Sunday, April 8, 2012

Ceramah Kesihatan Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang 7hb April,2012

Majlis Ceramah Kesihatan Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang telah dijalankan dengan jayanya pada 7hb April,2012 di Dewan Utama PPD Klang mulai pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 pm.Seramai 50 orang ahli lelaki dan perempuan telah hadir dalam majlis tersebut.Majlis telah dirasmikan oleh Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim selaku Pengerusi.Beliau di dalam ucapannya mengingatkan kepada kaum guru supaya menganuti tabiat gemar membaca seperti orang Korea atau Jepun.Umur sebagini sebagai warga emas harus membaca bahan-bahan mengenai kesihatan.Membaca juga akan membantu menguatkan daya ingatan kita semua.Mingguan Malaysia menyiarkan banyak artikel kesihatan  pada hari ahad.Majlis tersebut turut dihadiri oleh jemputan khas iaitu Tn Hj Rosman Bin Warjono bekas
Nazir mesjid Al Sharif Meru Klang.Majlis juga turut disertai oleh wakil dari MAIS negeri Selangor dengan tajuk ceramah mengenai Wasiat.Selain itu MAIS banyak menyumbangkan artikel-artikel mengenai
Islam kepada para peserta.PBPPPM DC Klang dan Biro Wanita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada MAIS di atas sumbangan ikhlas ini.Ceramah utama ialah mengenai Kemurungan(Depression) dan nyanyuk(Dementia).Ceramah disampaikan oleh Dr pakar Dr Izan Hairani Bt Ishak.Sesi ceramah diikuti dengan sesi soal jawab yang mendapat sambutan yang sangat hangat dari kaum guru lelaki dan perempuan.Banyak soalan-soalan yang dikemukakan dan dijawab dengan baik.Kita semua sedia maklum apabila seseorang bersara beliau tidak mempunyai pengatahuan yang cukup mengenai hal-hal kesihatan dan pihak kerajaan belum mampu memberi kursus kepada semua kakitangan awam.Walaubagaimana pun sejak kebelakangan ini menjelang tahun 2000 kelinik-kelinik kerajaan sudah ada yunit warga emas dan pihak jabatan kesihatan telah pun mengadakan kursus-kursus untuk warga emas untuk memahami kesihatan mereka.Kaum ibu telah banyak terdedah dengan hal-hal kewanitaan dari kaum lelaki.Selain itu banyak juga pemeriksaan yang telah dijalankan kepada wanita mengenai hal-hal kesihatan harian mereka.Sejak tahun 2000 juga pihak JPA telah mengadakan khidmat Website mereka mengenai kakitangan awam yang telah berpencen.Selain perkara-perkara mengenai perkhidmatan dan pencen terdapat juga maklumat mengenai kesihatan.Jenis-jenis penyakit juga telah di senaraikan.Penyakit-penyakit termasuk penyakit yang sering menyerang warga emas termasuk penyakit cancer.Sesiapa yang berminat mengenai maklumat tersebut bolehlah membuka http://www.jpapencen.gov.my/. Ahli-ahli yang hadir pada majlis tersebut berharap dalam masa yang akan datang lebeh ramai ahli yang hadir khususnya jawatankuasa cawangan,jawatankuasa wanita dan jawatankuasa biro.Dari segi persediaan,tempat,kemudahan dan cendermata yang disediakan pihak 'biro wanita' telah menyediakan yang terbaik.Tahniah dan Selamat bertemu lagi di majlis yang akan datang.Acara majlis kesihatan ini sudah menjadi acara tahunan PBPPPM DC Klang.