Friday, November 26, 2010

Majlis Amal Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PBPPPM DC Klang 2010

Pada 3hb Oktober,2010 telah diadakan Majlis Amal dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk ahli-ahli PBPPPM DC Klang dan kaum guru di Klang.Ianya diadakan di Dewan Asrama Yayasan Selangor Jalan Raya Barat Klang.Tujuannya di samping merayakan hari lebaran ialah untuk mencari sadikit dana untuk tabung PBPPPM DC Klang.Majlis diresmikan oleh YBhg Tan Sri Onn Bin Hj Ismail bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.Majlis pada kali ini bukan sahaja mendapat sokongan dari ahli-ahli tetapi juga Pengetua dan Guru Besar dalam Daerah Klang selain dari orang awam.Antaranya termasuk bekas Nadzir Mesjid Al Sharif Kg Meru Klang Tn Hj Rosman Bin Warjono.Tetamu lain termasuk Tn Setiausaha Agung Tuan Hj Markom Bin Hj Ghazali.
Gambar 1 menunjukkan jawatankuasa sambutan menyambut ketibaan YBhg Tan Sri Onn dan Puan Sri.Gambar 2 menunjukkan YM Dr Hanafiah Bin Hj Arshad sedang menerima hampar dari Bendahari Agung Tn Hj Shaari Bin Abdullah.Majlis pada kali ini mendapat sambutan hangat dengan kehadiran melebehi 150 orang kerana terdapat kelainan dan menunya disediakan oleh kontraktor makanan.Selalunya majlis diadakan di hotel tetapi kali ini di Dewan terbuka dan sambutan di foyer Dewan.Adalah diharapkan pada tahun hadapan akan diadakan di tempat yang sama dengan perubahan kepada menu makanan dan suasana persekitaran yang lebeh baik.

No comments:

Post a Comment