Wednesday, June 19, 2013

Majlis Sambutan Hari Guru 2013 Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang

Sambutan Hari Guru Daerah Klang bagi tahun 2013 telah di adakan dalam majlis yang gilang gemilang pada hari Rabu 19hb Jun,2013 di Dewan Merak SMK Meru Klang bermula pada pukul 11 pagi.Tema pada tahun ini ialah ' Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda'.Majlis ini telah diresmikan oleh YB P Kamalanathan KMN,PJK,APR,MIPR Tmbalan Menteri Pelajaran 11 Kementerian Pelajaran Malaysia.Beliau dalam ucapannya mengucapkan bersyukur kepada Tuhan kerana diberi keizinan untuk bersama para guru yang budiman pada sambutan Hari Gu
ru untuk tahun 2013.Hari Guru disambut di seluruh dunia dan merupakan satu hari yang istimewa khusus bagi maksud menghargai jasa dan pengorbanan guru.Peranan guru dalam pembangunan insan telah mengukir sejarah unik dan tersendiri.Kejayaaan pembinaan tamadun manusia,bangsa dan negara pasti tidak dapat mengenepikan peranan guru.Guru bukan insan biasa dan dia adalah insan mulia dan berjasa,mengasuh dan mendidik anak bangsa.Di sekolah dialah guru,dialah pendidik bahkan dialah berperanan sebagai ibu atau bapa mereka dan orang
yang membela,mengasihi dan menjaga setiap anak didiknya tanpa prejudis,tanpa mengira agama,bangsa dan darjat.YB juga terasa terharu kerana diberi penghormatan untuk merasmikan sebuah majlis yang cukup mulia.Seterusnya YB mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik dan setinggi-tinggi Tahniah buat penerima Tokoh Guru Bagi Tahun ini 2013.Semoga kejayaan yang kita miliki akan melonjakkan lagi pencapaian kita dalam masa hadapan.Semoga kita akan terus bertekad untuk menyumbangkan bakti sepenuhnya demi ke
makmuran agama,bangsa dan negara.
Mereka yang hadir dalam majlis ini termasuk semua pengetua dan guru besar  dalam Daerah Klang,wakil-wakil sekolah,Majlis Pengetua dan Guru Besar,wakil-wakil persatuan seperti PBPPPM DC Klang,KPPK dan wakil-wakil Guru Besar sekolah Cina dan Tamil dalam Daerah Klang.Antara pemimpin pbpppm dc klang yang hadir termasuk Pengerusi pbpppm dc klang Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim,Tn Hj Shaari Bin Abdullah Naib Pengerusi,Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali dan isteri P
uan Anniswal Bt Sabaruddin bekas Setiausaha Agong,En Norhamdan Bin Baharin Setiausaha PBPPPM DC Klang,Puan Kamariah Bt Zainuddin Ketua Biro Wanita,Pn Bahariah Bt Bustaman,Pn Noraini Bt Hj Tahir,Pn Rosnah dan beberapa orang ahli lagi termasuk En Usman Bin Soparman..
Antara merka yang diistiharkan Tokoh Guru kali ini termasuklah Pn Siti Fatimah Bt Tamin bekas Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Manusia negeri Selangor,Tn Hj Shahrudin Bin Abd Majid bekas Pengerusi MGB Darah Klang dan Guru Besar SK Rantau Panjang,Pn Tan Gee Shim Bekas Ketua Wanita KPPK Selangor dan Guru Besar,Encik Supramaniam a/l Muthusamy bekas Guru Besar SKJK(T) Methodist Kapar dan Pn Sumiah Bt Sudar bekas Guru Besar SK(P) Bukit Kuda Klang Selangor.
Gambar 1 Menunjukkan Tarian Sireh Junjung dipersembahkan oleh pasukan tarian dari Klang
Gambar 2 Menunjukkan YB Timbalan Menteri Pelajaran 11 sedang menyampaikan Sijil Tokoh Guru kepada Puan Fatimah Bt Tamin.
Gambar 3 menunjukkan Pasukan Choir Guru-Guru Dari Daerah Klang sedang menyampaikan persembahan mereka.
Gambar 4 menunjukkan Pn Sumiah Bt Sudar sedang menerima sijil Tokoh Guru dari YB Timbalan Menteri Pelajaran 11
Gambar 5 menunujukkan Cik Gu Shahrudin sedang menerima plag cek Tokoh Guru dari YB Timbalan Menteri Pelajaran 11