Sunday, July 7, 2013

Kursus Kesihatan Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang 6hb Julai,2013 Dewan Utama PPD Klang

Satu Majlis Kursus Kesihatan Anjuran Biro Wanita PBPPPM DC Klang telah diadakan di Dewan Utama PPD Klang pada 6hb Julai,2013 mulai jam 8.30 pagi bersamaan dengan hari Sabtu.Ianya diresmikan oleh Pengerusi kami Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim merangkap YDP PBPPPM Cawangan Negeri Selangor.Pada mulanya ianya dijadualkan diresmikan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker DUN Negeri Selangor tetapi terpaksa diganti oleh Tn Hj Ajidan kerana YBhg Tan Sri Onn ada komitment lain di majlis yang tak dapat dielakkan.
Antara tujuan majlis ini diadakan adalah seperti berikut:
i)Untuk mendedahkan kepada ahli-ahli jenis-jenis penyakit yang sering menyerang warga emas.
ii)Supaya ahli-ahli dapat merancang kehidupan mereka yang baru dengan ilmu pengatahuan yang didapati.Cara hidup kita atau 'lifestyle' hidup kita dapat membantu  kehidupan yang lebeh sihat dan lebeh bermakna di fasa akhir kehidupan.
iii)Ilmu 'process of aging' ialah satu ilmu baru di negara kita.Ianya mula 
muncul di hospital-hospital kita dalam tahun 1990han manakala di barat sejak perang dunia kedua lagi.
iv)Sebagai aktiviti tahunan persatuan dan untuk merapatkan siratulrahim antara ahli dengan ahli dan kaum guru amnya.
Pengerusi Majlis ini ialah Puan Kamariah Bt Zainuddin bekas Pengetua Cemerlang SMK Rantau Panjang dan Setiausahanya Pn Hamidah Bt Rantam seorang aktivis sosial yang sangat aktif sejak tahun 1970han lagi
bersama-sama dengan Pengerusi Tn Hj Ajidan.Bin Hj Hashim.Beliau juga bekas seorang Guru Besar.Jawatankuasa ini dibantu oleh Pn Bahariah Bt Bustaman,Puan Noraini Bt Hj Tahir,Pn Jariah Bt Napiah,Puan Rosnah Bt Mohd Ali,Pn Anniswal Bt Sabaruddin,Pn Raonah Bt Abdullah dan beberapa jawatankuasa wanita lagi.Tn Setiausaha En Norhamdan Bin Baharin dan Penolong Setiausaha En Usman Bin Soparman,En Hamzah Bin Mat,En Sukarman Bin Sanuri dan beberapa orang ahli jawatankuasa Induk lelaki turut membantu. 
Perjalanan majlis ini diuruskan oleh dua orang doktor dari Pusat Kesihatan Bukit Kuda,seorang ahli Farmasi dan lebeh dari enam orang jururawat.
Antara isi ceramah termasuk cara-cara menggunakan ubat.Proses pengesahan ubat yang selamat,mengenalpasti ubat dan cara hidup sihat menggunakan ubat.
Ceramah kedua menyentuh mengenai cara-cara hidup bagi mengelakkan sakit lutut dan sakit saraf.Yang paling penting ialah apa yang kita makan 
menentukan kesihatan kita.Ketika usia emas perlu banyak makan makanan yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuaran selain dari bijirin-bijirin.Elakkan banyak makan daging sama ada ayam atau lembu.Banyak makan ikan adalah baik sebagai sumber Omega 3 untuk tubuh badan kita.Makan madu asli juga adalah baik.Sentiasa bersenam juga adalah penting.Senaman yang dimaksudkan memadai dengan senaman rengan seperti berjalan kaki atau berjogging.
Ceramah pada kali ini dikatakan amat berjaya dan para peserta yang terdiri lebeh dari 50 orang peserta yang mendengar dengan teliti dan mengemukakan soalan-soalan untuk mengetahui dengan lebeh mendalam lagi.Doktor yang memberi ceramah menekankan cara hidup kita lepas bersara amat penting.Jika cara hidup kita betul mungkin kita berumur 80 tahun tetapi kita kelihatan seperti berumur 20 tahun.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para penceramah oleh Pengerusi Biro Wanita Pn Hjh Kamariah Bt Zainuddin dan Tn Pengerusi PBPPPM DC Klang Tuan Hj Ajidan Bin Hj Hashim.
Gambar 1 menunjukkan para peserta yang terdiri dari para pengetua-pengetua Daerah Klang yang telah bersara.
Gambar 2 menunjukkan Pn Hamidah Bt Rantam sedang berucap mengurus majlis diperhatikan oleh Ustadz Saifuddin dan En Mokhtar bekas PPD Sepang.
Gambar 3 menunjukkan Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim menerima cenderahati dari Pn Kamariah Bt Zainuddin selepas merasmikan majlis tersebut.
Gambar 4 menunjukkan penceramah sedang menerima cenderahati dari Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim.
Gambar 5 menunjukkan Pn Anniswal Bt Sabaruddin sedang bersiap sedia mendengar ceramah.
Gambar 6 menunjukkan para jururawat sedang menjalankan tugas mereka mengurus majlis.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi.

Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi PBPPPM DC Klang


No comments:

Post a Comment