Friday, October 14, 2011

Beberapa Tokoh Hebat Perhubungan Awam Dalam Pengurusan

Dalam artikel yang lalu saya telah menyentuh bahawa sebagai Pengetua/Guru Besar kita perlu pandai dalam perhubungan awam.Jika kita lihat indidvidu-individu yang telah berjaya sehingga menjadi ketua/pengarah dalam bidang masing-masing mereka ini semuanya mempunyai perhubungan awam yang hebat dalam diri masing-masing.Saya teringat semasa saya dalam latihan guru dahulu di KBTC Kota Bharu Kelantan tahun 1964-1965.Pada tahun 1965 Malaysia sedang rancak melaksanakan bulan Bahasa Kebangsaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu.Di mana-mana diadakan bulan bahasa kebangsaan.Pengetua KBTC adalah seorang bukan Melayu yang kanan jawatannya.Masalahnya kami para pelajar Maktab tidak dibenarkan mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh pihak awam di luar maktab.Di samping itu di maktab juga tidak ada aktiviti untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Ada dua tiga orang pensyarah yang berjiwa nasionalis tidak bersetuju dengan tindakan Pengetua.Maka tercetuslah tunjuk perasaan di kalangan pelajar dan kami para pelajar tak mahu keluar untuk berkuliah.Ianya berterusan sehingga beberapa hari.Tan Sri Murad Bin Mohd Nor pada masa itu Pengarah Pelajaran Kelantan telah di hantar oleh Ketua Pengarah Tun Hamdan Bin Sheikh Tahir untuk menyelesaikan masalah  tersebut.Tan Sri Murad ialah seorang guru,seorang pentadbir dan seorang pemimpin yang pandai berucap sama ada dalam bahasa Melayu/Inggeris.Para pelajar dikumpulkan di Dewan Besar maktab pada pukul 8 malam tanpa dihadiri oleh Pengetua atau pensyarah-pensyarah.Pemimpin pelajar diminta meluahkan apa yang mereka rasa tak puas hati.Maka berapi-rapilah mereka meluahkan perasaan.Lepas itu Tan Sri Murad pula yang berucap.Dengan lemah lembut beliau berterima kasih kepada pemimpin pelajar yang telah meluahkan perasaan.Seterusnya beliau berjanji akan mengambil tindakan apa yang patut berkaitan dengan masalah yang kami hadapi.Dalam masa yang sama beliau mengingatkan para pelajar supaya tidak mengabaikan kuliah-kuliah kerana itulah corebusiness kami datang belajar ke maktab perguruan.Mengenai Pengetua pula beliau diumpamakan sebagai sebatang pohon yang besar dan rendang. Ianya akan mengambil masa untuk diambil apa-apa tindakan.Setelah mendengar ucapan beliau kami pun berjanji akan kembali semula ke bilik kuliah.Tidak lama kemudian kami pun tamat latihan bagi sessi 1964-1965.Semasa kami ditempatkan di sekolah masing-masing pada Januari 1966 khabarnya Pengetua tersebut telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Trengganu.Satu jawatan yang tinggi untuk bukan Melayu.Dengan kata lain terjadilah "Win Win Situation" dalam peristiwa ini.Ditakdirkan pada tahun 1993 saya dipilih sebagai Presiden NUTP.Di satu majlis di hotel Federal Kuala Lumpur saya bertemu lagi dengan Tan Sri Murad (bekas Ketua Pengarah Pelajaran)sebagai salah seorang penceramah bagi majlis yang diadakan.Sambil minum kopi sebelum majlis diadakan saya mengenalkan diri sebagai salah seorang pelajar di KBTC pada tahun 1965 dahulu dan mengingatkan beliau tentang peristiwa tunjuk perasaan.Beliau tersenyum dan mengingatkan kami semua, sebagai pegawai awam kita mesti memupunyai PR yang hebat dengan siapa sahaja jika ingin berjaya.Dalam ceramahnya beliau masih seperti dahulu, petah berucap dan menyampaikan ucapan beliau dalam bahasa Melayu di selang seli dengan bahasa Inggeris.Tan Sri Murad tetap Tan Sri Murad.

Seorang lagi pegawai kanan Kementerian Pelajaran ialah  Dato' Jumaat Bin Mohd Nor Pengarah Sekolah-Sekolah dan apabila bersara dilantik sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka kerana kebolehannya itu.Semasa beliau bertugas di Kementerian Pelajaran lewat tahun 1970han kami sering bertemu sebelum masuk ke bilik Melati untuk mesyuarat.Apabila bertemu belum sempat saya menegur beliau, beliau telah terlebeh dahulu menegur  saya  dengan nama 'Dan' sahaja kerana beliau ingin 'repo' dengan kami pengetua-pengetua sekolah.Pada masa itu Kementerian Pelajaran letaknya di Federal House sebelum berpindah ke Pusat Bandar Damansara.Apabila kita bertemu beliau untuk satu-satu pertolongan dengan cepat beliau membantu kita.Sifat bagini harus ada pada Pengetua/Guru Besar.

Dato' Dr Isa Bin Ramli adalah satu lagi pegawai tinggi Kementerian Pelajaran yang mempunyai PR yang sangat hebat.Semasa saya menjadi Pengetua dalam tahun 1974  beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor.Apabila beliau nampak saya di Jabatan Pelajaran Selangor di Jalan Swettenham Kuala Lumpur beliau mengamit saya untuk berbual dengan beliau.Ada sahaja yang hendak diceritakan.Jika dijemput untuk merasmikan majlis-majlis sekolah beliau tidak pernah menolak.Selepas di Selangor beliau dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Sarawak dan selepas itu ke Trengganu.Semasa di Trengganu beliau telah mendapat cuti belajar untuk Ijazah Phd di Universiti Berkeley di Amerika Syarikat.Sekembalinya ke tanah air dengan gelaran Dr beliau dilantik sebagai Pengarah Sekolah-Sekolah dan seterusnya Timbalan Ketua Pengarah sebelum bersara.Semasa beliau di Bahagian Sekolah-Sekolah saya sering ke sana untuk mendapat guru-guru yang baik atau penempatan guru di tempat yang sesuai kerana sudah berkeluarga.Bila diminta pertolongan cepat-cepat beliau membantu.Semasa di Kementerian Pelajaran beliau melangkahi protokol dan sering turun minum di kantin Kementerian dengan ditemani oleh guru-guru yang beliau kenal atau datang berjumpa beliau.Apabila beliau bersara beliau telah dilantik sebagai Pengerusi sebuah kilang di Meru (United Industry)rakan kongsi PNB.Beliau sering datang ke rumah saya untuk makan tengah hari apabila dijemput.Kegemaran beliau ialah sayur lemak pucuk ubi dan tempe berserta dengan sambal buah kuini.Sifat suka memuji orang lain khususnya dari segi makanan yang dimasak ada pada beliau.Orang yang memasak pun rasa gembira.Beliau juga sering menjemput saya makan di luar di mana beliau mendapati kedai tersebut sedap masakannya.Pengetua/Guru Besar harus mengambil iktibar sifat-sifat 'mahmudah' yang ada pada Dato' Dr Isa Bin Ramli.

Saya mula kenal dengan Tan Sri Dr Shukor Bin Abdullah bekas Ketua Pengarah Pendidikan pada tahun 1970han di satu majlis Persidangan Pengetua-Pengetua di Port Dickson,Negeri Sembilan.Beliau dijemput memberi satu syarahan yang ada kaitan dengan pengurusan sekolah.Suaranya tegas dan beliau dengan berani memberi teguran kepada Pengetua yang tidak mengurus sekolah dengan baik.Semasa saya memegang jawatan Naib Presiden NUTP dalam tahun 1980han saya sering berjumpa dengan beliau ketika bermesyuarat di bilik Melati Kementerian Pelajaran.Apabila nampak sahaja saya beliau terus menegur dengan nada suara yang lembut.Beliau dan saya ditakdirkan lahir dan bersekolah di Perak.Beliau dari sekolah King Edward the VII School  di Taiping Perak dan saya Clifford School Kuala Kangsar.Apabila bertegur sapa beliau tidak pernah melupakan loghat Perak dan bercakap dengan bahasa yang mudah.Semasa beliau menjadi Ketua Pengarah seorang kawan baik saya telah tertinggal dalam senarai kenaikan pangkat sebagai Timbalan Pengarah.Saya pergi berjumpa beliau di Kementerian Pelajaran Damansara Kuala Lumpur.Beliau baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat dan nampak sahaja saya mengajak saya masuk ke pejabatnya.Oleh kerana beliau hendak ke bilik air beliau meminta saya menunggu sebentar di kerusi tetamu.Sebentar sahaja di bilik air beliau terus keluar dan kami berbincang mengenai calon tersebut.Beliau bersetuju dengan calon yang dikemukakan dan seminggu kemudian calon tersebut mendapat surat untuk kenaikan pangkat.Di satu peristiwa lain saya ke pejabatnya kerana telah membeli dua buah buku mengenai pengurusan tulisan Dr Shukor.Saya beli dua buah buku tersebut di kedai buku Pusat Bandar Damansara.Saya minta beliau tandatangani buku tersebut dengan ucapan rengkas satu untuk saya dan satu untuk Dato' Rafae Bin Mahat pada ketika itu Pengarah Pelajaran Selangor.Alangkah gembiranya Dato' Rafae Bin Mahat apabila mendapat buku tersebut.Kali terakhir saya berjumpa Dato' Dr Shukor ialah di HUKM Cheras Kuala Lumpur(2010).Sebagaimana biasa beliaulah yang mula menegur saya.Beliau pergi ke HUKM kerana rawatan mata.Rupa-rupanya tokoh pendidik ini tidak panjang umurnya dan baru sahaja meninggalkan kita semua (2011).Al Fatihah.Beliau mendapat gelaran Tan Sri selepas bersara dan tak lama kemudian dilantik Pro Chancellor UPSI Tanjong Malim Perak.Satu jawatan tertinggi dan penghormatan kepada beliau sebagai anak Perak.Perkebumian beliau juga penuh penghormatan dan dihadiri oleh DYTM Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah di tanah perkuburan Pokok Asam Taiping Perak.Anak lulusan Phd dari Universiti Havard ini tetap simple dalam segala-segalanya.Pengetua/Guru Besar harus mengambil iktibar dari tokoh ini.Beliau sentiasa melayan tetamu di kerusi tetamu dan tidak sebagai bos dan tetamu sebagai kliennya.

