Saturday, March 17, 2012

Sekolah Adalah Satu Organisasi

Sekolah ialah satu organisasi.Sesuatu organisasi mempunyai matlamat.Matlamat sekolah ialah melaksanakan dasar-dasar pelajaran sesebuah negara yang telah diluluskan Parlimen dan dilaksanakan melalui Kementerian Pelajaran,Jabatan Pendidikan Negeri dan sejak Jun 1982 melalui PPD.Sebagai contoh Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.Hari ini Bahasa Melayu telah dijadikan Bahasa Pengajaran dan Pembelajaran dari sekolah Rendah,Menengah dan hingga ke peringkat Univesiti.Sesebuah organisasi mempunyai kakitangan dan anggotanya.Di sekolah Pengetua/Guru Besar adalahlah Ketuanya diikuti oleh Penolong -Penolong Kanan,Penyelia Petang,Guru Kanan dan guru-guru,staff lain dan pekerja sekolah.Akhir sekali adanya murid-murid.Sekolah ialah tempat menjana tenaga manusia sesebuah negara.Jika sistem persekolahan berjaya maka berjayalah negara tersebut menyediakan tenaga insan yang mencukupi untuk keperluan negara.Penggerak utama ialah Pengetua/Guru Besar.Jika Pengetua/Guru Besar seorang yang berkesan maka wujudlah sekolah cemerlang.
Gambar 1 menunjukkan Sekolah Menengah Dato' Hamzah Pelabuhan Klang iaitu sebuah sekolah cemerlang yang telah berjaya mewujudkan ramai pelajar yang berjaya dalam Gerko sejak tahun 1980han dahulu.Gambar 2 menunjukkan Sekolah Menengah La Salle Klang yang telah berjaya dalam bidang Akademik sejak tahun 80han dahulu khusus untuk pelajar lelaki.
Antara  tugas yang menjadi tanggungjawab mutlak pengurus adalah supaya kerja telaksana melalui manusia.Manusia adalah sumber utama organisasi dan seorang Pengetua/Guru Besar mesti memastikan sumber manusia dipergunakan sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment