Saturday, October 27, 2012

Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Pengetua/Guru Besar

Apabila seseorang dilantik sebagai Pengetua/Guru Besar dari segi undang-undang telah sah ia adalah seorang pegawai yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran untuk mentadbir sesebuah sekolah sama ada sekolah menengah atau rendah.Perlantikan beliau adalah berdasarkan pengalamannya,kelulusannya dan kebolehannya menjadi pemimpin khususnya dari segi perhubungan awam.Di Malaysia sudah menjadi amalan apabila seseorang dilantik menjadi Pengetua/Guru Besar beliau mestilah telah memegang jawatan sebagai Penolong Kanan sejak beberapa lama.Dengan demikian apabila beliau dilantik sebagai Pengetua/Guru Besar tidaklah menghadapi banyak masalah mentadbir sesebuah sekolah.Sebelum tahun 1980han untuk menjadi Pengetua atau Guru Besar tidak ada latihan khas.Pengetua/Guru Besar mentadbir secara 'trial and error' dan belajar dari segi kesilapan beliau. Selepas tahun 1980han masa telah berubah.Dengan tertubuhnya Institut Aminuddin Baki (IAB) semua Pengetua/Guru Besar dilatih untuk menjadi Pengetua/Guru Besar.Kursus-kursus disediakan sama ada kursus 1 tahun atau kursus jangka pendek.Isi-isi kursus mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan teori-teori pengurusan,kepimpinan,cara-cara mengurus kewangan dan perhubungan manusia.Tetapi ada kalanya tidak semua yang menghadiri kursus mengamalkan apa yang dipelajari.Mereka kembali kepada cara lama.Pengetua/Guru Besar berada di pejabat melayan telefon dan melayan satu dua orang tetamu dan menanti waktu balik.Kerja sekolah dibiar Penolong Kanan dan guru-guru yang lain melaksanakannya.Apakah tugas seorang Pengetua/Guru Besar ? Ianya seperti berikut: (i) Perlaksanaan Kurikulum: Seorang Pengetua/Guru Besar mesti memastikan kurikulum sekolah yang ditentukan oleh Kementeriaan Pelajaran dilaksanakan dengan berkesan.Kalau sekolah menengah dari tingkatan peralihan hingga tingkatan 5 atau 6 bagi sekolah yang mempunyai tingkatan 6.Bagi sekolah rendah kurikulumnya mengandungi mata pelajaran dari darjah 1 hingga 6.Kalau sekolah ada prasekolah termasuk mata pelajaran prasekolah.Perlaksanaan kurikulum ini akan berjalan dengan baik jika pihak Pengetua/Guru Besar dapat mewujudkan satu team yang baik terdiri dari Penolong Kanan,Penyelia Petang,Penolong Kanan Gerko, Penolong Kanan HEM,Guru Kanan Mata Pelajaran dan seterusnya guru kelas yang mengajar mata pelajaran masing-masing.Mereka mesti bekerja secara kumpulan secara harmoni bersama dengan pihak pengurusan dan guru-guru lain dengan satu matlamat untuk kemajuan sekolah.Oleh itu perlu diwujudkan pelan strategik untuk semua mata pelajaran yang diajar di sekolah.Kebolehan Penolong Kanan,Penyelia Petang amat penting bagi membahagikan kerja secara adil.Jika terdapat konflik antara guru dengan guru maka di sini Pengetua/Guru Besar baru campur tangan menyelesaikannya.Kebiasaannya pada awal tahun semua guru diminta mengisi borang mata pelajaran opsyen yang mereka boleh ajar dan gerakan gerko yang mereka boleh pimpin.Dengan adanya borang tersebut mudahlah bagi Penolong Kanan/Penyelia Petang menyediakan jadual waktu untuk guru-guru di bawah peyeliaannya.Semua program yang dilaksanakan mesti di selia oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan untuk memastikan apa yang dirancang tercapai.Jika terdapat masalah diperbetulkan.Mentadbir sekolah mesti ada penyeliaan.Tanpa penyeliaan kita tidak tahu apakah kebaikan dan kelemahannya.Semua sekolah apabila keputusan peperiksaan awam diumumkan mesti memastikan kejayaan mereka.Jika terdapat kemerosotan apakah sebab-sebabnya dan memastikan ianya dikesan awal-awal lagi supaya pada tahun berikutnya dapat diadakan rancangan pembetulan mengenai kelemahan yang telah dikesan.  (ii)Perlaksanaan Kokurikulum:Perlaksanaan Kokurikulum di sekolah bagi memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan dan kelab-kelab persatuan yang ada di sekolah.Tujuannya bagi mewujudkan pertumbuhan yang seimbang dalam diri seseorang bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi fisikal dan akan melahirkan murid yang seimbang dari segi emosi,pandai bergaul,bertimbang rasa dan sentiasa memahami masalah orang lain.Konteks ini sangat mustahak dari segi pembangunan insan 'Satu Malaysia' dengan keadaan latar belakang murid dari berbagai kaum.Persafahaman antara kaum mustahak dalam usaha membina satu negara yang bersatu padu.Dalam bidang permainan mithalnya bola sepak seorang murid dapat banyak mempelajari erti-erti persafahaman dan toleransi ini.Dalam bidang persatuan mithalnya ketika berbahas seorang murid bukan sahaja mempelajari bagaimana petah bercakap tetapi juga memahami berbagai adat resam yang ada dalam masyarakat Malaysia. Seorang Pengetua/Guru Besar mesti memastikan seorang murid mengambil bahagian dalam satu permainan dan satu bahagian dalam pertubuhan.Bagi sekolah yang mempunyai ramai murid India pastikan mereka mengambil bahagian dalam larian merentas desa dan acara ini dapat disertai oleh semua murid yang ada di sekolah.Di sesetengah sekolah ada kecenderungan murid yang minat dalam bidang-bidang tertentu mithalnya pencak silat.Beri galakan kepada murid menyertainya.Ada juga yang minat dalam berzikir barat.Beri tumpuan dalam bidang ini.Insyallah sekolah akan berjaya.Sukan sekolah mesti juga dilaksanakan dengan sempurna.Jangan buat seolah-olah melepaskan batuk ditangga.Bagi sekolah yang dekat dengan stadium bawa mereka ke stadium.Kalau sekolah ada pasokan pancaragam beri peluang kepada mereka menunujukkan bakat dalam acara sukan ini.Satu acara yang sering dilupakan oleh pihak Pengetua/Guru Besar ialah larian berganti-ganti antara sekolah.Acara ini mesti diadakan bagi memupuk persafahaman antara satu sekolah dengan yang lain.Ianya bukan sahaja di kalangan murid tetapi juga antara Pengetua/Guru Besar dengan sekolah yang lain.Nilai-nilai murni seperti ini nampak sudah merosot dan perlu mendapat perhatian semua pentadbir pendidikan.Sekolah tidak boleh wujud dalam keadaan 'vacuum'.Pihak pentadbir mesti bercampur gaul dengan pihak sekolah lain dan orang awam jika ingin sekolah maju.Seorang Pengetua/Guru Besar tidak semestinya pandai bermain tetapi yang penting beliau memahami jenis-jenis permainan yang popular dan apa itu 'track event' dan apa itu 'field event'.Jika seorang Pengetua/Guru Besar tidak mengabaikan perlaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah pasti beliau akan berjaya.Seseorang Pengetua/Guru Besar mesti mengamalkan gemar membaca jika ingin pengatahuan yang lebeh dalam hal bagini.
iii)Pengurusan Pejabat:Pengurusan pejabat meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan penggajian guru-guru dan kakitangan termasuk perlaksanaan skim perkhidmatan mereka.Seorang Pengetua/Guru Besar dibantu oleh pegawai kerani yang terlatih termasuk pelayan pejabat.Jumlahnya bergantung kepada saiz sekolah.Pada masa dahulu tugas menyelia pekerja-pekerja sekolah seperti tukang kebun dan tukang sapu adalah di bawah kelolaan Pengetua/Guru Besar.Beliau dibantu oleh Penolong Kanan dan seorang guru pembantu.Dengan adanya penswastaan tugas ini diurus oleh pihak kontraktor.Apa yang penting pihak sekolah sentiasa berkomunikasi dengan pihak kontraktor supaya keadaan sekolah sentiasa berseh termasuk kawasan padang sekolah.Tugas ini boleh dilantik seorang guru untuk menyeliakannya.Seorang Pengetua/Guru Besar yang cekap sentiasa memastikan gaji dibayar mengikut jadual dan sebarang kenaikan gaji guru dan kakitangannya dibayar mengikut masa yang telah ditentukan.Bagitu juga tunggakan-tunggakan gaji jika ada.Jangan sekali-kali lepas seratus peratus kepada kerani.Pengetua/Guru Besar mesti ambil tahu.Rekod-rekod perkhidmatan masing-masing disimpan dengan rapi dan sebarang cuti direkodkan.Pengetua/Guru Besar mesti beri galakan kepada guru atau kakitangan yang ingin maju dalam 'career path' mereka.Ada guru yang sesuai untuk naik pangkat dalam pentadbiran dan ada guru yang sesuai untuk jadi guru cemerlang.Selain itu ada yang suka melanjutkan pelajaran.Beri peluang kepada mereka dan galakan dari masa ke semasa.Kalau boleh adakan perkembangan staff supaya guru tidak jadi kayu mati atau burnout.Kalau mampu bawa mereka bercuti keluar dan adakan perkembangan staff oleh penceramah yang hebat.PIBG sekolah boleh membantu.Selain dari tugas di atas tugas pejabat juga membuat pembayaran bil-bil perbelanjaan dan menerima grant pembayaran dari Jabatan Pendidikan Negeri.Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab di atas segala pembayaran yang dibuat oleh sekolah.Bagitu juga sebarang pesanan barang oleh sekolah.Pastikan tiada penyelewengan berlaku dan tiada orang yang mengambil kesempatan.Penulis masih ingat terdapat seorang Pengetua yang tidak sedar seorang pegawai kerani beliau telah membuat pembayaran dari masa ke semasa sehingga mencecah RM40,0000.Akhirnya apabila diodit dapat dikesan dan kerani tersebut dibuang kerja.Kepada saya Pengetua/Guru Gesar tersebut sepatutnya juga dihukum.Selain membuat pembayaran pejabat Pengetua/Guru Besar melayan orang ramai termasuk panggilan telefon.Kakitangan yang melayan telefon patut dilatih cara-cara melayan orang ramai dengan budi pekerti yang tinggi.Bagitu juga guru yang membantu dalam hal ini.Pengetua/Guru Besar mesti menjadi contoh kakitangan di bawah jagaannya.Saya masih teringat terdapat seorang Pengetua yang dihantar bertugas ke sebuah pulau tetapi pulau tersebut sudah mudah untuk dihubungi kerana telah dibina jambatan untuk menghubungi pulau tersebut dengan tanah besar.Pihak Jabatan telah membuat beberapa projek yang berkaitan dengan sekolah termasuk bilik darjah tambahan.Rombongan kami termasuk Tuan Pengarah.Apabila kami sampai beliau nampak kami tetapi tidak menyambut sebalik terus berbual dengan telefon.Ada kira-kira lima belas minit dan Pengarah pun memberi teguran secara berhemah.Sepatutnya beliau faham yang datang itu Pengarah Ketua No 1 beliau.Beliau seharusnya berhenti bercakap dengan telfon dan terus melayan kami.Perkara seperti ini sering berlaku di sekolah.Kita seharusnya memberi keutamaan kepada tetamu yang datang.
iii)Fisikal Plant: Fisikal plant membawa pengertian segala kemudahan fisikal yang ada di sekolah seperti bilik darjah,makmal sains,dewan,bilik sukan,bengkel,jalan raya,parit dsbnya yang ada di sekolah untuk kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran murid.Semua ini di bawah jagaan seorang Pengetua/Guru Besar.Kalau rosak,tidak cukup mesti dipohon oleh pihak sekolah dan yang baik pada awal tahun.Cara kita memohon mesti kena caranya.Yang baik Pengetua/Guru Besar sendiri menguruskannya.Kalau Pengetua/Guru Besar ada 'rapport' dengan pegawai-pegawai di PPD atau di Jabatan kenal dengan kita maka senang sahaja kita mendapatkannya.Ada Pengetua/Guru Besar suka mewakil kepada guru-guru yang menguruskannya.Guru tersebut pula guru junior.Soalnya tugas Pengetua/Guru Besar apa.Bukan hanya duduk di pejabat dan melayan telefon.Ada sebuah sekolah yang sudah wujud 30 tahun masih memiliki pagar sekolah jenis lama.Pihak sekolah atau Pengetua tidak mengambil kisah tentang hal ini sedangkan orang lain sudah berpagar batu bertahun-tahun lamanya dan mempunyai gate otomatik.Di lembah Klang ini setiap tahun muridnya bertambah lebeh dari 5% setahun.Ini disebabkan migrasi dalaman dan pertambahan projek perumahan.Pengetua/Guru Besar mesti bijak membuat perancangan masa depan sekolah.Janganlah setiap kali bertambah murid diminta tambahan bilik darjah.Pada akhirnya murid mececah 3,000 atau 4,000 murid.Sekolah sebenarnya ada kapasiti optimum.Jika murid lebeh dari jumlah-jumlah tertentu maka prestasi murid akan menurun.Kajian di barat seperti di Britain dan Kanada menunujukkan jumlah murid yang baik untuk ditadbir ialah sekitar 1,200 orang.Pengetua/Guru Besar mesti membuat projection murid yang akan datang pada kadar 5 tahun berdasarkan pertambahan dalam 5 tahun yang lalu.Jika murid dijangka melebehi 1,200 murid memohon sekolah yang baru bukan sekolah yang besar.Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa membina sekolah yang baru dengan apa cara sekali pun.Kalau kita memohon sekarang ianya mengambil masa 5 tahun akan datang untuk ianya menjadi kenyataan.Pengetua/Guru Besar mesti pandai merancang dan tidak serah bulat-bulat kepada PPD.Kadangkala pegawai-pegawai di PPD merupakan pegawai yang kurang berpengalaman.Sebagai Pengetua/Guru Besar kita boleh meminta bantuan PPD atau orang lain yang berminat dengan isu-isu pendidikan.Sekarang ini masyarakat banyak yang terpelajar dan berpengatahuan dalam berbagai bidang.Sekolah tidak boleh wujud dalam 'vacuum' jika ingin maju.Pengetua/Guru Besar mesti berinovatif  dan menjadi agen kepada perubahan seperti yang berlaku di Barat negara seperti Amerika Syarikat atau Eropah.
iv)School Climate dan Persekitaran Sekolah:School climate membawa pengertian kepada keadaan suasana sekolah berdasarkan persekitaran fisikal sekolah dan keadaan murid berasaskan displin dan tingkah laku mereka.Pada tahun 80han dahulu satu seminar pendidikan telah diadakan di UiTM Shah Alam mengenai school climate yang sesuai untuk sekolah-sekolah di Malaysia.Rumusan dari seminar tersebut mengemukakan bangunan sekolah mestilah dibina kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid.Selain itu susun atur bilik darjah juga mesti sesuai.Hasilnya Kementerian Pelajaran telah menyediakan plan sekolah seperti keadaan bangunan-bangunan baru sekarang.Kedudukan bilik darjah juga mesti sesuai iaitu dimulakan dari Tingkatan Peralihan hingga tingkatan lima atu enam bagi sekolah yang ada tingkatan enam.Cara murid bergerak dari satu kelas ke satu kelas juga diambil kira.Murid bergerak mengikut satu arah dan tidak boleh lintang pukang kerana ini akan mewujudkan suasana kelam kabut.Pengetua/Guru Besar apabila menyediakan jadual waktu mesti mengambil kira hal ini.Displin murid juga mesti dijaga dengan rapi.Jika sekolah mempunyai masalah displin dan murid sering bergaduh maka ini akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.Seorang bekas Pengarah Pelajaran Selangor pernah menyatakan jika beliau melawat sekolah dan melihat 'school climate' ini baik maka ianya bermakna sekolah ditadbir dengan baik.Jika keadaan sekolah berseh,tandas berseh itu adalah salah satu 'indicator' yang Pengetua/Guru Besar telah menjalankan tugasnya.Seorang Pengetua/Guru Besar mestilah menjaga persekitaran sekolah.Pokok-pokok ditanam di sekeliling sekolah dan tempat-tempat yang sesuai.Sekolah-sekolah  yang mempunyai suasana seperti sebuah kampus akan menjadikannya kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.Jika bangunan ingin dibesarkan mithalnya kantin sekolah mesti dirancang terlebeh dahulu supaya ianya kelihatan cantik.Jika ingin dibangunkan tempat rehat murid mithalnya berkelompok mesti dibina berbentuk hexagonal dan murid bergerak secara 'clockwise'.Jika ianya dibina sesuka hati maka jadinya tidak elok mata memandang.Rancanglah terlebeh dahulu dengan guru-guru dan setiap orang ada kebolehannya.
v)Perhubungan dengan Ibubapa murid: Adalah menjadi tugas seorang Pengetua/Guru Besar untuk mewujudkan suasana yang akrab antara sekolah dengan ibu bapa murid.Puan Hamidah Wok dan Puan Normah Teh dua orang Pengetua cemerlang dari Pahang ini berkata dalam buku mereka "Sinergi dalam Pengurusan Sekolah" seperti berikut:
" Ke gunung sama didaki
  Ke lurah sama dituruni,
  Hati gajah sama dilapah,
  Hati kuman sama dicecah'
Alangkah indahnya jika kerjasama sebegitu akrab antara ibubapa murid dengan sekolah termasuk guru-guru diwujudkan oleh Pengetua/Guru Besar.Cara yang paling berkesan apabila seseorang Pengetua/Guru Besar ditempatkan di tempat yang baru khususnya di luar bandar cari jalan bagaimana Pengetua/Guru Besar dapat bertemu dengan pemimpin tempatan seperti ketua kampong,Pengerusi JKK dsbnya.Bagi sekolah 'feeder school' Pengetua turun padang dengan melawat Guru Besar yang menjadi 'feeder school' kepada sekolah kita.Insyallah mereka akan merasa bangga dengan lawatan kita.Bagi sekolah di bandar segera panggil mesyuarat PIBG atau Lembaga Pengurus dan berkenalan dengan mereka.Setiap Pengetua/Guru Besar mesti ada mempunyai rancangannya sendiri untuk pembangunan sekolah.Mereka telah terlatih dan dapat memikirkannya sendiri rancangan yang hendak dilaksanakan.Ingin diingatkan menjadi Pengetua/Guru Besar bukan hanya sekadar duduk di pejabat,melayan telefon,melayan juru jual dan menunggu bila masa waktu balik jika ingin sekolah maju.Apabila ditanya ibubapa apakah tujuan mereka menghantar anak mereka ke sekolah maka jawapannya untuk mendapat pendidikan sempurna.Dari jawapan tersebut nyata mereka mempunyai kepercayaan dan harapan tinggi kepada sekolah khususnya guru.Sebenarnya tugas sekolah memberi pendidikan secara formal dan ibu bapa secara informal.Murid akan berada di sekolah selama 8 jam dan selainnya di bawah jagaan ibu bapa selama 16 jam.Di sekolah selain dari guru mengajar mata pelajaran akademik guru juga membantu menanam nilai-nilai murni seperti berkelakuan baik,menghormati orang lain,beragama dsbnya.Ibubapa juga masih merupakan pemilik kekal anak-anak mereka dan bertanggungjawab terhadap mereka.Konsep perkongsian membentuk manusia berilmu dan berakhlak mulia ini harus dihormati oleh semua pihak.Adalah wajar sekolah dan ibu bapa menjalin hubungan baik dan harmonis serta memberi kerjasama dan sokongan kepada pihak sekolah.Kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah ini menyumbang kepada kecermerlangan sekolah.Walaubagaimana pun sebaik mana kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah tetapi jangan sampai kepada aspek-aspek campur tangan dalam hal-hal pentadbiran sekolah.Aspek pentadbiran sekolah menjadi tanggungjawab Pengetua/Guru Besar sekolah.

Saturday, October 20, 2012

Majlis Perbincangan Pembangunan Pendidikan DUN Meru (2013-2025) 20 Oktober,2012 SMK Meru Klang

Majlis Perbincangan Pembangunan Pendidikan DUN Meru 2013-2025 telah diadakan di SMK Meru Klang pada 20hb Oktober,2012.Majlis ini telah dilaksanakan oleh PBPPPM DC Klang sebagai program khasnya dalam bidang pendidikan untuk tahun ini 2012. Matlamat dan tujuannya adalah bagi menyediakan kemudahan fisikal dan tenaga manusia untuk 12 tahun yang akan datang di samping merapatkan lagi hubungan antara sekolah-sekolah yang ada dalam kawasan dewan undangan Meru termasuk rendah dan menengah.Dua puluh tahun yang lalu PPD Klang
telah mewujudkan konsep "feeder school" iaitu sekolah Menengah yang menerima murid dari sekolah rendah di sekitarnya menjadi Ketua sekolah kelompok.Sebagai contoh SMK Meru menjadi ketua untuk SK Sg Binjai Meru Klang,SK Bukit Kapar,SK Jln Tap Meru,SK Meru 2 dan SRJK(C) Tiong Hwa Kok Bin Pekan Meru.Sekolah-sekolah ini boleh bekerjasama dalam hal-hal orientasi murid,bidang sukan dan akademik.Di samping itu ianya akan merapatkan lagi siratul rahim antara Pengetua dan Guru-Guru Besar,kakitangan sekolah,PIBG dan murid-murid.Sekolah tidak boleh wujud dalam keadaan 'vacuum' atau hampawa jika ianya ingin maju.Perkara ini telah ditegaskan oleh YAB Timbalan PM merangkap Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Mohyiddin Bin Mohd Yassin dalam satu ucapannya tidak lama dahulu.Beliau mahu sekolah mewujudkan perhubungan luar dengan institusi seperti JKK,jabatan-jabatan kerajaan,pihak berkuasa tempatan dan pihak swasta dalam usaha untuk membangun sekolah.Mithalnya hubungan sekolah dengan kilang di sesuatu kawasan.Kilang boleh memberi pekerjaan kepada murid kita yang ingin mendapat pekerjaan dalam bidang yang berkaitan dengan kemahiran dan aspek-aspek teknikal.Kilang juga boleh menjadi sumber untuk mencari derma oleh pihak sekolah.Dari segi perhubungan luar juga kita lihat 20 tahun yang lalu jika ada  sukan sekolah diadakan acara lari berganti-ganti antara sekolah-sekolah tidak dilupakan.Dalam acara ini murid bukan sahaja bersaing untuk menang tetapi mereka juga mewujudkan siratulrahim di kalangan mereka.Pada hari ini kita lihat jarak sosial antara Pengetua dan Guru Besar bertambah jauh kerana perbezaan skim perkhidmatan antara guru siswazah dengan bukan siswazah.Ini harus dirapatkan dengan cara mereka boleh berinteraksi di dalam berbagai aktiviti yang dirancang bersama.Majlis di atas telah diresmikan oleh Yang Berusaha Puan Norliza Bt Ahmad Pengerusi Penyelaras DUN Meru dan bekas wakil rakyat.Beliau dalam ucapannya mengingatkan sekolah mempunyai potensi menjana tenaga  
manusia untuk sesuatu kawasan.Kawasan DUN Meru kaya dengan pelajar cemerlang.Semua pihak harus bekerjasama tanpa mengira ideoloji politik masing-masing.Sebelum itu Pengerusi PBPPPM DC Klang Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim telah mengulas mengenai sejarah pendidikan di Meru dan Bukit Kapar.Di Meru Sekolah Kebangsaan Sg Binjai telah di tubuhkan dalam tahun 1917.Ini adalah berdasarkan persekolahan Tn Hj Ahmad Jabbar Bin Hj Mohd Sharif Ketua Kampong Meru ke 2.Sekolah tersebut terletak di kawasan klinik Meru dan berpindah ke tempat sekarang pada tahun 1950han.Tapak sekolah yang baru adalah milik Tn Hj Ahmad Bin Hj Tafsir seorang penduduk di Pekan Meru dan beliau masih hidup.Luasnya kira-kira 5 ekar.Di Bukit Kapar sekolah ditubuhkan sekitar tahun 1916 semasa perang dunia pertama.Letak sekolah di kawasan padang Bukit Kapar di Jalan Kopi bersebelahan dengan mesjid di Kg Bukit Kapar.Sekolah berpindah ke tempat sekarang sekitar tahun 1950han juga.
Tuan Hj Ajidan seterusnya menyebut antara murid-murid awal Sekolah Kebangsaan Sg Binjai yang telah berjaya termasuk guru wanita pertama Kg Meru Pn Sutimah Bt Hormin(PK),Tn Hj Sukarman Bin Sanuri (GB),Tn Hj Shahid Bin Abdullah(GB),Tn Hj Kamain Bin Samad(GB),Tn Hj Ahmad Rafae Bin Hj Alias(GB),Tuan Hj Jumawi Bin Tumar(GB),Tn Hj Hambali Bin Abd Salam(GB Agama dan Imam Besar mesjid Ar Sharif),Tn Hj Shaari Bin Abdullah(Penyelia Sek Rend JPN),Prof Manaf Bin Hj Said(UM),Tn Hj Rosman Bin Warjono(Nazir Mesjid Ar Sharif),Tn Hj Affandi Bin Yusof (Peg Khas Dato' Syed Kecik Sabah),Tn Hj Sudar Bin Mohamad (Ahli Muzik),Tn Hj Ramlan Bin Marjikon(Ketua Kampong Budiman) dan ramai lagi.Di Bukit Kapar murid awal yang telah berjaya termasuk Tn Hj Iskandar Bin Johar(Ketua Kg Ke 4),Tn Hj Mokhtar Bin Palil (Peniaga),Tn Hj Wirsat Bin Hj Tahir(GB),En Salleh Bin Suyut(Guru),Tn Hj Harun Bin Hj Said (Pengetua dan Penyelia Sek Men Negeri Sel),Dato' Hj Shahir Bin Senawi (Akauntan),Tn Hj Jajuli Bin Abd Rahman(Peguam) dan ramai lagi.Ketua Kampong Bukit Kapar pertama ialah Tn Hj Wahid,Ketua Kampong Kedua ialah Tn Hj Abd Latif dan ketiga Wak Kanijo atau Hj Johar bapa kepada Tn Hj Iskandar Ketua Kampong Ke 4.SRJK(C) Tiong Hwa Kok Bin Pekan Meru telah ditubuhkan dalam tahun 1932.Pada asalnya tanah tapak sekolah tersebut adalah milik Tn Hj Sharif Bin Hj Abd Razak ketua kampong pertama Kg Meru dan dijual kepada Ketua Kampong orang Cina Gan Toi bapa Gan Kim Swee.Mereka ini sudah tiada lagi.Murid-murid sekolah tersebut ramai yang telah berjaya khususnya dalam bidang perniagaan.Salah seorang daripadanya En Michael Goh anak Goh Keng Huat pemilik kedai letrik pertama di Kg Meru.Sekarang ini kedai tersebut terkenal dengan nama kedai "Keng Huat RTV dan Perabot".Salah seorang lagi yang berjaya ialah anak Yu Kim Bee yang telah berjaya menjadi jurutera pertama orang Cina di Meru dengan mendapat biasiswa dari kerajaan Negeri Selangor dan tamat Unibersiti Malaya.Beliau sekarang terlibat dengan perniagaan setelah tamat berkhidmat dengan JKR.
Peristiwa 13 Mei 1969 memberi kesan positif terhadap perpaduan kaum antara orang Melayu Cina dan India di Meru.Orang Melayu bersatu padu.Umno menjadi kuat dan pilehanraya 1974 membawa kemenangan besar kepada BN termasuk DUN Meru.Selepas itu semua rancangan pembangunan berjalan lancar.Jalan raya,parit-parit,telefon,bekalan letrik, air paip,sekolah rendah dan menengah termasuk sekolah agama,mesjid,dewan dibina untuk keperluan rakyat di seluruh negara termasuk di kawasan DUN Meru iaitu SMK Meru dibuka dalam bulan Jun,1982.Murid-murid yang lulus dengan cemerlang di peringkat SPM di hantar ke unibersiti luar dan dalam negeri dalam berbagai bidang.Ada yang menjadi pensyarah unibersiti,arkitek,jurutera,doktor,guru siswazah,peguam dsbnya.Antaranya termasuk Prof Dr Barjoyal Bin Bardae,Prof Dr Zahudi Bin Bardae,Dato' Salamon Bin Selamat,Tn Hj Jajuli Bin Abd Rahman dan ramai lagi.Kumpulan kedua Dasar Pelajaran Kebangsaan termasuk mereka yang lulus dari SMK Meru seperti Prof Madya Dr Zainuddin Bin Sajuri,Dr Nurul Ain Bt Ahmad Jamallulail dan lain-lain lagi.Mereka yang berjaya ini semuanya dari keluarga miskin dan dibiyai oleh kerajaan persekutuan.Kita harus bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan.Kaum guru juga telah dibela.Kalau dahulu skim perkhidmatannya daif tetapi sekarang skim perkhidmatan guru sama dengan pegawai-pegawai PTD.
Seterusnya majlis disambung dengan ceramah oleh Prof Dr Turiman Bin Suandi dari UPM.Prof Dr Turiman dilahirkan di Kg Meru Klang pada tahun 1955 dan adalah anak Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah bejaya.Beliau bersekolah rendah di SK Sg Binjai Meru Klang dan gurunya yang sentiasa diingati ialah Pn Sutimah Bt Hormin.Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Sungai Besi Kuala Lumpur dan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di UPM,ijazah pertama dari Universiti of Florida,Gainseville USA.Ijazah Sarjana dan Phd  dari  Ohio State University.Professor Dr Turiman mengingatkan kita semua kepada perpaduan  jika  ingin  maju.Selain itu kekuatan ekonomi harus dipupuk seperti penubuhan koperasi di peringkat kampong Meru dan Bukit Kapar.Pendidikan merupakan perkara utama untuk pembangunan ummah dan tenaga manusia.Kita mesti merancang dari sekarang tenaga manusia yang diperlukan.Kita mesti tahu berapa banyak doktor yang diperlukan,berapa banyak aktikek yang diperlukan dsbnya.Orang Yahudi menjadi kuat sebab mereka merancang masa depan mereka.Bagitu juga negara Singapura.Adalah menjadi tanggung jawab Pengetua,Guru Besar dan para pentadbir pendidikan untuk merancang perkara ini selain dari ahli politik.Majlis berpendapat satu perjumpaan tidak mencukupi kerana banyak perkara yang perlu dibincangkan.Disyurkan beberapa perjumpaan lagi diadakan dengan mereka yang berkebolehan menyertainya seperti Pengetua,Guru Besar,guru-guru,pibg,jkk,pemimpin tempatan dsbnya.Perkara ini diserahkan kepada PBPPPM DC Klang meneruskannya.Majlis ditangguhkan pada pukul 5 petang dengan ucapan jutaan Terima Kasih kepada semua yang hadir termasuk Pengetua SMK Meru yang telah menyediakan tempat untuk ceramah dan minuman.

Gambar 1 hingga 7 menunjukkan mereka yang hadir di majlis tersebut kira-kira 45 orang peserta.
Gambar 2 menunjukkan Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim bersama dengan Prof Dr Turiman Bin Suandi dan Yang Berusaha Pn Norliza Bt Ahmad Pengerusi Penyelaras DUN Meru sedang berbincang sesuatu di Majlis tersebut.
Gambar 5 menunjukkan wakil dari PPD Klang bersama-sama dengan Prof Dr Turiman Bin Suandi dan Puan Norliza Bt Ahmad.

Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi  PBPPPM DC Klang.21 Oktober,2012

Thursday, October 18, 2012

Lawatan Biro Kebajikan Dan Sosial PBPPPM DC Klang 16 Oktober,2012

Biro Kebajikan dan Sosial PBPPPM DC Klang telah membuat lawatan ke rumah Bekas Pengerusi PBPPPM DC Klang Tn Haji Abdul Majid Bin Abd Wahid di Dengkil Sepang pada 16hb Oktober,2012.Lawatan ini terdiri dari Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim,Naib Pengerusi Tn Hj Shaari Bin Hj Abdullah,Tn Setiausaha Agong PBPPPM Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali dan isteri Pn Anniswal Bt Sabaruddin.Selain itu ianya juga turut dihadiri oleh Setiausaha En Norhamdan Bin Baharin dan Bendahari Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim.Turut serta juga Penolong Bendahari PBPPPM merangkap jawatankuasa PBPPPM DC Klang Tuan Hj Sukarman Bin Sanuri.Lawatan tersebut mempunyai dua tujuan.Pertama menziarahi Tn Hj Abd Majid yang isterinya meninggal dunia beberapa hari yang lalu dan pihak kami telah menyampaikan wang Khairat Kematian dan mengucapkan Takziah kepada keluarga tersebut.Kedua ialah untuk melawat Tn Hj Abd Majid yang telah jatuh sakit kerana 'sroke' sejak 9 tahun yang lalu.Keadaanya nampak lebeh sihat dan sudah boleh duduk atas kerusi roda.Beliau kelihatan bagitu gembira dengan kedatangan rombongan kami.Kami juga berharap dalam masa yang akan datang kami dapat melawat lagi ahli kami ini yang telah berjasa kepada PBPPPM DC Klang dan perjuangan guru dahulu selaku Pengerusi DTC Selangor.Semasa bertugas dahulu saya selalu berjumpa dengan beliau dalam mesyuarat-mesyuarat yang ada dengan kepentingan profession perguruan.Saya mewakili NUTP/KPPK dan beliau mewakili guru latihan DTC.Mukanya nampak serius tetapi sebenarnya beliau seorang yang mudah mesra dan peramah apabila telah kenal.Beliau kenal dengan saya kerana saya bekas Pengetua SMK Telok Datok Banting Selangor.Bapa saudara beliau ialah Cik Gu Arshad Bin Rejab seorang guru matematik yang berpengalaman di sekolah saya.Saya berkawan baik dengan Cik Gu Arshad kerana beliau kenal ramai orang termasuk pegawai kanan di Kementerian Pelajaran.Cik Gu Arshad ini juga ialah kawan sekolah Professor Hamzah Bin Sendut (UM).Apabila ingin berjumpa dengan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pelajaran berkaitan dengan sekolah saya sering bawa Cik Gu Arshad bersama.Pada masa itu tahun 1970han Kementerian Pelajaran letaknya di Federal House Kuala Lumupur tidak jauh dari Jalan Hishamuddin.Oleh kerana hubungan saya dengan Kementerian Pelajaran mesra sekolah saya tidaklah kekurangan guru khususnya guru sains dan matematik.Pada masa itu Kementerian Pelajaran menggunakan tenaga guru sains dan matematik dari Indonesia secara kontrak.Untuk Bahasa Inggeris Kementerian Pelajaran menggunakan 'Peace Corp' dari Amerika Syarikat.Semasa saya menjadi Pengetua di SMK Telok Datok Banting Menteri Pelajaran ialah YB Dato' Seri Dr Mahathir Bin Mohamad.Setiausaha Politik beliau ialah Dato' Seri Megat Joned Bin Megat Ayob maka semua masalah sekolah dapat di atasi dengan segera.Pada masa itu saya juga adalah Setiausaha UMNO Bahagian Kapar dengan kebenaran dari Kementerian Pelajaran.Seorang lagi yang rapat dengan saya ialah Dato' Samad Bin Maharuddin yang juga pada masa itu pegawai khas YAB Dato' Harun Bin Hj Idris Mentei Besar Selangor.Dengan pertolongan Dato' Samad Bin Maharuddin ini SMK Telok Datok merupakan sekolah pertama di luar bandar di Kuala Langat yang memiliki surau sekolah.Peruntukan didapati dari pejabat Menteri Besar Selangor YAB Dato' Haji Hormat Bin Rafae.Pengetua dan Guru Besar mestilah mempunyai hubungan yang erat dengan pihak luar kalau sekolah ingin maju termasuk Tuan Pegawai Daerah.Pada masa itu Pegawai Daerah juga adalah YDP Majlis Daerah.Majlis Daerah juga pada masa itu boleh membantu sekolah membuat infrastruktur seperti jalanraya,pagar,paip,tandas dsbnya.

Tuesday, October 16, 2012

Majlis Persaraan Puan Kamariah Bt Salim

Majlis Persaraan Puan Pegawai Pendidikan Daerah Klang Puan Kamariah Bt Salim telah diadakan pada 15hb Oktober,2012 dengan majlis yang gilang gemilang di Dewan Utama PPD Klang.Ianya bertemakan "Sanjungan Budi Semarak Kasih".Puan Kamariah bersara pada usia 56 tahun kerana ingin menumpukan kepada keluarga dan kegiatan amal.Majlis tersebut telah diresmikan oleh Pengarah Pelajaran Selangor Tn Hj Mahmud Bin Karim yang juga bekas PPD Klang.Majlis ini dihadiri oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor,semua Ketua Sektor JPN,semua PPD dalam Negeri Selangor,semua Pengetua dan Guru Besar dalam Daerah Klang,majlis-majlis pengurusan dalam Daerah Klang seperti Majlis Penolong Kanan Sekolah Menengah,Majlis Pembantu Makmal  dan persatuan-persatuan yang ada kaitan dengan pendidikan seperti  PBPPPM DC Klang,KPPK dsbnya.
Puan Kamariah dilahirkan pada 16hb Oktober,1956 di negeri Trengganu Darul Iman.Beliau adalah lepasan SM Agama Sultan Ismail Dungun Trengganu dan Kolej Islam Klang.Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di UKM Bangi dan lulus dengan kepujian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Diploma Pendidikan.Selain dari menjadi pendidik beliau bergerak cergas dalam Puteri Islam dan program-program peningkatan akademik di peringkat Daerah dan Negeri Selangor.Sebelum menjadi PPD beliau juga seorang Pengetua Cemerlang.
Tuan Pengarah Pelajaran Selangor dalam ucapannya memberi tahu beliau pernah bertugas bersama-sama Puan Kamariah dan mendapati dari awal-awal lagi bakat kepimpinan beliau telah dikesan.Pribadi Puan Kamariah lemah lembut,mudah mesra dan disenangi oleh rakan dan taulan.Beliau berkebolehan dalam bidang kaunseling dan pernah bertugas di sebuah sekolah menengah yang masyur mempunyai murid yang bermasalah dari segi displin dan beliau telah berjaya dalam ujian tersebut.Semasa beliau ditawarkan jawatan Pegawai Pelajaran Daerah Klang beliau tidak menunjukkan sifat-sifat gila pangkat dan memohon beliau berfikir dahulu.Setelah dinasihati oleh kawan-kawan barulah beliau menerimanya.Tuan Pengarah berkata beliau berfikir sepuluh kali dan baru menerimanya.Seterusnya Tuan Pengarah berkata kalau sesuatu pangkat dan jawatan itu milik kita Allah telah tentukan dari awal lagi di Luh Mafuz.Tuan Pengarah seterusnya mengistiharkan Puan Kamariah dinaikkan pangkat ke DG 54 sebelum bersara.Alhamdulillah dan tahniah dari rakan dan taulan termasuk dari PBPPPM DC Klang dan ahli-ahlinya.Oleh kerana surat sudah  dikeluarkan beliau juga mengistiharkan Puan PPD yang baru mulai 16hb Oktber,2012 iaitu Puan Hajjah Adliyah Bt Ramli Pengetua SMK La Salle Klang.Pegawai Pendidikan Daerah yang baru ini Tuan Pengarah telah kenal lama.Saya teringat kepada dalam satu majlis mesyuarat bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2012 Puan Kamariah sangat menghormati saya dan menghargai jasa-jasa PBPPPM DC Klang dan guru-guru terdahulu.Kenangan ini akan saya ingati seumur hidup.Amin.Kita tidak mahu jangan ada guru yang melupakan jasa guru yang terdahulu.Kata pepatah Melayu jangan ketawa ketika upeh di atas jatuh.Upeh di bawah akan jatuh juga.Sebenarnya seorang pentadbir jangan mengambil keputusan mengikut nilai-nilai pribadi.Sebagai panduan gunakan nilai kumpulan,komuniti dan masyarakat.Sebagai seorang pentadbir apa yang kita buat diperhatikan oleh ketua kita atau masyarakat sekitar kita.Tuan Pengarah Pelajaran Selangor yang perhubungan manusianya cemerlang dapat mengesan nilai-nilai ini dalam usaha beliau meningkat mobiliti kakitangan di bawahnya ke tingkat yang lebeh tinggi.Pengetua atau Guru Besar seharus mempunyai perhubungan manusia yang hebat seperti yang telah pernah ditunjukkan oleh pegawa-pegawai tinggi Perkhidmatan Pendidikan terdahulu.Antaranya Tan Sri Murad bin Mohd Nor,Tan Sri Abd Rahman Bin Arshad,Tan Sri Dr Shukor Bin Abdullah,Tan Sri Rafae Bin Mahat,Dato' Dr Isa Bin Ramli,Dato' Jumaat Bin Mohd Noor,Tn Hj Othman Bin Zakaria,Jariah Bt Napiah dan ramai lagi.Perkhidmatan Pendidikan adalah milik kita semua.Kitalah yang menjaganya.Kehebatan pemimpin dahulu adalah anak didik guru dahulu.Semua sedia maklum sekolah adalah penjana tenaga manusia.Murid-murid kita akan jadi pemimpin,ahli politik,orang-orang professional,guru,doktor dsbnya.Pengetua/Guru Besar pula adalah agen perubahan di sekolah dan beliaulah memimpin guru-guru,murid-murid dan kakitangannya ke arah melaksanakan dasar-dasar Kementerian Pendidikan.Masa depan negara bergantung kepada guru.
Gambar 1 menunjukkan Puan PPD yang baru Pn Hajjah Adliyah Bt Ramli bekas Pengetua SMK La Salle Klang dengan barisan guru perempuan yang hadir.
Gambar 2 menunjukkan barisan kepimpinan PBPPPM DC Klang bersama-sama dengan PPD baru.Mereka ini di panggil oleh Tuan Pengarah ahli-ahli YB.
Gambar 3 menunjukkan kehadiran Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Daerah Klang termasuk Pengetua MGS Klang.
Gambar 4 menunjukkan kehadiran Guru-Guru Besar perempuan dari Daerah Klang termasuk Pn Lee Peng Shin SRK Convent 1 Klang.
Gambar 5 Puan Kamariah Bt Salim diapit oleh Tuan Pengarah Tn Hj Mahmud Bin Karim dan Timbalan PPD Klang Tn Hj Abd Rahman Bin Md Isa.
Gambar 6 menunjukkan majlis dihadiri oleh Tuan OCPD Balai Polis Klang Selatan Kapar Selangor.