Wednesday, November 24, 2010
Lawatan Ke Jawa Tengah dan Jogjakarta PBPPPM DC Klang 2008
Pada tahun 2008 PBPPPM DC Klang telah membuat lawatan ke Jawa Tengah,Surubaya,Jogjakarta termasuk Borobodur dan tempat peranginan Gunung Bromo.Hari pertama tiba ke Indonesia di bawa melawat Pekan Surubaya termasuk istana Sutan Homengko Bowono yang bersejarah itu.Kami berpeluang melihat kereta kuda yang digunakan oleh Sutan Homengko Bowono dahulu dan tempat bersidang pembesar-pembesar dalam istana tersebut.Pada hari pertama waktu petang kami terus ke Jogjakarta dan melawat Borobodor yang masyhur itu.Selepas itu melawat ke pondok yang ditimpa gempa bumi pada besok harinya dan sempat menyampaikan sadikit wang sumbangan dari para peserta dari Malaysia seramai 20 orang.Waktu petang kami balik ke hotel dan waktu malam membeli belah di Jogjakarata sama ada di supermarket atau pasar malam yang terdapat berdekatan dengan hotel.Hari kedua kami bertolak ke Bromo dan sungguh sejuk udaranya lebeh dari Genting Highland.Besoknya bertolak semula ke Surubaya dan sempat sembahyang di mesjid Wali Songo.Satu lawatan dibuat ke tempat perkapalan dan pada malamnya makan malam di restoren terkenal dibandar tersebut.Sekali lagi selepas makan malam sempat membeli belah di satu kawasan yang terdapat supermarket yang baru dibina.Besoknya kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dan sempat dibelanja minum pagi oleh bekas DUN Morib Dato' Hj Samad Bin Maharuddin yang juga anggota rombongan.Lawatan ini meninggalakan Nostalgia yang mendalam kepada ahli-ahli kami khususnya yang sempat berurut secara traditional di Jogjakarta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment