Friday, April 29, 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Langkawi 27- 29 Jun,2011

 PBPPPM DC Klang (Biro Kebajikan Dan Sosial) akan mengadakan lawatan ke Langkawi pada 27-29 Jun,2011(Isnin Hingga Rabu) dengan menaiki kapal terbang Air Asia.Sesiapa yang ingin menyertai rombongan ini (Ahli dan Bukan Ahli)boleh menghubungi Tuan Hj Abd Wahab Bin Hj Abd Hamid di talian 012-3593044 atau 03-31686094 (H) untuk butiran lanjut.Syarat yang dikenakan adalah seperti berikut:
i)Setiap Peserta dikenakan bayaran RM 450.00 (Tidak termasuk Makan dan Minum)
ii)Tempat penginapan disediakan di Motel untuk 2 orang sebilik
iii)Semua pengangkutan darat dari Klang ke KLCC dan Pulau Langkawi dan balik akan disediakan.Antara tempat-tempat lawatan di Pulau Langkawi adalah seperti berikut:

i)Taman Mahsuri
ii)Akuarium
iii)Pulau Dayang Bunting
iv)Muzium Tun Dr Mahathir Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Gambar 1 di atas (2009) menunjukkan peserta sedang berkumpul di Airport dan gambar 2 di Jetty sebelum pergi ke Pulau Dayang Bunting.Lawatan pada bulan Jun 2009 ini sungguh menarik para peserta khususnya bagi mereka yang kali pertama sampai ke Pulau Legenda ini.Antaranya En N Velu seorang ahli setia PBPPPM DC Klang.Turut serta Tn Hj Sukarman Bin Sanuri dan isteri seorang jawatankuasa kanan PBPPPM DC Klang selain dari Tuan Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Haji Hashim.Kaum wanita suka membeli belah antaranya kain batik,cadar,pinggan mangkok(alcoroc) yang harganya murah di Pulau tanpa cukai ini.Selain itu coklat dan ubat-ubatan traditional seperti minyak gamat,air gamat,tongkat Ali dsbnya mejadi tarikan.Tarikan lain ialah makanan laut di sini agak murah jika dibandingkan dengan tanah besar Malaysia Barat.Tambang teksi juga murah jika dibandingkan di tanah besar.Kami ahli jawatankuasa PBPPPM DC Klang mengalu-alukan penyertaan Tuan/Puan.Selamat Bercuti dan sama-samalah kita mengerakkan aktiviti persatuan kita.

No comments:

Post a Comment