Tuesday, August 7, 2012

Majlis Amal Biro Wanita PBPPPM DC Klang 2012

Majlis Amal dan lawatan menziarahi ahli-ahli PBPPPM DC Klang sempena dengan bulan puasa bagi tahun ini 1433H/2012M telah di adakan pada 5hb Ogos bersamaan dengan hari Ahad mulai pukul 10.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi.Ianya diketuai oleh Pn Hjh Kamariah Bt Zainuddin selaku Ketua Wanita baru.Turut hadir ialah Pn Hamidah Bt Rantam selaku Setiausaha Biro Wanita dan suami Tn Hj Ranom Bin Hj Abd Hamid selaku ahli yang turut serta.Anggota lain yang hadir ialah Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim selaku Pengerusi cawangan Klang dan Tn Hj Rosman Bin Warjono bekas Nazir mesjid Al Sharif Kg Meru.Tn Hj Rosman Bin Warjono telah pun diterima menjadi ahli baru PBPPPM DC Klang dalam mesyuarat Jawatankuasa Cawangan kira-kira sebulan yang lalu.Pn Hjh Kamariah Bt Zainuddin selaku Ketua Wanita PBPPPM DC Klang yang baru berazam menjadi aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan cawangan Klang selain dari peruntukan yang di sampaikan oleh Biro Wanita Negeri Selangor.En Affandi dan isteri selaku ahli mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada PBPPPM Cawangan Klang dan Biro Wanita Negeri Selangor khususnya kepada Pn Khalijah Bt Shamsuddin selaku Ketua Wanita Negeri yang telah mewujudkan program ini yang sangat baik untuk ahli.Antara barang-barang yang diterima termasuk beras,gula,kopi dan barang keperluan lain.Selain itu turut diterima ialah wang tunai sebanyak RM150.00 untuk anak-anak sebagai wang raya.Encik Affandi mempunyai 8 orang anak.Beliau bekas seorang pekerja am sekolah walau pun sudah bersara tetapi masih bekerja di sekolah SRJK(C) Tiong Hwa Kok Bin Pekan Meru selaku pekerja am swasta.Antara tujuan program ini ialah untuk merapatkan siratulrahim antara ahli dengan ahli.Di samping itu ianya bertujuan untuk memberi bantuan sempena dengan bulan puasa kepada ahli-ahli yang memerlukan.Selain itu ahli jawatankuasa cawangan dapat melihat sendiri keadaan ahli-ahli kita khususnya yang tinggal di luar bandar.Adalah juga diharapkan ahli-ahli yang menerima bantuan dapat menarik lebeh ramai ahli menyertai menjadi ahli persatuan khususnya golongan bukan guru seperti kerani sekolah dan pekerja am sekolah.Majlis penyampaian ini telah disempurnakan di rumah En Affandi yang  letaknya di Jalan Khamis Meru Klang tidak jauh dari surau Hj Mat Som.

Selain program menyampaikan bantuan kepada ahli yang memerlukan Biro Wanita juga berpeluang membuat lawatan ziarah kepada ahli yang sakit.Pn Kamariah Bt Zainuddin,Pn Hamidah Bt Rantam dan Encik Ranom Bin Hj Abd Hamid bersempena dengan lawatan ini berpeluang melawat Pn Sutimah Bt Hormin isteri Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim yang sakit sejak 2 bulan yang lalu di rumah mereka di 32,Pekan Meru, Klang.Pn Sutimah mengidapi penyakit 'stroke' dan sedang menerima rawatan di rumah.Sebelumnya beliau mendapat rawatan di Hospital Sg Buloh Selangor dan Pusat Perubatan KPJ di Shah Alam.Insyallah dengan doa restu daripada ahli-ahli dan mereka yang membuat lawatan menziarahi beliau,Pn Sutimah Bt Hormin akan sembuh seperti sedia kala.Amin.

Gambar 1 menunjukkan Pn Kamariah Bt Zainuddin,Pn Hamidah Bt Rantam dan En Ranom Bin Hj Abd Hamid di rumah Pengerusi Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim.
Gambar 2 menunjukkan ahli ahli PBPPPM DC Klang di rumah En Affandi.
Gambar 3 Menunjukkan Tn Hj Ajidan Bin Hj Hashim sedang menyampaikan cenderamata kepada Tn Hj Rosman Bin Warjono bekas Nazir Mesjid Al Sharif Meru.
Gambar 4 Menunjukkan Pengerusi Biro Wanita Pn Hjh Kamariah Bt Zainuddin sedang menyampaikan wang tunai kepada En Affandi dan isteri.

No comments:

Post a Comment