Thursday, November 8, 2012

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PBPPPM Cawangan Negeri Selangor 2012

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan PBPPPM Cawangan Negeri Selangor bagi sessi 2010-2012 telah diadakan di Sabak Bernam pada 3hb November,2012 bersamaan dengan hari Sabtu mulai jam 10 pagi hingga 1.30 tengah hari.Ianya diadakan di Dewan Mini Konvesyen Pekan Sabak Bernam.Majlis telah diresmikan oleh Pegawai Khas YB Dato' Noriah Bt Kasnon DIMP,SMS,PJK Timbalan Menteri Tenaga,Teknoloji Hijau dan Air Malaysia.Dalam ucapannya YB Timbalan Menteri mengingatkan tentang jasa guru  dalam sejarah negara selain memperjuangkan kemedekaan guru juga turut berjuang untuk skim perkhidmatan kaum guru.Apa yang dinikmati sekarang adalah perjuangan orang terdahulu dan beliau berharap guru terus berjuang demi kepentingan agama bangsa dan tanah air.Jasa guru tidak boleh dilupakan.Dato' Yusof Bin Latif selaku Pengerusi PBPPPM DC Sabak Bernam mengingatkan hal yang sama mengenai guru.Guru juga berjuang mempertabatkan Bahasa Melayu untuk sistem pendidikan negara hingga ke tingkat setinggi-tingginya iaitu universiti.Perjuangan yang sama harus diteruskan demi kesinambungan bangsa dan orang Melayu.Majlis yang gilang gemilang ini berhenti rehat untuk minum pagi dan diteruskan selepas selesai minum pagi.Sebelum ketibaan daif kehormat Dato' Hj Raof Bin Hussin selaku Timbalan Pengerusi telah memberi taklimat mengenai hal ehwal semasa dunia pendidikan termasuk pihak-pihak tertentu yang menuntut supaya bahasa mereka di ajar di sekolah dan di peringkat yang lebeh tinggi.Dato' Hj Raof menegaskan orang Melayu perlu bersatu jika kita ingin terus menegakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa resmi negara dan bahasa pengantar di Pengajian Tinggi  sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.Bahasa Melayu telah terbukti sebagai bahasa perpaduan di negara ini sejak lebeh 50 tahun dahulu kita mencapai kemerdekaan.PBPPPM seharusnya menjadi penyokong yang kuat kepada kerajaan dan sentiasa mengikuti hal-hal semasa jika ianya mahu terus unggul dan releven sebagai penyokong kerajaan persekutuan.Jika kita kuat suara kita akan didengar oleh kerajaan.Oleh kerana Tuan YDP Tn Hj Manan Bin Mohd Noh tidak hadir kerana uzur majlis melantik Dato' Hj Raof Bin Hussin selaku Pengerusi mesyuarat.Keputusan pemilihan mesyuarat Agong adalah seperti berikut: i) YDP Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim  ii)Timbalan YDP Dato' Hj Yusof Bin Latif  iii)Naib YDP (L) Tn Hj Kamaruddin Bin Mansor iv)Naib YDP(W) Pn Khalijah Bt Shamsuddin (v)Setiausaha En Norhamdan Bin Baharin (vi)Penolong Setiausaha (L)Tn Hj Aris Bin Hj Moen(vii)Penolong Setiausaha (W)Pn Hjh Zaharah Bt Abdul Samad (viii)Bendahari Tn Hj Sukarman Bin Sanuri. Pemeriksa Kira-Kira (i)Tn Hj Mahali Bin Ramlan ii)Tn Hj Shaari Bin Abdullah.Usul-usul dari Cawangan Selangor dibincangkan.Antara usul yang akan dibawa ke Mesyuarat Agong Kebangsaan ialah berkaitan dengan cadangan supaya Presiden/YDP/Pengerusi cawangan Daerah melantik Setiausaha dan Bendahari di peringkat masing-masing.Tujuannya supaya senang mengurus persatuan dari segi tempat tinggal dan kesesuaian masing-masing antara pegawai-pegawai yang dilantik dan ketua.Usul lain telah diterima tanpa bahas dan akan dirujuk kepada pihak yang berkenaan.Mesyuarat Agong pada kali ini akan diadakan di Melaka selaku Tuan rumah.PBPPPM Cawangan Negeri Selangor layak menghantar 15 orang perwakilan selain dari mereka yang memegang jawatan di peringkat kebangsaan iaitu seramai 8 orang yang di ketuai oleh Tn Hj Manan Bin Mohd Noh.Mesyuarat Agong tersebut pada 1hb Dec hingga 2hb December,2012.Jawatankuasa yang baru bagi Negeri Selangor akan membincangkan cara-cara perwakilan Selangor akan pergi ke sana dan akan mengemukakan calon-calon yang akan bertanding di Peringkat Kebangsaan.Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali selaku Setiausaha Agong akan membantu YDP Selangor menyelesaikan perkara ini.Sebelum majlis berakhir YDP yang baru Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada para perwakilan yang menyokong beliau dan memohon mereka membantu beliau membawa perubahan kepada cawangan Selangor ke arah lebeh maju lagi.Terima Kasih juga ditujukan kepada bekas YDP Tn Hj Manan Bin Mohd Noh yang telah membawa kemajuan kepada cawangan Selangor dan meletakkannya di tapak yang kukuh.Semoga beliau diberi kesihatan yang baik bagi menempuh sisa-sisa hidup untuk masa-masa yang akan datang.Terima Kasih juga ditujukan kepada PBPPPM DC Sabak Bernam yang telah menjadi Tuan Rumah dan memberi layanan istimewa kepada para perwakilan sakalian.Majlis berakhir pada pukul 1.30 pm.
Gambar 1 menunjukkan Tn Setiausaha Cawangan Selangor Tn Hj Harun Bin Hasan mengalualukan para perwakilan sakalian.
Gambar 2 menunjukkan perwakilan dari PBPPPM DC Klang Tn Hj Usman Bin Soparman dan Tn Hj Mahali Bin Ramlan sedang asyik membaca buku penyata yang diedarkan.
Gambar 3 menunjukkan para perwakilan wanita dari seluruh Negeri Selangor membanjiri Dewan mesyuarat  Pusat Konvensyen Mini Sabak Bernam.
Gambar 4 menunjukkan Dato' Hj Raof Bin Hussin Timbalan Pengerusi PBPPPM Cawangan Selangor sedang memberi taklimat mengenai perkembangan semasa dalam dunia pendidikan.
Gambar 5 menunjukkan Tn Hj Sukarman Bin Sanuri sedang berbincang sesuatu dengan Pengerusi PBPPPM DC Ulu Selangor Tn Hj Kamaruddin Bin Mansur.
Gambar 6 menunjukkan Tn Hj Ramle Bin Salleh dan beberapa para perwakilan dari PBPPPM DC Klang sedang membincang mengenai penyata tahunan.
Gambar 7 menunjukkan Tn Hj Shahar Bin Jailani perwakilan dari PBPPPM DC Kuala Langat sedang asyik membaca penyata.Bagitu juga para perwakilan yang lain.