Tan Sri Rafae Bin Mahat anak dari Melaka ini adalah bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran satu jawatan tertinggi dalam Perkhidmatan Pelajaran.Bukan semua bekas Ketua Pengarah dapat memegang jawatan tersebut.Ianya dilantik mengikut kekosongan.Saya mula kenal dengan Tan Sri Rafae bin Mahat semasa saya menjadi Pengetua dalam tahun 1980han dahulu.Seterusnya semasa saya memegang jawatan dalam NUTP selaku Naib Presiden dan seterusnya Presiden.Beliau mula bertugas di Kementerian Pelajaran sebagai Penolong Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah.Sebelum itu beliau seorang Pengetua di Melaka.Watak Tan Sri Rafae Bin Mahat ini beliau mudah mesra dengan kawan-kawan dan petah bercakap.Apabila bertemu beliaulah yang mula menegur kita.Semasa beliau dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Selangor dalam satu majlis penyampaian Sijil Cemerlang di Pelabuhan Klang dalam ucapan perasmiannya beliau memperkenalkan saya sebagai sahabat karib beliau(1999).Sifat yang ada pada Sukarno ini dianuti oleh beliau.Semasa beliau bersara beliau dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.Saya telah pergi berjumpa beliau di Pejabat Suruhanjaya atas urusan pelajaran tinggi anak sahabat saya untuk khidmat nasihat beliau.Mengatahui yang kami akan datang ke pejabat, beliau telah meminta PA beliau menunggu kami di tingkat bawah.Pejabat beliau di tingkat 3 dan tempat tersebut adalah 'high security area' kerana letaknya tidak jauh dari Kompleks Jabatan Perdana Menteri.Kami pun sampai ke pejabat beliau dan disambut dengan penuh kemeseraan di kerusi tetamu.Beliau mendengar apa yang diminta oleh rakan saya itu iaitu satu tempat dalam bidang farmasi di Australia dan biasiswa JPA.Beliau memberi nasihat apa yang patut.Selain berbincang mengenai biasiswa tersebut, beliau juga meminta saya membantu kesatuan guru supaya menyokong apa yang akan dibuat mengenai tabung TPF.Nilainya kira-kira RM300 juta.Beliau adalah pengerusi yang baru dilantik setelah beliau bersara.Saya mendengar dengan teliti dan mengaku akan membantu apa yang patut.Kami pun memohon diri untuk balik dan sekali lagi beliau meminta PA beliau menghantar kami ke tingkat bawah.Setelah bersalaman dan menghantar kami hingga ke pintu lift beliau masuk semula ke pejabatnya.Tak lama kemudian anak kawan saya dapat pergi ke Australia dengan biasiswa JPA.Kelulusannya semua A1 dalam semua mata pelajaran SPM.Sekarang ini  pelajar tersebut telah pun tamat ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi kelas pertama dan tamat Sarjana dalam bidang yang sama(2010).Beliau masih di Australia untuk melanjutkan pelajaran untuk ijazah Phd dalam bidang Farmasi.Tak lama kemudian selepas kami berjumpa di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran kami menerima berita yang Tan Sri Rafae Bin Mahat telah pun meninggal dunia.Alfatihah.Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.Nama Tan Sri Rafae Bin Mahat tetap kekal sebagai pegawai yang cekap dan mudah membantu rakan sejawatnya.

Tun Mohd Suffian Bin Hashim bekas Ketua Hakim Negara bukan sahaja seorang yang aktif dalam dunia perundangan tetapi juga dalam bidang pendidikan.Beliau pernah bertugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Tinggi Negara bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir Bin Mohamad dan dilantik sebagai Pro Cancelor Universiti Malaya lebeh dari 18 tahun.Pada tahun 1990han memegang jawatan Pengerusi Universal Trustee Chartered Bank Kuala Lumpur.Saya telah diminta oleh seorang sahabat saya Guru Besar SK Jln Meru 2 untuk berjumpa beliau mengenai Pelajaran Tinggi anaknya di Universiti Malaya.Kami sampai di pejabat beliau dan disambut dengan baik.Tun sendiri menyediakan minuman kopi untuk kami.Kawan saya rasa terharu betapa rendah diri Tun Mohd Suffian terhadap kami.Beliau menyediakan sekeping surat untuk disampaikan kepada pihak Universiti Malaya.Tidak lama kemudian calon tersebut telah mendapat tempat di fakulti kejuruteraan universiti tersebut.Sekarang ini pelajar tersebut telah pun beberapa tahun bekerja sebagai jurutera di kilang komputer milik ayahnya di Shah Alam.

Professor Dr Isahak Bin Harun dari Universiti Malaya merupakan salah seorang Professor Melayu yang banyak memberi sumbangan terhadap dunia pendidikan.Pada tahun 2010 dan 2011 beliau telah mengeluarkan laporan lengkap mengenai penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.Laporan itu menunjukkan penggunaan Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik tidak menguntungkan pelajar-pelajar luar bandar.Beliau merupakan pelajar cemerlang dari salah sebuah Universiti di Amerika Syarikat.Kepakarannya dalam bidang penyelidikan dan statistik.Professor Isahak pernah bertugas sebagai Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dalam tahun 1980han.Saya menjemput beliau untuk merasmikan majlis 'Jamuan Makan Malam' sekolah kami di Hotel Merlin Subang Jaya.Beliau terima dengan hati terbuka dan ucapannya penuh dengan pujian terhadap kami.Semasa Allahyarham Tun Suffian meninggal dunia di Petaling Jaya beliau hadir di majlis tersebut mewakili Universiti Malaya.Kerana sifatnya merendah diri beliau mempunyai ramai kawan dari semua golongan.Siapa sahaja yang kenal dengan beliau tidak akan lupa kepadanya.Sekarang beliau masih bertugas sebagai Professor Emeritus di UPSI Tanjong Malim,Perak.

Kisah-Kisah Pengetua/Guru Besar Untuk Renungan

i)Pengarah Pelajaran Selangor telah membuat lawatan ke sekolah Menengah Pulau Lumut Pelabuhan Klang untuk meninjau pembangunan sekolah.Beliau ditemani oleh seorang Penyelia Pembangunan dari PPD Klang. Ketika sampai Pengetua ada di sekolah dan walaupun beliau tahu Pengarah yang datang beliau terus duduk menulis di atas meja dan berbual di telefon.Pengarah dari jauh memandang ke arah Pengetua dan terpaksa menunggu kira-kira 15 minit.Pengarah pun memberi teguran secara berhemah kepada Pengetua.Kalau ketua kita yang datang kita kena berhenti kerja yang lain-lain dan terus melayan tetamu yang datang.

ii)Saya melawat sebuah sekolah kerana ingin menderma untuk surau sekolah.Sebagai guru jumlahnya agak banyak juga kerana sekolah tersebut bekas sekolah saya menjadi Pengetua dahulu.Saya datang beberapa kali kerana menderma secara beransur-ansur.Saya dilayan dengan baik oleh pihak pentadbir tetapi nampaknya beliau terkocoh-kocoh untuk pergi.Ketika saya hendak balik beliau pun mengajak saya minum di kantin.Malangnya sampai di pertengahan jalan beliau pun meminta diri kerana ada kelas.Saya mengangguk-ngangguk tanda setuju.Dalam hati saya apakah PR guru ini.Sebagai pentadbir beliau ada kuasa meminta guru lain yang 'free' menggantikan beliau.Yang datang ini dengan tujuan baik dan bekas Pengetua.Pada masa saya jadi Pengetua dahulu tidak ada gaji khas,tidak ada elaun keraian dan tidak ada elaun perumahan.Tetapi kami Pengetua/Guru Besar sentiasa melayan tetamu kami yang kecil dan yang besar.Satu perkara jika kita jadi pentadbir jangan kedekut untuk belanja kawan-kawan.Maka sebab itulah diadakan elaun keraian.Saya dan Dato' Sivasubramaniam Setiausaha Agung KPPK selalu lawan hal ini dengan pihak JPA.Tujuannya supaya mertabat jawatan Pengetua/Guru Besar sama dengan perkhidmatan lain.Kalau boleh sama dengan PTD.Malangnya guru sendiri yang tak faham dan ramai Pegetua/Guru Besar yang kedekut.Ada seorang bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor sangat murah hati.Kalau kita duduk ramai-ramai untuk minum beliau dengan cepat mahu membayar.Sebenarnya bukan semua kawan-kawan mahu dibayar.Yang penting sifat pemurah hati.Pegawai ini sudah 12 tahun bersara tetapi pegawai ini tetap diingati oleh kawan-kawan.

iii)Dalam tahun 1970han dahulu saya bertugas di Banting Kuala Langat Selangor selaku Pengetua.Tuan Pegawai Daerah Kuala Langat Dato' Wan Hilal Bin Wan Abd Rahman seorang yang sangat berkebolehan dalam bidang perhubungan awam.Daerah Kuala Langat sangat maju dari segi pembangunan.Terdapat sebuah Stadium di bina di Pekan Banting dan Pantai Morib dijadikan Mini Zoo dan tempat pelancungan.Kawasan tersebut ialah kawasan YAB Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Harun Bin Idris.Di kampong-kampong sangat maju dengan projek bercucuk tanam sayur-sayuran termasuk tanaman kubis jenis tanah rendah.Sekolah-Sekolah juga diadakan pertandingan tanaman sayur-sayuran dinamakan Projek AMP.Dato' Wan Hilal ini mempunyai perhubungan yang amat baik dengan orang-orang kampong,orang Cina di bandar,orang India di ladang-ladang, pegawai-pegawai kerajaan dan orang-orang politik. Ditakdirkan saya dan Dato' Wan Hilal ini datang dari negeri yang sama, Perak.Dato' Wan Hilal dari Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak dan saya dari Kota Lama Kiri Kuala Kangsar Perak.Beliau kenal dengan keluarga saya.Pada masa itu Pantai Morib dijadikan padang Golf untuk Daerah Kuala Langat.Semua pegawai kerajaan digalakkan bermain golf dan boleh menjadi ahli Kelab Golf Morib dengan yuran yang sangat minima.Saya dihadiahkan setengah set kayu golf dan rajinlah ke Morib.Tetapi oleh kerana saya bukan ahli sukan akhirnya tidak lagi ke sana.Tak lama kemudian saya pun bertukar ke Klang.Dato' Wan Hilal pula bertukar ke Daerah lain.Beliau terus aktif dan apabila bersara dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pelesenan Malaysia satu jawatan tertinggi kerana kebolehannya itu.Dato' Wan Hilal Bin Hj Wan Abd Rahman meninggal dunia di Mekah dalam satu kemalangan semasa menunaikan Umrah.Al Fatihah.Allahyarham tetap di kenang sebagai seorang pegawai awam yang mudah mesra dan berkebolehan.

Gambar 1 menunjukkan Tokoh Guru Daerah Klang tahun 2011 Encik Muaz Bin Ibrahim.Tentu ada sifat PR yang baik dan beliau dinobat sebagai Tokoh Guru.

Gambar 2 menunjukkan Tokoh Guru Wanita Daerah Klang 2011 Pn Kamariah Bt Zainuddin.Guru ini sifatnya pelembut dan PRnya baik.Beliau seorang guru yang pemurah.Mudah dibawa bicara.

Monday, October 10, 2011

Lawatan Ahli-Ahli PBPPPM DC Klang Ke Program Al Kulliyah TV3 Pada 30 Sept 2011

Pada 30hb September 2011(Jumaat) mulai jam 5 ptg hingga 6.00 ptg seramai 31 orang peserta terdiri dari ahli-ahli PBPPPM DC Klang dan 12 orang bukan ahli telah hadir ke Majlis Al Kulliyah anjuran TV 3 di Sri Pentas K.Lumpur.Majlis ini merupakan salah satu aktiviti Biro Agama PBPPPM DC Klang bagi sessi 2010-2012.Aktiviti lain yang telah dijalankan termasuk ceramah Isra' Mi'raj,Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin,Majlis Korban sempena dengan Aidil Adha dsbnya.Rombongan Biro Agama PBPPPM DC Klang telah bertolak dari Mesjid Ar Rahimiah Jalan Langat Klang pada pukul 3.20 ptg dengan di ketuai oleh Tn Hj Mahali Bin Ramlan Pengerusi Biro Agama dan Mantan Nazir Mesjid Ar Rahimiah Klang.Turut serta juga ialah Tn Hj Shaari Bin Hj Abdullah Timb. Pengerusi PBPPPM DC Klang.Peserta lain terdiri dari En Norhamdan Bin Baharin(Pen Setiausaha) dan isteri  dan beberapa Jawatankuasa kanan termasuk Tn Hj Sukirman Bin Sanuri dan isteri,Pn Hamidah Bt Rantam (Pen Setiausaha Wanita) dan suami Tn Hj Ranom Bin Hj Abd Hamid,Tn Hj Ramli Bin Salleh,Tn Hj Agus Salim Bin Bait@Taib (Bekas J/K) dan isteri,Pn Juriah Bt Tohar (Bekas J/K )dan beberapa ahli-ahli yang lain.Jumlah semua peserta seramai 43 orang.

Rombongan telah sampai ke TV 3 pada jam 4.20 ptg dan terus mendaftar di pintu masuk bangunan TV 3.Peserta dibekalkan dengan sticker dan masuk ke dalam studio.Setibanya di studio rombongan disambut oleh En Halim selaku Penolong penerbit.Pihak Urusetia rombongan telah mengadakan sadikit perbincangan dengan En Halim tentang soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada panel/penceramah di samping itu para peserta rombongan mengambil tempat masing-masing.

Tajuk program Al Kulliyah pada hari tersebut ialah " Doa Ibu ".Pengerusi Panel ialah Ustadz Fauzi dan Panel undangan ialah YBhg Prof Madya Dr Norhayati dari UIAM.Sepuluh minit sebelum program dimulakan ke udara En Halim telah memberi penerangan kepada peserta supaya menumpukan perhatian kepada program yang disiarkan secara langsung.Sebahagian besar dari peserta adalah merupakan pengalaman pertama berada di dalam studio untuk siaran secara langsung.

Siaran secara langsung itu berjalan dengan lancar di bawah pimpinan Ustadz Fauzi dengan penjelasan dan penerangan berkenaan dengan tajuk 'Doa Ibu'.Prof Madya Dr Norhayati telah menerangkan berkenaan dengan pengertian 'Doa Ibu' dan diselang seli dengan penjelasan lanjut oleh Ustadz Fauzi.Selepas itu diikuti oleh empat soalan dari para peserta.Antara yang mengambil bahagian ialah En Norhamdan Bin Baharin,Tn Hj Muaz Bin Ibrahim,Pn Hamidah Bt Rantam dan Puan Hajjah Ruhiyah Bt Mahmod.Para peserta berpuas hati dan faham di atas penjelasan-penjelasan yang diberikan oleh Panel pada hari tersebut.

Selesai majlis para peserta telah mendirikan sembahyang Asar dan seterusnya menikmati sadikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak TV 3.Rombongan bertolak balik ke Klang pada pukul 6.35 ptg dan sampai ke mesjid Ar Rahimiah pada jam 7.10 malam.

Program ini memberi faedah kepada para peserta.Di samping mendapat ilmu pengatahuan para peserta telah didedahkan kepada Kompleks Media Prima TV 3 dan stesyen siaran TV yang lain seperti TV7,TV8 dan TV9.Selain itu para peserta dapat mengetahui adanya stesyen radio di Kompleks tersebut seperti Hot FM,Suria FM,Era FM dll lagi.Para peserta juga telah mendapat  ilmu pengatahuan mengenai teknik pancaran stesyen TV dan radio.Insyallah jika ada lagi program seperti ini dalam masa yang akan datang para peserta akan turut hadir untuk mengatahui perkembangan selanjutnya.Tahniah Biro Agama dan pihak penganjur En Norhamdan Bin Baharin.

Gambar di atas menunujukkan En Norhamdan Bin Baharin,Tn Hj Muaz Bin Ibrahim dan para Panel terdiri dari Ustadz Fauzi dan Prof Madya Dr Norhayati dari UIAM.Gambar bawah menunjukkan para peserta sedang khusuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Monday, September 26, 2011

Kecermerlangan Sekolah Bergantung Kepada Pengetua

 Sekolah Cemerlang bererti sekolah yang dipilih oleh ibu bapa murid untuk persekolahan anak-anak mereka kerana pencapaiannya yang baik bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga kegiatan gerkonya membanggakan.Selain itu murid-murid juga berbudi pekerti mulia dan berdisplin.Baru-baru ini dalam satu Forum Pengetua Sekolah-Sekolah ASEAN di Brunei Tan Sri Muhyiddin Yassin (2011)selaku Menteri Pelajaran Malaysia telah menyampaikan ucaputamanya.Beliau menekankan kejayaaan sistem pendidikan negara melahirkan modal insan berkualiti dan pelajar berprestasi tinggi sangat bergantung kepada kemampuan kepimpinan di peringkat sekolah terutama pengetuanya dalam menjalankan tugas dengan cemerlang.Menurut Menteri Pelajaran tersebut merangkap TPM Malaysia ibu bapa dan guru bertanggungjawab dalam pembentukan minda pelajar.Pengetua sekolah pula berperanan untuk meningkatkan kemampuan guru bagi menentukan acuan generasi masa depan.
Seterusnya YB Menteri Pelajaran menekankan
" Sebagai ibu bapa,kita sering memilih sekolah yang bukan sahaja kerana kualiti kemudahan untuk anak-anak belajar tetapi juga kepimpinan sekolah itu yang melibatkan guru dan pengetua ". Menurutnya juga ibu bapa percaya sekolah yang mempunyai kemudahan,guru dan pengetua cemerlang akan dapat menyediakan peluang yang lebeh baik untuk anak-anak mereka.Sehubungan itu pengetua sekolah perlu mempunyai keupayaan yang tinggi dalam menjalankan tugas mereka termasuk mampu membawa perubahan positif di kalangan pelajarnya.Pengetua sekolah juga mesti responsif terhadap pertumbuhan yang dinamik dan pembangunan di sekeliling anak-anak dan mampu menyediakan masa depan untuk mereka.Ini menuntut pengetua sekolah mempunyai wawasan untuk pelajarnya bagi menjadi apa dan apa yang dilakukan oleh mereka.Pengetua sekolah yang mempunyai wawasan baru untuk sekolahnya bukan sahaja mampu mencapai aspirasi negara dalan bidang pendidikan tetapi dapat juga mengupayakan kehidupan pelajar selepas sekolah tanpa mengira kaum,status sosial dan jantina.Seterusnya TPM menekankan para pengetua perlu diberi galakan dan sokongan terutama dalam menghadapi cabaran semasa agar mereka mampu menjadi peneraju yang baik.Pengetua perlu mendapatkan idea baru tentang bilik darjah dan pendidikan.Sebagai peneraju perubahan pengetua perlu diberi pendedahan mengenai pemikiran strategik dan kecekapan dalam organisasi.

Apabila seseorang dilantik sebagai pengetua beliau perlu tahu apakah core businessnya.Corebusinessnya ialah mengenai perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran murid.Selain itu beliau mempunyai tanggung jawab kepada murid,guru,ibu bapa,pihak awam dan masyarakat di sekitarnya.Ada Pengetua/Guru Besar yang membuat kesilapan.Tenaganya ditumpukan kepada aktiviti luar dan persekitaran sekolah.Beliau meninggalkan hal-hal kurikulum dan tiada program yang mantap untuk memajukannya.Akhirnya memang hebat mengenai aktiviti sekolahnya tetapi ketinggalan dari segi pencapaian akademik sekolahnya.Ini sungguh mengecewakan.Seorang Pengetua mesti jelas hal-hal mengenai kurikulum,kokurikulum termasuk pengurusan sukan,pengurusan pejabat,sistem pentadbiran sekolah termasuk hal-hal kewangan,fisikal plant,school climate,perhubungan luar,ibu bapa murid,pihak awam termasuk perhubungan dengan jabatan-jabatan lain.Antara tugas-tugas ini yang paling penting ialah perhubungan dengan kakitangan dan pihak luar.Pengetua/Guru Besar yang berjaya ialah mereka yang mempunyai PR yang hebat.Antara personaliti-personaliti yang penting dalam dunia pendidikan termasuk Tan Sri Murad Bin Mohd Nor bekas Ketua Pengarah,Allahyarham Tan Sri Rafae Bin Mahat bekas Ketua Pengarah,Allahyarham Tan Sri Dr Shukor Bin Abdullah bekas Ketua Pengarah,Dato' Dr Isa Bin Ramli bekas Tim Ketua Pengarah,Dato Jumaat Bin Mohd Nor bekas Pengarah Sekolah-Sekolah dan lain-lain lagi yang sukar ditandingi.Apabila kita berjumpa dengan mereka ini terasa reponya dan kita tidak terasa yang kita sedang berhadapan dengan seorang pembesar.Pada hari ini sukar kita berjumpa dengan watak-watak seperti ini.Saya teringat kepada satu watak dalam kepemimpinan dunia iaitu Allahyarham Presiden Sukarno dari Indonesia.Dalam satu majlis di Istana Merdeka di Jakarta beliau ternampak rakannya dari kampong dan terus beliau melulu kepada kawannya itu dan memeluk beliau mengatasi segala protol istana dan pembesar-pembesar yang lain.Alangkah besar hati kawannya itu dan tetamu-tetamu yang hadir.Dalam dunia perundangan negara kita orang yang paling merendah diri dan menghormati tetamu tanpa mengira pangkat ialah Allahyarham Tun Mohd Suffian Bin Hashim bekas Ketua Hakim Negara.Kawan beliau dari seorang tukang kebun hingga ke pihak Istana.Beliau pernah menghadiahkan sebuah kereta terpakai beliau kepada seorang kerani berbangsa India kerana kawannya itu sangat memerlukannya.Apabila beliau meninggal dunia DYMM Sultan Perak menitahkan Allahyarham dikebumikan di Makam Di Raja Bukit Chandan Perak sebagai satu penghormatan terhadap seorang Wira Negara yang datangnya dari Negeri Perak.Makamnya betul-betul bersebelahan Sungai Perak berhampiran mesjid Ubaidiah yang masyur itu kira-kira 3 km dari kampongnya Kota Lama Kiri Kuala Kangsar Perak.Beliau tidak pernah lupa kampongnya itu dan menyebutnya dalam upacara peanugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falasafah Undang-Undang di Unibersiti Singapura.Majlis perkebumian dihadiri oleh YAB Dato Menteri Besar Perak Dato' Seri Tajul Rosli Bin Tan Sri Ghazali rakan sekolah penulis.Inilah semangat yang harus ada pada seorang Pengetua/Guru Besar.Kita harus merendah diri apabila berhadapan dengan tetamu khususnya yang lebeh tua,berpengalaman daripada kita.

Peribahasa Melayu ada mengatakan:
" Jangan ketawa kalau upeh di bawah yang jatuh.Upeh yang di atas akan jatuh juga".
Selamat Berkhidmat.

Gambar 1 di atas menunjukkan Sekolah Menengah La Salle Klang yang sudah mencapai sekolah Cemerlang dalam tahun 1980han dahulu.

Gambar 2 menunjukkan Sekolah Menengah MGS Klang yang telah mencapai sekolah Cemerlang dalam tahun 1990han.

Bacaan Lanjutan: A Man Of His Time The Life Of  Lord Presiden Tun Mohd Suffian Bin Hashim. Victor Morrais.

Sunday, September 18, 2011

Majlis Amal Dan Sambutan Aidilfitri PBPPPM DC Klang 17hb Sept,2011. 2pm- 5pm

Majlis Amal dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011M/1432 H telah diadakan oleh PBPPPM DC Klang di Dewan Putra SMK Tinggi Klang pada 17hb Sept,2011 (Sabtu) dari pukul 2.00pm - 5 pm.Pada mulanya ianya dijadualkan diadakan di Dewan Asrama Yayasan Selangor Jalan Raya Barat Klang tetapi terpaksa berpindah di saat-saat akhir kerana pihak pengurusan Asrama Yayasan Selangor membatalkan kebenaran yang diberi terlebeh dahulu.Ianya berjalan lancar dan baik dengan kehadiran melebehi 170 orang peserta.Peserta bukan sahaja terdiri dari ahli ahli PBPPPM DC Klang tetapi juga Pengetua/Guru Besar dan guru yang sedang berkhidmat selain dari orang individu yang berminat bersama-sama dengan isteri atau suami masing-masing.Antara tujuan dan matlamat majlis ini di samping merapatkan siratul rahim antara guru dengan guru ialah untuk mencari sadikit dana untuk pengurusan persatuan sepanjang tahun 2011-2012.Di majlis ini juga antara guru dengan guru dapat bertanya khabar mengenai keluarga,kesihatan dan bermaaf-maafan di bulan yang mulia ini.Adalah mustahil bagi Jawatankuasa PBPPPM DC Klang untuk menziarahi semua rumah rakan-rakan dan sahabat lama mereka.Di majlis bagini mereka dapat berbuat demikian.Majlis gilang-gemilang ini diresmikan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail Penaung PBPPPM DC Klang dan Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.Di samping itu ianya juga turut dihadiri oleh wakil dari PPD Klang.Puan PPD Puan Kamariah bt Salim menyampaikan salam beliau dan meberitahu beliau tidak dapat hadir kerana mesyuarat PPD seluruh negara di Negeri Perlis.

Pengerusi PBPPPM DC Klang Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim bekas Presiden KPPK Semenanjong  Malaysia dan Aktivis Sosial yang masih aktif mengingatkan semua ahli supaya mengingati jasa kerajaan Persekutuan yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan masyarakat.Beliau mengingatkan semua rancangan pembangunan yang kita ada sekarang adalah jasa kerajaan Persekutuan seperti jalan raya,sekolah,mesjid,jambatan,dewan sekolah,dewan orang ramai,kereta api,pelabuhan dan lapangan terbang dan lain lain infrastruktur adalah usaha kerajaan Persekutuan.Guru sebagai pendidik dan orang yang berilmu pengatahuan,mengajar perkara benar,perkara yang hak,ilmu pengatahuan dan pengalaman mereka janganlah mudah terperangkap dengan anasir-anasir yang ingin merosakkan kerajaan Persekutuan dan ingin berkuasa.Apa yang dicakapkan tidak serupa apa yang mereka buat.Hak-hak penduduk luar bandar khususnya bumiputera mesti dipertahankan.Di samping ini hak kaum lain juga mesti dijaga dan tidak dikotak katikkan.

YBhg Tan Sri Onn juga mengingatkan kaum guru supaya mengajar masyarakat supaya sentiasa mengenang jasa orang lain dan barulah masyarakat jadi stabil.Beliau juga memberi tahu akan turut membantu mencari derma untuk Tabung Bangunan PBPPPM DC Klang yang bercita-cita untuk memiliki sebuah bangunan dalam usaha menjana ekonomi sendiri dan sebagai pejabat persatuan.Semoga cita-cita mereka akan berjaya.Insyallah kalau umur panjang PBPPPM DC Klang akan mengadakan majlis seumpana ini pada tahun hadapan.Maaf Lahir Dan Batin dari semua Jawatankuasa PBPPPM DC Klang 2010-2012.

Gambar 1 menunjukkan Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim (Pengerusi) sedang berbual mesra dengan Cik Gu Agus Salim yang sudah menjadi ahli lebeh 18 tahun.
Gambar 2 Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker Dewan Undangan Selangor dan Puan Sri sedang memasuki Dewan dan disambut oleh Jawatankuasa dan ahli-ahli PBPPPM DC Klang.

Saturday, September 10, 2011

Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan

Seorang Pengetua/Guru Besar ialah seorang Pengurus,Pentadbir dan Pemimpin.Berjaya atau tidak beliau membawa misi untuk kejayaan sekolahnya bergantung kepada gaya kepimpinannya.Jika beliau memileh untuk memberi kebebasan kepada staff dan kakitangannya mengemukakan pendapat dikatakan beliau seorang pemimpin yang demokratik.Jika beliau memileh untuk memberi kebebasan yang seluas-luasnya dikatakan seorang pemimpin yang 'laissez-faire' dan jika beliau memileh untuk tidak mendengar pandangan orang bawahannya maka ini dikatakan seorang pemimpin yang autokratik atau kuku besi.Ini terpulanglah kepada seseorang untuk memileh kaedah mana yang dipilihnya.

Komunikasi ialah satu bahagian yang amat penting dalam sesebuah organisasi.Kecekapan dan kejayaan sesuatu organisasi bergantung kepada sistem komunikasi yang digunakannya.Dalam sistem komunikasi terdapat halangan-halangannya.Dalam sesebuah sekolah jika seseorang Pengetua/Guru Besar dapat mengesan halangan-halangan tersebut beliau bolehlah memperbaiki sistem perhubungan di sekolahnya.Tunku Ismail bin Tunku Md Jewa berpendapat seperti berikut:-

 'The key to the success of the large school  depended on good internal and external communication and it was the duty of the principal to keep them in order.In addition to the formal pattern of communication ,the informal communication among the staff was also important'.

Itulah pendapat beliau dalam thesis Phd  1978(UM) mengenai "Aspek-Aspek Terpileh Mengenai Pengurusan Sekolah Menengah Di Negeri Pulau Pinang".

Umumnya sistem komunikasi dapat berjalan dengan tiga cara.

i) Hala Ke Bawah-Saluran-saluran perintah ditujukan kepada Ketua Pejabat di bawah yang perlu dipatuhi oleh pegawai dan kakitangan di bawah jagaannya.Arahan-arahan tersebut dalam bentuk surat pekeliling,nota surat atau minit mesyuarat.Kementerian Pelajaran menyampaikan maklumat ke sekolah cara bagini.
ii) Hala Ke Atas-Saluran bagini membenarkan maklumat dari bawah sampai ke atas.Mithalnya maklumat dari sekolah ke PPD,Pejabat Pelajaran Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran.
iii)Hala Mendatar-Perhubungan antara kakitangan sama pangkat seperti syarahan,surat menyurat,mesyuarat,perhubungan sosial dsbnya.Kebaikannya kakitangan dapat berbincang sesama mereka dan dapat merapatkan siratulrahim dan muhibbah sesama sendiri.Antara halangan-halangan dalam komunikasi adalah seperti berikut:-

a)  Jarak Fisikal-Misalnya dalam organisasi yang besar kita mengenal orang pada namanya dan tidak secara personal.Tidak terdapat hubungan secara langsung.
b) Halangan Teknik-Pihak pengurusan atas lebeh mementingkan alat seperti pembesar suara,memo,surat-surat pekeliling dsbnya.Sesuatu yang hendak disampaikan tidak tercapai maksudnya jika tidak dikendali dengan baik.
c)  Halangan Perbelanjaan-Dalam organisasi yang besar perlu perbelanjaan yang banyak.Wang perlu dicari dan ini akan mengambil masa dan tenaga.

Dalam organisasi seperti sekolah maklumat-maklumat disampaikan seperti cara yang dibincangkan dan Pengetua/Guru Besar mesti memastikan ianya mesti berkesan dan mencapai matlamatnya.Komunikasi yang berkesan membawa kepada kejayaan sekolah.

Seseorang Pengetua/Guru Besar mesti pandai memberi ucapan khususnya dalam perhimpunan Guru-Murid.Jika Pengetua/Guru Besar boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik ianya merupakan satu kelebehan yang ada padanya.Dalam perhimpunan sekolah(Mingguan)Pengetua/Guru Besar mesti memastikan semua guru hadir dan tidak ada yang dikecualikan.Guru displin bolehlah berada di belakang perhimpunan untuk mengawal murid.Perhimpunan mingguan ini penting untuk mengumumkan hal-hal yang  berkaitan dengan sekolah atau murid yang hendak disampaikan oleh murid kepada ibubapa mereka.Banyak sekolah didapati tidak memastikan semua guru hadir dalam perhimpunan.Ini adalah satu kelemahan bagi pihak pengurusan sekolah.Sekolah yang besar menghadapi masalah seperti lewat berhimpun,murid lewat dan guru lewat.Masalah ini mesti di atasi.Untuk berucap dengan berkesan Pengetua/Guru Besar mesti membuat 'homework' dan menulis apa yang hendak disampaikan.Nada dan intonasi suara mesti dibaiki.Jika murid bising berhenti dahulu dari berucap dan teruskan setelah murid diam.Menjadi Pengetua/Guru Besar mestilah tegas dan perlu 'guided demokrasi' sadikit.Kalau Pengetua/Guru Besar tidak tegas guru pun ikut juga dan akhirnya murid jadi kurang berdisplin.Pengetua/Guru Besar walau pun tegas tetapi mesti baik dari segi perhubungan dengan guru-guru dan kakitangan sekolah.Hal-hal keluarga dan pribadi dijaga dengan baik dan tidak mengherdek guru atau kakitangan.Jika ada jemputan khenduri oleh guru atau kakitangan walau pun tukang kebun mesti hadir.Jika tidak dapat hadir beri sebab atau hadir kemudian.Sangatlah besar hati seorang tukang kebun jika Pengetua/Guru Besar hadir di majlis perkahwinan anaknya.

Gambar di atas menunjukkan sebuah sekolah menengah yang besar dan murid mencecah hampir 4,000 orang di Daerah Klang.Sekolah tersebut ialah SM Meru  dan didapati telah berjaya mengatasi masalah komunikasi dalam pengurusan.

Bacaan Lanjut "Kajian Mengenai Pengatahuan Guru Besar Tentang Isi Beberapa Surat Pekeling Pentadbiran Sekolah".Ajidan Bin Hj Hashim.MEd Thesis UM.1982.

Tuesday, August 16, 2011

Apabila Guru Menulis 10

Seorang Pengetua/Guru Besar diibaratkan sebagai seorang nakhoda yang mengepalai menentukan arah tuju sebuah kapal.Seorang nakhoda mesti menentukan arah pelayaran ke arah mana destinasinya.Dengan kata lain beliau mesti menentukan misi sekolah yang dipimpinnya.Bagi menentukan beliau sampai ke destinasi beliau mesti bijak mengatur kerja-kerja yang dibaginya kepada anak buahnya.Pastikan ianya berjalan lancar dan disesuaikan dengan keadaan dan suasana di sekelilingnya.Sekolah dalam bandar berlainan caranya daripada sekolah luar bandar.
Seorang Pengetua/Guru Besar ialah seorang pemimpin yang  professional.Beliau  ialah seorang pentadbir,pengurus dan pemimpin.Tugas beliau membentuk manusia melalui manusia iaitu penolong kanan-penolong kanannya,guru kanan mata pelajaran,guru-guru dan kakitangan sekolah.Selain itu beliau bertanggung jawab terhadap Ibu Bapa murid,PIBG,Lembaga Pengurus dan mereka yang ada berkepentingan dengan sekolah.Hubungannya termasuk Ketua-Ketua Jabatan dalam Sektor Awam selain masyarakat sekitarnya.Pentadbiran ialah satu seni membentuk sinergi atau pun menyatu dan menyepadukan elemen-elemen penting yang saling berkaitan dalam institusi persekolahan.Pengetua/Guru Besar adalah pengurus.Maju mundurnya organisasi sekolah bergantung kepada pengurus.Kalau sekolah mundur Pengetua/Guru Besar terpaksa berundur.Antara tugas yang penting ialah melaksanakan tugas melalui manusia.Manusia adalah sumber utama organisasi dan pengetua memastikan sumber manusia itu di pergunakan dengan sebaik-baiknya.Pencapaian prestasi orang-orang di bawahnya adalah tanggung jawabnya.Beliau bertanggung jawab memimpin dan bukan merendah-rendahkan kakitangan di bawahnya khususnya guru-guru muda.Elakkan menceritakan hal kakitangan kita dengan orang lain kerana ianya juga melambangkan kelemahan kita.Percakapannya mesti membina bukan mengherdik atau menjatuhkan air muka seseorang.Setiap orang ada nilainya dan beliau mestilah bijak mengesannya.Faktor 'individual diference' dalam saikoloji mesti dipertimbangkan.
Sebelum Pengetua/Guru Besar mengurus orang lain beliau mesti mengurus dirinya dengan berbagai kemahiran.Selain mahir dengan pengajaran mata pelajaran optionnya beliau mestilah berpengatahuan dengan teori-teori pengurusan.Beliau mesti rajin membaca buku-buku pengurusan khususnya 'educational administeration'.Satu cara lagi bagi yang mampu, belajar lagi secara sambilan mengenai pengurusan pendidikan di peringkat yang lebeh tinggi.Walaubagaimana pun kelulusan tinggi tidak menjamin keberkesanan seseorang pentadbir.Ada Pengetua berkelulusan Phd tetapi meninggalkan jawatan tersebut kerana tak mampu handle masalah kemanusiaan.Ada juga Pengetua yang berkelulusn tinggi tetapi tak pandai mengambil hati rakan sejawatan ramai yang tak suka kepadanya ketika hendak dilantik ke jawatan lebeh tinggi.Jika mahu berjaya ianya bergantung kepada 'personal touch' seseorang dan PR yang hebat.PR yang hebat bukan sahaja dengan pihak luar tetapi juga dengan staff sendiri. Antara yang perlu diketahui memahami mengenai dirinya,teori organisasi,delegasi,mengambil keputusan dan tahu mengenai keupayaan seseorang.Mengenai diri, beliau perlu sihat dan cergas bukan sahaja dari segi jasmani tetapi juga intelek,emosi dan rohani seperti yang terkandung dalam Falasafah Pendidikan Negara.Seringkali kegagalan Pengetua/Guru Besar ialah beliau sering ingin menanam nilai pribadi terhadap orang lain.Lebeh buruk lagi kalau nilai tersebut merupakan nilai-nilai agama atau perkauman.Jika beliau suka bergaul beliau tentu tahu kepentingan nilai bersama dan yang diterima oleh masyarakat.Jika melakukan sesuatu mesti boleh diterima oleh orang lain dan sesuai dengan sistem pendidikan negara.Penampilan pertama seseorang Pengetua/Guru Besar adalah penting dan beliau perlu mengurus dengan bijak.Mengurus dengan bijak melibatkan pengurusan masa,dokumen bertulis,memori,hubungan dengan setiausaha atau pun pasukan pengurusan sekolah seperti penolong-penolong kanan dan pembantu tadbir kanan.
Seorang Pengetua/Guru Besar mesti menentukan matlamat bersama sesebuah sekolah.Matlamat tersebut mesti difahami oleh guru-guru kanan sekolah,guru-guru,kakitangan dan ibu bapa murid.Setelah difahami barulah ia berkesan ke arah pencapaiannya.Banyak bidang yang boleh diceburi antara yang paling popular ialah ke arah pencapaian akademik yang lebeh cemerlang dalam peperiksaan awam.Matlamat boleh ditentukan dengan cara 'Management By Objective' atau MBO.Dengan ini semua pihak yang berkepentingan dilibatkan dalam usaha menentukan objektif.
Berjaya atau tidaknya misi sekolah bergantung juga kepada gaya kepimpinan pengetua.Kepimpinan yang membenarkan orang bawah mengemukakan pendapat dinamakan 'demokrasi'.Kepimpinan yang membenarkan semua orang bercakap  dikatakan 'liazze fairie' manakala kepimpinan yang tak membenarkan pendapat dikemukakan dipanggil 'autrokratik' atau kuku besi.Mengikut pengalaman penulis kepimpinan yang sederhana sifat demokrasinya adalah lebeh berkesan kerana kadangkala orang yang pandai bercakap tidak boleh menjalankan tugas dengan baik.
Sebagaimana yang dinyatakan sumber manusia adalah elemen penting dalan sinergi pengurusan Pengetua/Guru Besar.Pengetua/Guru Besar bukan sahaja mengurus guru dalam usaha pencapian matlamatnya tetapi juga muridnya.Tumpuannya adalah kepada guru kerana murid adalah tanggungjawab guru.Mengenai guru ini beliau mesti mampu membentuk satu pasukan guru yang sanggup berkerjasama bagi mencapai matlamat sekolah.Bagi sekolah yang besar ini sukar sadikit dan perlu masa untuk membentuk.Kalau perlu, perlu dikesan siapa yang tak sanggup bekerja diberi teguran  dan kalau lebeh serius diberi teguran dan motivasi.Kalau lebeh serius lagi perlu disusun semula dan berbincang dengan PPD.Ramai di antara pentadbir yang berkesan menyediakan akujanji antara guru dan pihak sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah.
Satu lagi kebolehan Pengetua/Guru Besar ialah pengurusan konflik.Beliau mesti bijak melihat sesuatu konflik itu.Seterusnya beliau perlu menyenaraikan apakah alternatif yang ada untuk menyelesaikan masalah tersebut.Kemahiran ini akan tercapai setelah mengalami beberapa masalah.Rungutan juga perlu dikesan oleh seseorang Pengetua/Guru Besar.Dalam sesuatu organisasi ada kumpulan formal dan kumpulan tak formal yang sering menimbulkan masalah.Mereka terkumpul dalam kumpulan formal kerana perlantikan oleh pihak jabatan/sekolah.Kumpulan formal selalunya tidak menimbulkan masalah kerana mereka terpilih dari guru yang baik.Kumpulan informal terbentuk dengan sendirinya kerana umur,ras,latihan guru,jantina,perkauman dsbnya.Kumpulan tak formal ini perlu dikesan dan dicari jalan menyelesaikan masalah mereka.Mengikut teori X dan teori Y oleh Mc Gregor ada manusia yang suka kepada kerja dan dipanggil teori X manakala yang tak suka kepada kerja teori Y.Setelah dikesan cari jalan menyelesaikannya sama ada dengan teguran atau kalau serious dengan kaunseling.Kaunseling mesti secara bersemuka satu dengan satu dan dilaksanakan dengan sulit.Kadangkala ada manusia yang bermasalah kerana masalah pribadi seperti rumah tangga,kewangan dsbnya.Menjadi pentadbir memang perlu pendirian yang tegas tetapi mesti flexible di mana perlu.Staff development juga satu kemestian supaya guru sentiasa bertambah ilmu dan kemahiran mereka.Staff development dengan membawa guru-guru bercuti keluar adalah satu cara yang berkesan dengan syarat programnya ringan dan tidak membebankan.Pentadbir yang berjaya mesti pandai mengurus kewangan sekolah dan kalau perlu pandai mencari wang khususnya 'Sekolah Bantuan Modal'.Tanpa wang sesuatu kemajuan tak dapat dilaksanakan khususnya dari segi 'physical plant' sekolah.School climate dan keadaan sekolah yang cantik tidak dapat diadakan kalau tak ada wang.Jika seorang pentadbir ingin menjadi seorang Pengetua cemerlang beliau mesti mahir dalam ICT.Kebolehan menaip menggunakan komputer,menulis kertas kerja.menyediakan 'Power Point' mesti dipelajari dalam era ICT ini.Tanpanya kita akan menjadi kaku dan guru di bawah kita akan tahu kita tahu mengarah sahaja sedangkan kita tak tahu buat.Kemahiran berkomunikasi juga satu kebolehan istimewa yang ada pada Pengetua/Guru Besar.Saya teringat kepada Allahyarham Tan Sri Rafie Bin Mahat Bekas DG/Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang sangat istimewa PRO nya.Mengatahui saya akan datang ke pejabatnya di tingkat 4 di Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebuah tempat 'high security' di Putra Jaya WP beliau minta pegawai khasnya menunggu saya di lift tingkat G dan beliau menyambut saya di tingkat 4 di kerusi tetamunya dan duduk bukan di meja Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.Jawatan ini satu jawatan tertinggi dalam Perkhidmatan Pelajaran.Tidak semua DG sampai ke situ.Saya sungguh rasa terharu hingga ke hari ini mengingatinya.YB Dr Rais Yatim Menteri Undang-Undang ketika itu bagitu juga ketika saya menemuinya di Putra Jaya atas urusan keluarga.Para Pengetua/Guru Besar harus mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa ini jika ingin berjaya dalam karier masing-masing.Seorang Pengetua/Guru Besar mesti pandai dan cekap menguruskan mesyuarat dalam masa yang munasabah tetapi menepati matlamatnya.Kebolehan mengurus mesyuarat ini mesti ada pada setiap Pengetua/Guru Besar dan ianya boleh dipelajari.Mesyuarat mesti lengkap dengan kertas-kertas yang diperlukan atau 'working paper' yang ingin disembahkan sama ada oleh Guru Kanan atau Pengetua/Guru Besar.Semua mesyuarat mesti didokumentasikan.Seorang Pengetua/Guru Besar mesti mempunyai kebolehan analitikal dalam membuat kata pendek untuk mengambarkan sesuatu, selain boleh berfikir secara lateral mengenai sesuatu perkara.Pentadbiran juga mempunyai sistem.Dengan adanya sistem dalam organisasi semua kerja menjadi mudah.Antara sistem yang diperlukan seperti sistem pentadbiran,sistem pengurusan kurikulum,sistem pengurusan pelajar dan sistem pengurusan kokurikulum.Agihan tugas juga merupakan satu sistem.Dalam sekolah yang besar mithalmya muridnya melebehi 1500 orang atau lebeh sistem agihan tugas mesti jelas dan disediakan carta yang mudah difahami.Sistem penilaian prestasi juga mesti jelas dan kalau boleh laksanakan sistem top five dinilai dua kali setahun.
Seorang Pengetua /Guru Besar adalah 'agent of change' di sekolah.Kalau sekolah itu berjaya pasti Pengetua/Guru Besar mempunyai satu team yang baik bekerjasama dengannya.Kalau sistem penilaiannya baik dan memberi hadiah cemerlang kepada guru-guru yang benar-benar layak pasti guru-guru dan kakitangannya sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Gambar di atas menunjukkan Sekolah MGS Klang yang sedang menuju ke arah memantapkan 'Kecemerlangannya di Daerah Klang' (2011).
Bacaan Lanjutan: 'Sinergi Dalam Pengurusan Sekolah' Hamedah Wok Awang,Normah Teh.PTS Professional 2010.

Sunday, August 14, 2011

Perpindahan Majlis Amal Dan Hari Raya Aidilfitri PBPPPM DC Klang Dari Dewan Asrama Yayasan Selangor Klang Ke Dewan Putera SMK Tinggi Klang 19hb September,2011

Setiap tahun PBPPPM DC Klang mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya di beberapa premis di bandar Klang.Antaranya Hotel Gold Course Jalan Nenas Klang,Hotel Enekma di Shah Alam,Hotel Prescot Klang dan beberapa hotel lain di sekitar bandar Klang.Pada tahun 2010 ianya mula di adakan di Dewan Asrama Yayasan Selangor Jalan Raya Barat Klang sebagai pendekatan baru untuk menarik kehadiran ahli-ahli.Ianya telah mencapai kejayaan cemerlang.Di samping Majlis Hari Raya ianya juga bertujuan untuk mencari sadikit dana untuk persatuan kerana persatuan tidak lagi mendapat peruntukan dari ahli-ahli YB BN.Pada tahun ini 2011 ianya juga dijadualkan diadakan di Dewan Asrama Yayasan Selangor Jalan Raya Barat tetapi terpaksa berpindah ke tempat baru di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Tempat baru tersebut ialah Dewan Putera SMK Tinggi Jalan Meru Klang pada masa dan tarikh yang sama 17hb September,2011 mulai pukul 2.30 pm hingga 5.30 pm (Sabtu).Mana-mana ahli atau bukan ahli yang telah atau akan membeli tiket/kopon diminta sedia maklum mengenai perubahan tempat tersebut.
Sebarang pertanyaan mengenai majlis tersebut boleh menghubungi Pengerusi Tn Hj Ajidan bin Hj Hashim di talian 010-2903428 atau Setiausaha Tn  Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid di talian 012-3593044 atau Bendahari Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim di talian 017-2713002.

Semua Jawatankuasa,Wakil-Wakil Kawasan dan Ahli-Ahli PBPPPM DC Klang diminta berusaha menjual seberapa banyak kopon/tiket yang mampu.PBPPPM DC Klang merupakan Cawangan Daerah yang paling aktif dan padat dengan aktiviti di Negeri Selangor dan mungkin juga di Malaysia.Dengan sokongan Tuan/Puan Insyallah kita dapat mengekalkannya.

Pada 14hb Ogos,2011 pukul 10 pagi Biro Wanita telah mengadakan Majlis penyampaian barang keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seorang ahli yang memerlukannya di Kg Berkat Pekan Meru 41050 Klang.Diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011M/1432H.Maaf Lahir Batin dari kami Jawatankuasa PBPPPM DC Klang 2010-2012.

Gambar 1 menunjukkan Mantan Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor Tn Hj Othman Bin Zakariah sedang berbual dengan Tn Hj Hamid Bin Hj Nor seorang kawan karib dan Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim Bendahari persatuan juga seorang kawan.Gambar 2 menunjukkan Tn Hj Shaari Bin Abdullah sedang menyambut tetamu khas YBhg Tan Sri Dato' Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor sambil diperhatikan oleh Pegawai Utama yang lain dari PBPPPM DC Klang.

Majlis Bantuan Barang Keperluan Hari Raya Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang 14 Ogos,2011

Biro Wanita PBPPPM DC Klang merupakan sayap kanan PBPPPM DC Klang.Ianya diketuai oleh Pn Hajjah Maznah Bt Bahari dan Setiausahanya Pn Hajjah Kamidah Bt Rantam seorang pekerja sosial dan bekas Guru Besar yang sangat aktif dalam kariernya sebagai guru.Biro Wanita telah menjalankan berbagai aktiviti untuk PBPPPM DC Klang.Antaranya mengadakan lawatan ke Wad Kanak-Kanak HTAR Klang pada bulan Oktober 2010,mengadakan Kursus Kesihatan untuk ahli-ahli PBPPPM DC Klang.Majlis tersebut diadakan di Dewan Utama PPD Klang,mengadakan lawatan ke Pusat Rekreasi Felda Sungkai Perak,Hari Ibu dll aktiviti lagi yang dianjurkan oleh Biro Wanita PBPPPM Negeri Selangor.Majlis Penyampian Bantuan Biro Wanita ini diadakan di Kg Berkat Pekan Meru Klang untuk seorang ahli yang kurang sihat Tn Hj Rahim Bin Jusoh.Ianya dihadiri oleh  Tuan Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim,Tuan Hj Rosman bin Warjono Mantan Nazir mesjid Al Sharif Kg Meru,Klang,Puan Hajjah Maznah Bt Bahari Ketua Biro Wanita,Puan Hajjah Kamidah Bt Rantam Setiausaha Biro,Tuan Hj Ranom Bin Hj Abd Hamid seorang ahli dan En Hamzah Bin Mat seorang ahli jawatankuasa.Barang-barang yang disampaikan merupakan barang keperluan harian seperti beras,gula,kopi dsbnya selain wang saku untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011.Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Tn Hj Rosman Bin Warjono mantan Nazir mesjid Al Sharif Meru Klang.Gambar 1 menunjukkan Tn Hj Rosman Bin Warjono sedang membaca Doa Selamat.Gambar 2 menunjukkan Tn Hj Ranom Bin Hj Abd Hamid sedang membantu Ketua Biro Wanita menyampaikan barang-barang tersebut sambil diperhatikan oleh Tn Hj Rosman Bin Warjono,Pn Kamidah Bt Rantam dan Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim(Pengerusi).Adalah diharapkan pada tahun hadapan pihak PBPPPM DC Klang dapat menyampaikan lebeh banyak bantuan seperti ini kepada ahli-ahli.PBPPPM DC Klang mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada Tuan Hj Rosman Bin Warjono kerana telah sudi turut hadir.Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011.Maaf Lahir Batin.

Friday, July 22, 2011

Majlis Tahlil PBPPPM DC Klang 22hb Julai,2011 8.30 malam

Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin PBPPPM DC Klang bagi tahun ini telah di adakan di rumah Tn Setiausaha Agong PBPPPM DC Klang Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali  beralamat di No 68,Jalan Tun Sambanthan Sri Andalas,Klang.Ianya merupakan acara tahunan dan salah satu aktiviti kami dalam tahun ini.Majlis Tahlil dan bacaaan Yaasin diadakan khususnya bagi memperingati ahli-ahli kami yang telah pergi terlebeh dahulu sejak PBPPPM DC Klang ditubuhhkan kira-kira 14 tahun lalu.Ahli-ahli yang meninggal dunia (2011)adalah melebehi 20 orang dan baru-baru ini bekas penyelia Gerko yang pertama PPD Klang Allahyarham Tn Hj Mohd Yassin Bin Kamsah telah kembali ke rahmatullah.Alfatihah.

Majlis tahlil mula diadakan pada tahun 2009.Majlis pada kali ini dihadiri oleh kira-kira 40 orang ahli terdiri dari individu di kariah Jln Tun Sambantan Sri Andalas Klang,ahli-ahli PBPPPM DC Klang di sekitarnya  dan Ahli Jawatankuasa PBPPPM DC Klang lelaki dan perempuan.Antara tetamu istimewa pada malam tersebut ialah Tn Mat Pengerusi JKK kawasan Sri Andalas dan Tn Imam tempatan yang mengetuai majis bacaan Yaasin dan Tahlil tersebut.Turut serta Tn Hj Shaari Bin Abdullah dan isteri selaku Bendahari Agong merangkap Naib Pengerusi Cawangan Daerah Klang.Selain itu Tn Setiausaha Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid juga turut hadir.Pengerusi Biro Agama Tn Hj Mahali Bin Ramlan juga hadir.Majlis Tahlil dan bacaan Yaasin selain memperingati ahli-ahli kami yang telah meninggal dunia terlebeh dahulu ianya juga merupakan hari sambutan kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak kira-kira seminggu lagi.Selain itu ianya merupakan tempat pertemuan di mana ahli-ahli dapat berjumpa dan bertanya khabar mengenai hal-hal persatuan,hal-hal semasa,hal-hal kesihatan,hal kaum keluarga dan anak cucu masing-masing.Bagi warga emas pertemuan-pertemuan bagini akan menjadi santapan rohani bagi mengekalkan kesihatan masing-masing.

Kami Cawangan Daerah Klang mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali(Setiausaha Agong) dan isteri Pn Anniswal Bt Sabaruddin yang membenarkan rumah mereka di No 68,Jln Tun Sambanthan Taman Sri Andalas menjadi tuan rumah.Insyallah tahun hadapan kalau umur panjang dan kesihatan baik pihak kami akan mengadakan majlis yang sama kerana rumah Tn Setiausaha Agong sangat strategik dan selesa untuk para tetamu.
Pada masa sekarang PBPPPM DC Klang merupakan cawangan daerah yang paling ramai ahli-ahlinya di Negeri Selangor dan mungkin juga di Malaysia.Keahlian cawangan daerah Klang telah meningkat kepada 501 orang pada tahun ini 2011.Ianya juga merupakan Cawangan Daerah yang paling aktif di negeri Selangor dan padat dengan aktiviti-aktiviti mengikut keperluan ahli-ahli.Baru-baru ini pada 6,13 dan 14 hb Julai,2011 kami baru sahaja mengadakan kursus komputer dengan kerjasama PPD Klang bertempat di Makmal Komputer SK Kg Jawa Klang.

Pada 17hb September nanti pihak kami akan mengadakan Majlis Amal dan Sambutan Aidilfitri 2011 di Dewan Besar Asrama Yayasan Selangor Jln Raya Barat Klang mulai pukul 2.30 petang.Majlis ini akan diresmikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Onn Bin Hj Ismail Klang Penaung persatuan kami.Mana-mana ahli dan bukan ahli yang berminat boleh menghubungi Tn Setiausaha Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid di talian 03-31686094 atau Tn Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim di talian 03-33921269.Selamat Berjumpa lagi dan Selamat Berpuasa.

Sunday, July 17, 2011

Aktiviti-Aktiviti PBPPPM DC Klang Sehingga Akhir Tahun 2011

Pada 4hb Julai,2011 yang lalu pihak PBPPPM DC Klang telah mengadakan mesyuarat J/K kali ke 3 bagi sessi 2010-2012 dan telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sehingga kini dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan hingga akhir tahun.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:- i)Mengadakan Majlis Amal dan Sambutan Hari Raya pada 2hb Oktober,2010. Majlis diresmikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. ii) Mengadakan lawatan ke Wad Kanak-Kanak Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang oleh Biro Wanita.Gambar 4 dan 5 kanan menunjukkan Jawatankuasa sedang menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak yang ada di Wad hospital tersebut.iii)Melawat ahli-ahli yang sakit.Antaranya Puan Hjh Aminah Bt Hasan,Tn Hj Wirsat dan isterinya Cik Gu Aminah(Bkt Kapar),En Rahim Bin Jusof(Meru),Tn Hj Mat Nor Bin Munawar (Taman Alam Shah),Tn Hj Wandi Bin Jayus dan isteri(Taman Alam Shah),Tn Hj Amran Bin Jamil(Taman Alam Shah).Lawatan ahli yang sakit lain ialah Pn Hjh Siti Zabedah Bt Mohd Ali(Telok Gadong),Tn Hj Abd Majid Bin Wahid(Bekas Pengerusi) di Dengkil,Pn Hjh Jemiah Bt Abd Ghani(Telok Gadong) dan Tn Hj Mohd Ali Bin Norhasan(Juru Odit Dalaman).iv) Melawat ahli yang meninggal dunia Tn Hj Yassin Bin Kamsah.
Aktiviti yang akan dijalankan sehingga awal tahun hadapan.
i)Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin pada 22hb Julai,2011 di rumah Setiausaha Agong di No 68,Jln Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang jam 8.45 mlm.ii)Lawatan ke Wad Kanak-Kanak HTAR Klang pada bulan Oktober,2011.iii)Majlis Ibadah Korban diurus oleh Biro Agama pada masa Hari Raya Aidil Adha.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hashim (03-33921269) atau Setiausaha Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid (012-3593044) atau Tn Bendahari Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim.(017-2713002).Bayaran untuk 1 'share' ialah RM 360.00(Tiga Ratus Enam Puluh Sahaja) iv)Lawatan Ziarah ahli yang sakit.v)Kursus Komputer.Lanjutan dari kursus bulan Julai,2011 atas permintaan ahli.vi)Majlis Amal dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 17hb Sept,2011 di Dewan Asrama Bangunan Yayasan Selangor Jln Raya Barat.vii)Urusan pungut derma Untuk Tabung Bangunan PBPPPM DC Klang bagi tahun 2011.viii) Gerakan menyediakan kad ahli untuk semua j/k dan ahli-ahli lain.Adalah diharapkan semua aktiviti ini dapat berjalan dengan baik.

Saturday, July 16, 2011

Aktiviti Bergambar Majlis Penutup Kursus Komputer PBPPPM DC Klang 14/7/2011

Kursus Komputer anjuran PBPPPM DC Klang telah berakhir pada 14hb Julai,2011 setelah berjalan selama 3 hari dalam masa 2 minggu iaitu pada hari Rabu 6hb Julai dan diikuti pada Rabu dan Khamis 13 dan 14hb Julai,2011 dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.Kursus ini diadakan dengan kerjasama Unit Komputer PPD Klang di Makmal Komputer SK Kg Jawa Klang.Terima Kasih juga ditujukan kepada Guru Besar sekolah tersebut.Upacara penutup telah dilakukan oleh En Shokimi Bin Saman Ketua Unit Pengurusan Sekolah.Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih di atas jasa baik beliau menguruskan kursus ini.Insyallah dalam masa terdekat kami akan mengadakan lagi kursus sambungan atas permintaan ahli-ahli.Tujuannya ia diadakan ialah ' literasi komputer' dan supaya ahli-ahli yang bersara khususnya yang lebeh dari 10 tahun bersara mengatahui perkembangan dalam dunia IT.Tiada siapa dapat menyangkal bahawa dunia IT akan berkembang dengan pesatnya dalam dunia ekonomi,hal ehwal semasa,politik,pendidikan, pembanguan manusia,agama dsbnya.Ianya menjadi alat yang penting untuk umat manusia menuju ke arah kemajuan dunia dan akhirat.Mereka yang tiada pengatahuan IT akan kaku apabila menghadapi masalah-masalah semasa khususnya dalam dunia ekonomi,hal ehwal semasa dan politik.Satu masa nanti murid yang datang ke sekolah tak perlu lagi membawa buku tetapi membawa notebook sebagai alat pembelajaran dan pengajaran guru.Oleh itu konsep-konsep seperti Facebook,Blog,Broadband,i- Pad,Pendrive  dsbnya mesti diketahui oleh guru-guru dan masyarakat amnya.Jika kita ketinggalan maka kita akan ketinggalan sekali lagi seperti pada pada zaman 'Industrial Revolution' dahulu yang dikuasai oleh Barat dan tidak bagi umat Islam sejagat.Satu perkara lagi bukan semua maklumat dalam dunia siber itu benar.Akhir-akhir ini dalam bidang politik terdapat maklumat-maklumat yang merupakan fitnah atau perkara-perkara yang direka-reka bagi tujuan kepentingan politik dan ramai dari kita terperangkap.Kita kaum guru mesti tahu yang mana betul dan yang mana salah seperti juga semasa kita menjadi guru dahulu kita tahu megajar dan menyebarkan ilmu pengatahuan dan pengalaman kita kepada murid perkara yang benar sahaja.Jika tujuan kita baik Insyaallah tuhan memberi petunjuk kepada kita semua.Apabila ahli-ahli kita sudah pandai mengendalikan komputer Insyaallah kita akan menganjurkan lagi kursus yang lebeh tinggi  ilmunya.Buat masa ini tumpuan kami ialah kepada 'Miscrosoft Office' seperti word dan penyediaan surat-menyurat termasuk menghantar e-mail selain belajar mencetak dsbnya.Perkara-perkara seperti excel,power point,pangkalan data akan diajar apabila ramai yang mahir khususnya pegawai-pegawai kanan persatuan supaya pengurusan persatuan setanding dengan sektor awam seperti di JPA.Pihak kami juga akan meminta Kolej Komuniti supaya dapat membantu melatih Pegawai-Pegawai kami supaya mahir dalam komputer.Insyallah.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hashim ditalian 03-33921269 atau Setiausaha Tn Hj Abd Wahab Bin Abd Hamid di talian 03-31686094.Selamat Maju Jaya Dan Hidup Secara Sihat.

Wednesday, July 6, 2011

Aktiviti Bergambar Kursus Komputer Anjuran PBPPPM DC Klang Dengan Kerjasama PPD Klang 6/7/2011,13 dan 14hb Julai 2011

Kursus Komputer Anjuran PBPPPM DC Klang dengan kerjasama Unit Komp PPD Klang telah diadakan pada 6/7/2011 dan akan disambung pada 13 dan 14 Julai,2011 mulai jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.Ianya diadakan  di Makmal Komputer SK Kg Jawa Klang.Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih Kepada Guru Besar dan Unit Komputer PPD Klang yang telah menjayakan majlis ini buat kali kedua di SK Kg Jawa.Sebenarnya ini adalah kali ke 4 PBPPPM DC Klang mengadakan kursus komputer untuk ahli-ahlinya.Dua kali dahulu diadakan di SK Klang Utama Klang.Diucapkan terima Kasih juga kepada Guru Besar sekolah tersebut.Pihak kami mengadakan kelas tersebut pada tahun 2008 dan 2009.Antara tujuan pihak kami mengadakan kelas tersebut selain merupakan aktiviti tahunan ia merupakan satu usaha supaya ahli-ahli kami mengikuti perkembangan semasa dalam bidang IT.Pada masa sekarang penggunaan IT menjadi perkara wajib dalam proses pengajaran dan pembelajran murid selain ianya juga merupakan  alat yang amat penting dalam pengurusan.Dalam masa terdekat guru-guru tak payah menulis Buku Rekod lagi mengenai pengajaran mereka tetapi menulis dalam 'Note Book' (komputer) yang makin hari ke hari nampak pertumbuhannya.Murid juga secara beransur-ansur telah dibekalkan 'Note Book' untuk mereka mencari maklumat untuk isi pelajaran mereka khususnya di luar bandar supaya  literasi komputer akan bertambah di kalangan murid luar bandar.

