Monday, January 31, 2011

Lawatan Ke Kucing Sarawak Anjuran PBPPPM DC Klang 11-14 April 2011

PBPPPM DC Klang akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Sarawak pada tarikh seperti di atas.Kos pakage ini dengan penerbangan Air Asia ialah RM 950.00 termasuk pengangkutan pergi balik ke LCCT dari Klang,penginapan,lawatan,
makan dan tip.Ahli dan bukan ahli yang berminat diminta membayar deposit RM 300.00 pada atau sebelum 10hb Februari 2011 kepada Tn Hj Muaz Bin Ibrahim (017-2713002)Bendahari.Baki bayaran dijelaskan sebanyak RM 650.00 pada atau sebelum 30/3/2011.Borang penyertaan serta 'internary' boleh didapati dari Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid Setiausaha Cawangan(012-3593044) atau Tn Hj Muaz Bin Ibrahim Bendahari Cawangan.Penyertaan adalah 'first come first serve' dan anda semua diminta segera menempah lawatan ini.
Di antara  aktiviti-aktiviti yang paling popular anjuran persatuan ini lawatan adalah keutamaan.
Pihak kami akan membuat lawatan ke Langkawi tak lama lagi dan ke Vietnam pada penghujung tahun bagi mereka yang berminat.Antara lawatan yang telah dijalankan persatuan termasuk ke Bali Indonesia (2005),Bukit Tinggi Sumatra Indonesia (2006),Jawa Tengah,Bromo dan Djokjakarta Indonesia(2008),Langkawi (2009),Sabah (2010).Fasa terakhir kehidupan kita seharusnya kita penuhi dengan aktiviti hal ehwal semasa,menimba pengalaman-pengalaman baru,aktiviti-aktiviti sosial selain dari hal ehwal keagamaan.Kepada mereka yang akan menyertainya rombongan ini ke Sarawak kami ucapkan Selamat Bercuti dari Pengerusi dan Ahli Jawtankuasa PBPPPM Daerah Cawangan Kelang 2010-2012.Insyallah lawatan kita mengembirakan sesiapa sahaja yang menyertainya seperti juga lawatan-lawatan yang telah dijalankan dalam masa yang lalu.

Wednesday, January 26, 2011

Lawatan Ahli Sakit PBPPPM DC Klang Januari 2011

Pada 24hb Februari,2011 Biro Kebajikan dan Sosial PBPPPM DC Klang telah membuat lawatan menziarahi ahli-ahli yang sakit di rumah masing-masing.Tiga buah rumah telah dipilih iaitu rumah Cik Gu Wandi Bin Jayus,Cik Gu Amran dan Cik Gu Mat Nor Bin Munawar.Ketiga-tiga rumah ini terletak di Taman Alam Shah Klang.Rombongan di ketuai oleh Tn Hj Ajidan(Pengerusi),Tn Hj Shaari(Timb Pengerusi),Pn Hjh Maznah(Naib Peng Wanita) dan menantunya,Tn Haji Wahab(Setiausaha),En Norhamdan(Pen Setiausaha),Pn Hajjah Raonah(Pen Setiausaha),Tn Hj Muaz(Bendahari),Cik Gu Anniswal Bt Sabaruddin,Cik Gu Jariah Bt Napiah,Cik Gu Hamidah Bt Rantam dan suami,Tn Hj Usman Soparman,Tn Hj Sukarman Sanuri,Tn Hj Ramli Salleh dan En Hamzah Bin Mat.Lawatan kami dialu-alukan oleh ketiga-tiga rumah yang dilawati.Mereka merasa gembira kerana bertemu dengan kawan-kawan lama dan ahli-ahli PBPPPM DC Klang.Lawatan diiringi dengan bacaan Doa Selamat oleh Tn Hj Usman Bin Soparman.Sakit yang diihidapi oleh ahli-ahli ini adalah yang ada kaitan dengan proses 'penuaan' yang mana kita semua tidak dapat mengelak darinya dan terpulanglah kepada rezeki masing-masing.Kita berdoa supaya kita semua dapat menjalani proses ini dengan baik dan sentiasa di anugerahi oleh Allah SWT kesihatan yang baik dan dapat meneruskan aktiviti sosial dan keagamaan yang mulia ini.Pihak PBPPPM DC Klang akan meneruskan lawatan sebagini dalam masa-masa seterusnya.Gambar 1 menunjukkan kami di rumah Tn Hj Amran dan Gambar 2 menunjukkan Tn Hj Ajidan ,Pn Hajjah Maznah dan menantunya dan ahli lain di rumah Tn Hj Mat Nor Bin Munawar.Wasalam.

Monday, January 24, 2011

Majlis High Tea Bekas Pengetua Dan Bekas PPD Anjuran PBPPPM DC Klang 2011

Pada 20hb Januari 2011 (Khamis)PBPPPM DC Klang telah menganjurkan Majlis High Tea di Crystal Crown Pelabuhan Klang.Ianya diketuai oleh Pn Jariah Bt Napiah dan Pn Kamariah Bt Zainuddin yang merupakan ahli jawatankuasa siswazah yang baru dan kedua-duanya sangat aktif dalam aktiviti persatuan.Kira-kira seramai 22 orang guru siswazah telah hadir bagi merapatkan siratul rahim dalam era baru selepas bersara.Di antara tetamu yang hadir termasuk Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim selaku Pengerusi,Tn Hj Shaari Bin Abdullah selaku Timb Pengerusi,Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid selaku Setiausaha dan Tn Hj Muaz Bin Ibrahim selaku Bendahari.Tn Hj Ajidan selaku Pengerusi memberi tahu kepada yang hadir bahawa mereka sungguh bertuah kerana dapat menjadi ahli cawangan Klang yang merupakan cawangan yang paling aktif dalam negeri Selangor dan mungkin di Malaysia.Cawangan Klang telah mempunyai kewangan yang kukuh untuk tabung bangunan,jawatankuasa yang rajin untuk menggerakkan aktiviti cawangan.Antara aktiviti yang dijalankan termasuk lawatan dalam dan luar negeri,kursus kesihatan warga emas,kursus komputer,hari guru,hari ibu,lawatan ahli yang sakit,menziarahi ahli yang meninggal dunia,majlis tahlil dan aktiviti keagamaan dan sosial yang lain seperti melawat wad kanak-kanak di HTAR Klang.Gambar 1 menunjukkan Tn Hj Muaz Bin Ibrahim(Bendahari)menyatakan sesuatu kepada ahli baru sambil diperhati oleh Tn Hj Wahab Bin Abd Hamid(Setiausaha).Gambar 2 menunjukkan beberapa orang bekas Pengetua bergambar ramai termasuk juga beberapa orang bekas Pengetua Cemerlang.Seramai 11 orang ahli baru telah diterima dengan di ketuai oleh Tn Hj Salihudin Bin Mohd Said bekas KPP pembangunan JPN Selangor.Terima Kasih dan Tahniah kepada Pn Jariah bt Napiah dan Pn Kamariah Bt Zainuddin yang telah menaja majlis yang meriah ini.