Monday, January 24, 2011

Majlis High Tea Bekas Pengetua Dan Bekas PPD Anjuran PBPPPM DC Klang 2011

Pada 20hb Januari 2011 (Khamis)PBPPPM DC Klang telah menganjurkan Majlis High Tea di Crystal Crown Pelabuhan Klang.Ianya diketuai oleh Pn Jariah Bt Napiah dan Pn Kamariah Bt Zainuddin yang merupakan ahli jawatankuasa siswazah yang baru dan kedua-duanya sangat aktif dalam aktiviti persatuan.Kira-kira seramai 22 orang guru siswazah telah hadir bagi merapatkan siratul rahim dalam era baru selepas bersara.Di antara tetamu yang hadir termasuk Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim selaku Pengerusi,Tn Hj Shaari Bin Abdullah selaku Timb Pengerusi,Tn Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid selaku Setiausaha dan Tn Hj Muaz Bin Ibrahim selaku Bendahari.Tn Hj Ajidan selaku Pengerusi memberi tahu kepada yang hadir bahawa mereka sungguh bertuah kerana dapat menjadi ahli cawangan Klang yang merupakan cawangan yang paling aktif dalam negeri Selangor dan mungkin di Malaysia.Cawangan Klang telah mempunyai kewangan yang kukuh untuk tabung bangunan,jawatankuasa yang rajin untuk menggerakkan aktiviti cawangan.Antara aktiviti yang dijalankan termasuk lawatan dalam dan luar negeri,kursus kesihatan warga emas,kursus komputer,hari guru,hari ibu,lawatan ahli yang sakit,menziarahi ahli yang meninggal dunia,majlis tahlil dan aktiviti keagamaan dan sosial yang lain seperti melawat wad kanak-kanak di HTAR Klang.Gambar 1 menunjukkan Tn Hj Muaz Bin Ibrahim(Bendahari)menyatakan sesuatu kepada ahli baru sambil diperhati oleh Tn Hj Wahab Bin Abd Hamid(Setiausaha).Gambar 2 menunjukkan beberapa orang bekas Pengetua bergambar ramai termasuk juga beberapa orang bekas Pengetua Cemerlang.Seramai 11 orang ahli baru telah diterima dengan di ketuai oleh Tn Hj Salihudin Bin Mohd Said bekas KPP pembangunan JPN Selangor.Terima Kasih dan Tahniah kepada Pn Jariah bt Napiah dan Pn Kamariah Bt Zainuddin yang telah menaja majlis yang meriah ini.

No comments:

Post a Comment