Thursday, December 16, 2010

Apabila Guru Menulis 5

Apa yang sering dilakukan oleh Pengetua atau Guru Besar dalan tugas harian ialah mengadakan perjumpaan,mesyuarat,tugas pejabat,rondaan,urusan melalui telefon,mengajar dan mencerap.Dalam satu kajian yang dijalankan hampir separuh daripada masa mereka digunakan untuk perjumpaan seperti perjumpaan dengan guru,staff sokongan,pelajar dan pelawat.Perkara yang paling rendah dilakukan ialah mengajar dan mencerap.Perjumpaan yang dimaksudkan itu ialah perjumpaan yang tidak dirancang.Ianya berlaku di pejabat pengetua,ruang pejabat,kantin,bilik darjah dan padang sekolah.Perjumpaan dengan pelajar lebeh merupakan motivasi,menegur dan menasihati pelajar selain mewujudkan suasana hubungan antara pengetua/guru besar pelajar.Perjumpaan dengan ibu bapa lebeh merupakan mendengar masalah dan memberi nasihat kepada ibu bapa.Perjumpaan dengan pelawat lebeh merupakan penerangan dan taklimat mengenai hal-hal sekolah seperti displin murid-murid,hal-hal peperiksaan,kes kecurian kepada pihak polis.Ada kalanya Pengetua atau Guru Besar diminta mengesahkan sijil sekolah,sijil peperiksaan awam dan sebagainya.Perjumpaan dengan guru-guru lebeh merupakan hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.Perjumpaan dengan staff sokongan membincangkan maklumat mengenai pekhidmatan guru,pengurusan sumber kewangan bagi menentukan hala tuju sekolah.Pengetua/Guru Besar juga sering  menghadiri mesyuarat di luar sekolah seperti dengan PPD,JPN,KPM dan pihak awam yang lain termasuk pihak swasta dan orang persendirian yang ada kaitan dengan sekolah.Tugas pejabat termasuk membaca surat dan membalasnya.Surat keluar masuk disemak setiap hari dan ditanda tangani mana yang perlu.Pengetua/Guru Besar meronda seperti memerhati kawasan sekolah,murid keluar masuk dan guru yang sedang menjalankan tugas.Panggilan telefon ialah berbincang dan berbual mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sekolah.Mengajar dan mencerap bererti Pengetua/Guru Besar melihat perkembangan pengajaran guru mithalnya yang ada kaitan dengan projek peningkatan akademik sekolah atau pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Kesimpulannya semua Pengetua/Guru Besar lebeh mengutamakan aktiviti perjumpaan dan bermesyuarat diikuti dengan tugas pejabat,rondaan dan sangat sadikit tugas mengajar dan mencerap guru.Tugas mengajar ini perlu ditingkatkan dan jangan diabaikan jika mahu sekolah mencapai kecemerlangan.Semua aktiviti pengurusan mesti dirancang terlebeh dahulu dan sadikit sahaja yang dibuat secara 'ad hoc'.

No comments:

Post a Comment