Kawasan bandar kebanyakan ibu bapa mampu membeli 'Note Book' untuk anak-anak mereka tetapi bagi pelajar miskin sedang dibekalkan komputer untuk mereka secara beransur-ansur.Pada minggu hadapan 13 dan 14hb Julai,2011 8.30 pagi-12.30 tengah hari akan diajar cara-cara membuat e-mail dan melayari internet.Konsep Facebook dan Blogs akan dikenalkan juga.Mana-mana ahli dan bukan ahli yang terdiri dari guru bersara bolehlah mengikuti kursus ini secara percuma.Minum pagi akan diberi sepanjang kursus dan pada 14hb Julai diberi minuman dan juga makan tengah hari.Untuk perhubungan bolehlah menghubungi Tuan Setiausaha Tuan Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid di talian 03-31686094 atau menghubungi Pengerusi Tuan Hj Ajidan bin Hj Hashim di talian 010-2903428 h/p.Kemahiran dalam komputer mesti ada latihan dan bagi mereka yang mampu bolehlah membeli 'Note Book' yang sekarang ini sudah murah sekitar RM 1,600.00 dengan kelajuan 2 gigabytes.Pada tahun 2000 dahulu harganya RM 5,000.00.Komputer kecil seperti yang digunakan oleh murid-murid harganya sekitar RM 950.00.Untuk mendapat maklumat atau ilmu pengatahuan guru-guru perlu melayari komputer dan membaca artikel-artikel yang berfaedah dari akbar 'arus perdana' yang mana maklumatnya tepat dan penuh dengan ilmu pengatahuan.

Gambar 1 kiri menunjukkan Tuan Hj Abd Muaz Bin Ibrahim sedang giat menaip latihan yang di ajar oleh pensyarah dari PPD.Gambar 2 kiri seorang ahli veteran Tn Hj Amran Bin Abd Hamid sedang memandang dengan teliti ke arah pensyarah yang sedang mengajar.Gambar 3 kiri Tuan Setiausaha Tuan Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid sedang membuat ucapan aluan bagi pihak persatuan.Gambar 4 kanan En Norhamdan Bin Baharin(Penolong Setiausaha) dan Tn Hj Usman Bin Soparman(Bendahari Badan Khairat Kematian) sedang leka membuat latihan.Gambar 5 kanan seorang pensyarah perempuan sedang melihat nota sebelum mengajar dan no 6 kanan seorang ahli setia Puan Anniswal Bt Sabaruddin sedang leka melihat komputer sambil menaip apa yang diajar oleh pensyarah.Selamat Belajar.

Friday, July 1, 2011

Apabila Guru Menulis 9

Sebagai seorang Pengetua atau Guru Besar kita akan mengalami pertukaran.Pertukaran sama ada kita memohon atau pertukaran kerana keperluan perkhidmatan atau pengredan sekolah yang melibatkan kenaikan pangkat seseorang.Sebaik sahaja kita bertukar sekolah, pertama kita mesti memahami sistem pengurusan sesebuah sekolah.Ada sekolah yang ditadbir secara rigid dan ada secara longgar/liazze fairie.Setelah berkenalan dengan orang-orang utama dalam sistem organisasi sekolah kita mesti mengatahui kewangan sekolah.Jika sekolah mempunyai kewangan yang kukuh maka senanglah bagi kita membuat pelan strategik untuk kemajuan sekolah.Banyak bidang yang kita boleh buat bagi memajukan sesebuah sekolah.Antaranya sistem organisasi dan pengurusan kewangan sekolah,pengurusan kurikulum dan ko kurikulum,fisikal plant atau kemudahan bilik darjah atau kemudahan-kemudahan lain seperti makmal sains,makmal komputer dsbnya.Keadaan suasana di sekolah atau 'school climate' mesti dijaga dengan baik.Keadaan kawasan yang cantik ditanam dengan bunga-bunga dan pokok akan memberi suasana nyaman dan kondusif kepada proses pembelajaran.Saya masih teringat kepada seorang Pengarah Pelajaran Selangor apabila melawat sekolah beliau akan melawat tandas dan katanya kalau tandas berseh dan keadaan sekolah berseh mesti sekolah ditadbir oleh seorang Pengetua/Guru Besar yang cekap dan berkesan.Suasana dalam pejabat juga memberi impressi keadaan sekolah.Jika pejabat berseh,kemas dan teratur tentu sekolah ditadbir dengan baik.Sistem perhubungan termasuk dalaman dan luaran mesti diambil berat oleh Pengetua atau Guru Besar.Jika sistem perhubungan tidak ambil peduli siapa yang datang ke sekolah maka ini melambangkan kewibawaan Pengetua/Guru Besar.Sistem perhubungan dalaman termasuk antara guru dengan guru dan guru dengan pihak pengurusan sekolah termasuk pihak PPD.Hubungan luaran termasuk hubungan dengan ibu bapa dan pihak luar.Pihak luar termasuk jabatan lain dalam kerajaan seperti polis dan bomba.Ada sekolah yang menyerah perkara ini kepada guru sahaja.Seorang Pengetua yang berwibawa dan berkesan mesti pandai bergaul dengan orang lain seperti Pegawai Daerah/DO,Pengerusi Majlis Kerajaan Tempatan dan Ketua-Ketua Jabatan kerajaan yang lain.Penulis pernah berkawan dengan seorang OCPD dan beliau sendiri membantu dan memberi ceramah mengenai displin murid di sekolah.Penulis bertemu dengan Pegawai Kesihatan dan masalah murid yang sakit dan ponteng dapat diatasi.Masalah kantin sekolah yang kotor dapat diatasi dengan segera dengan bantuan Pegawai Kesihatan.Kalau Pengetua/Guru Besar memerap di pejabat dan berbual dengan telefon sahaja ini menandakan mutu pentadbiran kurang baik.Percakapan telefon mesti pendek dan tepat kepada perkara penting sahaja.Jika ada tetamu yang datang pendekkan perbualan dan terus melayan tetamu yang datang.

Seorang Pengetua/Guru Besar mesti mengajar maka sebab itulah mereka diperuntukkan untuk mengajar 6 waktu seminggu.Kalau kita mengajar maka kita dapat kenal dengan murid khususnya yang pandai dan yang sering menimbulkan masalah di sekolah.Pada satu masa dahulu Pegawai PTD ada memohon untuk menjadi Pengetua sekolah.Mereka tidak boleh jadi Pengetua kerana tidak ada latihan professional untuk mengajar.Pengetua atau Guru Besar juga mesti menulis 'Rekord Book' tiap-tiap minggu.Kalau tak buat 'Rekod Book' maka maknanya Pengetua/Guru Besar tidak mengajar dan ini bertentangan dengan etika Profession Perguruan.Sistem perhubungan yang terlalu ketat akan menyekat ide dari guru dan kakitangan dan sistem yang longgar akan membawa kepada masalah displin.Pengalaman penulis sistem yang sederhana akan membantu pihak pengurusan.Hubungan Pengetua dengan murid mestilah ketat tetapi hubungan guru dengan pengawas mestilah terbuka.Telah diperkatakan Pengetua atau Guru Besar ialah agen perubahan di sekolah.Perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan ke arah kecemerlangan.Sesebuah sekolah yang cemerlang bermaksud sekolah yang menjadi pilehan utama ibu bapa kerana kemajuannya.Kemajuan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang ko kurikulum termasuk displin murid dan moral mereka.Murid-murid mesti dilatih menghormati siapa sahaja yang datang ke sekolah khususnya badan pengawas sekolah dan pemimpin murid.

Thursday, June 30, 2011

Aktiviti Bergambar Hari Guru Daerah Klang 16hb June,2011

Hari Guru Daerah Klang telah diadakan dengan meriah sekali pada 16hb June 2011.Ianya dimulakan dengan sambutan ketibaan Dato' Dr Teh Kim Poo Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang dan Pengerusi BN Parlimen Klang pada pukul 9.00 pagi.Gambar 3 kiri.Ianya diikuti dengan kemasukan Tokoh-Tokoh Guru bagi tahun 2011 yang terdiri dari dua orang Melayu dan seorang Cina dan seorang India.Gambar 4 kanan dan 5 kanan menunjukkan kemasukan Tokoh-Tokoh Guru tersebut ke Dewan Putra Sekolah Tinggi Klang.Gambar 6 kanan menunjukkan Sambutan Silat untuk Tetamu Kehormat Dato' Dr Teh Kim Poh.Gambar 1 kiri dan 2 kiri menunjukkan guru-guru yang menjalankan tugas selaku juru hebah dan tetamu-tetamu yang sedang ashik mendengar ucapan-ucapan oleh Puan PPD Puan Noraini Bt Hj Tahir dan ucapan perasmian oleh Dato' Dr Teh Kim Poh.Antara para jemputan yang hadir termasuk Tuan Hj Mahmud Bin Karim Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor,Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali S/U Agong PBPPPM dan isteri Puan Anniswal Bt Sabaruddin,Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang,En Norhamdan Bin Baharin (Penolong S/U),Pn Hjh Raonah Bt Hj Abdullah(Pen S/U Wanita),En Sukarman Bin Sanuri dan beberapa orang ahli PBPPPM DC Klang yang lain.Sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah satu kejayaan besar kepada PPD Klang yang bersempena dengan persaraan Puan PPD pada 21hb Julai yang akan datang ini.Kejayaannya kerana sokongan semua pihak khususnya Pengetua,Guru Besar dan guru-guru dalam Daerah Klang.Selain itu badan-badan seperti MPSM,MGB sekolah Kebangsaan,MGB SRJK(C) dan MGB SRJK(T) telah memberi sokongan penuh.PBPPPM DC Klang juga turut serta sebagai anggota J/K perlaksanaan.Badan-badan ini bukan sahaja memberi sokongan dari segi tenaga manusia tetapi juga dari segi kewangan mengikut kemampuan masing-masing.Pada 21hb Julai, 2011 pukul 3 petang satu majlis lagi akan diadakan untuk persaraan Puan Noraini Bt Hj Tahir.Hari tersebut ialah hari terakhir beliau bertugas sebagai guru dan PPD.Adalah dijangkakan Tuan Pengarah Pelajaran Selangor akan turut hadir berserta semua Pengetua,Guru Besar dalam Daerah Klang.Semua badan-badan seperti yang dinyatakan di atas telah menyatakan 'commitment ' masing-masing untuk turut serta.Kepada Puan Noraini diucapkan 'Selamat Bersara' dan sangat-sangat dialu-alukan untuk menjadi ahli PBPPPM DC Klang untuk sama-sama mengerakkan Persatuan kita ini.Setakat ini PBPPPM DC Klang merupakan Cawangan Daerah yang paling aktif dalam Negeri Selangor dan mungkin juga di Malaysia.