Pada bulan November 2010 Biro Wanita PBPPPM DC Klang telah mengadakan lawatan ke Wad Kanak-Kanak HTAR Klang.Ianya dihadiri kira-kira 15 orang ahli jawatankuasa termasuk wanita.Pihak kami telah mendapat sambutan yang meriah dari pihak hospital dan ibu bapa wad kanak-kanak.Sambil melawat dan memberi kata perangsang pihak kami juga telah memberi cenderamata yang sesuai kepada kanak-kanak dan merupakan bahan makanan yang dibenarkan.Lawatan serupa ini merupakan kali ke 2 kami laksanakan sejak tahun lalu(2009).Kegiatan sosial seperti ini memang digalakkan oleh semua pihak khususnya pada masa sekarang terdapat kurang penekanan terhadap rasa kasih sayang antara ibu bapa dan kanak-kanak.Bagitu juga antara orang awam dengan kumpulan-kumpulan seperti ini.
Gambar pertama menunjukkan Pn Hajjah Maznah Bt Bahari Ketua Biro wanita berbual sesuatu dengan kanak-kanak dan gambar kedua ahli jawatankuasa bergambar ramai.Kita ucapkan Tahniah kepada Biro Wanita dan Insyallah pada tahun hadapan kita adakan lagi.Acara ini juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Induk sebagai acara tahunan persatuan kami.Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak-pihak tertentu yang telah memberi sokongan berupa kewangan,barang-barang dan sokongan moral di atas kegiatan tersebut.
No comments:
Post a Comment