Saturday, September 14, 2013

Perancangan Satu Aspek Penting Dalam Pengurusan Sekolah

Aspek perancangan adalah amat penting kepada seorang Pengetua atau Guru Besar.Seorang Pengetua/Guru Besar bukan sahaja mesti tahu untuk merancang perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum,kokurikulum,pembangunan staf,fisikal plant dan hubungan luar dengan pihak sekolah.Beliau juga seharusnya tahu mengenai perancangan mengenai perkembangan murid.Tanpa mempunyai pengatahuan dalam bidang tersebut nanti beliau akan menghadapi sekolah yang tepu murid dan tidak dapat mengawal seluruh sistem sekolah termasuk kawalan terhadap guru dan displin murid.Ada sekolah dalam Daerah Klang yang sudah mencapai tahap murid melebehi 4,000 murid.Guru melebehi 230 orang.Ada kalanya Pengetuanya pun sudah lupa nama guru di bawah kawalannya.Dalam tahun 1980han dahulu pihak Persatuan Pendidikan Malaysia telah mengadakan kursus mengenai perancangan sekolah termasuk sistem persekitaran sekolah yang berseh dan teratur.Pihak penceramah terdiri dari pensyarah-pensyarah dari Universiti Malaya.Pada masa itu Persatuan Pendidikan Malaysia Setiausahanya ialah YBhg Dr Ibrahim Bin Bajunid dan sekarang sudah bergelar Dato' dan Professor.Jawatan akhir beliau sebelum bersara ialah Pengarah IAB Genting Highland Pahang/Selangor.
     Apa yang dimaksudkan perancangan sekolah ialah bagaimana kita menyediakan bilik darjah sesuai dengan kemasukan murid pada tahun hadapan.Selalunya seorang Pengetua/Guru Besar bila muridnya bertambah dia pun memohon bilik darjah.Pihak pembangunan tidak mengkaji dari segi jumlah murid dan kemampuan seorang Pengetua/Guru Besar mentadbir sekolahnya.Di Barat telah pun dibuat kajian sebuah sekolah yang ideal tidak melebehi 1200 orang.Kalau lebeh dari angka tersebut susah hendak mentadbir sesebuah sekolah dari segi displin,kemudahan pembelajaran dan kawalan terhadap guru.Maka sebab itulah sekolah asrama penuh kementerian pelajaran tidak melebehi angka tersebut.Bagitu juga Maktab Rendah Sains Mara bagi pelajar-pelajar yang cemerlang keputusan mereka.Aspek perancangan ini amat penting bagi seorang Pengetua/Guru Besar memahirkan diri supaya beliau tahu meancang kemudahan fisikal seperti bilik darjah,makmal sains,bilik komputer dsbnya untuk sekolahnya.
                   



No comments:

Post a Comment