Lawatan yang disukai ialah lawatan dalam negeri dan lawatan ke negara-negara Asean seperti Indonesia.Pada bulan April 2009 PBPPPM DC Klang telah membuat lawatan ke Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam.Lawatan tersebut meninggalkan kenangan yang mendalam kepada ahli-ahli.Salah satu darinya ialah 'island hopping' dan dapat melihat Tasek Dayang Bunting selain melihat bagaimana cara memberi makan burung helang di atas permukaan laut.Selain dari melawat tempat-tempat bersejarah mengelilingi Pulau Langkawi kami juga sempat membeli belah di Pekan Kuah pada hari kedua di Pulau tersebut(petang) dan pada hari ketiga(pagi) berada di sana.Membeli belah di Pulau Langkawi memang mengila-gila semua mahu antaranya kain batik Indonesia,cadar-cadar terpileh,'crockery',bahan makanan seperti bilis,biji gajus,minyak gamat dsbnya.Rasanya kami ke sana lagi bila ada rombongan baru kerana tidak semua kami dapat lihat dalam masa sesingkat itu.Insyallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment