Thursday, November 8, 2012

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PBPPPM Cawangan Negeri Selangor 2012

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan PBPPPM Cawangan Negeri Selangor bagi sessi 2010-2012 telah diadakan di Sabak Bernam pada 3hb November,2012 bersamaan dengan hari Sabtu mulai jam 10 pagi hingga 1.30 tengah hari.Ianya diadakan di Dewan Mini Konvesyen Pekan Sabak Bernam.Majlis telah diresmikan oleh Pegawai Khas YB Dato' Noriah Bt Kasnon DIMP,SMS,PJK Timbalan Menteri Tenaga,Teknoloji Hijau dan Air Malaysia.Dalam ucapannya YB Timbalan Menteri mengingatkan tentang jasa guru  dalam sejarah negara selain memperjuangkan kemedekaan guru juga turut berjuang untuk skim perkhidmatan kaum guru.Apa yang dinikmati sekarang adalah perjuangan orang terdahulu dan beliau berharap guru terus berjuang demi kepentingan agama bangsa dan tanah air.Jasa guru tidak boleh dilupakan.Dato' Yusof Bin Latif selaku Pengerusi PBPPPM DC Sabak Bernam mengingatkan hal yang sama mengenai guru.Guru juga berjuang mempertabatkan Bahasa Melayu untuk sistem pendidikan negara hingga ke tingkat setinggi-tingginya iaitu universiti.Perjuangan yang sama harus diteruskan demi kesinambungan bangsa dan orang Melayu.Majlis yang gilang gemilang ini berhenti rehat untuk minum pagi dan diteruskan selepas selesai minum pagi.Sebelum ketibaan daif kehormat Dato' Hj Raof Bin Hussin selaku Timbalan Pengerusi telah memberi taklimat mengenai hal ehwal semasa dunia pendidikan termasuk pihak-pihak tertentu yang menuntut supaya bahasa mereka di ajar di sekolah dan di peringkat yang lebeh tinggi.Dato' Hj Raof menegaskan orang Melayu perlu bersatu jika kita ingin terus menegakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa resmi negara dan bahasa pengantar di Pengajian Tinggi  sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.Bahasa Melayu telah terbukti sebagai bahasa perpaduan di negara ini sejak lebeh 50 tahun dahulu kita mencapai kemerdekaan.PBPPPM seharusnya menjadi penyokong yang kuat kepada kerajaan dan sentiasa mengikuti hal-hal semasa jika ianya mahu terus unggul dan releven sebagai penyokong kerajaan persekutuan.Jika kita kuat suara kita akan didengar oleh kerajaan.Oleh kerana Tuan YDP Tn Hj Manan Bin Mohd Noh tidak hadir kerana uzur majlis melantik Dato' Hj Raof Bin Hussin selaku Pengerusi mesyuarat.Keputusan pemilihan mesyuarat Agong adalah seperti berikut: i) YDP Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim  ii)Timbalan YDP Dato' Hj Yusof Bin Latif  iii)Naib YDP (L) Tn Hj Kamaruddin Bin Mansor iv)Naib YDP(W) Pn Khalijah Bt Shamsuddin (v)Setiausaha En Norhamdan Bin Baharin (vi)Penolong Setiausaha (L)Tn Hj Aris Bin Hj Moen(vii)Penolong Setiausaha (W)Pn Hjh Zaharah Bt Abdul Samad (viii)Bendahari Tn Hj Sukarman Bin Sanuri. Pemeriksa Kira-Kira (i)Tn Hj Mahali Bin Ramlan ii)Tn Hj Shaari Bin Abdullah.Usul-usul dari Cawangan Selangor dibincangkan.Antara usul yang akan dibawa ke Mesyuarat Agong Kebangsaan ialah berkaitan dengan cadangan supaya Presiden/YDP/Pengerusi cawangan Daerah melantik Setiausaha dan Bendahari di peringkat masing-masing.Tujuannya supaya senang mengurus persatuan dari segi tempat tinggal dan kesesuaian masing-masing antara pegawai-pegawai yang dilantik dan ketua.Usul lain telah diterima tanpa bahas dan akan dirujuk kepada pihak yang berkenaan.Mesyuarat Agong pada kali ini akan diadakan di Melaka selaku Tuan rumah.PBPPPM Cawangan Negeri Selangor layak menghantar 15 orang perwakilan selain dari mereka yang memegang jawatan di peringkat kebangsaan iaitu seramai 8 orang yang di ketuai oleh Tn Hj Manan Bin Mohd Noh.Mesyuarat Agong tersebut pada 1hb Dec hingga 2hb December,2012.Jawatankuasa yang baru bagi Negeri Selangor akan membincangkan cara-cara perwakilan Selangor akan pergi ke sana dan akan mengemukakan calon-calon yang akan bertanding di Peringkat Kebangsaan.Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali selaku Setiausaha Agong akan membantu YDP Selangor menyelesaikan perkara ini.Sebelum majlis berakhir YDP yang baru Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada para perwakilan yang menyokong beliau dan memohon mereka membantu beliau membawa perubahan kepada cawangan Selangor ke arah lebeh maju lagi.Terima Kasih juga ditujukan kepada bekas YDP Tn Hj Manan Bin Mohd Noh yang telah membawa kemajuan kepada cawangan Selangor dan meletakkannya di tapak yang kukuh.Semoga beliau diberi kesihatan yang baik bagi menempuh sisa-sisa hidup untuk masa-masa yang akan datang.Terima Kasih juga ditujukan kepada PBPPPM DC Sabak Bernam yang telah menjadi Tuan Rumah dan memberi layanan istimewa kepada para perwakilan sakalian.Majlis berakhir pada pukul 1.30 pm.
Gambar 1 menunjukkan Tn Setiausaha Cawangan Selangor Tn Hj Harun Bin Hasan mengalualukan para perwakilan sakalian.
Gambar 2 menunjukkan perwakilan dari PBPPPM DC Klang Tn Hj Usman Bin Soparman dan Tn Hj Mahali Bin Ramlan sedang asyik membaca buku penyata yang diedarkan.
Gambar 3 menunjukkan para perwakilan wanita dari seluruh Negeri Selangor membanjiri Dewan mesyuarat  Pusat Konvensyen Mini Sabak Bernam.
Gambar 4 menunjukkan Dato' Hj Raof Bin Hussin Timbalan Pengerusi PBPPPM Cawangan Selangor sedang memberi taklimat mengenai perkembangan semasa dalam dunia pendidikan.
Gambar 5 menunjukkan Tn Hj Sukarman Bin Sanuri sedang berbincang sesuatu dengan Pengerusi PBPPPM DC Ulu Selangor Tn Hj Kamaruddin Bin Mansur.
Gambar 6 menunjukkan Tn Hj Ramle Bin Salleh dan beberapa para perwakilan dari PBPPPM DC Klang sedang membincang mengenai penyata tahunan.
Gambar 7 menunjukkan Tn Hj Shahar Bin Jailani perwakilan dari PBPPPM DC Kuala Langat sedang asyik membaca penyata.Bagitu juga para perwakilan yang lain.

Ajidan Bin Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang 4hb November,2012.

1 comment: