Sunday, May 8, 2011

Berpulangnya Seorang Tokoh Guru Dalam Daerah Klang 12 April 2011

Tuan Hj Hambali Bin Abd Salam bukan seorang ahli PBPPPM DC Klang tetapi pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada kami, seorang Tokoh Guru yang Unggul dan Imam Besar mesjid Kampong Meru Klang yang dihormati Dalam Daerah ini dan di Negeri Selangor.Di satu majlis anjuran PBPPPM DC Klang pada 7hb April yang lalu (Hari Sabtu) di Dewan Utama PPD Klang Pengerusi kami Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim telah mengetuai bertafakur dengan bacaan Al Fatihah ditujukan kepada Allahyarham sebelum memulakan majlis Kursus Kesihatan untuk warga emas (Anjuran Biro Wanita) yang terdiri dari kira-kira 80 orang guru (ahli PBPPPM DC Klang) dari seluruh Daerah Klang.Majlis tersebut turut dihadiri oleh Mantan Nazir mesjid Al Sharif Kg Meru Tn Hj Rosman Bin Warjono (Gambar 1) selaku jemputan khas yang merupakan rakan karib Allahyarham.Imam Hambali (Gambar 2) merupakan kaum keluarga Tuan Pengerusi dan guru Bahasa Arab beliau dan isterinya Pn Hajjah Sutimah Bt Hormin(Di Sekolah Rendah Agama Pekan Meru) dalam tahun 1960han dahulu.Hubungan yang rapat antara Tn Hj Ajidan dan Imam Hambali   telah mengerakkan hati Allahyarham untuk mencurahkan khidmat bakti beliau mencipta Nama Sekolah Menengah Meru Klang dengan tulisan Jawi yang sangat cantik penulisannya di dinding sekolah.Selain itu Imam Hambalilah merupakan orang pertama yang membantu merawat sakit histeria murid-murid di SMK Meru dalam tahun 80han dahulu.Kawasan tapak SMK Meru ialah bekas kebun getah 6 orang pemilik yang telah diambil aleh oleh kerajaan Selangor bagi mendirikan sebuah sekolah menengah untuk penduduk Kg Meru dan Bukit Kapar (Seluas 18 ekar).Sebelum itu murid-murid sekolah menengah dari Kg Meru dan Kg Bukit Kapar berbasikal ke SMK Tinggi Klang atau SMTIS Kapar.Murid perempuan (bagi yang mampu) menaiki bas dan kereta persendirian ke MGS Klang atau SMJK Kapar.Pada tahun 1960han dahulu Imam Hambali banyak membantu Perkumpulan Perempuan Meru (WI) dalam usaha mereka membayar premium membeli tanah di Pekan Meru Klang dengan mengadakan 'Pesta Ria' .Sekarang tanah tersebut telah dimajukan dan dibina dengan 8 buah kedai tiga tingkat.Sebuah kedai adalah milik Perkumpulan Perempuan Meru.Isteri beliau Pn Hjh Kalsom Bt Haji Mokhtar adalah ahli aktif WI Meru (Bendahari).Imam Hambali berkebolehan dalam seni muzik Timur Tengah.Beliau boleh bertutur Bahasa Arab dengan baik,berbahasa Inggeris,Jawa halus selain dari Bahasa Malaysia.Selain membantu Perkumpulan Perempuan Meru beliau juga sering hadir dalam aktiviti dan memberi nasihat kepada Pergerakan Belia 4B Meru yang mana Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim adalah Pengerusinya pada masa itu (tahun 1970han).Imam Hambali tidak pernah dilupakan dalam majlis-majlis resmi SMK Meru di samping memberi khidmatnya untuk membaca Doa Selamat.Ketika Tuan Hj Ajidan sedang membuat penyelidikan tentang asal usul nama Kg Meru untuk Tesis Sarjana Muda Sastera(UM)1971 mengenai Budaya Tempatan (Permainan Kenterong) Tn Hj Hambali Bin Hj Abd Salam adalah salah seorang informan beliau selain dari Ketua Kampong Tn Hj Ahmad Jabbar Bin Hj Mohd Sharif (Bapa Saudara) Tn Hj Ajidan dan Tn Hj Chamhari Bin Hj Mohd Amin (datuk En Subarjo Bin Suhaimi)dari Jalan Paip Meru Klang.Mengikut penerangan Tn Hj Hambali seorang DO Inggeris melawat Kg Meru awal tahun 1900han dan beliau bertanya seorang boroh orang Jawa yang sedang menggali parit apa nama kampong tersebut.Orang Jawa itu salah faham dan memberitahu bahawa parit yang digalinya itu 'merut' yang maksudnya tiada lurus.Sejak itu orang Inggeris itu ( DO) memanggil Kampong itu sebagai Kampongg Meru.Ayah Tn Hj Hambali ini seorang yang berada kerana banyak kebun getah dan kawan baik dengan Tn Hj Mohd Shariff Bin Hj Abd Razak ketua Kampong pertama dan orang yang mula-mula membuka Kg Meru di awal tahun 1900.Nama Hj Mohd Sharif diabadikan kepada nama mesjid Kampong Meru dengan nama mesjid 'Ar Sharif'.Sebuah dewan syarahan dalam mesjid tersebut diabadikan kepada Tn Hj Hambali dengan nama 'Dewan Hambali'.Tn Hj Mohd Sharif berasal dari Kaliangat Wonosobo Jawa Tengah dan berketurunan  lurah juga.Penulis dan isteri telah sampai ke sana pada tahun 1982 sebuah perkampongan di kawasan bergunung-ganang dan berhawa dingin seperti di Cameroon Highland Malaysia Barat.Pengeluaran utama kampong tersebut ialah padi,sayur-sayuran seperti cili,karot,kubis,jagong dan kentang.Kampong ini kaya dengan parit dan tali ayer dan terdapat satu tempat pertapaan dengan nama Gunong Dien.Di Kaliangat Wonosobo terdapat tempat bermandi manda air panas dan diabadikan kepada keluarga Hj Mohd Sharif untuk membantu pengurusannya.Kira-kira 80 km dari Wonosobo ialah bandar raya Jogjakarta di mana terdapatnya Borobodor yang masyhur itu dan sentiasa dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negeri.

Sesiapa yang berbual dengan Allahyarham Tn Hj Hambali pasti akan terhibur kerana beliau merupakan seorang penglipur lara yang baik diselit dengan unsur-unsur jenaka.Beliau sangat rapat dengan anak-anaknya dan penulis masih ingat dalam tahun 1960han dahulu penulis melawat beliau di sekolah dan mendapati di samping mengajar beliau mengasuh anak-anaknya yang masih kecil.Konsep 'nurseri' sudah lama dianuti beliau.Sekarang ini anak-anak tersebut telah lulus UM dengan ijazah Phd dan menjadi Pensyarah Kanan di Universiti tersebut.Allahyarham juga menganuti fahaman pendidikan seumur hidup dan lulus Diploma Pengajian Islam di peringkat Diploma dari UKM setelah beliau bersara.Keseluruhan hidupnya diabadikan kepada mengajar dan mendidik agama khususnya pengajian membaca Al Quran.Tanpa beliau kita tidak akan mendengar lagi dengan bacaan Al Quran dengan berbagai variasi sempena dengan sembahyang Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.Beliau meninggal dunia ketika berumur 80 tahun kerana sakit tua.Semoga roh beliau di cucuri dengan rahmat oleh Allah SWT dan beliau tergolong dengan golongan ahli- ahli syurga Al Jannah.Al Fatihah.

1 comment:

  1. Semoga Allah merahmati ke atas roh Allahyarham..Beliau juga merupakan teman seperjuangan bapaku yang telah kembali ke rahmatullah 33 tahun yang lalu..

    ReplyDelete