Sunday, March 25, 2012

Perlaksanaan Majlis High Tea Anjuran Biro Wanita PBPPPM Negeri Selangor Dan PBPPPM DC Klang 24hb Mac 2012 KFC Klang

Majlis High Tea Anjuran Biro Wanita PBPPPM Cawangan Selangor dan PBPPPM DC Klang telah dilaksanakan dengan jayanya di Kelab Eksekutif Bandar Baru Klang pada 24hb Mac,2012 pada hari Sabtu jam 2.30 pm hingga 5.30 pm.Seramai 540 orang guru telah turut hadir dari seluruh Negeri Selangor dan terdapat 14 meja VIP yang terdiri dari pemimpin tempatan dan para pendidik kanan yang telah bersara.Gambar 1 menunjukkan para tetamu sedang melayan YB Dato Seri Dr Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Perindustrian Asas Tani semasa ketibaan beliau di Dewan KEC Klang.Gambar 2 kelihatan Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim Pengerusi Perlaksanaan sedang melayan tetamu yang lain sementera YB Menteri sedang berbual dengan para wartawan.Tn Hj Ajidan dalam ucapan aluannya memberitahu bahawa golongan guru merupakan golongan yang amat penting menjana semangat kebangsaan dan seterusnya membawa Negara kita kepada kemerdekaan.Selain itu golongan guru telah berjaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah,kolej dan universiti.Selain itu Bahasa Melayu adalah bahasa resmi negara di samping Bahasa Inggeris dan Bahasa-Bahasa lain tetap penting.YB Dato Seri Dr Noh Bin Omar memberitahu bahawa beberapa kawasan dalam Negeri Selangor telah dijadikan kawasan untuk pertanian bahan makanan yang penting untuk Negara.Usaha seperti ini patut mendapat sokongan semua pihak dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.Beliau seterusnya memuji kaum guru sebagai golongan yang sentiasa membangun negara dan beliau sendiri pernah jadi guru semasa muda dahulu di Pulau Carey yang ketika itu sungguh daif.Sekarang semua sudah membangun di bawah pimpinan kerajaan BN.Tn Hj Ajidan seterusnya menekankan bahawa kaum guru sentiasa mengajar perkara yang hak atau yang benar dan tidak pernah mengajar perkara yang tak benar atau yang batil.Pengaruh media massa yang berbagai bentuk ada yang menyeleweng dan cuba mempengaruhi rakyat jelata supaya menyokong golongan-golongan tertentu yang sebenarnya inginkan kuasa tetapi sebenarnya tak mampu mentadbir.Kaum guru harus membetulkannya dan menjadi petunjuk kepada orang ramai.Lima puluh tahun negara sudah dibina dan janganlah dirosakkan oleh golongan-golongan tertentu yang fanatik dan tidak mementingkan hak orang Melayu,mempertahankan kesucian agama Islam dan mempertabatkan sistem Raja Berpelembagaan.Unsur-unsur inilah yang telah menyatukan kita semua.Para peserta berharap dalam masa-masa yang akan datang majlis seperti ini akan diadakan lagi untuk merapatkan lagi siratulrahim antara guru dengan guru sama ada yang telah bersara dan juga sedang bertugas selain beramah mesra dengan masyarakat umum dan pemimpin-pemimpin tempatan.Semoga berjumpa lagi dari kami PBPPPM Cawangan Negeri Selangor,Biro Wanita Negeri dan PBPPPM DC Klang.

No comments:

Post a Comment