Ajidan Bin Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang 4hb November,2012.

Wednesday, November 7, 2012

Majlis Lawatan Biro Wanita PBPPPM DC Klang Ke HTAR Klang 7hb November,2012

Majlis Lawatan Biro Wanita PBPPPM DC Klang ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang/HTAR Klang bagi tahun 2012 telah diadakan pada 7hb November,2012 mulai pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Ianya merupakan aktiviti tahunan Biro Wanita dengan kerjasama PBPPPM DC Klang.Antara tujuan dan matlamatnya ialah sebagai aktiviti sosial untuk berkhidmat kepada masyarakat dan mendekatkan persatuan ini dengan orang ramai.Pada kali ini ianya diketuai oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker DUN Selangor dan bekas ADUN Sementa.Selain dari itu turut hadir ialah Pengerusi kami Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim dan Naib Pengerusi Tn Hj Shaari Bin Hj Abdullah.Tn Setiausaha En Norhamdan Bin Baharin membantu menyelaraskan majlis tersebut termasuk menyediakan minuman rengan selepas majlis berakhir.
Majlis ini telah disusun dengan rapi oleh Biro Wanita dengan sokongan kuat Penaung kami YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail.Setiausaha Wanita yang bekerja keras bagi menjayakan majlis ini ialah Puan Hamidah Bt Rantam bekas Guru Besar SK Bukit Tinggi Klang dan seorang pejuang masyarakat yang gigih dan kental dari Kg Batu Belah Klang.Walaupun umur terus menjangkau usia beliau tetapi beliau tetap gigih seperti dahulu.Majlis juga turut dihadiri oleh bekas Ketua Biro Wanita Pn Maznah Bt Bahari.Seorang ahli veteran dan juga isteri kepada Tuan Setiausaha Agung PBPPPM juga turut hadir iaitu Puan Anniswal Bt Sabaruddin seorang jawatankuasa yang paling lama menjadi ahli dan terus bergerak aktif.Beliau juga adalah Pengerusi keahlian PBPPPM DC Klang.Dengan kerja keras beliau dan jawatankuasanya PBPPPM DC Klang merupakan Cawangan Daerah yang paling ramai ahli dan paling aktif di Negeri Selangor dan mungkin juga di Malaysia.Ahli Cawangan Daerah ini telah mencecah melebehi 505 orang ahli.Pada kali ini majlis juga turut dihadiri oleh jawatankuasa baru Puan Bahariah Bt Bustaman bekas Pengetua Cemerlang SMK Convent Klang.Selain itu turut hadir ialah Puan Noraini Bt Hj Tahir bekas Pegawai Pelajaran Daerah Klang.Antara ahli baru yang lain yang hadir ialah Pn Rosnah Bt Ali bekas Pengetua Cemerlang SMK Methodist Klang.Pengerusi dalam bualannya dengan mereka berharap dalam masa yang akan datang lebeh ramai bekas guru siswazah akan turut hadir dan menjadi ahli.Majlis bermula pada pukul 10.15 pagi dengan ketibaan YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail dengan disambut oleh Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim, Naib Pengerusi Tn Hj Shaari Bin Abdullah,Naib Pengerusi Wanita Pn Kamariah Bt Zainuddin,Bekas Pengerusi Wanita Pn Maznah Bt Bahari,Setiausaha Cawangan En Norhamdan Bin Baharin dan Pegawai Perhubungan HTAR Klang.Selepas berkumpul di bilik menunggu pejabat HTAR Klang majlis terus beratur untuk bergambar beramai-ramai dikelolakan oleh juru gambar PBPPPM DC Klang Tn Hj Ramlee Bin Salleh.Selepas bergambar rombongan menuju ke lift untuk ke tingkat 3 melawat wad-wad yang telah disediakan.Wad yang disediakan ialah wad kemalangan lelaki dan wad pembedahan wanita.Tan Sri Onn mengetuai rombongan ke wad lelaki dengan diikuti oleh Pengerusi,Naib Pengerusi dan Setiausaha cawangan.Setiap pesakit disediakan sebuah cendermata yang terdiri dari bahan makanan berkhasiat dan sehelai tuala untuk kegunaan pesakit.Selepas Tan Sri Onn siap menyampaikan cenderamata kepada pesakit bersama-sama dengan Pengerusi,Naib Pengerusi,Setiausaha dan ahli rombongan lain terus ke wad wanita untuk membuat lawatan sambil lalu dan memerhati Biro Wanita dengan diketuai oleh Puan Kamariah Bt Zainuddin menjalankan tugasnya.Setelah selesai rombongan turun ke kantin hospital untuk minum pagi dengan diikuti oleh Pegawai Perhubungan Awam HTAR Klang dan ahli rombongan yang lain.Majlis pada hari ini sungguh berjaya dan mencapai matlamatnya.Pengerusi Biro Wanita Pn Kamariah Bt Zainuddin mengucapkan setinggi-tinggi Teima Kasih kepada semua yang hadir khususnya Tan Sri Onn Bin Hj Ismail dan AJK lelaki yang lain.Terima Kasih juga ditujukan kepada HTAR Klang yang telah melayan kami dengan cemerlang dan membenarkan lawatan tersebut dibuat.Insyallah jika ada rezeki dan umur panjang pada tahun hadapan kami akan adakan majlis seperti ini lagi.Diucapkan Tahniah dari Pengerusi PBPPPM DC Klang dan semua ahli jawatankuasa Cawangan Daerah Klang kepada Biro Wanita.Syabas.

Gambar 1 menununjukkan Tan Sri Onn Bin Hj Ismail sedang menyampaikan cenderamata sambil diperhatikan oleh isteri pesakit dengan ucapan Terima Kasih dan penuh kesyukuran.
Gambar 2 Tan Sri Onn Bin Hj Ismail dan seorang jururawat hospital yang bertugas sedang beraksi di hadapan juru gambar PBPPPM DC Klang Tn Hj Ramlee Bin Salleh.
Gambar 3 Tan Sri Onn sedang menyampaikan cenderamata kepada pesakit sambil diperhatikan Pengerusi kami Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim.
Gambar 4 menunjukkan Tan Sri Onn,Tn Hj Ajidan,Tn Hj Shaari dan seorang ahli kami sedang berbual di dalam bilik menunggu HTAR Klang.
Gambar 5 menunjukkan Pengerusi kami Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim sedang menyampaikan cendermata kepada seorang pesaki sambil bebual-bual.
Gambar 6 menunjukkan Tn Hj Shaari Bin Hj Abdullah selaku Naib Pengerusi sedang menyampaikan cendermata kepada seorang pesakit di HTAR Klang Wad lelaki.
Gambar 7 menunjukkan Puan Pegawai Perhubungan Awam HTAR Klang sedang menyampaikan taklimatnya mengenai lawatan tersebut dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kedatangan kami.Pn Kamariah Bt Zainuddin sedang asyek mendengar taklimat tersebut.
 
Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang.