Monday, May 9, 2011

Aktiviti Bergambar Kem Kesihatan PBPPPM DC Klang(Biro Wanita)7hb April 2011

     Pada 7hb Mei,2011 (Sabtu) PBPPPM DC Klang (Biro Wanita) telah mengadakan Kem Kesihatan di Dewan Utama PPD Klang.Ianya dihadiri oleh kira-kira 80 orang ahli dan para jemputan khas.Perasmian dilakukan oleh Tn Badrul Hisham Bin Mokhtar Ketua Unit Pembangunan Manusia dan Gerko PPD Klang.Beliau mewakili Puan PPD Pn Noraini Bt Hj Tahir.Dalam ucapannya Tn Badrul Hisham mengingatkan bahawa dengan adanya perjumpaan seperti ini dapatlah para ahli bertukar-tukar maklumat mengenai hal masing-masing khususnya yang berkaitan dengan kesihatan.Beliau berharap PBPPPM DC Klang akan terus maju dan memberi khidmat kepada ahli.Semua guru termasuk beliau sendiri satu hari nanti akan menjadi ahli persatuan ini apabila bersara kelak.Gambar 1 menunjukkan Mantan Nazir mesjid Al Sharif Kg Meru Klang Tn Hj Rosman Bin Warjono sedang mendengar ucapan Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim yang antaranya 'Kita tidak boleh mengatasi masalah mati tetapi dengan ilmu pengatahuan kita boleh melambatkan proses penuaan/aging process dan dengan ilmu membantu kita mengurangkan penderitaan jika kita sakit'.Seterusnya beliau berkata 'Kita sakit kerana organ-organ kita tidak dapat berfungsi dengan baik seperti biasa.Sebab apa ?
(i)Proses oxidasi.Pelepasan free radical.Sel tubuh badan tak pandai membentuk sel baru dan berlaku kerosakan kepada organ kita.
(ii)Tubuh badan kita mempunyai hayat yang telah ditentukan.Jika sampai masanya ianya tak dapat berfungsi lagi.
(iii)Dari segi agama dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.Tiap yang hidup akan mati.
Gambar 2 kiri menunjukan Ketua Jururawat dari Pusat Kesihatan Klinik Bukit Kuda Klang sedang menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli.Gambar 3 kiri wakil PPD sedang menyampaikan ucapannya.Gambar 4 kanan Tn Badrul Hisham sedang menyampaikan Sijil Kursus Komputer kepada Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim.Gambar 5 kanan Pn Pengerusi Biro Wanita Pn Hajjah Maznah Bt Bahari sedang menyampaikan cenderahati kepada Tn Badrul Hisham.Gambar 6 kanan Tn Setiausaha Agong Tn Hj Markom Bin Hj Ghazali sedang ashik menghayati ucapan yang disampaikan.

     Kursus/Kem Kesihatan seperti yang diadakan ini adalah merupakan acara tahunan.Ianya merupakan kali ke 3 ianya diadakan.Selain ceramah ianya memberi khidmat pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah,sukatan tubuh badan seperti ketinggian,berat badan dan kandungan gula dalam badan.Mana-mana ahli yang didapati serius akan dirujukkan kepada HTAR Klang untuk rawatan selanjutnya.Bagi yang mampu bolehlah mendapat rawatan di Hospital Sri Kota Klang,SMC di Seksyen 20 Shah Alam atau klinik swasta untuk warga Mas di Batu 2,Jalan Meru Batu Belah Klang.Kesihatan adalah aset bagi kita dan kita mesti memahami perjalanan tubuh badan kita.Apabila kita menjelang umur 60han berbagai penyakit akan menyerang kita seperti darah tinggi,kencing manis,'cataract' /selaput mata,sakit lutut,prostet,sakit saluran tali perut,pangkal rahim dsbnya.Jika tidak dikesan dan dirawat lebeh awal ianya akan menular jadi kanser.Akhir-akhir ini penyakit kanser sering menular kepada warga emas.Penjagaan makanan yang seimbang,senaman seperti berjalan kaki dan jogging boleh membantu kita menjaga kesihatan dengan baik.Bagi mereka yang ingin chelestrol yang rendah dalam darah perlu makan 'Quaker Oat' setiap hari sebaik saja bersara.Rasanya memang tidak sedap tetapi jika dibiasakan dan dicampur dengan sadikit kreamer ianya akan menjadi bahan sarapan yang sedap kepada kita.Jika diamalkan setiap hari boleh menjauhi kita dari mengidap darah tinggi dan kencing manis.Memakan buah-buahan seharusnya menjadi menu utama setiap hari selain dari sayur-sayuran.Memakan ikan adalah lebeh baik dari memakan daging atau ayam.Dengan memakan ikan ianya kaya dengan "Omega 3' dan membantu merendahkan 'chelestrol' dalam darah kita.Memakan tempe adalah amalan yang baik selain memakan tauge kacang tempe yang sangat tinggi proteinnya dan khasiatnya kepada sistem penghadzaman kita.Antara makanan yang baik untuk kesihatan kita ialah seperti berikut:

i)Makanan berkanji seperti roti,nasi,mi dan ubi untuk membekalkan tenaga untuk tubuh kita
(ii)Sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin.mineral dan serat.
(iii)Makanan berprotein seperti ikan,ayam,daging,telur dan kekacang.Seperi yang telah dinyatakan memakan ikan dan kekacang adalah lebeh baik.
(iv) Air 6- 8 gelas sehari.Pada usia tua tulang mudah reput dan minumlah susu rendah lemak dan tinggi dengan kalsium.Ikan sardin,ikan bilis dan tauhu adalah tinggi dengan kalsium.

Makanan yang perlu dikurangkan adalah seperti berikut:

(i) Makanan yang bersantan dan bergoreng.
(ii)Ikan masin,telur masin,kicap,sos dan bahan perasa boleh meningkatkan risko darah tinggi.
Kita sering mendengar peribahasa 'what you look is what you eat".Oleh itu jika kita makan harus berhati-hati dan jika sudah rasa hendak kenyang berhentilah makan.Tun Dr Mahathir Bin Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, jika kita lihat beliau telah menjangkau umur melebehi 80 tahun dan beliau sangat berhati-hati apa yang beliau makan.Beliau kelihatan cergas dan sihat dan masih boleh memberi ceramah bukan sahaja dalam negeri tetapi juga luar negara.

    Satu kajian telah dibuat oleh Majalah 'National Geographic' mengenai mereka yang telah menjangkau umur 100 tahun (Centerium).Kajian dibuat di Negeri Eskimo seperti di Kutub Utara,Amerika Syarikat,Jepun,England,Sweden dan penduduk yang tinggal di kaki gunong Himalayas seperti India,Pakistan dan Tibet.Kajian itu mendapati mereka ini bernafas menggunakan oksijen yang berseh,memakan ikan sebagai diet utama(Jepun dan Greenland),meminum susu kambing(Pakistan dan Tibet) dan kurang memakan daging binatang.Amalan memakan kekacang seperti kacang soya adalah amat baik.Kadar fertliti juga akan meningkat dengan memakan kacang tempe maka sebab itulah penduduk Indonesia khususnya di Pulau Jawa mempunyai padat penduduk dan setiap keluarga mempunyai ramai anak.Indonesia sudah mencapai jumlah penduduk melebehi 250 juta orang dan melebehi penduduk Amerika Syarikat.Di barat seperti di Amerika Syarikat sekarang ini kacang tempe menjadi popular dan mudah didapati di Super Market.Orang barat telah tahu khasiat memakan tempe dan meminum minuman kacang soya.

Antara Panduan Masa Makan Yang Mengembirakan adalah seperti berikut:

i)Makan bersama keluarga atau rakan.
(ii)Hiaskan hidangan anda supaya menarik dan menyelerakan
(iii)Gunakan rempah ratus untuk membangkitkan rasa dan bau.
(iv)Sediakan makanan yang mudah dikunyak seperti nasi lembik,bubur,roti,oat,ikan,daging yang dicincang dan tauhu.
(v) Lebehkan makanan yang berair seperti sup.
(vi)Lecek atau potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anda makan
(vii)Makan sadikit-sadikit dan kerap.Kunyah sehingga lumat.
Anda semua boleh mencuba apa yang disyurkan.Semoga kita semua sihat dan panjang umur untuk berbakti kepada bangsa,agama dan negara.

    Satu perkara lagi kebanyakan kita apabila kita bersara kita tidak mempunyai banyak pengatahuan mengenai kehidupan warga emas dan masalah-masalah yang berkaitan dengan 'process of aging'.Salah satu cara bagaimana kita boleh mengatahui tahap kesihatan seseorang ialah dengan membuat ujian darah sepenuhnya atau 'full blood test'.Ujian ini tidak boleh dibuat di hospital kerajaan kecuali kalau kita seorang pesakit.Cara yang baik ialah dengan membuat ujian tersebut dengan pihak swasta.Kosnya sekarang sekitar RM 105.00.Setelah ujian dijalankan kita akan mengatahui sama ada chelestrol kita tinggi atau rendah.Kalau tinggi kita kawal cara kita makan maka kesihatan kita akan berada ditahap cemerlang.Antara perkara lain yang terdapat dalam ujian darah ini termasuk jumlah darah merah dengan darah puteh,keadaan buah pinggang kita,air kencing,kumpulan darah,samada kita ada mengidap penyakit hepatatis a atau b,tahap kesihatan hati (liver)kita,keadaan gula,ujian kanser,aid dsbnya.Jika penyakit-penyakit merbahaya ini dapat dikesan awal kemungkinan untuk sembuh adalah baik.Kalau terlewat tentu buruk padahnya.

     Antara penyakit yang sering menyerang warga emas ialah darah tinggi.Dari darah tinggi timbul pula masalah kencing manis dan seterusnya membawa kepada sakit buah pinggang dan seterusnya penyakit jantung.Sakit darah tinggi boleh dielakkan kalau kita menjaga tahap kelestrol dalam darah kita dan menjaga cara pemakanan kita seperti yang telah dibincangkan di atas.Satu lagi penyakit yang sering menyerang lelaki ialah sakit prostet.Dari 10 orang lelaki 6 daripadanya mengidap penyakit ini apabila menjelang umur 60 han dan kadangkala lebeh awal lagi.Penyakit prostet terbahagi kepada dua.Ada yang menyebabkan sukar membuang air kecil kerana prostet telah diselubungi oleh lemak yang berkumpul di sana.Satu lagi ialah kita sering ke bilik air pada waktu malam sampai 6 atu 7 kali.Penyakit ini terkenal juga sebagai OAB atau 'overactive bladder'.Akibatnya juga boleh menyebabkan lemah tenaga batin dan masalah lain yang berkaitan dengan orang laki-laki.Penyakit ini juga boleh disebabkan kerana kekurangan hormone dalam darah kita kerana proses penuaan.Satu lagi sebab apabila kita tua kita kurang aktif hidup secara sexual seperti kita muda-muda dahulu.Mungkin kerana kita lemah atau pasangan kita lemah.Penyakit prostet boleh diubati dan terdapat pakar-pakar urology di negara kita sama ada di hospital kerajaan atau swasta yang boleh merawatnya.Kalau prostet susah kencing dan sudah terlalu 'advance'penyakitnya boleh dibuat operasi secara laser yang selamat dan tidak memudaratkan seperti operasi terbuka sistem konvensional dahulu.Seringkali ramai dari kita berasa malu untuk berbincang perkara ini dengan doktor dan membiarkannya bagitu sahaja.Sebenarnya bagi mereka yang tubuh badannya sihat boleh meneruskan kehidupan sexual  pada umur 70han dan ada yang sehingga 80han.

    Satu lagi penyakit yang menyerang kita apabila kita menjelang umur 50han atau 60han ialah sakit lutut.Penyakit ini disebabkan oleh lutut kita kekeringan cecair dan bahan tulang lembut dalam lutut telah haus.Jika dibiarkan bagitu sahaja tulang lembut tersebut akan haus dan kita terpaksa menukar lutut dengan bahan logam yang mana tidak akan serupa lagi dengan yang asal.Oleh itu sesiapa yang mengidap sakit lutut perlulah mengambil ubat 'glucosamine' dan 'chondritin' yang terdapat di semua farmasi dalam negara kita.Bahan tumbuhan laut ini boleh membantu menguatkan kembali tulang lembut ini dalam lutut kita.Ubat ini tidak dibekalkan di hospital dan kalau di HUKM Cheras kita kena membelinya dengan harga subsidi.
















No comments:

Post a Comment