Thursday, December 16, 2010

Apabila Guru Menulis 5

Apa yang sering dilakukan oleh Pengetua atau Guru Besar dalan tugas harian ialah mengadakan perjumpaan,mesyuarat,tugas pejabat,rondaan,urusan melalui telefon,mengajar dan mencerap.Dalam satu kajian yang dijalankan hampir separuh daripada masa mereka digunakan untuk perjumpaan seperti perjumpaan dengan guru,staff sokongan,pelajar dan pelawat.Perkara yang paling rendah dilakukan ialah mengajar dan mencerap.Perjumpaan yang dimaksudkan itu ialah perjumpaan yang tidak dirancang.Ianya berlaku di pejabat pengetua,ruang pejabat,kantin,bilik darjah dan padang sekolah.Perjumpaan dengan pelajar lebeh merupakan motivasi,menegur dan menasihati pelajar selain mewujudkan suasana hubungan antara pengetua/guru besar pelajar.Perjumpaan dengan ibu bapa lebeh merupakan mendengar masalah dan memberi nasihat kepada ibu bapa.Perjumpaan dengan pelawat lebeh merupakan penerangan dan taklimat mengenai hal-hal sekolah seperti displin murid-murid,hal-hal peperiksaan,kes kecurian kepada pihak polis.Ada kalanya Pengetua atau Guru Besar diminta mengesahkan sijil sekolah,sijil peperiksaan awam dan sebagainya.Perjumpaan dengan guru-guru lebeh merupakan hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.Perjumpaan dengan staff sokongan membincangkan maklumat mengenai pekhidmatan guru,pengurusan sumber kewangan bagi menentukan hala tuju sekolah.Pengetua/Guru Besar juga sering  menghadiri mesyuarat di luar sekolah seperti dengan PPD,JPN,KPM dan pihak awam yang lain termasuk pihak swasta dan orang persendirian yang ada kaitan dengan sekolah.Tugas pejabat termasuk membaca surat dan membalasnya.Surat keluar masuk disemak setiap hari dan ditanda tangani mana yang perlu.Pengetua/Guru Besar meronda seperti memerhati kawasan sekolah,murid keluar masuk dan guru yang sedang menjalankan tugas.Panggilan telefon ialah berbincang dan berbual mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sekolah.Mengajar dan mencerap bererti Pengetua/Guru Besar melihat perkembangan pengajaran guru mithalnya yang ada kaitan dengan projek peningkatan akademik sekolah atau pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Kesimpulannya semua Pengetua/Guru Besar lebeh mengutamakan aktiviti perjumpaan dan bermesyuarat diikuti dengan tugas pejabat,rondaan dan sangat sadikit tugas mengajar dan mencerap guru.Tugas mengajar ini perlu ditingkatkan dan jangan diabaikan jika mahu sekolah mencapai kecemerlangan.Semua aktiviti pengurusan mesti dirancang terlebeh dahulu dan sadikit sahaja yang dibuat secara 'ad hoc'.

Sunday, December 12, 2010

Apabila Guru Menulis 4

Pengetua atau Guru Besar ialah seorang Pentadbir dan Pengurus Profesional.Pentadbir kerana beliau mengurus pejabat yang berkaitan dengan guru dan kakitangannya seperti penggajian,kekurangan kakitangan,perkembangan staff dsbnya.Pengurus profesional kerana beliau mengurus hal-hal kurikulum dan kokurikulum yang berkaitan dengan sekolahnya.Adalah didapati kadangkala Pengetua dan Guru Besar ini kurang menumpukan kepada hal-hal kurikulum dan kokurikulum sekolahnya.Masa mereka dihabiskan dengan berbual dengan telefon atau melayani 'saleman' yang datang ke pejabat yang ingin menjual barangan mereka.Untuk mengurus masa dengan baik boleh ditentukan hari-hari tertentu untuk melayani 'salesman' ini.Perbualan mesti rengkas dan tepat kepada matlamatnya.Satu kajian telah dibuat mengenai masa yang digunakan oleh seseorang Pengetua untuk mentadbir dan mengurus sekolahnya.Perkara-perkara tersebut ialah perjumpaan,mesyuarat,tugas pejabat,rondaan,urusan melalui telefon,mengajar dan mencerap.Seorang Pengetua atau Guru Besar yang berkesan mesti pandai mengurus masa antara perkara-perkara yang disebutkan tadi.Seharusnya perjumpaan mesti mengatasi yang lain dalam hal hariannya dan mengajar dan mencerap jangan dilupakan.Sikap guru terhadap Pengetua atau Guru Besar akan mempengaruhi pencapaian sekolah.Guru akan memandang tinggi terhadap Pengetua atau Guru Besar yang mengambil berat terhadap akademik dan hal kokurikulum sekolah.Jika Pengetua atau Guru Besar sering meninggalkan sekolah maka harapan sekolah untuk meningkat pencapaian prestasinya akan berkecai.Itulah hakikatnya.Bagitu juga jika Pengetua atau Guru Besar tak pernah mengajar maka beliau sendiri tidak dapat mengenali murid dan mengatahui apa yang dibuat oleh guru-gurunya semasa mengajar.Pengetua atau Guru Besar adalah agen perubahan di sekolah.Pengetua atau Guru Besar juga mesti pandai bergaul dengan masyarakat di sekitar sekolahnya dan tidak terkongkong dalam pejabat sekolah.Hari ini perkara ini perlu mendapat perhatian semua pihak.Kepekaan terhadap perkara tersebut akan menentukan kejayaan sekolah.Bagitu juga hubungan sekolah dengan sekolah-sekolah yang lain di sekitar sekolahnya khususnya sekolah menengah yang mempunyai 'feeder schools'.

Friday, December 10, 2010

Biro Kebajikan Dan Sosial PBPPPM DC Klang 2002-2010

Di antara Biro-Biro yang paling aktif dalam PBPPPM DC Klang ialah Biro Kebajikan Dan Sosial.Ianya ditubuhkan pada tahun 2002.Pengerusinya ialah Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim dan Setiausaha pertama Tn Hj Sukarman Bin Sanuri.Selepas itu Setiausahanya Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid.Bagi sessi 2010-2012 Setiausaha barunya Tn Hj Muner Bin Suandi dan Bendahari ialah Bendahari induk Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim.Biro Kebajikan dan Sosial mempunyai tiga entiti.Entiti kedua ialah Badan Khairat Kematian dan ketiga Biro Lawatan.Setakat ini Badan Khairat Kematian telah memberi khairat kematian sebanyak 19 orang sejak penubuhannya bernilai RM 9,410.00.Wang tabung masih berbaki RM12,000.00 dan Badan ini sedang berusaha menambah ahli selain dari memungut yuran yang tertunggak.
Biro Lawatan telah membuat lawatan dalam negeri seperti Langkawi,Sabah dan luar negeri seperti Indonesia . Aktiviti lain yang dijalankan ialah melawat ahli yang sakit,melawat ahli yang meninggal dunia,mengadakan lawatan ke Hospital bersama dengan Biro Wanita, mengadakan majlis Hari Raya dan Deepavali dan bekerjasama dengan Biro-Biro lain yang menjalankan aktivitinya.Gambar 1 menunujukkan Tn Hj Sukarman Bin Sanuri dan rombonganya melawat ahli yang sakit Pn Noriati Bt Hormin(Allayarhamah) di Meru dan gambar 2 menunjukkan Tn Hj Shaari Bin Hj Abdullah sedang menyampaikan 'hamper' kepada seorang peserta bertuah Pn Khatijah Bt Jidon, seorang ahli yang aktif dalam kegiatan persatuan.Pada tahun 2011 Biro ini bercadang akan mengadakan "Malam Sekalung Budi 2' yang telah tertunda kerana kegawatan ekonomi dan suasana ekonomi negara yang belum mantap.Insyallah.

Tuesday, December 7, 2010

Penubuhan PBPPPM Daerah Cawangan Klang 1994

PBPPPM DC Klang telah didaftarkan penubuhannya pada 30/11/1994.Ahlinya pada waktu itu itu terdiri dari 21 orang.Mereka ialah:- i)Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali,ii)Hj Abd Wahab Bin Abd Hamid,iii)Hj Abd Samad Bin Hj Harun(Allahyarham),iv)Hj Hashim Bin Mohd Jalal(Allahyarham)v)Hj Agus Bin Bait@Taib,vi)Hj Ismail Bin Mohd Yatim,vii)Hj Husain Bin Omar,viii)Hj Bassari Bin Mat Aral,ix)Dato' Hj Jamali Bin Sadat,x)Hajjah Anniswal Bt Sabaruddin,xi)Hj Bakhtiar Bin Sutan Marzuki(Allahyarham),xii)Hajjah Hendon Bt Abu(Allahyarhamah),xiii)Hj Mohd Tahir Bin Mohd Jali,xiv)Hj Wandi Bin Jayus,xv)Hjh Siti Khatijah Bt@Jamik,xvi)Hj ZainalBin Abd Samad,xvii)Hj Shahid Bin Hj Abdullah,xviii)Hj 
Ahmad Rafae Bin Hj Alias,xix)Hj Mahidin Bin Sasi,xx)Hjh Kamariah Bt Bahari,xxi)Hj Yahya Bin Abd Rashid.
Gambar 1 menunjukkan ahli lama Hj Mahali Bin Ramlan dan Tn Hj Shaari Bin Hj Abdullah (Bendahari Agong) dan gambar 2 menunjukkan Tn Hj Abdul Wahab Bin Hj Abd Hamid(Setiausaha Cawangan),Hj Markom Bin Hj Ghazali (Setiausaha Agong) dan En N Velu ahli tahun 1998.Pada asalnya cawangan Klang mempunyai 21 orang ahli dan ahlinya bertambah dari tahun ke tahun dengan kerja keras Pengerusi Biro Keahlian Pn Anniswal Bt Sabaruddin.Sekarang tahun 2010 keahliannya teramai dalam Negeri Selangor dan mencecah 450 orang ahli.Syabas Cawangan Klang.

Sunday, December 5, 2010

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kali Ke 9 PBPPPM Seremban 2010

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan kali ke 9 PBPPPM telah diadakan  di Seremban kerana pada kali ini Cawangan Negeri Sembilan menjadi Tuan Rumah.Mesyuarat tersebut telah diadakan di Kelana Resort pada 3 dan 4 hb December,2010.Ianya diresmikan oleh YAB Dato' Seri Muhamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan.PBPPPM DC Klang diwakili oleh Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim,Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim,En Norhamdan Bin Baharin dan Encik Hamzah Bin Mat.En N Velu ialah pemerhati.
Mesyuarat pada kali ini menyaksikan pertandingan jawatan Naib Presiden 1 dan Setiausaha Agong.Setiausaha Agong Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali mengekalkan jawatannya.
Dalam gambar 1 menunjukkan En Harun Hasan,Tn Hj Sukarman Bin Sanuri bersama dengan barisan petugas lain menjalankan tugas mereka selaku peyelia-penyelia pemilihan.
Dalam gambar 2 menunjukkan Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim bersama dengan bekas Pengarah Pelajaran Selangor Dr Zahari selaku pemerhati.
Mesyuarat kali ini berjalan dengan baik kerana persediaan yang rapi oleh cawangan Negeri Sembilan.Tahniah dan ucapan Terima Kasih dari semua negeri yang berucap dalam ucapan penangguhan.Perwakilan yang akan datang akan diadakan di Negeri Melaka pada tahun 2012.Kalau umur panjang perwakilan yang hadir akan berjumpa lagi.Selamat pulang ke negeri masing-masing dan pandu dengan selamat.

Thursday, December 2, 2010

Mesyuarat Agong PBPPPM Cawangan Negeri Selangor 2008

Mesyuarat Agong PBPPPM Cawangan Negeri Selangor bagi tahun 2008 telah diadakan di 'Dewan Syarahan' Mesjid Negeri Shah Alam dalam bulan November,2008.YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia Senator Tan Sri Muhamad Bin Muhamad Taib telah merasmikannya.Dalam gambar 1 kelihatan beliau sedang memberi ucapan. Antara perkara penting yang diucapkankannya ialah betapa pentingnya kaum guru memimpin organisasi politik Melayu.Hadirin diingatkan supaya menghormati pemimpin masa lalu dan tanggung jawab guru mempertahankan perpaduan,hak-hak bumiputera,bangsa dan agama.Dalam mesyuarat ini tedapat pertandingan untuk jawatan Pengerusi dan Naib Pengeusi.Pengerusi dimenangi oleh Tuan Hj Abd Manan Bin Mohd Noh dan Naib Pengerusi Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim
Pengerusi Cawangan Daerah Klang.
Dalam gambar 2 kelihatan Pengerusi Selangor sedang berucap sambil diperhatikan  oleh pegawai lain bagi sesi 2006-2008.Tahun 2008 merupakan tahun mencabar kerana kegawatan ekonomi.PBPPPM Cawangan Negeri Selangor mesti mencari sumber-sumber lain bagi mendapatkan dana untuk aktiviti persatuan.Salah satu sumber ialah Pusat Zakat Selangor untuk aktiviti keagamaan.Di mesyuarat tersebut semua wakil cawangan dalam Negeri Selangor telah turut hadir.Pihak PBPPPM Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada pihak Mesjid Negeri yang telah membenarkan 'Dewan Syarahan' digunakan oleh persatuan.Majlis berakhir dengan jamuan makan tengah hari dan diucapkan setinggi Terima Kasih kepada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Senator Tan Sri Muhamad Bin Hj Muhd Taib di atas peruntukan yang diberikan.

Wednesday, December 1, 2010

Ahli Setia PBPPPM DC Klang Encik Harikrishnan

Salah seorang lagi ahli setia PBPPPM DC  Klang ialah Encik Harikrishnan.Beliau adalah bekas seorang Guru Besar SRJK(T) dalam Daerah Klang dan menjadi ahli sebaik sahaja beliau bersara.Beliau tinggal di 55,Jalan Turi Taman Palm Grove, 41200 Klang.Encik Harikrishnan memegang jawatan sebagai jawatankuasa Daerah dan merupakan seorang ahli yang aktif.Setiap kali diadakan sambutan Majlis hari Raya dan Deepavali beliau pasti mendapatkan peserta lebeh dari satu meja.Beliau juga merupakan pemimpin koperasi sekolah rendah Tamil yang aktif sehingga sekarang.Pada tahun 2008 beliau telah diistiharkan sebagai Tokoh Guru Daerah Klang sempena dengan sambutan Hari Guru Daerah  anjuran PPD.
Dalam gambar 1 kelihatan beliau sedang menunggu giliran sebelum naik ke pentas sempena Hari Guru 2008 dengan ditemani oleh isteri beliau.
Dalam gambar 2 kelihatan Encik Harikrishnan bergambar dengan Tokoh Guru lain Tn Hj Tahir dan Puan Sutimah Bt Hormin.Gambar duduk ialah Penolong PPD Klang En Jajuli Bin Naim.Tahniah diucapkan kepada Encik Harikrishan dan Puan Sutimah Bt Hormin dari PBPPPM DC Klang dan Tuan Hj Tahir (Bekas Ketua Unit Kurikulum) PPD Klang.

Tuesday, November 30, 2010

Majlis Tahlil Anjuran PBPPPM DC Klang 2009

Satu Majlis Tahlil telah diadakan selepas waktu Ishaq di rumah Tuan Hj Markom Bin Hj Ghazali (Setiausaha Agong) oleh Biro Agama PBPPPM DC Klang.Biro Agama diketuai oleh Tn Hj Mahali Bin Ramlan dan Setiausahanya Tn Hj Wahab Bin Hj Abd Hamid.Tujuan mengadakan majlis ini ialah bagi memperingati ahli-ahli PBPPPM DC Klang yang telah meninggal dunia khususnya pemimpin persatuan.Selain dari itu ianya bertujuan merapatkan siratulrahim antara ahli dengan ahli dan ahli dengan masyarakat setempat.Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Tuan Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim dan pengedaran buku surah Yassin secara percuma dan dicetak dengan nama-nama ahli yang telah meninggalkan kita semua.Al Fatihah.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam dan berjalan dengan baik dihadiri kira-kira 50 orang ahli lelaki dan perempuan.Pihak persatuan mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali dan isteri Pn Anniswal Bt Sabaruddin yang telah menyediakan tempat.Terima kasih juga ditujukan kepada para jemaah khususnya ahli kariah yang tinggal di sekitar kawasan Jalan Tun Sambanthan dan ahli yang datang dari luar Andalas.Insyallah majlis seumpama ini akan diadakan lagi dalam masa yang akan datang di tempat yang sama atau di kawasan lain dalam Daerah Klang.Insyallah.

Monday, November 29, 2010

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan PBPPPM DC Klang 2008

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan bagi kali ke 13 PBPPPM DC Klang telah diadakan di Dewan Asrama Yayasan Selangor, Jalan Raya Barat Klang.Ianya telah diresmikan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail Bekas Speaker DUN Selangor.Thema baju pada tahun ini ialah biru dan pada tahun ini tahun memperingati ahli-ahli yang telah memberi sumbangan dan jasa kepada persatuan sama ada semasa penubuhannya dan dari segi sumbangan aktiviti kepada persatuan.Pengerusi dalam ucapannya mengingati jasa-jasa kerajaan Persekutuan terhadap guru khususnya dalam bidang pendidikan.Taraf dan status guru telah dipertingkatkan sama dengan profession lain dalam Sektor Awam.Guru sebagai orang yang 'literate' tentu tahu perkara yang benar atau tidak khususnya dalam media massa.Oleh itu adalah tugas guru memberi tahu orang awam apa yang betul dan salah dan kita semua mesti memperkuatkan kerajaan persekutuan.Keadaan kita pada hari ini adalah perjuangan orang terdahulu.Pengerusi juga memperingatai ahli supaya memberi sokongan penuh kepada aktiviti persatuan seperti 'Malam Sekalung Budi' kerana persatuan akan meneruskan mencari dana untuk 'Tabung Bangunan'.
Tahun 2008 dan seterusnya tahun ekonomi kurang baik dan sukar bagi kita mencari sumber untuk seterusnya seperti dahulu.Persatuan bergantung kepada sumbangan individu dan sumbangan ADUN Sementa YB Dato' Rahman Bin Hj Palil.Sebagai Cawangan Daerah yang paling aktif dalam Negeri Selangor diucapkan setinggi terima kasih di atas sokongan jawatankuasa dan ahli-ahli sakalian.Di samping itu orang koprat ada yang menyokong perjuangan guru khususnya Pantai Bharu Holding.
Di ucapkan Terima kasih kepada pihak Asrama Yayasan Selangor yang telah membenarkan kami menggunakan kemudahan dengan kadar yang minima.Tahniah kepada jawatan kuasa yang dipilih.

Apabila Guru Menulis 3

  1. Pengurusan Pendidikan secara moden telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1970han apabila Mesti ditubuhkan.Dr Hanafiah Bin Hj Arshad menjadi penyelia kursus dengan menjemput pensyarah dari Universiti Malaya seperti Professor Dr Awang Had Bin Salleh,pegawai kanan Kementerian Pelajaran seperti Dato' Jumaat Bin Mohd Nor dll sebagai pensyarah untuk Guru Besar sekolah Menengah dan Rendah.Pada tahun 1980han IAB ditubuhkan dan kursus-kursus pengurusan diteruskan sehingga kini.Pada hari ini semua Pengetua dan Guru Besar telah terlatih dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah.Istilah Pengetua mula digunakan untuk sekolah menengah mulai tahun 1980han.Sekolah rendah kekal dengan gelaran sebagai Guru Besar.
  2. Pada peringkat awal mesti mengadakan kursus untuk Pengetua(Men) dan Guru Besar(Rendah) di Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras,Kuala Lumpur.Sejarah Pengurusan moden diperkenalkan dan kaitannya dengan dunia pendidikan.Konsep-konsep seperti perancangan,organisasi,delegasi tugas,seliaan,belanjawan dsbnya diperkenalkan.Pada masa itu sekolah menengah kebanyakan belum digredkan.Sekolah premier jawatan Pengetua adalah Superscale G dan kebanyakan sekolah yang besar lain Tingkatan Kanan.Sekolah yang sederhana besar dan kecil (Men)kebanyakannya ditadbirkan oleh Pengetua bukan siswazah.Mereka ini merupakan guru latihan luar negeri seperti Brinsford atau Kirkby College atau latihan maktab.Mereka merupakan Pengetua yang cekap dan cemerlang khususnya dalam kegiatan Gerko dan Sukan sekolah.

Kursus Kesihatan Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang 2009

Kursus kesihatan untuk ahli-ahli PBPPPM DC Klang lelaki dan perempuan bagi tahun 2009 diadakan di Dewan Utama PPD Klang.Ianya juga diadakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang.Thema kali ini ialah 'Penyakit-Penyakit Kronik' warga emas.Seperti tahun 2008 dahulu pendaftaran bermula pukul 8.30 pagi dengan diikuti pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah,tinggi badan dan berat badan.Pemeriksaan gula juga dibuat kepada ahli yang berminat memeriksanya secara percuma.Selepas pemeriksaan kesihatan majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj Sukarman Bin Sanuri dan diikuti oleh alu-aluan oleh Pn Maznah Bahari dan peresmian oleh Tn Hj Ajidan Bin Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang.Selepas itu minuman pagi dan diikuti dengan ceramah.
Jenis penyakit yang dibincangkan adalah seperti dalam senarai 'website' JPA mengenai penyakit yang sering dihidapi oleh warga emas.Gambar 1 menunjukkan ahli-ahli mendaftar dan penerimaan fail berserta nota-nota mengenai kesihatan.Gambar 2 menunjukkan En Norhamdan(Penolong Setiausaha) membincangkan sesuatu dengan Cik Gu Agus Salim dan Tn Hj Sukarman Sanuri.Majlis pada tahun ini telah berjalan dengan lancar seperti tahun 2008 dan berakhir selepas ceramah,sesi soal jawab dan makan tengah hari.Terima Kasih diucapkan kepada PPD kerana membenarkan Dewan Utama digunakan secara percuma.

Kursus Kesihatan Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang 2008

Memandangkan kesihatan merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan 'warga emas' Biro Wanita telah mengadakan kursus kesihatan pertama untuk ahli-ahli PBPPPM DC Klang lelaki dan perempuan di Dewan Utama PPD Klang.Themanya ialah 'Hidup Sihat Sepanjang Hayat'.Kursus ini diadakan dengan kerjasama Pegawai Kesihatan dari pejabat Kesihatan Daerah Klang.Ianya diadakan dalam bulan December,2008.Majlis bermula dengan pendaftaran ahli-ahli dan dikuti dengan pemeriksaan tekanan darah,tinggi susuk badan dan berat badan.Pemeriksaan dibuat juga untuk memeriksa gula dalam darah.Semua pemeriksaan dibuat secara percuma dengan sadikit subsidi dari Biro Wanita untuk membeli strip pemeriksaan gula.Selepas ucapan Pengerusi Biro Wanita Pn Maznah Bt Bahari majlis diresmikan oleh
Tuan Hj Ajidan Bin Hashim selaku Pengerusi cawangan.Selepas perasmian minuman pagi dan majlis diteruskan dengan ceramah dan sesi soal jawab.
Gambar 1 menunjukkan sesi cermah oleh Pegawai Kesihatan Daerah Klang dan Gambar 2 menunjukkan proses pendaftaran disaksikan oleh Tn Hj Ajidan Pengerusi dan Tn Hj Shaari selaku Naib Ketua.Selesai sesi soal jawab yang mendapat sambutan hangat majlis berakhir dengan makan tengah hari untuk para peserta.Tahniah diucapakan kepada Ketua Wanita dan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan PPD Tn Hj Mahmud Bin Karim yang telah membenarkan pengunaan Dewan Utama secara percuma.Insyallah tahun 2009 dan seterusnya ianya akan diadakan lagi.

Apabila Guru Menulis 2 PBPPPM DC Klang

Lawatan merupakan satu aktiviti PBPPPM DC Klang yang sangat diminati oleh ahli-ahli.Lawatan yang disukai ialah lawatan dalam negeri dan lawatan ke negara-negara Asean seperti Indonesia.Pada bulan  April 2009 PBPPPM DC Klang telah membuat lawatan ke Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam.Lawatan tersebut meninggalkan kenangan yang mendalam kepada ahli-ahli.Salah satu darinya ialah 'island hopping' dan dapat melihat Tasek Dayang Bunting selain melihat bagaimana cara memberi makan burung helang di atas permukaan laut.Selain dari melawat tempat-tempat bersejarah mengelilingi Pulau Langkawi kami juga sempat membeli belah di Pekan Kuah pada hari kedua di Pulau tersebut(petang) dan pada hari ketiga(pagi) berada di sana.Membeli belah di Pulau Langkawi memang mengila-gila semua mahu antaranya kain batik Indonesia,cadar-cadar terpileh,'crockery',bahan makanan seperti bilis,biji gajus,minyak gamat dsbnya.Rasanya kami ke sana lagi bila ada rombongan baru kerana tidak semua kami dapat lihat dalam masa sesingkat itu.Insyallah.

Sunday, November 28, 2010

Mesyuarat Agong Kebangsaan PBPPPM Tahun 2008

Hasil dari Persidangan Kebangsaan di Ipoh dalam tahun 2006 Mesyuarat Agong Kebangsaan bagi tahun 2008 telah diputuskan diadakan di Kuala Trengganu.PBPPPM DC Klang telah menghantar 4 orang perwakilan dan 2 orang pemerhati.Selain itu perwakilan wanita mengikuti rombongan Wanita Negeri  Selangor yang berjumlah 35 orang termasuk Setiausaha Agong Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali,Bendahari Agong dan isteri serta jawatankuasa kanan cawangan Klang Puan Anniswal Bt Sabaruddin dan Pn Maznah Bt Bahari Ketua Wanita cawangan dan jawatankuasa wanita negeri.Pada hari pertama(malam) diadakan upacara perasmian dan pada hari kedua Mesyuarat Agong dan pemilehan pemimpin peringkat pusat.Tn Hj Manan Bin Mohd Noh mengekalkan kerusi Presiden dan Timbalan juga orang lama.Jawatan-jawatan penting lain dimenangi oleh pemegang jawatan antaranya Setiausaha Tn Hj Markom,Bendahari Tn Hj Shaari,Penolong Setiausaha Tn Hj Harun Bin Hasan.Penolong Bendahari Tn Hj Sukarman Bin Sanuri.Gambar 1 menunjukkan Tn Hj Muaz(Bendahari),En N Velu(ahli) dan En Hamzah Bin Mat(jawatankuasa) berada di Taman Budaya Islam Trengganu.Gambar 2 Tn Hj Ajidan,En Muaz dan En N Velu dalam perjalanan untuk lawatan.Mesyuarat Agong 2010 diputuskan Negeri Sembilan sebagai Tuan rumah.

Majlis Merayakan Tokoh Guru Daerah Klang PBPPPM DC Klang 2008

Sempena dengan Hari Guru 2008 dan penerimaan Tokoh Guru Daerah Klang oleh ahli-ahli PBPPPM DC Klang satu majlis meraikan mereka telah diadakan di sebuah restoren terkemuka milik bumiputera di Andalas Klang.Ianya dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PBPPPM DC Klang.Tokoh Guru berkenaan ialah Puan Jariah Bt Napiah,Puan Sutimah Bt Hormin dan Encik Harikrishnan.Pengerusi PBPPPM DC Klang mengucapkan setinggi Tahniah kepada Tokoh Guru berkenaan dan anugerah tersebut bukan sahaja kepada titik peluh dan dedikasi mereka terhadap tugas tetapi ianya juga merupakan satu penghargaan kepada profession perguruan selepas terbitnya Lapuran Suruhanjaya Gaji Aziz 1970.
Gambar 1 menunjukkan Puan Jariah Bt Napiah dan Puan Sutimah Bt Hormin.
Gambar 2 menunjukkan ahli jawatankuasa yang hadir selain dari Pengerusi dan Naib Pengerusi.Adalah diharapkan lebeh ramai ahli kami akan menerima Tokoh Guru Daerah dalam masa yang akan datang kerana ahli yang ada tergolong dari mereka yang telah memberikan bakti kepada murid dan masyarakat dengan cemerlang dan aktif sehingga sekarang.Ada yang telah mencapai umur ke tahap 70han tetapi terus aktif.

Sambutan Hari Guru Daerah Klang Anjuran PPD Klang 2008

Sambutan Hari Guru 2008 telah diadakan oleh PPD Klang di Dewan Besar Sekolah Tinggi Klang.Ianya telah diresmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Selangor Datin Hamidah.Tiga orang ahli kami telah mendapat gelaran Tokoh Guru Daerah iaitu Encik Harikrishnan seorang ahli jawatankuasa dan Puan Sutimah Bt Hormin(ahli) dan Puan Jariah Bt Napiah(ahli).Diucapkan Tahniah kepada ketiga-tiga orang ahli tersebut.Selain itu Bekas Ketua Unit Kurikulum  Sekolah PPD Klang Tn Hj Tahir juga telah diistiharkan Tokoh Guru Daerah.Pihak PBPPPM DC Klang mengucapkan setinggi tinggi Terima Kasih kepada PPD Klang di bawah pimpinan Tuan Hj Mahmud Karim yang telah menjemput kami ke majlis tersebut.Sambutan pada hari tersebut adalah satu sambutan yang penuh meriah dan bersejarah dalam sambutan Hari Guru Daerah.
Gambar 1 menunjukkan tiga orang Tokoh Guru Daerah bergambar dengan Penolong PPD Klang Tn Hj Jajuli Bin Naim.Tokoh tersebut ialah Tn Hj Tahir,Encik Harikrishnan dan Puan Sutimah Hormin.
Gambar 2 menunjukkan ahli kami Pn Jariah Bt Napiah bekas Timbalan Pengarah Jemaah Nazir Malaysia dan juga bekas PPD Klang bersama suami Tn Hj Yusof menunggu giliran naik ke pentas dalam majlis tersebut.Sekalung bunga dan tahniah diberikan kepada PPD Klang kerana kejayaan majlis tersebut.

Sambutan Hari Ibu Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang 2009

Menyedari hakikat para ibu perlu diberi kasih sayang oleh anak masing-masing Biro Wanita PBPPPM DC Klang telah mengadakan majlis tersebut pada bulan April,2009 di Hotel Crystal Crown Pelabuhan Klang.Ianya disertai oleh kira-kira 100 orang peserta termasuk kaum keluarga masing-masing.Penceramah khas Tuan Hj Tarmizi bekas Pegawai Kanan JAIS telah dijemput untuk memberi ceramah betapa pentingnya kita menyayangi ibu kita.Di samping itu sebuah buku novel remaja telah di lancarkan oleh Tuan Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim.Novel tersebut ditulis oleh Puan Rohaya isteri kepada Cik Gu Kamaruddin salah seorang ahli kami yang setia.Nama samaran pengarang novel tersebut ialah 'Puteri Andalas' dan buku tersebut laris di pasaran.
Gambar 1 menunjukkan Puan Maznah Bt Bahari Ketua Biro Wanita menyampaikan cenderamata kepada Setiausaha Agong Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali.Gambar 2 menunjukkan Tn Hj Ajidan dan Cik Gu Wahab sedang mendengar ceramah yang sedang disampaikan oleh Tuan Hj Tarmizi.Ketua Wanita dalam ucapannya menyatakan pada tahun hadapan 2010 wanita akan mengadakan majlis yang serupa.Majlis Sambutan Hari Ibu akan dijadikan juga sebagai acara tahunan.Insyallah.

Sambutan Mauludir Rasul Anjuran PBPPPM DC Klang 2009

 Sambutan Majlis Mauludir Rasul telah diadakan dengan kerjasama mesjid Kg Raja Uda pada awal tahun 2009.Majlis dimulakan dengan berarak dan membawa sepanduk mengelilingi Kg Raja Uda dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhamad SAW.Selepas itu apabila tiba di mesjid diadakan ucapan aluan oleh PBPPPM DC Klang dan pihak mesjid Kg Raja Uda.Majlis seperti ini dapat merapatkan lagi siratul rahim antara kami dengan pihak mesjid.Selain dari itu pihak mesjid mengetahui tentang wujudnya PBPPPM DC Klang di Daerah Klang.Dalam gambar di sebelah menunjukkan Tn Hj Shaari Bin Abdullah(Naib Pengerusi) dan Cik Gu Aris ahli setia kami sedang menunggu permulaan berarak.Setelah selesai berarak dan berucap diadakan persembahan nashiq dari berbagai kumpulan yang dijemput hadir.
Selepas itu diadakan ceramah agama oleh penceramah jemputan.Majlis berakhir dengan jamuan makan tengah hari yang disediakan dan penerimaan cenderamata untuk dibawa pulang.Semoga amalan bakti ini diterima Allah SWT dan dalam masa yang akan datang dapat diadakan lagi.

Friday, November 26, 2010

Kursus Komputer Anjuran Bersama PPD Dan PBPPPM DC Klang 2008

Kali pertama PBPPPM DC Klang dengan kerjasama PPD Klang mengadakan kursus komputer untuk ahli-ahlinya ialah pada tahun 2008 di SK Klang Utama Jalan Hj Siraj Klang. Ianya diselaraskan oleh Penyelia Unit Komputer PPD En Zuhri dan dijalankan dalam bulan Mei sebanyak tiga kali.Modulenya ialah Microdoft Office seperti words,excel dan cara-cara membuat e mail.Tahapnya di peringkat pemulaan memandangkan sebahagian dari kami belum mahir dalam hal IT.Walaubagaimana pun ahli dengan penuh minat mengikuti pelajaran tersebut.

Dalam gambar 1 kelihatan Tn Hj Muaz Bin Ibrahim(Bendahari),Tn Hj Mohd Fadillah Bin Hj Noh,Tn Hj Sukarman Bin Sanuri dan En Hamzah Bin Mat dengan penuh minat mengikuti pelajaran tersebut.Dalam gambar 2 ialah bergambar beramai-ramai dengan Tn Guru Besar SK Klang Utama,pegawai PPD dan para penceramah sebagai kenang-kenangan.Kursus selanjutnya akan diadakan pada tahun 2009 dan seterusnya.Adalah diharapkan ahli-ahli kami akan mahir dalam bidang mata pelajaran baru ini IT supaya selaras dengan matlamat dan tujuan pendidikan negara.Kami juga dapat berdamping dan merapatkan lagi siratulrahim antara guru yang sudah bersara dengan yang sedang berkhidmat.

Majlis Amal Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PBPPPM DC Klang 2010

Pada 3hb Oktober,2010 telah diadakan Majlis Amal dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk ahli-ahli PBPPPM DC Klang dan kaum guru di Klang.Ianya diadakan di Dewan Asrama Yayasan Selangor Jalan Raya Barat Klang.Tujuannya di samping merayakan hari lebaran ialah untuk mencari sadikit dana untuk tabung PBPPPM DC Klang.Majlis diresmikan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.Majlis pada kali ini bukan sahaja mendapat sokongan dari ahli-ahli tetapi juga Pengetua dan Guru Besar dalam Daerah Klang selain dari orang awam.Antaranya termasuk bekas Nadzir Mesjid Al Sharif Kg Meru Klang Tn Hj Rosman Bin Warjono.Tetamu lain termasuk Tn Setiausaha Agung Tuan Hj Markom Bin Hj Ghazali.
Gambar 1 menunjukkan jawatankuasa sambutan menyambut ketibaan YBhg Tan Sri Onn dan Puan Sri.Gambar 2 menunjukkan YM Dr Hanafiah Bin Hj Arshad sedang menerima hampar dari Bendahari Agung Tn Hj Shaari Bin Abdullah.Majlis pada kali ini mendapat sambutan hangat dengan kehadiran melebehi 150 orang kerana terdapat kelainan dan menunya disediakan oleh kontraktor makanan.Selalunya majlis diadakan di hotel tetapi kali ini di Dewan terbuka dan sambutan di foyer Dewan.Adalah diharapkan pada tahun hadapan akan diadakan di tempat yang sama dengan perubahan kepada menu makanan dan suasana persekitaran yang lebeh baik.

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan PBPPPM Cawangan Negeri Selangor 2010

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan PBPPPM Negeri Selangor bagi tahun 2010 telah diadakan Di Dewan Pusat Latihan LKIM Bagan Lalang Selangor kerana PBPPPM DC Sepang menjadi tuan rumah.Ianya telah diresmikan oleh YB Dato' Seri Ir Mohd Zain Bin Sulaiman Ahli Parlimen BN bagi Parlimen Sepang pada 13hb November 2010 bersamaan dengan hari Sabtu.Cawangan Klang telah menghantar perwakilan seramai hampir 20 orang dengan 6 buah kereta.Majlis telah berjalan dengan baik dengan persiapan yang rapi walaupun terdapat kekurangan dari segi kemudahan yang ada di Sepang.Tahniah diucapkan kepada Cawangan Sepang.
Beberapa usul telah dibincangkan khususnya yang berkaitan dengan biasiawa JPA dan kepentingan penduduk luar bandar.Usul tersebut akan dibawa ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 3hb December nanti di Seremban.Tn Hj Abd Manan Bin Mohd Noh telah kekal sebagai Pengerusi Selangor,Tn Hj Raof Bin Hussein sebagai Timbalan Pengerusi baru dan Tn Hj Ajidan Bin Hashim mengekalkan kerusi Naib Pengerusi Selangor.Pegawai-pegawai kanan lain seperti Naib Pengerusi Wanita,Setiausaha,Bendahari mengekalkan kerusi masing-masing.Cawangan Klang telah terpileh sebagai cawangan yang paling aktif dalam Negeri Selangor dan cawangan yang telah menyediakan Buku Penyata Tahunan tercantik.Cawangan Daerah Petaling telah memenangi pungutan tertinggi KWBP tertinggi bagi sesi yang lalu dan Cawangan Klang Naib Pengerusi.

Thursday, November 25, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Anjuran PPD Klang 2010

Pada tahun 2010 PPD Klang telah menjadi tuan rumah pada majlis tersebut.Ianya diresmikan oleh YBhg Tan Sri Alimuddin Bin Mohd Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.PPD Klang  dipimpin oleh Pn Noraini Bt Hj Tahir dan majlis tersebut telah berjalan dengan jayanya di Hotel Goldcourse Klang Selangor. Tokoh guru yang dipileh peringkat negeri termasuk seorang bekas Pengetua Jusa C,seorang pegawai PPD dan seorang guru besar selain guru bukan Melayu.Persediaan yang rapi menjadikan majlis tersebut meriah dan dibanggakan.PPD harus mendapat pujian.Persatuan Bekas Pegawai Pendidikan Malaysia diwakili oleh Setiausaha Agong Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali,Bendahari Agong Tn Hj Shaari dan Pen Bendahari Tn Hj Sukarman.PBPPPM DC Klang diwakili oleh Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim,Tn Hj Wahab Bin Hj Abd Hamid(Setiausaha),Tn Hj Abd Muaz Bin Ibrahim(Bendahari) dan beberapa orang jawatankuasa lain termasuk wanita.
Gambar satu menunjukkan Ketua Pengarah Tan Sri Alimuddin Bin Mohd Dom memasuki Dewan dengan diikuti oleh Pengarah Pelajaran Selangor dan Puan PPD Klang Pn Noraini Bt Hj Tahir.Gambar 2 menunjukkan Tn Hj Wahab Bin Abd Hamid (Setiausaha) sedang berbual sesuatu dengan Tn Hj Abdul Muaz Bin Ibrahim(Bendahari).Pihak PBPPPM DC Klang mengucapkan setinggi Terima Kasih kepada PPD Klang yang telah menjemput kami ke majlis tersebut.Diharap pada tahun hadapan kejayaan tersebut dapat dilakukan oleh PPD lain yang menjadi tuan rumah.

Kursus Komputer PBPPPM DC Klang November 2010

Buat kali ke 3 kursus komputer anjuran bersama PBPPPM DC Klang dan PPD Klang telah diadakan di SK Kg Jawa Klang( sekolah lama) pada 3,10 dan 11 hb November,2010 yang lalu.'Module' mengandungi pengenalan kepada Internet dan diikuti dengan cara-cara membuat 'Blogs' dan 'Facebook'.Nampaknya ahli-ahli sangat berminat mempelajarinya walaupun usia telah mencapai warga emas.Antaranya Cik Gu Khairuddin Dahlan,Norhamdan Baharin(Pen Setiausaha),Cik Gu Wahab(Setiausaha) dan Pn Jariah Napiah bekas Timb Pengarah Jemaah Nazir Persekutuan.Kelas telah berjalan dengan baik walaupun suasana sekolah telah menjelang percutian semester akhir tahun.
Antara tujuan mengadakan kursus ini ialah untuk mendekatkan ahli-ahli dengan kemajuan dalam bidang IT kerana semasa mengajar dahulu belum banyak terdedah  dengan pelajaran ini.Selain itu ianya bertujuan mendekatkan ahli dengan guru yang sedang bertugas termasuk pegawai-pegawai yang ada di PPD Klang.Setelah tiga tahun mengadakan kursus selama tiga kali setahun nampaknya ada ahli yang telah mencapai kecekapan boleh menaip menggunakan 'Words',mengira menggunakan 'Excel' dan membuat persembahan "Power Point'.Pada tahun ini ada ahli yang telah tahu membuat Blogs khususnya Cik Gu Khairuddin Dahlan.Kemajuan lain sekurang-kurangnya ada ahli yang tahu menghantar e- mail dan membuat komen dalam Facebook.Ahli yang sangat mahir 'Facebook' ialah Cuk Gu KhatijahJidon (Bekas Guru Khas) dari Meru.

Lawatan Ke Hospital Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang 2010

 Pada bulan November 2010 Biro Wanita PBPPPM DC Klang telah mengadakan lawatan ke Wad Kanak-Kanak HTAR Klang.Ianya dihadiri kira-kira 15 orang ahli jawatankuasa termasuk wanita.Pihak kami telah mendapat sambutan yang meriah dari pihak hospital dan ibu bapa wad kanak-kanak.Sambil melawat dan memberi kata perangsang pihak kami juga telah memberi cenderamata yang sesuai kepada kanak-kanak dan merupakan bahan makanan yang dibenarkan.Lawatan serupa ini merupakan kali ke 2 kami laksanakan sejak tahun lalu(2009).Kegiatan sosial seperti ini memang digalakkan oleh semua pihak khususnya pada masa sekarang terdapat kurang penekanan terhadap rasa kasih sayang antara ibu bapa dan kanak-kanak.Bagitu juga antara orang awam dengan kumpulan-kumpulan seperti ini.
Gambar pertama menunjukkan Pn Hajjah Maznah Bt Bahari Ketua Biro wanita berbual sesuatu dengan kanak-kanak dan gambar kedua ahli jawatankuasa bergambar ramai.Kita ucapkan Tahniah kepada Biro Wanita dan Insyallah pada tahun hadapan kita adakan lagi.Acara ini juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Induk sebagai acara tahunan persatuan kami.Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak-pihak tertentu yang telah memberi sokongan berupa kewangan,barang-barang dan sokongan moral di atas kegiatan tersebut.

Malam Sekalung Budi Anjuran PBPPPM DC Klang 2007

Bagi mencari dana untuk Tabung Bangunan PBPPPM DC Klang telah mengadakan Malam Sekalung Budi di Hotel Goldcourse Klang(2007).Ianya di bawah Naungan YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.Majlis tersebut telah diresmikan oleh YB Dato' Ahmad Nawawi Bin Dato' Mat Zain Exco Pelajaran Negeri Selangor.Majlis tersebut telah berjalan dengan jayanya dengan sokongan dari para Pengetua,Guru Besar dalam daerah Klang di samping sokongan ahli-ahli,orang awam dan para koprat tempatan termasuk Pentadbir Harta Pusaka Allahyarham Tun Suffian Hashim bekas Ketua Hakim Negara yang telah menderma sebanyak RM10,000.00 untuk Tabung bangunan tersebut..
Dalam gambar pertama kelihatan Pn Nurul,En Mahathir,Ustadz Maamor Radiman dan Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim di meja utama.Majlis tersebut telah mencapai matlamatnya dengan persembahan istimewa seorang guru yang sudah menjadi penyanyi professional dan sekarang sudah berpindah sebagai pegawai PTD.Pihak persatuan mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada Dato' Ahmad Nawawi (Gambar ke 2)selaku Exco Pelajaran yang telah meresmikannya dan meluluskan peruntukan sebanyak RM5000.00 dari pihak YAB Dato Menteri Besar Selangor Dato' Dr Khir Bin Toyo.

Lawatan Ke Bukit Tinggi Sumatra Indonesia PBPPPM DC Klang 2005

 
 Pada tahun 2005 PBPPPM DC Klang telah membuat lawatan ke Bukit Tinggi Sumatra Indonesia selama 4 hari 3 malam.Ianya diikuti kira-kira 20 orang ahli.Pada hari pertama kami sampai ke Lapangan Terbang Padang(lama) dan terus dibawa ke Bukit Tinggi.Sampai waktu magrib kami bermalam di resort atas Bukit tidak jauh dar Bukit Tinggi.Pada besok paginya kami membeli belah di persekitaran resort dan selepas itu bertolak ke Bukit Tinggi.Kami sampai ke sebuah Hotel 4 bintang dan berada di situ selama 2 hari.Besoknya kami di bawa melawat istana lama milik Raja Minangkabau yang dibina Belanda.Istana tersebut sangat cantik dan dibuat dari kayu balak yang besar dari hutan berdekatan.Malangnya menjelang 2006 ianya telah terbakar dan tak mungkin mendapat ganti lagi.Semasa berada di situ kami juga berpeluang makan durian keluaran Bukit Tinggi.Gambar pertama menunjukkan En N.Velu dihadapan istana tersebut.
Di sebelah petang kami melawat Pekan Bukit Tinggi dan berpeluang membeli belah di samping menaiki kereta kuda.Bukit Tinggi masyur dengan jahitan benang seperti cadar,tutup meja makan dsbnya.Para peserta tidak lupa membeli cendermata tersebut.Besoknya kami dibawa ke kawasan luar bandar dan tempat jahitan yang lagi hebat menjadi tumpuan pelawat membeli belah termasuk kain batik dan kueh mueh keluaran Negeri Minangkabau ini.Dalam gambar kedua menunjukkan En N Velu seorang ahli setia PBPPPM DC Klang berada di sebuah Jlan Raya di Pekan Bukit Tinggi.Beliau apabila melawat sering mencari pokok ' Ramungai ' dan telah bertemu dengan beberapa pokok menandakan orang India telah sampai ke sana.

Mesyuarat Agong Kebangsaan PBPPPM Ipoh Perak 2006

 Mesyuarat Agong Kebangsaan telah diadakan di Hotel Causarina Ipoh Perak pada bulan December,2006.Pengerusi Klang Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim dan seorang pemerhati En Hamzah Bin Mat telah turut hadir.Selain itu Tn Hj Wahab Bin Hj Abd Hamid(Setiausaha) dan Pn Anniswal Bt Sabaruddin telah juga turut hadir.Mesyuarat Agong telah diresmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Perak Dato Seri Tajol Rosli Bin Tan Sri Hj Ghazali.Beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 20,000.00 setahun untuk cawangan Negeri Perak seperti juga Negeri Selangor pada masa itu.Tn Hj Abd Manan Bin Mohd Noh mengekalkan jawatan Presiden.Bagitu juga pegawai-pegawai kanan yang lain termasuk Setiausaha Agong dan Bendahari Agong.Gambar di atas menunjukkan Ketua Wanita Keb. Pn Khatijah Bt Shamsuddin bersama-sama dengan Pengerusi Klang dan gambar di bawah menunjukkan En Hamzah Bin Mat bersama-sama Pengerusi Klang dan Ulu Selangor Encik Kamarudin Bin Mansur.Mesyuarat menguruskan lawatan ke Muzium Raja Azlan Shah di Kota Tampan Lenggong Perak dan tempat membuat labu tanah di Kuala Kangsar Perak.
Mesyuarat Agong ini meninggalkan Nostalgia yang mendalam mengenai keindahan Negeri Perak dan mesyuarat berikutnya diputuskan diadakan di Kuala Trengganu.Malam terakhir kami dijamu dengan jamuan Negeri yang di hadiri oleh YAB Dato' Seri Tajol Rosli Tan Sri Ghazali dan YB Timbalan Menteri di JPM Dato' Khamsiah Bt Yeop(Grik) dan kedua-dua tamu rasmi ini merupakan kawan baik sekolah Tn Hj Ajidan Bin Hj Hasim Pengerusi Daerah Cawangan Klang.Semoga cawangan Negeri Perak akan terus maju lagi bagi memimpin guru bersara dalam negeri tersebut.Antara pemimpin tersohor termasuk Dato' Khairuddin Bin Arshad bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak yang juga merupakan rakan sekelas Pengerusi Klang di sekolah Clifford Kuala Kangsar,Perak.

Wednesday, November 24, 2010

Lawatan Ke Jawa Tengah dan Jogjakarta PBPPPM DC Klang 2008

Pada tahun 2008 PBPPPM DC Klang telah membuat lawatan ke Jawa Tengah,Surubaya,Jogjakarta termasuk Borobodur dan tempat peranginan Gunung Bromo.Hari pertama tiba ke Indonesia di bawa melawat Pekan Surubaya termasuk istana Sutan Homengko Bowono yang bersejarah itu.Kami berpeluang melihat kereta kuda yang digunakan oleh Sutan Homengko Bowono dahulu dan tempat bersidang pembesar-pembesar dalam istana tersebut.Pada hari pertama waktu petang kami terus ke Jogjakarta dan melawat Borobodor yang masyhur itu.Selepas itu melawat ke pondok yang ditimpa gempa bumi pada besok harinya dan sempat menyampaikan sadikit wang sumbangan dari para peserta dari Malaysia seramai 20 orang.Waktu petang kami balik ke hotel dan waktu malam membeli belah di Jogjakarata sama ada di supermarket atau pasar malam yang terdapat berdekatan dengan hotel.Hari kedua kami bertolak ke Bromo dan sungguh sejuk udaranya lebeh dari Genting Highland.Besoknya bertolak semula ke Surubaya dan sempat sembahyang di mesjid Wali Songo.Satu lawatan dibuat ke tempat perkapalan dan pada malamnya makan malam di restoren terkenal dibandar tersebut.Sekali lagi selepas makan malam sempat membeli belah di satu kawasan yang terdapat supermarket yang baru dibina.Besoknya kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dan sempat dibelanja minum pagi oleh bekas DUN Morib Dato' Hj Samad Bin Maharuddin yang juga anggota rombongan.Lawatan ini meninggalakan Nostalgia yang mendalam kepada ahli-ahli kami khususnya yang sempat berurut secara traditional di Jogjakarta.

Apabila Guru Menulis 1

Apabila kita bersara mesti ada satu aktiviti yang kita mesti jalankan jika kita hendak tubuh badan dan minda kita sentiasa berada di dalam keadaan baik.Kita akan menghadapi berbagai masalah jika kita tidak membuat persediaan mithalnya kewangan,pembahagian harta pusaka,masalah anak-anak,kesihatan dsbnya.Masalah kewangan tidaklah ketara kerana semua pesara ada pencen.Masalah yang kita sering hadapi ialah masalah kesihatan jika kita tidak peka terhadap perjalanan tubuh badan manusia dan fungsi-fungsi organ dalam tubuh badan kita.Musuh utama ialah kelostrol tinggi dan tekanan darah tinggi.Pemakanan yang seimbang seperti setiap pagi memakan"Quarker Oats' adalah dialu-alukan.Makanan mesti tinggi dengan serat dan sayur-sayuran supaya fungsi perut dan tubuh badan dapat berjalan dengan baik.'Exercise' yang ringan seperti berjalan kaki dan jogging digalakkan.Antara aktiviti yang boleh kita jalankan ialah seperti mendalami hal ehwal agama,membaca,mencari 'hobby' baru seperti belajar komputer,penulisan,pendidikan seumur hidup,berpersatuan dsbnya boleh kita ikuti jika kita mampu melaksanakannya.Sering diperkatakan bagaimana rupa paras kita ialah apa yang kita makan dan amalkan setiap hari.Selamat Bersara.Ajidan Bin Haji Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang.

Sambutan Hari Guru Anjuran PBPPPM DC Sabak Bernam 2010

Sambutan Hari Guru merupakan hari yang sangat penting kepada kaum guru.Ianya bermula pada tahun 1972 di atas rekomendasi Lapuran Gaji Aziz mengenai gaji dan status guru semasa Tun Razak menjadi Menteri Pelajaran.Pada awal tahun 2010 PBPPPM DC Sabak Bernam telah menjadi tuan rumah untuk sambutan hari tersebut di peringkat negeri Selangor (PBPPPM) dengan sokongan ahli Parlimen BN Sabak Bernam.Majlis telah berjalan dengan penuh Nostalgia dengan beberapa orang pemimpin PBPPPM dari Daerah masing-masing mendapat gelaran Tokoh Guru Negeri Selangor antaranya termasuk Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi Daerah Cawangan Klang.Pada masa sekarang Sabak Bernam pesat membangun di bawah wakil rakyat BN di peringkat negeri dan Parlimen.Sesiapa yang lama tak datang melawat Sabak Bernam akan terpegun dengan calet-calet baru,rumah rehat dan hotel yang baru dibina untuk melambai pelancong tempatan dan luar negara.Dalam gambar kelihatan pemimpin di peringkat daerah bergambar ramai dan dalam gambar 2 Pengerusi Klang sedang menerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Selangor(PBPPPM) bagi tahun 2010.Adalah diharapkan pada tahun hadapan 2011 PBPPPM cawangan daerah lain pula menjadi Tuan Rumah untuk majlis seumpama tersebut.Syabas kepada Daerah Sabak Bernam.