- Pengurusan Pendidikan secara moden telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1970han apabila Mesti ditubuhkan.Dr Hanafiah Bin Hj Arshad menjadi penyelia kursus dengan menjemput pensyarah dari Universiti Malaya seperti Professor Dr Awang Had Bin Salleh,pegawai kanan Kementerian Pelajaran seperti Dato' Jumaat Bin Mohd Nor dll sebagai pensyarah untuk Guru Besar sekolah Menengah dan Rendah.Pada tahun 1980han IAB ditubuhkan dan kursus-kursus pengurusan diteruskan sehingga kini.Pada hari ini semua Pengetua dan Guru Besar telah terlatih dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah.Istilah Pengetua mula digunakan untuk sekolah menengah mulai tahun 1980han.Sekolah rendah kekal dengan gelaran sebagai Guru Besar.
- Pada peringkat awal mesti mengadakan kursus untuk Pengetua(Men) dan Guru Besar(Rendah) di Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras,Kuala Lumpur.Sejarah Pengurusan moden diperkenalkan dan kaitannya dengan dunia pendidikan.Konsep-konsep seperti perancangan,organisasi,delegasi tugas,seliaan,belanjawan dsbnya diperkenalkan.Pada masa itu sekolah menengah kebanyakan belum digredkan.Sekolah premier jawatan Pengetua adalah Superscale G dan kebanyakan sekolah yang besar lain Tingkatan Kanan.Sekolah yang sederhana besar dan kecil (Men)kebanyakannya ditadbirkan oleh Pengetua bukan siswazah.Mereka ini merupakan guru latihan luar negeri seperti Brinsford atau Kirkby College atau latihan maktab.Mereka merupakan Pengetua yang cekap dan cemerlang khususnya dalam kegiatan Gerko dan Sukan sekolah.
Monday, November 29, 2010
Apabila Guru Menulis 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment