Monday, June 11, 2012

Mesy Agong Dwi Tahunan PBPPPM DC Klang 16hb June 2012 Sabtu 8.30 am - 12.30 pm Dewan Utama PPD Klang

Mesyuarat Agong PBPPPM DC Klang akan diadakan di Dewan Utama PPD Klang pada 16hb June,2012 bersamaan dengan hari Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 12.30 pm.Mesyuarat dwi tahunan ini adalah kali ke 15 sejak PBPPPM DC Klang ditubuhkan.PBPPPM DC Klang telah ditubuhkan pada tahun 1993 kira-kira 19 tahun yang lalu.Semua ahli sama ada yang jauh atau dekat dijemput hadir.Mesyuarat pada kali ini dijangka akan dihadiri oleh ramai ahli kerana Pmg Setiausaha En Norhmadan Bin Baharin telah mengambil pendekatan baru dalam usaha menjemput ahli-ahli.Setiausaha yang lalu Allahyarham Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid telah meninggalkan kita semua pada 4/5/2012 yang lalu setelah mengidap penyakit 'stroke' kira-kira tiga minggu.Tn Hj Abd Wahab telah meninggalkan satu legasi yang telah tersemat dalam hati kita dalam usaha memajukan persatuan kita.Beliau telah meningkatkan mutu pengurusan persatuan dengan aktiviti-aktiviti yang disukai oleh ahli-ahli sakalian.Persatuan kita merupakan persatuan yang paling ramai keahliannya di seluruh Negeri Selangor iaitu seramai 501 orang ahli.Selain itu ianya merupakan Cawangan Daerah yang paling aktif di Negeri Selangor.Syabas.Sejak dua tahun yang lalu berbagai aktiviti dijalankan di antaranya kursus kesihatan sebanyak 2 kali dikelolakan oleh Biro Wanita.Selain itu kursus komputer juga diadakan sebanyak 2 kali dengan kerjasama Unit Komputer PPD Klang di Sekolah Kebangsaan Kg Jawa.Diucapkan terima kasih kepada PPD Klang dan Guru Besar SK Kg Jawa kerana menyediakan makmal untuk tempat kursus.Guru-guru bersara terpaksa didedahkan dengan IT supaya mereka tidak tertinggal dari segi perkembangan ilmu pendidikan semasa kini.Selain itu mereka juga terpaksa menghadapi dengan karenah anak cucu yang sedang mengikuti kurikulum sekolah waktu semasa.Dengan itu selaku guru dapatlah mereka mengikuti dan membantu cucu-cucu mereka.Ilmu pendidikan ialah sesuatu yang dinamik dan sentiasa berubah dari masa ke semasa.Selain dari IT pihak persatuan telah mengadakan aktiviti lawatan.Lawatan pada sessi ini hanya dapat dilakukan sekali sahaja pada tahun 2011.Lawatan dibuat ke Sarawak dan ahli-ahli sakalian menikmati dan menghayati lawatan tersebut.Antaranya melihat cara-cara hidup dan budaya masyarakat Sarawak di samping melawat tempat yang indah seperti 'Cultural Village', taman 'Orang Utan' dan tempat memelihara 'Buaya'.Makanan orang Sarawak khususnya 'seafood' amat enak dan tidak boleh dilupakan.Aktiviti agama juga dijalankan seperti mengadakan Majlis Tahlil di rumah Setiausaha Agong, ceramah agama di surau Insaniah' Jalan Banting Tman Sri Andalas Klang.Lawatan sambil belajar juga telah dibuat dengan seramai 30 orang ahli telah pergi ke program Agama Sri Pentas milik TV3.Tahniah kepada Biro Agama dan Penolong Setiausaha En Norhamdan Bin Baharin.Selain itu pihak Jawatankuasa Induk dan Biro Wanita telah membuat lawatan untuk ahli-ahli yang sakit dan meninggal dunia.Pada sessi ini seramai 3 orang ahli Khairat Kematian yang telah meningggal dunia.Alfatihah.Badan Khairat Kematian telah ditubuhkan pada tahun 2002.Pada tahun ini terdapat 130 orang ahli yang aktif.Yuran tahunan ialah RM30.00 setahun.Untuk menjadi ahli yuran juga sebanyak RM30.00.Jika ahli meninggal dunia waris mendapat RM 500.00 untuk bantuan perkebumian.Semua ahli-ahli adalah diminta menjadi ahli Badan Khairat Kematian ini.Borang keahlian boleh didapati dari Setiausaha Cawangan En.Norhamdan Bin Baharin.Setiausaha Badan Khairat Kematian juga akan membantu waris-waris mendapat Bantuan Pengursan Jenazah JPA yang bernilai sebanyak RM3,000(Tiga Ribu Sahaja) yang diberi kepada pesara kerajaan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan PM YAB Dato Seri Naguib Tun Abd Razak.Bersyukur kita kepada Allah SWT dan terima kasih kepada kerajaan persekutuan.Diucapkan selamat datang ke Mesyuarat Agong kali ke 15 PBPPPM DC Klang.Anda selaku ahli sentiasa dialu-alukan oleh kami.Bersatu Kita Teguh.Bercerai Kita Roboh.Ajidan Bin Hashim Pengerusi dan J/K Cawangan Klang.